Apabila anak-anak jenis suka makan,tentu mak-mak sentiasa mencari resipi untuk membuat hidangan berkhasiat untuk seisi keluarga.
Salah satu resipi yang boleh dicuba adalah sherped pie. Jika beli di kedai, tentu mahal harganya.
Apa kata cuba resipi Sherped Pie ni. Bolehlah dihidangkan kepada ahli keluarga.
Sherped Pie
Ads
BAHAN
-5 biji Kentang rebus
-daging cincang
-sos spegetti bolognese
-bawang bombay dadu
-mix herb
-gram & kiub pati ayam
-keju mozarela
-4 sudu butter
CARA BUAT KENTANG DAN INTI
-Rebus kentang,lenyek jadikan mcm mash potato n gaul dgn butter
-tumiskan bawang bombay dadu,masukkan daging cincang & mix herb
-bila daging dh agak kecut masukkan sos spegeti n garam & kiub pati ayam.
-masak sampai agak kering
Ads
CARA MEMBUAT
-letakkan inti daging dalam caserol
-lapiskan dgn kentang
-ulang proses sampai habis
-last skali baru tabur mozarela cheese
-bakar sekejap cukup utk cairkan cheese sahaja.
# x perlu bakar lama sebab bahan semua dah masak
Ads
Siap!
# selamat mencuba
Kredit: Puan Shira
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tentunya ramai yang menggemari Burger Prosperity McD. Rasa kelazatannya memang sunggu lazat!
Selain beli, rupanya nak buat tak susah. Jika buat sendiri lagi jimat. Menerusi perkongsian lelaki resipinya telah mendapat lebih 54K share di laman facebooknya.
Jom kita buat hari ni, pasti licin!Lebih Jimat & Rasanya Pun Sedap!
Ini resipinya.
Bahan-bahan
1. Roti gardenia
2. Daging Ramly
3. Bawang besar 1/2 potong dadu.
4. Bawang holland hiris nipis
5. Tepung gandum 2 sudu
6. Air 1 gelas
7. Lada hitam serbuk+tumbuk
8. Butter 2sb
9.sos tiram 2sb
10. Kicap manis 1sb
11.garam secukup rasa
Cara-cara
Mula-mula letak butter pada roti dan goreng dulu kejap.
Uli daging ramly dan bentuk kan cam bentuk roti (refer gambar). Kemudian goreng daging dulu (cucuk-cucuk dengan garfu).
cara buat sos
Panaskan butter 2sb n masukkan tepung gandum. Kacau sampai jadi gold. Kemudian masukkan air 1gelas n kacau.. masukkan bawang besar potong dadu tadi, lada hitam 1sb, sos tiram, kicap dan garam. Masak sampai pekat mana korang nak..
Celupkan daging yang dah goreng tadi.. Letak ats roti dan letak bawang yang korg hiris tadi..
Wow, mudah aje. Siap!
Selamat mencuba!
Sumber: Mohd Faiz Fitri Iberahim & Malayfoodlicious
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Teringin pula nak makan Nasi Arab, tapi kalau order di kedai mahal juga kan. Nak nak lagi kalau anak ramai, banyak belanja kena keluar.
Apa kata ibu-ibu cuba buat sendiri je. Cari resipi yang simple tapi sedap dan bajet murah. Bagi yang tengah mencari menu tu, apa kata cuba resipi Nasi Arab yang mudah ini.
Resipi ini dikongsikan oleh Marina Ismail menerusi laman facebooknya.
“Kak Na kamu try resepi nasi arab nih sedap giler. Walaupun bahan dia simple namatey, tapi sedap sangat. Tatau mana datang sedapnya tuh”. . Fuhhh penuh semangat adik ketiga bagitau pasal resepi nasi arab yang dia baru jumpa. . “Taraaa…Kak Na tengok ni Anim buat nasi arab resepi Kak Li bagi tuh. Sedapppp giler”. . Citer si adik bongsu kat whatsapp pulakkk. . Haishhh ni tak boleh jadi nih, semua komen sedap. Dah la dedua tu memang terror memasak. Terus la aritu dengan pantas kak M menerai resepi nih. . Ni kali kedua kak M buat. Sebelum ni ada gak try resepi yang lain. Tapi yang ni paling win. Dah la masak tak sampai 1 jam setel semua. . Bahan pun semuanya gerenti ada kat dapur kita semua. Takyah sibuk nak beli serbuk readymade bagi. This recipe is definitely a keeper! Jom tengok bahan-bahan dia ??
RESEPI NASI ARAB PALING MUDAH
Bahan Rebusan:
3 – 4 potong ayam – (kak M guna whole leg)
4 mangkuk air besih
1 kiub ayam
1 biji tomato (potong 4)
2 biji lada hijau (potong 4)
1 batang kulit kayu manis
1/2 camca ketumbar biji
½ camca jintan manis biji
½ camca lada hitam biji
Bahan lumur:
Madu secukupnya
Serbuk kunyit secukupnya
Bahan untuk tumis:
11/2 mangkuk basmathi
½ camca ketumbar
½ camca jintan manis
½ camca lada hitam biji
1 helai daun pandan
.
CARA:
1. Rebus semua bahan untuk direbus selama 30 minit. Perasakan dengan garam dan kiub ayam. Pastikan cukup rasa ya. Sebab Nasi arab ni tak banyak lauk jadi nasi kena cukup rasa.
2. Dah 30 minit. Tutup api dan keluarkan ayam.
3. Lumur ayam dengan madu dan kunyit. Biar sekejap.
4. Sementara tu tumiskan daun pandan, ketumbar, jintan manis dan lada hitam dengan sikit minyak hingga naik bau.
5. Masukkan beras basmathi tadi dan tumis lagi 1 minti. Matikan api.
6. Ambil periuk nasi, masukkan bahan yang telah siap ditumis tadi dan masukkan air rebusan.
7. Susun ayam tadi bahagian atas.
8. Masak nasi guna rice cooker macam biasa hingga masak.
9. Dah siappp. Boleh matching dengan sambal nasi arab dan salsa.
Daun sup antara bahan yang penting dalam masakan. Ada yang nak jimat dari membeli, maka mereka tanam sendiri. Ada yang hidup dan ada juga yang tidak. Bagi ibu-ibu yang nak tanam sendiri daup sup boleh baca perkongsian dari Noor Izzati yang tanam daun sup menggunakan biji benih.
Assalammualaikum… Ni sambungan daun sup…2 kali alih pasu 🤭🤭 Hanya nak share cara sy. .. Mana yg salah tolong ajarkan
Bekas semaian haritu (gambar last) sy bahagikan kpd 6 sbb malas nak alih satu2 anak pokok sbb halus sgt 😅… Tanam jgn dlm ya cukup untuk ttup akarnya…sy letak pada tmpt yg sama masa semai benih…tak direct matahari Dah besar mcm ni ambik masa juga (sy xkira 🤭)…tanah kene sentiasa basah.. Cara siram bukan siram terus pada batangnya.. Sy rendam biar air meresap pada tanah
Sy alih pasu besar terus.. Letak dekat tmpt panas (nak letak tmpt redup cikit pun blh)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di