
Penggunaan bawang merah di dalam masakan seakan menjadi ‘kunci utama’. Tanpa adanya ramuan bawang merah ini, pastinya masakan yang ditumis atau digulai tidak sempurna rasanya.
Biasanya juga selain bawang merah perlu dikisar halus atau dicincang untuk dijadikan ramuan, umumnya kulit bawang akan dikupas terlebih dahulu.
Pun begitu ada satu perkara yang jarang kita buat, iaitu menyimpan kulit bawang tersebut!
Tahukah anda, kulit bawang boleh dijadikan sebagai baja pada pokok yang ditanam dihalaman rumah. Nak tahu caranya, ayuh baca perkongsian ilmu manfaat ini oleh Hazimah lmn Ismail lmn di posting fbnya.
“Hari ni nak kongsi dengan sahabat manfaat kulit bawang merah yang nipis pada tanaman.”
Cara gunanya:
1. Ambil kulit bawang merah yang nipis.
2. Rendam dalam air semalaman.
3. Esok boleh digunakan untuk siram dan spray pada pokok tanaman.
Ataupun
Nak tabur kulit bawang direct pada pokok pun boleh.
3 Manfaatnya:
1. Pokok akan menjadi lebih subur.
2. Menggalakkan pertumbuhan pucuk baru.
3. Mempercepatkan proses keluar bunga dan buah dan juga membunuh hama serangga pokok.
Selamat mencuba yer. Mudahan berjaya.
Sumber: Hazimah lmn Ismail lmn Via Kebun Bandar : Jom Tanam Sendiri
Tengok K Drama Selalu Nampak Diaorang Makan Japchae, Rupanya Senang Sahaja Cara Masaknya!

Tengok K Drama Selalu Nampak Dia Orang Makan Japchae, Rupanya Senang Sahaja Cara Masaknya!
Buat peminat masakan citarasa Korea tentu sahaja bila makan di restoran Korea tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati menu Japchae bukan? Kalau dilihat sekali imbas dalam K-Drama yang ditonton, mungkin ada yang merasakan ia adalah suhun goreng.
Tapi sebenarnya Japchea ini berbeza dan ia merupakan glass noodle khas Korea yang diperbuat dari keledek sebagai bahan utamanya dan mempunyai tekstur yang lebih kenyal.
Dikatakan suatu masa dahulu Japchae merupakan sejenis makanan untuk golongan bangsawan dan lama kelamaan Japchae mulai dinikmati oleh orang kebanyakkan dan kerap dihidangkan di dalam majlis tertentu kerana ia boleh disediakan dengan banyak dan cara penyediaannya juga amat mudah.
Namun sekiranya anda masih belum mencuba keenakan rasa hidangan ini, apa kata sediakannya hari ini untuk dinikmati bersama seisi keluarga sebagaimana yang dikongsikan oleh Puan Zurina Zulkefli ini. Selamat mencuba.
Selalu orang keliru Japchae ni suhun ke?
Saya jawab bukan, Japchae ni hidangan yang menggunakan mi kaca (sweet potato glass noodles), secara fizikal lebih kurang suhun tapi dari bahan yang berbeza. Tekstur mi kaca ni lebih kenyal berbanding suhun yang sedikit halus.
Hari ni saya masak Japchae untuk bekal minum petang suami di tempat kerja. Rasa Japchae ni sedap sebab campuran sayur yang banyak.
“Kalau saya nak cuba masak Japchae, tapi guna suhun tak boleh ke?” Boleh je, guna resepi yang sama tapi pastikan suhun yang dimasak tidak terlalu kembang.
Ini mi kaca yang diambil separuh dari paket, rebus selama 5 minit. Sehingga lembut, angkat dan toskan. Letak tepi.
Kemudian campuran sayur mesti mempunyai 5 jenis warna yang pelbagai.
1. Hijau – Sayur pak choi atau bayam, rebus dan toskan.
2. Kuning – Telur ayam dimasak dadar.
3. Jingga – Lobak merah, dihiris memanjang dan sangai di atas kuali dengan secubit garam.
4. Putih – Bawang Holland, dihiris dan disangai.
5. Hitam – Cendawan shitake /kulat hitam / daging perap kicap. Hiris memanjang masak.
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
ARTIKEL MENARIK
- Tengok Nasi Pun Dah Terliur. Rupanya Begini Cara Che Puan Gojes Buat Nasi Ayam, Tak Perlu Tumis Bahan!
- Anak Bongsu Datuk Yusof Haslam, Syafiq Yusof Jalani Hidup Sederhana & Bahagia. Raih Pujian Ramai!
- Buat Pancake Cara Cik Dayang Zuhaila, Dah Lama Masak Pun Tetap Lembut!
Untuk penyediaan sos hitam
3 sb kicap cair/masin
3 sb kicap pekat
2 sb sos tiram
2 sb minyak bijan
1 sb gula/gula perang
1 sk garam
Campurkan kesemua sekali dan masak di atas kuali sehingga sebati.
Setelah itu tuangkan sos hitam ke atas mi kaca yang direbus tadi.
Gaul sebati.
Masukkan campuran sayur tadi.
Gaul rata dan kemudian Tambah biji bijan yang telah disangai.
Ekstra Info :
Ini dia mi kaca atau nama lain, Sweet Potato Noodles. Saya beli ni di pasaraya besar (Lotus/Aeon/Shopee pun ada). Harga lebih kurang RM11 tapi boleh guna 3 kali hidangan.
Saya letakkan Mi Kaca sebelah Suhun, supaya nampak perbezaan.
Sumber : Zurina Zulkefli
Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club
Begini Cara Buat Cucur Udang Tak Serap Minyak. Ini Rahsianya Kena Tahu.

Sudah tentunya ramai yang suka makan cucur udang. Rasanya yang memang sedap dimakan ketika panas-panas. Cecah pula dengan sos atau sambal kicap memang terangkat keenakannya.
Tapi nampak senang nak buat, hakikatnya untuk menyediakan hidangan cucur udang kena tahu rahsianya. Kebiasannya bila buat cucur udang ini akan hadapi masalah terlalu lembik dan serap minyak. Untuk mendapat cucur udang yang sempurna ikuti resipi ini.
Selanjutnya ini perkongsiannya.
BAHAN-BAHAN:
Tepung gandum – 1/2kg
Tepung beras – 2 tbsp
Bawang besar – 1 labu (potong dadu)
Telur – 2 biji
Taugeh – 1 cawan
Kucai
Udang kertas (kopek kulit)
Udang biasa (untuk hiasan atas)
Air – 3 Cawan
Garam – Secukup rasa
CARA-CARA:
Campurkan je semua bahan lepastu perap selama 3 jam. Kalau nak perap kurang dari 3 jam pun boleh je tapi nanti tak berapa sedap, dia jadi keras.
*Ni la rahsia dia kembung tapi tak serap minyak, perap kan je sebab kita tak guna baking powder tau.
*Kalau suka sayur banyak, boleh tambah lagi masa nak goreng nanti.
CARA NAK GORENG:
Panaskan 2 kuali. 1 untuk menggoreng, 1 lagi untuk panaskan senduk. Minyak dan senduk kena betul-betul panas, kalau tak panas nanti melekat.
Bila senduk dah panas, tuangkan adunan tepung dalam senduk tadi dan letak udang kat atas, terus masukkan dalam kuali untuk menggoreng.
*Jangan ceduk adunan dengan senduk yang panas tu, guna senduk lain untuk letak atas dia.
Goreng sampai garing warna coklat keemasan. Ok siap! Makan dengan partner sos dia ni, memang layan betul.
BAHAN SOS:
Cili masak
Bawang putih
Gula
Garam
Cuka
Sos cili
Tepung jagung – bancuh dengan air
Rebus cili & bawang putih lepastu blend sampai hancur. Masakkan dengan api perlahan, campurkan sekali gula, garam & cuka. Tambah 2-3 sudu sos cili untuk nampak warna cantik. Last sekali baru masukkan air tepung jagung.
Selamat mencuba!
Sumber: Tyra Manan
Pesakit Buah Pinggang Tak Boleh Minum Banyak Air Kelapa, Saintis Ni Jelaskan!

Minum air kelapa diakui memang terasa segar ditekak dan sejak dahulu lagi air kelapa sering dijadikan penawar pelbagai penyakit. Berkongsi fakta tentang khasiat air kelapa yang bagus diamalkan oleh pesakit diabetis, juga saintis ini turut mengingatkan ada antaranya tidak boleh minum terlalu banyak air kelapa kerana memberi kesan pada kesihatan.
Mengetahui detail berkaitan minum air kelapa, ini perkongsiannya.
AIR KELAPA Boleh ‘BUANG TOKSIK’ dan ‘BAGUS’ untuk Pesakit DIABETIS?
1. Kehadiran logam berat dalam makanan boleh membahayakan kesihatan.
2. Di antara contoh logam berat adalah plumbum, merkuri, kadmium dan arsenik
3. Kajian menunjukkan air kelapa muda boleh bertindak sebagai penawar disebabkan oleh kehadiran bahan antioksidan seperti tannin dan asid amino bebas seperti L-arginin.
4. Hasil kajian ke atas tikus mendapati air kelapa dapat mengurangkan kadar logam berat terutamanya cadmium dan merkuri dalam darah.
5. Kajian juga dilakukan ke atas 76 pekerja lombong emas. Pekerja lombong emas sebenarnya terdedah kepada logam berat merkuri.
Kajian dibahagikan kepada 2 kumpulan. Satu kumpulan diberi air kelapa (450 ml) dan satu lagi diberi air biasa (450 ml) selama 30 hari.
6. Hasil kajian mendapati pemberian air kelapa hijau (450 ml) selama 30 hari dapat turunkan kesan toksik dikalangan individu yang terdedah kepada merkuri.
7. Kajian juga menunjukkan air kelapa dapat turunkan gula dalam darah dikalangan ibu-ibu mengandung
8. Ia juga dapat bantu turunkan tekanan darah tinggi
9.Walaubagaimanapun, pesakit buah pinggang tidak boleh minum banyak kerana kandungan potassiumnya yang tinggi
Sumber : Dr Suri Roowi
ARTIKEL MENARIK : “Kenderaan Adalah ‘Monster’ Yang Telan Banyak Duit…”-Lelaki Ni Pesan, Ada Betulnya!
LAGI ARTIKEL MENARIK :Pakar Jelaskan Punca Kemerosotan Tulang & Otot, Serta Tips Pemakanan Yang Baik. Sila Take note, Rugi Kalau Tak Tahu!
Baca Ini Juga : Umur 40an Aim Nak Badan Langsing. Pakar Dietitian Ni Kongsi Caranya Perlu Praktik!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA dan join keluargagader club