Tengok pun dah terasa tak sabar nak makan puding buah ni. Lebih-lebih lagi bila baru dikeluarkan dari peti sejuk. Enak dijadikan pencuci mulut, ini antara menu yang boleh dihidangkan buat tetamu. Caranya pun cukup mudah.
Lelaki bernama Muhammad Ali ni berkongsi cara membuat puding buah. Katanya, ini merupakan resipi dari emaknya sendiri.
Satu adunan akan dapat loyang 8 x 8 inci petak tapi dalam gambar ni sebab tak ada loyang tersebut jadi pakai loyang 7 x 4 inci + 1 bekas sq1500.
Bahan – Bahan
30 gm agar-agar tali (nak pakai jenis serbuk pun boleh. Sukatan sama sahaja)
1 + 1/4 cawan gula
1 tin buah campur
Ads
1 tin susu cair
2’sudu besar tepung kastad di bancuh dgn sedikit air
4 biji telur gred B
Sedikit garam
Sedikit esen vanilla
Cara Membuatnya:
Ads
1. Agar-agar dibasuh dan masak dengan 7 cawan air . Bila dah cair masukkan gula dan masak hingga gula larut
2. Dalam mangkuk lain pecahkan telur dan kepuk-kepuk manja dan curahkan ke dalam susu cair bersama-sama tepung kastad yang sudah dibancuh.
Selepas dah curahkan dalam susu cair gaul dulu dalam seminit dan masukkan dalam periuk bersama air buah. Api sederhana. Kacau hingga mendidih tanpa gagal.
3. Selepas itu bila dah mendidih masukkan buah campur, esen vanila & garam.
4. Setelah 2-3 minit tutup api. Angkat dan tuang dalam loyang .
Ads
Selepas 10-15 minit baru masukan dalam peti. Biarkan set dalam 2-3 jam sahaja dan terus boleh makan.
Nak pakai buah potong ikut citarasa hampa pun boleh. Tak ade masalah.
Boleh dikatakan setiap rumah tentu ada menggunakan kipas angin untuk memberi udara yang segar dan keselesaan kepada seisi keluarga, lebih-lebih akan kerap digunakan pada cuaca panas.
Bila sudah lama digunakan hingga bertahun-tahun, mulalah kipas tersebut menunjukkan pelbagai masalah. Paling biasa dihadapai adalah putaran kipas tidak laju dan ada juga sudah tidak boleh dipusingkan ke kiri mahu pun ke kanan.
Sekiranya anda terdetik untuk gantikan yang baharu, lebih baik anda lakukan langkah demi langkah yang dikongsikan oleh pemilik akaun TikTok @aisyyyelectronics untuk membaikinya terlebih dahulu. Memandangkan kos yang diperlukan untuk membaiki kipas yang tidak boleh berpusing sangatlah murah berbanding jika anda membeli yang baharu. Bahkan cara untuk membaikinya juga tidaklah sukar.
Baiki Kipas Angin
Jika kipas ditekan suiz namun tidak lagi berfungsi atau berfungsi dengan pelahan, mungkin masalah ini terjadi disebabkan kapasitor. Jadi capacitor perlu ditukar.
Langkah 1 : Buka skrew dibahagian belakang kipas.
Langkah 2 : Setelah dibuka cover bahagian belakang kipas, keluarkan capasitor dan lihat value yang ada pada capasitor iaitu 1.5uF (micro-farad). Jadi potong terus capacitor lama dan kemudian solder dengan capacitor baru dengan value yang sama.
Langkah 3 : Sambungan wayer perlu dililit dengan electrical tape untuk keselamatan.
Langkah 3 : Pasang semula cover yang ditanggalkan tadi dan skrew sempurna.
Langkah 4 : Siap. Kipas berfungsi dengan sempurna.
Untuk lebih jelas, boleh lihat video yang dikongsikan, di mana video ini telah pun ditonton 3.2M penonton. Semoga ianya juga memberi manfaat untuk anda semua.
Aktiviti mengemas rumah seperti mengemop lantai memang selalu kita buat setiap hari. Rutin harian ini nampak mudah pada pandangan mata kita. Mudah pada pandangan mata tetapi sebenarnya ada banyak ilmu yang harus kita pelajari.
Mengemop lantai hingga benar-benar bersih dan diistilah bersih di sisi islam, Ustaz Syed Shahridzan buat pencerahan ke atas permasalahan ini. Jangan pandang mudah. Pastikan rumah kita, syurga kita anak beranak ini bebas najis dan bersih.
AIR MOP LANTAI BERCAMPUR NAJIS
Banyak orang zaman sekarang, bila ada najis seperti muntah, tahi lipas ke, cicak ke, dia buang dulu najis kmudian mop, cuma, dia tak guna air mutlak, dia guna air mop lantai (sabun lantai). Adakah semua kawasan lantai yang dia mop menjadi najis atau kawasan najis tu sahaja selepas mop?
Menurut mazhab Syafi’ie, air yang berkapasiti 2 kolah (230 liter) dan ke atas bercampur dengan najis, maka air tersebut tidak bertukar menjadi najis melainkan berubah salah satu dari 3 sifat air tersebut, iaitu bau, warna atau rasa. Ini berdasarkan sepotong hadith yang menyebut:
Maksudnya: Abdullah bin Umar RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Jika kandungan air mencapai dua kolah maka ia tidak mengandungi kotoran.” Dalam suatu lafaz hadith: “Tidak bernajis”. (Diriwayatkan oleh Imam empat dan dinilai sahih oleh Ibnu Khuzaimah, Hakim, dan Ibnu Hibban)
Jadi jika air mutlak 2 kolah dan ke atas berubah salah satu sifatnya contoh jernih berubah warna kekuningan disebabkan najis, maka air itu bukan lagi air mutlak malah kategori air mutanajjis (air najis). Ini berdasarkan hadith baginda -sallallahu ‘alaihi wa sallam- yang menjelaskan:
وَعَنْ أَبِي أُمَامَةَ الْبَاهِلِيِّ – رضي الله عنه – قَالَ: قَالَ رَسُولُ – صلى الله عليه وسلم: «إِنَّ الْمَاءَ لَا يُنَجِّسُهُ شَيْءٌ، إِلَّا مَا غَلَبَ عَلَى رِيحِهِ وَطَعْمِهِ، وَلَوْنِهِ». أَخْرَجَهُ ابْنُ مَاجَهْ
Maksudnya: Abu Umamah al-Bahily RA bahawa Rasulullah -sallallahu ‘alaihi wa sallam- bersabda: “Sesungguhnya air itu tidak ada sesuatu pun yang menajiskan ia kecuali sesuatu yang dapat merubah bau, rasa dan warnanya.” (Riwayat Ibnu Majah)
Manakala air di bawah kapasiti dua kolah, jika bercampur dengan najis maka secara automatik ia berubah menjadi air mutanajjis (air najis) meskipun tidak berubah sifat sama sekali. Ini kerana kekuatan menolak kesan najis hanya ada pada air yang berkapasiti 2 kolah dan ke atas sepertimana yang dinyatakan oleh Baginda -sallalhu ‘alaihi wa sallam- dalam hadith di atas.
Berbalik kepada air mop yang bercampur najis seperti najis dan muntah. Mengikut kaedah mazhab Syafi’ie, air mop di dalam baldi bercampur dengan najis maka air itu menjadi air mutanajjis. Bahan bernajis seperti air mutanajjis haram dimanfaatkan termasuklah mop lantai menurut mazhab Syafi’ie. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab-kitab fiqh Syafi’ie antaranya Imam al-Khatib al-Syirbini -Rahimahullah-, sepertimana kata beliau di dalam karangannya ‘al-Iqna Fi Hall Alfaz Abi Syuja’:
لو أخذ دما أجنبيا ولطخ به نفسه أي بدنه أو ثوبه فإنه لا يعفى عن شيء منه لتعديه بذلك فإن التضمخ بالنجاسة حرام
Maksudnya: ” Begitu juga seseorang yang mengambil darah orang lain(ajnabi) kemudian melumuri dirinya iaitu badannya atau pakaiannya maka ia tidak dimaafkan sedikit darinya kerana lumuran darah yang melampau pada dirinya, sesungguhnya meletakkan(menyentuh) najis adalah haram”.
Oleh disarankan sesiapa yang mop lantai agar mengelakkan dari membersihkan lantai yang dengan air yang sudah bercampur dengan najis. Ini kerana kapasiti air di dalam baldi ternyata di bawah kadar 2 kolah, maka ia bernajis apabila bercampur najis meskipun tidak berubah sifatnya. Ini kerana air yang bernajis tidak dikira mampu menyucikan sesuatu tempat dari najis.
Jika lantai yang sudah dimop dengan air yang bercampur najis yang tidak dimaafkan, maka wajib lantai dibilas/disapu dengan air mutlak sehingga hilang kesan-kesan najis pada tempat itu. Apa pun terpulang kepada kebijaksaan masing-masing untuk melaksanakan cara penyucian tempat yang bernajis mengikut kaedah yang telah ditetapkan oleh syarak.
Antara najis yang dimaafkan ialah najis cicak yang terlalu sedikit. Sebagai contoh najis cicak dua tiga butir termasuk ke dalam air baldi, ia dikategori najis yang dimaafkan selagimana ia tidak merubah sifat air. Ini kerana tahi cicak antara najis yang sukar untuk dielakkan. Jika ia banyak maka tidak dimaafkan iaitu menajiskan air yang sedikit walaupun tidak berubah sifat.
Bolehkan membersihkan tempat bernajis dengan air sabun? Menurut mazhab Syafi’ie, tempat atau benda yang terkena najis wajib dibersihkan dengan air mutlak dan tidak sah dengan air mutlak yang bercampur dengan bahan lain seperti sabun. Tiada masalah untuk menggunakan air sabun untuk basuhan awal namun basuhan kedua mestilah menggunakan(bilas) air mutlak.
Menurut mazhab Hanafi, air mutlak yang berubah sifatnya dengan bahan lain seperti sabun maka ia tetap suci dan menyucikan. Pendapat mazhab Hanafi boleh diamalkan jika melibatkan kawasan terlalu besar seperti kilang dan proses pembersihan melibatkan mesin canggih yang menggunakan sabun, ini termasuk kategori darurat. Manakala tempat yang kecil seperti rumah maka jangan lari dari kaedah mazhab Syafi’ie.
Wallahu A’lam
Abu Ruqayyah Ba ‘Alawi
Kredit: Ustaz Syed Shahridzan
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Siapa sangka sejak tular mengenai video yang didakwa seorang ahli perniagaan mengeluarkan kata yang kurang enak didengar kepada seorang lelaki tua, ramai warganet meluahkan rasa tidak puas hati.
Lelaki tua yang dikenali sebagai Pakcik Hadi kini menjadi trending di media sosial sejak video berkenaan tersebar. Ramai yang meluahkan rasa kecewa apabila dia diperlakukan demikian biarpun merupakan gelandangan.
Bagaimanapun perkara ini dikatakan telah selesai setelah ahli perniagaan telah memohon maaf diatas kejadian yang berlaku.
Terbaru, menerusi perkongsian puan Dhila Fadhilah di facebooknya, rupanya ada kisah disebaliknya tidak dapat menjalani kehidupan sempurna.
Warga emas ini yang berusia 64 tahun rupanya seorang berhati mulia yang sentiasa memuliakan ibu bapanya. Biarpun orang tua telah meninggal dunia pengorbanan tidak dilupa.
Telah menggunakan duit EPF untuk upah haji buat kedua orang tuanya. Biarpun hidup serba kekurangan tetap memberikan terbaik buat membalas jaga ibu ayahnya.
Rakyat Malaysia jangan marah-marah tau. Kita dah jumpa pakcik Hadi yang viral semalam.
Pakcik cakap dia tak marah pun mamat baju hitam tu cakap macam tu.
Dia cakap masa muda dia bukan malas. Cuma dia tak sekolah dan buta huruf sebab dia dari keluarga susah.
Duit EPF guna untuk upah haji ibu ayah
Dia kerja security di pejabat mahkamah. Duit EPF pun dia upah haji untuk mak ayah dia. Semoga pakcik hadi diberi kesihatan dan dimurahkan rezeki.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.