Sejak kelahiran Nur Fatima Aisyah ramai pengikut Nur Fazura dan Fattah Amin mengikut perkembangan puteri sulung mereka.
Fatima yang kini berusia empat bulan, semakin aktif meneroka dipersekitarannya. Terbaru, Fattah Amin memuat naik gelagat Fatima ketika Fazura menyanyikan lagu buat anaknya.
Warganet juga turut memuju suara Fazura, malah lebih menarik perhatian apabila melihat wajah ceria Fatima.
Dalam keterujaan kita ingin bercuti ke tempat-tempat peranginan, tentunya selain pilihan lokasi yang menjadi keutamaan pelbagai persiapan lain turut dilakukan bagi memastikan percutian berjalan lancar.
Seperti kebiasaannya kita pasti akan mencari hotel, resort, inap desa atau homestay yang selesa untuk kita sekeluarga dapat bermalam di lokasi percutian tersebut. Jika tiada tempahan awal dibuat, bimbang juga penginapan tersebut penuh dan ini tentunya boleh membantutkan sesi percutian yang dirancang.
Pun begitu, siapa sangka meskipun tempahan awal telah dibuat namun sampai masa dan ketikanya untuk checkin, penginapan yang ditempah tiada, hal ini pastinya menimbulkan tanda tanya dan misteri!
Ini sebagai mana yang dilaporkan di Sinar Harian apabila hasrat beberapa pelancong mahu menghabiskan percutian di Terengganu terbantut selepas mendapati lokasi rumah inap di sebuah kampung di daerah ini tidak wujud.
Seorang pelancong yang berjaya dihubungi, Masnawi Md Yusoff, 50 berkata, mereka sekeluarga mengalami perkara sama ketika ingin menyambung cuti di Terengganu setelah melawat beberapa lokasi di Kelantan.
“Saya menempah rumah inap ini secara dalam talian pada pagi Jumaat dan telah membayar sejumlah RM245 untuk menginap selama dua hari, dua malam iaitu pada 5 hingga 7 Jun.
“Saya tiba di situ pada Ahad lalu. Sebaik tiba di lokasi berkenaan, saya gagal menemui rumah inap yang telah ditempah. Saya cuba menghubungi ‘pemilik’ rumah berkenaan beberapa kali namun talian tidak dijawab,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Masnawi yang berasal dari Port Dickson, Negeri Sembilan berkata, dia turut menemui beberapa individu yang tinggal berdekatan lokasi itu namun diberitahu rumah inap berkenaan tidak wujud di situ.
“Saya ada bercakap dengan penduduk yang tinggal di kawasan itu, mereka memberitahu homestay tersebut memang tiada.
“Lebih memeranjatkan, saya turut diberitahu, bukan sahaja saya yang menjadi mangsa malah sudah berbelas orang mangsa yang dipercayai tertipu dengan homestay yang tidak wujud itu,” ujarnya.
Kesal dengan kejadian itu, Masnawi bersama isteri dan dua anak mengambil keputusan untuk pulang ke Port Dickson setelah gagal mendapat lokasi untuk menginap.
“Saya cuba juga cari lokasi lain untuk menginap pada malam itu malangnya semua hotel dan homestay sudah penuh mungkin disebabkan musim cuti sekolah.
“Malam itu juga saya bertolak pulang dan tiba di Port Dickson pagi Isnin,” katanya.
Menurut Masnawi, selepas membuat bayaran penuh untuk penginapan, dia turut menerima emel susulan yang meminta tambahan bayaran sebanyak RM100 sebagai deposit untuk menginap di rumah itu.
“Saya abaikan sahaja emel itu dan tidak membuat bayaran tambahan sebab saya sudah jelaskan bayaran penuh.
“Kami sekeluarga rasa kesal dan telah melaporkan perkara yang berlaku kepada platform tempahan hotel dan penginapan yang digunakan,” katanya.
Sementara itu, seorang penduduk, Muhammad Sufi Soulhi Mohd Sufian, 18, berkata, perkara itu disedari berlaku sejak awal cuti persekolahan yang bermula pada Jumaat minggu lalu.
Terbaharu, katanya, dia terserempak dengan sebuah keluarga yang turut mencari rumah inap yang sama pada malam Isnin.
“Saya keluar rumah sekitar jam 7.45 malam untuk menghantar barang dan terserempak dengan sebuah keluarga dari Kedah yang turut mencari homestay berkenaan.
“Saya sudah maklum kepada mereka bahawa tiada homestay yang seumpama itu beroperasi di kawasan ini. Sebelum ini pun sudah ramai orang mencari homestay yang sama,” katanya.
Muhammad Sufi Soulhi turut memuat naik status di laman sosial Facebook pada Isnin dengan harapan agar pelancong dari luar Terengganu yang ingin menempah rumah inap lebih berwaspada supaya tidak tertipu.
Sumber : Sinar Harian
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mengetahui diri berbadan dua adalah saat yang paling menggembirakan buat wanita yang bergelar isteri. Tak sabar rasanya untuk menyambut si kecil yang sedang membesar di dalam rahim.
Dalam fasa kehamilan itu, ada antara bakal ibu mengalami alahan atau morning sickness sama ada muntah-muntah, pening, mengidam sesuatu dan sebagainya lagi.
Selebriti atau instafemes bernama Hanis Zalikha ini tidak ]terkecuali melalui saat-saat tersebut. Dia yang kini sedang bercuti bersama keluarga di Jepun meluahkan perasaan bila mana terpaksa melalui alahan yang teruk.
“Lepas muntah satu hidangan complete makan malam. Orang kata macam mana nak tau gaya kita waktu mengandung, tengok mak kita selalunya.
“Kalau mak kita jenis memang takde morning sickness (loya & muntah2) waktu pregnant insyaAllah, kita pun takde.
“Bila tanya Mama, Mama kata untuk tujuh-tujuh orang anak dia, semua pregnancy memang dia loya dan muntah2. Omg help.
Ujar Hanis lagi, pengalaman tersebut pernah dilaluinya sebelum ini ketika mengandungkan Yusuff. Dalam masa yang sama, dia turut berkongsi pemakanan dan cara melalui alahan tersebut.
Waktu mengandungkan Yusuf dulu, my morning sickness teruk ya amat, everyday muntah, hampir setiap kali makan, sehingga 9bulan masih muntah. Cuma reda sikit je time second trimester. Tapi kita kena kuat semangat.
Mommynis nak pesan kat semua ibu ibu senasib kat luar sana, kita kena kuat semangat. Makan jugak walaupun kita tau kita akan muntah balik. Jaga waktu makan. Ikhtiharkan nak masukkan zat dalam badan. Sebab walaupun Mommynis muntah2 macam apa tah, Yusuf tetap mok masa lahir.
Adalah tu zat2 yang sempat terserap. Allah tahu kita usaha buat yang terbaik untuk kandungan kita. Folic acid jangan miss. Masa masuk second trimester dah start minum @toujoursadvanced untuk zat2 buah-buahan & makanan sunnah. Lepas tu obimin.
Dalam pada itu, Hanis turut menasihati kaum bapa supaya alert dan memahami perubahan isteri ketika ini dan lebih menghargai isteri dek kerana pengorbanan yang terpaksa melalui pelbagai dugaan ketika mengandungkan anak mereka.
Minta tolong suami atau sesiapa yang mampu bantu kita ingatkan waktu makan. Sebab macam sekarang ni selalu lupa waktu makan sebab uruskan anak dan kerja kan. Bila perut kosong ya Allah, takde isi nak muntah pun tetap muntah. Sampai terkeluar acid perut yang hijau.
Orang yang tak lalui morning sickness kadang2 susah nak faham. Sesetengah ibu yang diberikan peluang menghadapinya sampai rasa: beranak okay, pantang okay, breastfeeding okay, tapiii morning sickness paling tak okay, buat kita macam tak berdaya sangat sangat.
Dengan itu, para suami dan orang sekeliling, semoga empati terhadap ibu mengandung lebih tinggi. Peka akan kehendak mereka. Loya dan muntah2 mereka nampak macam remeh je, tapi dunia mereka rasa macam slowww sangat2. Berkasih-sayanglah dan saling memahami. Pengorbanan ini akan berbaloi nanti buat semua.
Pejam celik, anak pula semakin membesar. Sesungguhnya anak adalah umpama kain putih, jika salah mencorakkannya, ia memberi kesan kepada kehidupannya apabila dewasa nanti.
Untuk mendidik anak rasa cinta dan hormat pada ibu bapa perlu dibina di atas dasar kasih sayang dan rasa terima kasih, bukannya hanya kepada status atau kuasa mutlak di atas gelaran ‘ibu’ dan ‘ayah’. Ikuti panduan ini dalam menjana pembangunan insaniah kanak-kanak.
Ini cara nak jadi ibu bapa yang awesome!
1.Teladan
Kanak-kanak belajar melalui peniruan. Sebagai ibu bapa anda harus menunjukkan teladan yang baik kepada anak. Apabila anda berbuat baik dan bersikap sopan santun, anak akan meniru perbuatan ini. Jelaskan kepadanya berbuat baik akan disukai oleh Allah.
2.Membantu ibu bapa
Berikan anak anda tanggungjawab yang ringkas. Ajak anak melakukan kerja bagi meringankan beban anda. Contohnya, membantu ibu melipat baju dan membantu ayah menyiram pokok bunga. Cara ini akan membantu anak-anak supaya menyedari tanggungjawab membantu ibu bapa adalah kewajipan apabila dewasa nanti.
3.Tunjukkan kasih sayang
Antara ciri-ciri seorang kanak-kanak ialah suka dirinya dihargai dan dibelai. Cara menunjukkan kasih sayang seperti ucapan, sentuhan, perbuatan dan pemberian akan merangsang emosi positif anak anda. Kesannya kanak-kanak yang tahu mereka disayangi mempunyai keyakin diri yang tinggi dalam dirinya.
4.Ajari anak sikap pemaaf
Kanak-kanak mempunyai perasaan. Dengan kata-kata yang kesat atau bersifat menghukum hanya membuahkan rasa marah dan dendam di dalam jiwa anak anda. Jangan segan untuk meminta maaf jika anda melakukan kesilapan terhadap mereka, kerana anda sedang mengajar mereka untuk suatu nilai yang sangat murni iaitu mengakui kesalahan dan sifat pemaaf.
Semoga menjadi ibu bapa yang hebat!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Perjalanan IVF Madammu yang menelan kos hampir RM200,000 akhirnya berakhir dengan kebahagiaan apabila dikurniakan Ahmad Kayden selepas hampir sembilan tahun menanti zuriat.