Spaghetti adalah antara menu yang menjadi pilihan keluarga terutama anak-anak. Memang menjadi pembuka selera buat anak-anak. Oleh itu, ia menjadi hidangan popular di kalanga seisi keluarga.
Malah tidak mustahil, ada yang sanggup membeli pes untuk membuatnya di rumah. Namun, kadang kala, sebagai ibu bapa yang mementingkan kesihatan keluarga, kadang kala, terdedah dengan bahan pengawet tidak digalakan.
Bagi yang mementingkan kualiti penyediaan makanan secara sihat tanpa pengawet, boleh cuba membuat sos spaghetti di rumah.
Walaupun banyak step yang kena buat, tetapi berbaloi, kena sosnya boleh tahan sehingga 6 bulan jika di simpan di peti beku. Jom ikuti perkongsian ini oleh puan Dahlia Kamaruza di halaman Masak Apa Hari Ini.
Homemade pasta sauce. Gigih hakak kau pulun demi anak-anak si peminat tegar pasta. Seminggu mesti 2-3 kali makan pasta. Asik nak beli je sosnya. Bengkok mummy. Zaman2 ni kena pandai jimat2. Tambah anak berderet kan.
Jadik lah. Dari 10kg tomato. Dapatlah 3 bekas besar 1 bekas kecik. Boleh lah makan pasta hari2 gini.
RUPANYA INI CARANYA.
Ads
BAHAN-BAHAN
Tomato 10kg Bawang holand 4 biji (dadu) Bawang putih 2 labu (tumbuk)
Capsicum merah 4 biji
Cendawan shitake dalam 1/2 bekas (dadu)
Sweet basil 2-3 batang (ambil daun je)
Bay leaf 2-3 helai
Blackpepper sedikit
Mixed herbs sedikit
Cili powder 2 tbs (optional)
Cbs/cfs/serbuk ayam homemade (optional)
Minyak olive/masak dalam 1-2 cup
CARA PENYEDIAAN
Basuh bersih tomato kemudian kelar kulit luar dia silang. Rebus air dalam kuali hingga didih dan celur tomato sekejap.
Ads
Kemudian angkat dan rendam dalam bekas berisi air yang mengalir. Nak bagi dia cool down.
Kopek kulit dan asingkan dengan isi. Belah 2 dan picit biji keluar.Blend biji dan kulit. Ambil air je.
Masak semua dalam periuk hingga air berkurangan. Biar sejuk. Blend separuh.
Kemudian, capsicum tu bakar je atas dapur sampai kulit dia hangus… Lepas tu lalukan bawah air paip.. Buang kulit dan biji dia. Blend. Campurkan dengan sos tomato.
Ads
Tomato yang dah didihkan atas dapur tu bila dia dah kecut sikit air dah kurang boleh cedok sikit keluarkan. Yang lain blend halus. Hakak pakai hand blender je. Senang. Blend sekali jalan je.
Tumis bawang holand, putih dan cendawan sampai layu. Kemudian blend. Taknak blend pun takpe. Boleh add on terus dalam sos.
Tapi anak2 mummy nanti tak makan. Dia pilih2. So mummy blend halus je terus. Transfer dalam kuali dan masak hingga kering.
Add on serbuk cili, serbuk blackpepper, mixed herbs, sweet basil dan bay leaf. Dah kering matikan api. Dan biar cool down baru masuk bekas dan simpan.
Sos tomato ini tahan selama 2 hingga 3 hari di dalam peti sejuk bahagian Chiller. Bahagian peti beku pula sehingga 6 bulan. Sos ni pekat tau. Tak macam dalam tin tu. Ni macam paste. Boleh buat sos untuk pizza, lasagna, bake macaroni. Macam2 lah.. Simpan freezer… Tahan lama tau. Kena simpan freezer sebab tak ada bahan pengawet.
Menariknya perkongsiannya ni. Boleh cuba resipi ni. Yang paling penting tiada bahan pengawet!
Bulan puasa hari tu punya la craving nak makan ayam percik, tapi tak dapat-dapat. Kalau beli pun selalunya tak puas makan, mungkin rasanya tak memenuhi citarasa sendiri, harganya lagi. Betul tak?
Dah kebetulan esok cuti sampai Isnin, boleh la masak sedap-sedap makan dengan keluarga tercinta guna resipi yang mudah dan ringkas dari perkongsian Puan SuiSan Aliezsha di laman Facebook miliknya. Jom tengok cara membuatnya!
Sy share lg resepi ayam percik yg sy buat jual ni..moga ilmu yg kita kongsikn manfaat bt semua .. korang nk buat utk family time cuti² raya nt boleh la cuba..
Resipi Ayam Percik
1. Ayam cuci ptg2 toskan.. 2. Cili kering,bwg besar,bwg putih,halia,serai,kunyit hidup,(diblend) 3. Ketumbar & jintan manis (dblend halus) Tumis bhn² tanpa myk,pastikan garam gula secukup rasa, masukkan ayam masak setgh masak..kemudian letak ayam diatas stand renjis olive oil,myk masak pn bleh.. bakar pd suhu af 200-15minit (brgantung af masing² xckup masak tambah masa), suhu oven 180-20 minit..
Utk kuah.. 1. Cili kering,bwg putih (dblend) 2.sos cili,gula merah,gula pasir & 1 sudu besar tpg jagung,.. Panaskn kuali@periuk,masukkn cili,masukkn sedikit air kacau² sehingga cili masak, kemudian masukkn sos cili,gula,air gula merah,& tpg jagung..kacau sehingga kuah jd pekat, pastikn gula garam secukup rasa, jika ada bijan campur je dlm kuah tu, selamat mencuba semua!
3 Dalam 1, Adunan Ni Sekali Buat Boleh Masak Donut, Cakoi & Pau!
Tentunya dalam menikmati hidangan kuih muih kita sekeluarga punya selera masing-masing.
Mungkin anak suka makan donut, suami pula hendak makan Pau dan kita sendiri mahu menikmati cakoi yang baru digoreng panas.
Menyempurnakan keinginan ini dalam satu masa sebenarnya mudah sangat jika anda sediakan adunan ini. Di mana sekali bancuhan anda boleh hasilkan 3 jenis kuih.
Ini seperti mana yang dikongsikan oleh Nitaharry dan berjaya mencuri tumpuan penggemar masakan.
Jadi apa kata, hari ini anda sediakan 3 jenis kuih iaitu donut, cakoi dan pau untuk dijadikan menu sarapan atau minum petang yang istimewa kepada ahli keluarga anda.
DONUT/CAKOI/PAU
400g tepung gandum
1 cawan air
1 sudu besar marjerin
1 sudu kecik garam
2 sudu besar gula
2 sudu besar susu pekat manis/susu tepung
2 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder
1 biji telur
Cara buat:
Kalau guna breadmaker masuk je semua bahan.
1. Untuk uli tangan macam biasa air+gula+yis+susu pekat
2.Bancuh dan biarkan kembang. Kemudian boleh uli macam biasa.
3.Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian mengikut jenis kuih yang mahu dibuat seperti donut, cakoi atau pau.
Tips Ekstra: Untuk Kuih Donut, ambil doh mengikut saiz donut yang disukai. Bulatkan doh dan buat lubang di tengah menggunakan jari.
Untuk Kuih Cakoi, uli doh kemudian gelek sampai jadi leper. Potongkan memanjang. Letak lidi di tengah dan tekankan.
Untuk Kuih Pau, leperkan doh dan letak inti yang disukai. Bulat-bulatkan. Biarkan kembang sedikit sebelum dikukus.
Jadi jom daftarkan anak-anak anda ke program ini. Hubungi admin Nor (018-7717491) & Kim (019-3524493) atau KLIK DI SINI UNTUK DAFTAR
Apabila anak minta nak makan kek waktu malam. Bahan asas pula tak ada terutama tepung gandum dan telur. Namun perkongsian oleh Puan HanNy Na ini sungguh inspirasi dengan menyediakan resepi penyediaan kek yang ringkas hanya menggunakan dua bahan sahaja. Menarik kan. Jom kita lihat resipi superb ini.
Gigi berlubang sering dipandang ringan oleh ramai orang. Walaupun kelihatan seperti masalah kecil, hakikatnya, ia boleh membawa risiko kesihatan yang serius jika tidak dirawat...