Sebut sahaja kuih apam susu tentu ada yang sudah membayangkan betapa lembut dan gebu teksturnya. Apatah lagi mengenangkan rasanya yang enak, pasti ada yang terus terasa teringin untuk menikmatinya ketika ini.
Jadi tunggu apa lagi, bila dah teringin tu jomlah kita masuk dapur dan sediakan menu yang enak ini. Tidak dinafikan, menyediakan Apam Susu cukup mudah dengan menggunakan bahan-bahan yang ringkas seperti yang dikongsikan oleh Kak Long Azzu Riana ini.
“Akak nak kongsikan resepi apam susu lak sebab tengok ada yang buat jadi tak kot la nak try buat lagi sekali..” ujarnya pada kepsyen perkongsian resipi di salah satu group masakan di Facebook.
Resipi Apam Pandan
Telur 4biji gred A
Gula setengah cawan (nak manis boleh tambah gula)
1sudu besar ovelett
Aisin vanila 1 penutup
Setengah cawan susu pekat
6 sudu besar santan pekat
Sedikit air daun pandan yang dan blender
Cara buat :
1. Mixer sampai sebati semua bahan hingga sebati
2. Kemudian masuk kan 2 cawan tepung gandum dan mixer sampai sebati
3. Kemudian kukus dalam 25 ke 30 minit
4. Sapu planta sdikit pada acuan agar tidak melekat
Apam Susu Coklat
Bahan-bahan:
4 bji telur gred A
1 sudu besar ovelet
Setengah cawan susu pekat (nak manis boleh tambah gula dan susu lagi)
1 sudu besar milo
5 sudu besar minyak masak (nanti apam akan jadi moist)
1 cawan serbuk coklat ( Saya guna serbuk coklat yang buat minuman tu je ye )
Nak tahu, KELUARGA ada hadiah wang tunai RM500 nak beri kepada anak-anak anda! Caranya mudah sahaja, anda perlu kongsikan perasaan rasa bangga menjadi anak Malaysia.
Berdepan dengan pelbagai karenah anak-anak ada masanya menuntut kesabaran yang lebih tinggi. Karenah anak-anak yang sedang membesar adakalanya buat kita tidak tahu bagaimana cara untuk mengawal sikap mereka.
Selain didikan daripada awal dengan menggunakan pelbagai psikologi dalam mendidik akhlak anak, perkongsian ibu beranak dua ini antara yang menarik untuk kita semua.
Paling penting cara yang dilakukannya cukup mudah dalam mendidik anak, terutama dalam membentuk akhlak anak-anak kita.
Perkongsian mudah saudari Nadia Bakar di facebooknya paling senang untuk kita cuba. Jom sama-sama kita amalkan.
“Rasa nak kongsi sikit pengalaman sebagai emak yang baru “5 tahun jagung” hari ni. Biasa dengar baca selawat, tiup pada ubun-ubun anak dan bagi anak makan masakan dari air tangan ibu dapat lembutkan hati anak, serta patuh pada ibu ayah kan?
Kisah ni dah lama nak cerita, tapi asyik lupa. Maafkanlah mak yang sibuk ini. Saya belajar daripada perkongsian Dr Zulkifli Mohamed Sharif yang amalkan sikat rambut anak-anaknya.
Dengan izin Tuhan anak akan patuh dan attach dengan kita. Saya buat dengan sedikit penambahan sebenarnya.
Waktu sikat rambut anak, sambil baca doa tengok cermin. Saya ubahsuai sikit perkataan baik kepada cantik. Nak guna “baik” pun boleh.
“Ya Allah, cantikkanlah akhlak Aariz/Annur yang baik ini sebagaimana Kau cantikkan kejadiannya. Amiiiin”. Anak-anak pun aminkan.
Annur tengok saja muka maknya dan aktiviti sikat rambut selalunya berakhir dengan dia nak sikat tu, sambung sikat rambut sendiri. Takpe kusut masai balik. Kasi can dia eksplorasi Dora gitu.
Lepas sikat, saya cium pipi dan dahi anak-anak sambil luahkan kesyukuran depan mereka berdua.
“Ibu syukur ada anak yang baik, rajin tolong ibu macam Aariz/Annur.”
Ada masanya, sebut-sebut dengan nada super excited atas apa-apa kejayaan mereka hari tu.
“Bagus Aariz rajin kemas mainan lepas main. Barulah cantik rumah kita kan?”
Suami pun sama-sama praktis bila beliau sikatkan rambut anak-anak.
Nampaklah kesannya. Anak pun lebih attach dengan kita. Harapnya perkongsian ni dapat memberi manfaat kepada ibu ayah sekalian. ??
Nadia Bakar Emak yang sedang berusaha seperti kalian.
Jomlah kita sama-sama amalkan pada anak-anak kita. Mana tahu dengan doa dan cara yang mudah ini, walaupun hanya sikat rambut sahaja, anak-anak kita menjadi anak yang lebih terdidik dan berakhlak mulia. Usaha lebih penting daripada tidak langsung mencuba apa-apa.
Selamat mencuba!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tidak hanya mahukan keuntungan semata-mata, pemilik Albel Balloons Enterprise, Nurliza Suhandi dan suaminya, Muhammad Amir Shaari tetap menjaga malah bertanggungjawab terhadap alam sekitar dengan menggunakan belon yang biodegradable setiap kali memberi perkhidmatan belon hiasannya kepada pelanggan.
Perniagaan dekorasi belon dan ‘ Surprise Delivery Service’ yang diusahakan oleh pasangan suami isteri ini bermula secara part time sahaja akhirnya membuahkan hasil. Apa lagi bila hasil kreativiti pertama dekorasi balloon arch ( belon gerbang) untuk majlis hari jadi anak buah mendapat perhatian ramai.
“Pada awalnya, kami cuma terlibat secara ‘part- time’ setiap hujung minggu pada tahun 2015. Pelanggan yang terawal yang support sudah semestinya dikalangan saudara mara dan kawan-kawan sahaja. Saya Ketika itu masih bekerja sebagai Engineer di Kuala Lumpur.
“Dekorasi yang kami lakukan ketika itu adalah sempena majlis hari jadi, perasmian, dan juga untuk dekorasi booth jualan. Dekorasi kami memang mesti ada element belon. Sebab kami minat dan rasa mudah untuk dijadikan bisnes.
“Dekorasi kami yang pertama adalah dekorasi balloon arch ( belon gerbang) untuk majlis hari jadi anak buah. Selepas melahirkan anak pertama, pada 2016, barulah saya full time buat bisnes ini dan daftarkan perniagaan kami dengan nama Albel Balloons Enterprise, hasil gabungan nama kami bersama,” katanya berkongsi.
Perlu banyak belajar dan rujukan untuk berjaya
Tambah Pn Nurliza lagi, sejak awal lagi dia menjadikan Youtube sebagai gurunya dalam menghias selain memperbanyakkan rujukan melalui pelbagai sumber di internet termasuklah Instagram, Pinterest dan sebagainya.
“Jujurnya kami banyak belajar dari Youtube untuk buat pelbagai dekorasi dan dapatkan idea pada awal penglibatan. Dari segi idea untuk dekor pula, kami akan tanya pelanggan terlebih dahulu apa rekaan yang menjadi kesukaannya dan kami akan sediakan ‘mock-up’.
Selain itu, kami juga dapatkan idea dari pelbagai sumber di internet seperti di Instagram dan Pinterest untuk dekorasi-dekorasi belon yang trending. Sebab boleh dikatakan hampir kesemua rekaan dan dekorasi belon di sana sangat cantik, menarik dan ada pelbagai variasi. Di sinilah kami banyak belajar,” katanya lagi berkongsi.
“Balloonviral” dapat perhatian
Bermula secara kecil-kecilan kini nama Albel Balloons Enterprise semakin menempa nama dalam bidang ini. Antara servis yang ditawarkan bukan sahaja dekorasi belon untuk majlis bahkan turut sama melebarkan sayap dengan bisnes ‘surprise delivery’ yang dinamakan “balloonviral”.
“Surprise delivery kami tetap gunakan element balloon seperti Helium Balloon Delivery, Hot Air Balloon Delivery, Balloon Bouquet Delivery, Balloon Mosaics dan semestinya Balloon decor.
“Paling menarik kesemua servis ini ditawarkan pada harga cukup berbaloi untuk semua iaitu bermula dengan harga RM70 hingga RM2500 mengikut pakej yang disediakan,” katanya lagi.
Kata Pn Nurliza lagi, dia lebih dahulu mengutamakan kemahuan dan citarasa pelanggannya dan kemudiannya barulah disuntik elemen tambahan bagi mencantikkan lagi sesebuah dekorasi dalam perkhidmatannya.
“Kebanyakan customer sudah ada design yang mereka mahukan. Especially for balloon decoration, tema mereka dah ada, jadi kami akan cadangkan dari segi warna dan element yang boleh dimasukkan,” katanya lagi.
Tetap jaga alam sekitar
Bagi mengembangkan lagi sayap perniagaan ini, Albel Balloons Enterprise dalam perancangan untuk mengeluarkan beberapa lagi produk yang kreatif malah menawarkan perkhidmatan yang lebih eksklusif untuk pelanggan.
Prihatin dengan penggunaan produk belon ini, dengan rasa tanggungjawab kata Pn Nurliza, produk yang ditawarkannya sentiasa menggunakan belon yang ‘biodegradable’.
“Dalam usaha untuk menjadi lebih bertanggungjawab terhadap alam sekitar, kami sentiasa menggunakan belon yang biodegradable. Selain itu, kami juga merancang untuk menjalankan program-program CSR yang pernah kami lakukan sebelum ini,” katanya lagi.
Bagi yang ingin mendapatkan perkhidmatan Albel Balloons Enterprise dengan dekorasi belon kreatif untuk pelbagai majlis, lawati Instagram/ TikTok, @balloonviral;@aray.bv atau terus hubungi talian 0182907976/011-62742128 untuk menempah.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sekian lama, gambaran isteri tradisional sering dikaitkan dengan peranan di dapur, mengurus rumah tangga sepenuh masa, taat tanpa soal dan meletakkan keperluan diri...