Wajah comel Aisha Amaira sering menjadi tumpuan warga maya , sementelah Fasha dan suaminya Aidil sering memuat nak gambar mahupun video si kecil ini. Membuatkan ramai yang geram melihat telatahnya.
Terbaru Fasha Sandha telah berkongsi video keletah anaknya, baby Aisha dan seorang lagi bayi yang baru lahir menerusi video yang telah dimuat naik di laman Instagram miliknya.
Ads
Menurut kapsyen yang dimuat naik Fasha, anak perempuannya itu menunjukkan wajah kurang senang apabila ayahnya memegang baby lain.
Baby Aisha Amaira and baby Aaira Kecik2 dah pandai jealous tengok ayah pegang baby kecik lain… Nampak gayanya, tak boleh ada adik lagi 😂
Ads
Congratulations Syafiq and Atien for your beautiful and healthy newborn. Alhamdulillah sihat, takde demam kuning dan healthy baby, Syukur Alhamdulillah. Semoga membesar dengan sihat baby Aaira . We love you already…. bff Aisha
Menyentuh tentang bab menjaga kesihatan diri dan keluarga, pastinya setiap antara kita begitu prihatin. Lebih-lebih lagi jika dalam cuaca sekarang yang tidak menentu. Terasa terik melampau pada waktu tengah hari dan tiba-tiba hujan di waktu petang boleh mendatang risiko kesihatan terjejas seperti mudah diserang batuk, demam dan selesema.
Umum maklum, meredakan masalah tersebut ubat perlu diambil namun tahukah anda selain itu terdapat beberapa cara lain yang boleh diamalkan. Hal ini telah dikongsikan oleh Doktor Suri Roowi di akaun fbnya. Nak tahu lanjut, jom semak satu persatu.
“Memandangkan cuaca agak tidak menentu sekarang ini, di sini saya kongsikan tips alami untuk membantu masalah demam, batuk dan selsema”- Dr Suri Roowi
Caranya adalah;
1.Minum air bawang putih. Bawang putih ada bahan Allicin, boleh membantu masalah demam, sakit tekak dan selsema.
Untuk mendapatkan khasiat yang banyak, bawang putih perlu dihancurkan atau dipotong-potong, seterusnya dibiarkan selama 10 minit, agar enzim dapat bertindak balas dan menghasilkan bahan berkhasiat Alicin.
Selepas itu barulah ditambah air suam. Sebaiknya diambil bersama madu. Dapatkan madu yang asli.
2.Halia adalah herba popular untuk bantu rawat batuk.
Caranya adalah dengan hancurkan halia dan direbus. Jus lemon dan madu boleh ditambah. Pastikan madu asli.
Cara lain adalah dengan kemam halia yang telah dibuang kulit untuk bantu kurangkan batuk.
3.Nenas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini bantu cairkan kahak dan kurangkan batuk.
4. Minum madu asli – Madu asli sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk. Terdapat kajian menunjukkan ia lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan.
5. Minum yoghurt atau madu kelulut – Lactobacillus adalah bakteria baik yang boleh membantu sistem penghadaman dan masalah batuk. Bakteria baik ini banyak dalam yoghurt dan kajian terkini menunjukkan lactobacillus banyak juga dalam madu kelulut.
6. Terdapat juga kajian menunjukkan kombinasi madu dan kopi boleh bantu kurangkan batuk.
Banyakkan berdoa memohon kesembuhan. Allah berfirman dalam Al Quran;
“Dan apabila kamu sakit maka Dia (Allah) yang menyembuhkan” Surah Ashshu’ara’ ayat 80
7.Limau nipis dan lemon membantu merawat batuk dengan mengurangkan radang. Kulit limau tinggi bahan berkhasiat neohesperidin berbanding jus. Caranya adalah dengan menambahkan madu asli pada kulit limau yang dihancurkan dan ditambahkan jus. Minum sedikit-sedikit sehingga sembuh. Limau nipis lebih berkesan berbanding kasturi untuk masalah batuk.
8. Bawang merah adalah antara sumber yang mudah didapati untuk bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan memotong dan hidu bau bawang tersebut.
9. Bahan meruap mint (Mentha piperita) juga boleh bantu kurangkan batuk. Caranya adalah dengan meminum teh mint, tetapi sebelum itu perlu hidu wap nya kerana bahan aroma boleh bertindak sebagai antibakteria/antivirus
10.Kunyit secara semulajadinya mengandungi bahan kurkumin. Ia juga membantu kurangkan batuk terutamanya jenis batuk tanpa kahak. Caranya adalah ambil sedikit kunyit bersama madu dan diminum.
11.Kumur-kumur dengan air garam – disediakan dengan melarutkan sesudu garam dengan secawan air suam
12. Rendam 1 atau 2 kayu manis dalam segelas air panas dan minum sedikit-sedikit. Kayu manis juga membantu masalah diabetis
Selebriti yang satu ini memang dengan sikapnya yang happy go lucky, baik ketika menjadi pengacara mahupun melaksanakan tugasnya sebagai penyampai radio. Malah sikap ‘gila-gilanya itu menceriakan suasana.
Sebut sahaja nama Sharifah Shahirah, atau Shiera pasti semua kenal. Telatahnya yang mencuit hati disamping petahnya dia bercakap membuatkan ramai yang tidak kering gusi apabila berada berdekatannya.
Jarang dia bercerita soal rumah tangga biarpun 16 tahun hidup sebumbung dengan suaminya, Ijoy. Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada tahun 2003 dan mereka dikurniakan empat orang anak iaitu Airell , 15, Airra, 12, Audra, 10, dan Adeena, 2.
Baru-baru ini, Shiera memuat naik sekeping gambar menunjukkan jarinya yang kosong tidak terisi cincin kahwin. Menurutnya, cincin kahwin terpaksa ditanggalkan kerana sudah tidak muat
Tak pakai cincin kawin bukan bermaksud tak bahagia dah
Tapi dah gatal gatal…16 tahun pakai
Ooo maksud dah tak muat …lalalalalalla …senorita….,” Demikian perkongsian Shiera di laman intagramnya.
Bas ekspres bawa pelajar UMPSA rempuh belakang treler LPT 1. Sebuah bas ekspres yang membawa seramai 28 penumpang termasuk 20 pelajar Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA) terlibat dalam satu insiden mencemaskan apabila kenderaan itu melanggar belakang sebuah lori treler di Kilometer 161.5 Lebuhraya Pantai Timur (LPT1) menghala ke Timur, awal pagi tadi.
Kejadian yang berlaku sekitar jam 1 pagi itu melibatkan sebuah bas milik LA Holidays Travel and Tours Sdn. Bhd. yang sedang dalam perjalanan dari Terminal Bersepadu Selatan (TBS), Kuala Lumpur ke Terminal Sentral Kuantan.
Menurut Ketua Polis Daerah Maran, Superintendan Wong Kim Wai, hasil siasatan awal mendapati bas yang dipandu oleh lelaki berumur 38 tahun itu telah melanggar bahagian belakang sebuah lori jenis Nissan MK262 yang sedang berada di lorong kiri lebuh raya berkenaan.
“Ketika insiden berlaku, lori berkenaan sedang bergerak lurus di lorong kiri sebelum dilanggar dari arah belakang oleh bas yang membawa penumpang termasuk pelajar universiti tersebut,” katanya.
Beliau turut memaklumkan bahawa tiada kecederaan dilaporkan melibatkan semua individu terlibat termasuk pemandu dan kelindan lori, serta pemandu bas itu sendiri. Kesemua penumpang telah dipindahkan ke bas gantian untuk meneruskan perjalanan ke destinasi mereka di Kuantan.
Kes kini disiasat di bawah Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana dipercayai berpunca daripada kecuaian pemandu bas yang gagal mengawal kenderaan ketika berada di lorong yang sama dengan treler tersebut.
Sementara itu, Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar UMPSA, Haykal, memaklumkan bahawa semua 20 pelajar UMPSA yang menaiki bas berkenaan berada dalam keadaan selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Pelajar tiba di kawasan Masjid UMPSA, Kampus Gambang sekitar jam 3.56 pagi dan disambut oleh pasukan MPP yang turut membantu memastikan setiap pelajar dihantar pulang ke kolej kediaman masing-masing dengan selamat,” katanya.