Sudah sampai masanya kita mempunyai ilmu dalam pembelian emas. Jika selama ini kita hanya membeli emas dan mempercayai penjual sahaja, sekarang kita akan lebih yakin dengan pembelian.
Mentaliti kedai itu murah, kedai ini bagus, kedai itu bagi diskaun banyak, kedai ini upah sikit, kedai itu harga emas rendah dan sebagainya, sebenarnya tidak memberi apa-apa erti selagi kita tidak kira.
Ada yang rasa “apa susahnya kira?” Tak susah mana pun jika tahu. Ini yang saya senaraikan khas buat yang belum tahu supaya sekarang, lebih ramai lagi yang berilmu dan tidak diambil kesempatan sewenang-wenangnya.
1. Formula kira upah yang kedai kenakan (jika tidak diberitahu).
Jumlah perlu dibayar – (berat emas x harga emas kedai)
Contoh
Berat emas : 10 gram
Harga emas kedai : RM259
Jumlah perlu dibayar : RM2835
= RM2835 – (10 x 259)
= RM2835 – RM2590
= RM245 ialah upah yang diambil.
Nota : Ada kedai yang tidak bertanggungjawab dan menyembunyikan caj upah. Ada yang langsung tidak tunjuk di resit. Yang ada hanya berat x harga emas dan jumlah perlu dibayar. Ini pentingnya guna formula ini supaya tidak diambil kesempatan.
2. Formula kira harga emas SEBENAR selepas dikira upah.
(Berat emas x harga emas kedai + upah) ÷ berat emas
Contoh
Berat emas : 10 gram
Harga emas kedai : RM259/g
Jumlah upah : RM245
= (10 x 259 + 245) ÷ 10
= (2590 + 245) ÷ 10
= 2895 ÷ 10
= RM289.50 ialah harga SEBENAR emas kedai tersebut selepas dikira upah.
Nota : Jangan terpedaya dengan harga emas kedai yang diberitahu selagi tidak menggunakan formula ini.
3. Formula kira upah setiap gram yang kedai kenakan.
Ikut langkah formula 1 untuk jumlah upah jika tidak dimaklumkan. Kemudian bahagikan dengan berat.
Ads
Contoh
Berat emas : 10 gram
Jumlah upah : RM245
= 245 ÷ 10
= RM24.50 ialah amaun upah yang dikenakan pada setiap gram.
Nota : Ada kedai yang mengenakan upah setiap gram yang mahal. Yang paling utama ialah untuk tahu nilai emas per gram yang sebenar selepas upah di formula nombor 2 di atas.
4. Formula kira beli emas baru dengan trade in emas lama.
(Berat emas baru x harga emas kedai + upah) – (Berat emas lama x harga trade in kedai)
Contoh
Berat emas baru : 10 gram
Berat emas lama : 5 gram
Harga emas kedai : RM259/g
Harga trade in kedai : RM230/g
Jumlah upah : RM245
= (10 x 259 + 245) – (5 x 230)
= (2590 + 245) – 1150
= 2835 – 1150
= RM1685 ialah amaun yang perlu ditambah untuk beli 10g emas baru setelah trade in 5g emas lama.
Nota : Sudah hampir tiada istilah susut nilai 25% dari harga emas masa beli. Semuanya bergantung kepada harga emas trade in bagi kedai itu.
5. Formula perbandingan kedai ADA UPAH vs kedai FREE UPAH.
Ada 2 formula dalam kategori ini. Formula pertama yang paling ringkas iaitu bandingkan jumlah kena bayar kedua-dua kedai jika berat emas yang ingin dibeli sama.
Ads
Formula kedua yang lebih terperinci dalam kategori ini ialah dengan membandingkan harga untuk 1 gram kedua-dua kedai.
Ikut langkah Formula kira harga emas sebenar selepas dikira upah dan bandingkan dengan berat x harga emas kedai FREE UPAH seperti Gull Jewellery.
Contoh
Kedai Emas A ADA UPAH
Kedai Emas B FREE UPAH
Berat emas : 10 gram
Harga emas Kedai A : RM259/g
Harga emas Kedai B : RM270/g
Jumlah upah Kedai A : RM245
Jumlah upah Kedai B : FREE UPAH
Kira harga emas sebenar Kedai A ADA UPAH
(Berat emas x harga emas kedai + upah) ÷ berat emas
Kedai A ADA UPAH lebih mahal RM19.50 untuk setiap gram berbanding Kedai B FREE UPAH.
Nota : Jangan buat kesimpulan awal dengan membandingkan harga emas kedai sebelum dikira bersama upah. Gunakan formula ini dan jika kedai dengan upah hasilnya murah dari kedai yang FREE UPAH, bermakna kedai itu upahnya murah dan belilah di kedai itu. Yang penting, WAJIB TAWAR UPAH. Jika tidak tawar, anda akan membayar lebih.
6. Formula bandingkan yang mana lebih untung trade in di kedai atau simpan di Ar Rahnu.
(Berat emas x harga trade in kedai) – (berat emas x harga Ar Rahnu x 70%)
Berat emas : 10 gram
Harga trade in Kedai emas : RM230/g
Harga emas Ar Rahnu : RM272/g
Kadar peratus pinjaman : 70%
= (10 x 230) – (10 x 272 x 70%)
= 2300 – (2720 x 70%)
= 2300 – 1904
= RM396 ialah lebihan nilai yang dapat jika trade in di kedai berbanding simpan di Ar Rahnu (Ar Rahnu belum masuk upah simpan).
Nota : Jika masih sayang emas yang lama, simpanlah di Ar Rahnu. Jika memang sudah bosan atau mahukan rekaan yang baru, trade in sahaja di kedai. Tetapi pastikan kira dahulu. Ambil tahu harga emas Ar Rahnu dan harga Trade In kedai.
Semoga dimanfaatkan ilmu ini sebaiknya. Silakan tekan butang share buat manfaat semua. Dilarang copy paste ye.
#CabaranRM3 masuk hari ke 74 hari ini (17 Ogos 2020) dan jumlah terkumpul yang anda perlu ada dalam tabungan ialah RM222.
Cabaran ini adalah untuk menggalakkan semua menyimpan atau menabung untuk membeli emas dengan menyimpan RM3 setiap hari selama 180 hari. Selepas sampai sasaran hari, kita akan ada cukup duit untuk beli sekurang-kurangnya 2 gram emas. Menabung sendiri dan beli sendiri nanti. Saya hanya memberi motivasi dengan membuat post peringatan setiap hari untuk #CabaranRM3 ini.
Ilmu yang amat berguna jika memilih emas sebagai aset pelaburan jangka masa panjang Selamat merancang simpanan buat keluarga!
Biarpun berdepan dengan keretakan rumah tangga, Fazura kelihatan ceria dan tenang sebelum berita di media sosial melaporkan bahawa aktres ini telah memfailkan permohonan cerai pagi tadi di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam.
Menerusi IG story milik pelakon dan usahawan cantik ini, telah dimuat naik kira-kira 16 jam lalu (ketika artikel ini ditulis) video dia menghadiri sidang media mengenai telemovie, Andartu Kosmopolitan yang sedang ditayangkan ditayangkan dekat Viu bermula 13 September 2024.
📍Untuk mommies yang ada anak dalam fasa merangkak, bolehlah join Baby Merangkak Race! Yuran penyertaan hanya RM20 dan anda akan menerima goodies istimewa. Ada pelbagai hadiah menarik yang menanti para pemenang, jangan tunggu lagi. Jom daftar sekarang di sini 👇🏼 https://kliik.je/product-details/111?title=baby-merangkak-race
Di akhir video riak wajah Fazura seakan berubah. Senyuman yang memberikan seribu erti. Hanya Tuhan sahaja yang tahu apa yang tersirat di hatinya. Jadi, doa baik-baik untuk mereka.
@keluarga.myMenerusi IG story milik pelakon dan usahawan jelita, Nur Fazura kira-kira 16 jam yang lalu (sewaktu artikel ini ditulis), telah memuat naik video semasa menghadiri sidang media bagi telemovie Andartu Kosmopolitan yang kini sedang ditayangkan di Viu bermula 13 September 2024. Di penghujung video, terlihat raut wajah Fazura yang sedikit berubah, dengan senyuman yang penuh makna. Hanya Tuhan yang mengetahui apa yang tersimpan di lubuk hatinya. Mari kita doakan yang terbaik untuk mereka. Untuk artikel penuh, layari website Majalah Keluarga.♬ original sound Keluarga
Posting Fazura Selepas Berita Duka
Dalam pada, kelihatan juga posting pertama Fazura setelah berita duka ini tersebar di media social. Foto Fazura juga dimuat naik tanpa warna seolah-olah menggambarkan betapa kehidupan ini penuh dengan pelbagai cabaran dan liku-liku yang perlu diharungi. Ia juga menonjolkan seakan rasa sunyi, kesedihan atau juga kekuatan.
It’s your road and yours alone, others may walk it with you, but no one can walk it for you 🕊️ ~ Rumi
Biasanya setelah berkahwin akan menjadikan seorang lelaki bergelar suami itu lebih kuat berkerja demi memastikan keluarganya makan pakai cukup dan sebolehnya serba serbi sempurna.
Pun begitu, ada juga segelintir suami bersikap sebaliknya dalam hal mencari rezeki. Melihat keadaan ini, terpanggil Ustaz Firdaus Mokhtar memberi nasihat dan pandangannya pada semua lelaki bergelar suami. Ayuh kita ambil pengajaran perkongsian bermanfaat ini.
INI PERKONGSIANNYA
2,3 hari ini banyak betul terima mesej daripada isteri yang mengadu tentang suami yang tidak bekerja. Pagi tadi saya bangun tidur, tengok dah ada 1 mesej panjang dekat messenger.
Pun hal yang sama, tentang suami tak bekerja. Atau pun kerap tukar kerja. Tak sampai 1,2 bulan di tempat kerja, berhenti. Cari kerja lain punyalah susah nak dapat.
Lepas dapat kerja lain, berhenti lagi.
Bila tanya dia apa punca dia berhenti. Macam-macam jawapan. Tak sesuai dengan bos, kawan-kawan tak bagus, tempat kerja jauh, penat kena buat kerja macam-macam dan tak kurang ada yang kata tak layak kerja tu. Padahal syarikat dah terima. Sendiri pula rasa tak layak.
Dalam kes begini ada 2 keadaan pula yang saya terima.
Pertama; memang suami jenis kerap tukar kerja. Bila sampai masa tak ada kerja, rajin pula pergi keluar minum jumpa kawan-kawan. Lepaskan tekanan katanya.
Jumpa berjam-jam. Siang keluar, malam pun keluar. Mana dapat duit? Mestilah minta dekat isteri. Baler.
Kerja tidak, minta pula dekat isteri hari-hari.
Kedua; sudahlah kerja pun tak ada, sibuk nak kahwin lagi.
Ini pun banyak. Serius banyak. Pendapatan tak ada, keluarga yang sedia ada ini pun tak terjaga betul.
Duduk rumah sewa dengan adik ipar. Jadi semua bergantung ke adik ipar. Ada isteri yang terpaksa ambil keputusan hantar anak balik kampung, sebab tak ada kemampuan nak hidup sama dengan bandar. Belanja tinggi.
“Tapi puan hantarlah duit ke mak dekat kampung untuk anak-anak?” Saya tanya.
“Tak juga. Kadang-kadang kalau ada lebih. Saya tahu saya salah buat macam tu. Kesian ke mak saya. Tapi saya tak ada duit lebih. Suami memang tak ada duit. Tak bekerja langsung dah 4,5 bulan,” jawab dia.
Tak kira keadaan pertama atau kedua, dua-dua keadaan ini menyebabkan isteri tersepit. Tekanan. Antara nak terus bagi semangat ke suami atau nak minta dilepaskan.
Bila tak ada duit, banyaklah masalah timbul. Lagi teruk minta duit dekat isteri, isteri tak bagi, dimarahnya pula.
Bukan kejap kejap. Berlarutan 3-4 tahun usia perkahwinan. Itu yang saya kata isteri begini tersepit. Akhirnya kemurungan.
Kawan-kawan sekalian,
Yang lelaki. Bila kau fikir nak berumahtangga, itu adalah saat untuk kita lebih bertanggungjawab. Membina rumahtangga kau bersama-sama.
Bukan sebagai jalan untuk kau jadi raja dalam rumah. Duduk tanpa kerja. Harap ke duit isteri untuk selesaikan banyak urusan diri kau dan rumah kau.
Satu hal lagi, yang sibuk nak kahwin lagi tapi tak ada kerja ni. Kau dah kenapa bang? Tambah sumber pendapatan dengan tambah isteri, macam tu? Ya ampun.
Kalau betul pun kau tak ada kerja, carilah apa sahaja pun kerja yang kau boleh buat. Sekali pun kau terpaksa bekerja jadi tukang sapu. Asalkan kerja halal.
Kata kunci dia, janganlah memilih kerja. Fikirkan yang lebih utama. Apakah keselesaan kita bekerja atau hakikat nak menanggung keluarga itu yang lebih dulu kita kena hadap?
Mestilah tanggungan keluarga kita dulu. Lagi lagi kalau dah ada anak. Semua nak kena suap makan. Belum cerita soal pakaian dan sekolah lagi.
Berusahalah wahai lelaki, wahai suami. Tak bekerja ini kau bukan seksa kewangan kau, tapi kau seksa juga emosi dan perasaan isteri. Sampai 1 masa, kau balik yang marah-marah ke isteri kau.
Ingatlah, tak selesai urusan kau sebagai suami dekat dunia ni, bermakna tak selesai juga urusan akhirat kau nanti.
Cabaran hari ini sungguh besar kerana faktor sekeliling dan juga kecanggihan teknologi. Bagi yang ada anak lelaki atau perempuan, tanggungjawab ini sangat besar.
Anak yang dibesarkan dalam persekitaran positif, dilimpahi kasih sayang dan perhatian, mereka pasti akan membesar menjadi anak yang lebih mudah. Namun jika dari awal ibu bapa silap percaturan, tak mustahil anak lebih percaya pada orang lain.
Sebab itu, anak lelaki dan anak perempuan, pastikan mereka sentiasa menjadi kawan baik ibu ayah sampailah mereka dewasa. Seperti perkongsian Taufiq Razif, anak lelaki perlukan 10 nasihat ini sebelum mereka jadi dewasa.
Anak lelaki perlukan 10 nasihat ini sebelum mereka menjadi dewasa
1. Lindungilah adik beradik perempuanmu kerana mereka sangat memerlukan penjagaanmu
2. Perhatikanlah nada suara dan kata katamu bila berbicara dengan orang yang lebih tua daripadamu
3. Jagalah emosimu ketika terlalu marah dan jangan sampai dirimu menjadi tunggangan nafsu amarahmu
4. Taatlah pada kedua ibu dan ayahmu ketika mana perintah mereka tidak melawan perintah Penciptamu
5. Jagalah dirimu daripada terlalu hanyut dalam permainan dan keseronokan kerana ketagihan padanya bisa membunuh wibawamu
6. Jagalah matamu daripada memandang perkara yang merosakkan hatimu kerana hati yang rosak boleh mencelakakan ibadahmu
7. Jagalah hatimu daripada iri dan dengki dengan nikmat yang diberikan pada orang lain kerana iri dan dengki akan meracuni fikiranmu
8. Perhatikanlah dengan siapa dirimu bersahabat dan berkawan kerana kesilapan dalam memilih sahabat dan kawan akan membinasakan dirimu
9. Kuatlah pegangan agamamu kerana fitnah akhir zaman boleh datang dalam bentuk fitnah harta, fitnah kuasa, fitnah akidah dan fitnah ilmu.
10. Bantulah ibu bapa menguruskan urusan dan pekerjaan harian di rumahmu kerana kelak ianya akan membuatmu terlatih untuk memimpin ahli keluargamu
Didiklah anak lelaki sebaiknya kerana jika benar cara didikan maka mereka akan menjadi pemimpin idaman ahli keluarga.
Didiklah anak lelaki sebaiknya kerana jika salah didikan mereka akan menjadi raja yang membuatkan ahli keluarga menjadi hambanya.
Untuk pasangan yang sedang ikhtiar hamil, jom sertai grup komuniti ‘Pejuang Garis 2 Pa&Ma’ untuk mengikuti pelbagai aktiviti yang dianjurkan serta peluang untuk memenangi pelbagai hadiah best.