Bila tiba hari raya, bukan hanya juadah untuk hidangan untuk tetapi busana juga kena menarik dan cantik. Barulah betul betul raya kan.
Adakala baju yang dibeli agak kurang menarik dan kosong. Bagi ibu-ibu yang kreatif boleh jadikan baju raya lebih indah dengan meletakan batuan cantik. Bagi anda yang kurang mahir, apa kata cuba perkongsian dari lelaki ini.
Hi u all yg mana nk baju raya lip lap lip lap dengan diamond tapi takde mesin tekan tu kan mai tengok ni saya nak share tips macam mana nak buat. Takyah nak bakar satu-satu dah diamond tu dengan lilin lagi senang mudah dan cepat. Yang penting jimat wang.. Tauke2 baju pengantin pun boleh guna teknik ni untuk mencantikan lagi baju pengantin anda….
Ads
bahan-bahan
Seterika Penyepit ALat untuk tekan batu/ permata
Ads
yang mana-mana dapat ilmu dari tips saya ni jangan lupa share.
Kalau beli buah tembikai,Kita selalu sangka dapat yang manis, tetapi kecewa. Walaupun isinya merah namun rasanya tawar. Jadi kena ada cara untuk pilih buah tembikai.
Jom ikut tip yang dikongsikan Musyahadah oo menerusi Facebooknya. Menurutnya, tip tersebut diperoleh daripada penanam tembikai sendiri.
Semalam saya pergi Econsave beli tembikai. Lepastu saya nampak uncle Cina pilih-pilih. Saya perhatikan dia berpusing-pusing memilih tembikai semua tak kena. Saya pun bertanya kepoh;
Uncle pun jawab “Amoy…mai saya ajar, ni no1 ‘belalai kerinting’ menandakan buah pertama. Manakala no2 ni buah kedua dan yang lurus ni no3 menandakan buah seterusnya.
Kalau you ah nak manis ambil buah no 1 merah cantik, ok. Lagi ah, kalau nak tau kulit tu tebal dan nipis tengok biku (bontot) dia.
Kalau lubang besar macam ni ah kulit tebal. Kalau lubang tu kecil tanda kulit nipis ah.
Ok you mau mana? Saya pun jawab nak yang manis, uncle!!
Ok dia suruh saya pilih bagi can cari tembikai belalai kerinting.Dapatlah.
Uncle pun senyum, saya macam budak baru belajar. Uncle pun berlalu saya ucap, “xie xie ni uncle”.
Dalam hati ada betulkah uncle nih? Dia kata ia penanam tembikai.
Hahhh…ni sebelum potong saya cerita suami untuk membuktikan tembikai yang saya beli MANIS merah tapi kulit agak tebal sebab saya pilih lubang bawah besar .
Jeng jeng jeng jeeng, bila potong. Eeeh betullah, manis merah cantik memang kulit tebal sikit.
Ilmu ya, boleh kita dapat di mana-mana jangan malu bertanya.
Sekadar perkongsian. Siap snap gambar di econsave sebab nak buktikan suami dan anak kata fresh, manis betul.
Bagi anda yang tengah berdiet, waktu bersahur tetap kena minum supaya esoknya bertenaga untuk berpuasa. Bagi ibu-ibu yang tidak suka ambil makanan berat, boleh cuba jus sihat ini untuk memastikan anda tyetap fit dan bertenaga di siang hari.
Perkongsian jus sihat ini mungkin boleh membantu ibu-ibu. Kaedah ini dipraktikkan oleh Sharinaz Redwan dengan hanya menggunakan 4 bahan asas sahaja. Antaranya, Epal Hijau, Timun, Lemon dan juga Madu.
Bahan-bahan ini pastinya boleh di dapati di dapur dan sememangnya memiliki banyak khasiat untuk kesihatan tubuh.
Menurut Sharinaz lagi, selepas minum anda akan rasa kenyang berpanjangan, badan rasa fresh, rasa fit. Tunggu apa lagi, jom cuba!
Bahan Asas: timun epal hijau lemon madu.
TIMUN DAN KHASIATNYA Antara kelebihan timun ia mengandungi kandungan tinggi kalium, magnesium dan silikon yang sangat berguna untuk kesihatan dan kecantikan kulit. Sebab itu banyak terdapat rawatan spa yang berasaskan timun. Selain tu timun ni jugak boleh membuang toksin dalam badan dan berikan rasa sejuk dalam badan.
EPAL HIJAU DAN KHASIATNYA Epal hijau dapat mengurangkan tahap kolestrol dalam badan, kurangkan risiko sakit jantung. Sesiapa yang mempunyai masalah sembelit, elok amalkan makan epal hijau ni tau.
LEMON DAN KHASIATNYA Tidak dinafikan buah lemon lagi tinggi dengan Vitamin C, boleh kurangkan risiko kanser dan juga dapat membersihkan usus kita.
BAHAN-BAHAN: 1 biji epal hijau 1/2 biji timun 2 slice lemon, amik jus je 1-2 sudu besar madu Air suam untuk kisar
CARA-CARA:
Semua atas ni dikisar. Nak tapis boleh. Lagi bagus tak di tapis kerana hampas itu menjadikan fiber lebih tinggi. Minum macam tu je. Bila cantik dalam, baru lah terserlah kat luar. Nak cantik kena seimbang. Bukan jaga kulit ,tepek tu tepek ni, pemakanan pun kena jaga tau. Baru kebabom!
Sumber: Sharinaz Redwan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Yunos Laith sekali lagi mencuri perhatian apabila penyanyi, komposer dan pengarah terkenal, Yusry Abdul Halim berkongsi momen istimewa sempena sambutan ulang tahun kelahiran mereka...