Bagi mereka yang mempunyai keluarga pastinya ingin memberikan kesenangan kepada isteri dan anak-anak. Malah sentiasa berusaha memastikan keluarga bahagia dengan sumber kewangan yang kukuh. Memang benar, rezeki tidak tidak bergolek tanpa usaha, tetapi rezeki datangnya daripada Yang Maha Pencipta tanpa kita duga. Selain solat dhuha dan zikir pembuka rezeki, memberi sedekah adalah amalan yang menjemput rezeki datang tanpa kita duga.
Telah terbukti melalui perkongsian yang dinyatakan oleh Encik Mohd Noor Azam Tuan yang menceritakan bahawa ‘kuasa’ sedekah itu begitu berkuasa. Walaupun perkongsian ini mengusik jiwa namun ia sungguh inspirasi ini. Moga kita semua muhasabah diri.
SUJUD SYUKUR SAMBIL BERTUALA.
Gambar hiasan
Saya ada sebuah kisah peribadi yang boleh jadi inspirasi kepada Tuan dan Puan mengenai konsep bersyukur.Kisah ini panjang. Kejadian itu mendidik saya sehingga hari ini dalam berniaga.
Semasa saya berhenti kerja, hutang saya bernilai RM5,000. Lebih kuranglah. Yakin bisnes boleh maju dan berikan wang (sebenarnya tiada ilmu, hanya andaian saja), maka saya berhenti dan teruskan berniaga buat tapak niaga.
Hari pertama berhenti, dalam masa 24 jam kenderaan saya ditarik. Allah. Nasib baik ada kereta kedua. Walau kecil, saya redha apa yang berlaku.
Jika pada orang lain, mungkin itu tanda ‘suey’ (tidak baik) pada permulaan niaga. Mujur Allah berikan pasangan yang baik. Isteri ingatkan,
“Sabar..satu hari nanti kisah sedih ini akan jadi pengalaman manis bila kita berjaya”
Bulan ke 6, saya diuji dengan hutang yang tak mampu dibayar. Allah beri ujian lagi. Anak kehabisan susu dan isteri menangis kesedihan. Allah ujian ini sangat berat!
Saya masih ingat, sewaktu itu saya sedang menyapu rumah. Berpakaian seluar pendek saja. (dalam rumah). Kepala memikirkan tekanan hidup kerana bisnes tak menjadi.
Tiba-tiba, bunyi hon posmen. Saya minta isteri keluar dan ambil bungkusan poslaju itu.
Tak lama kemudian, tergopoh-gopoh dia naik tangga dan berikan ‘isi kandungan’ pos laju itu.
Sebuah buku!
Ads
“Saya cuba je letak.nama sebab penukis nak beri percuma kepada yang terawal. Dapat rupanya!”
Suruh itu, suruh ini. Tukar fikiran dan sebagainya. Bagi saya waktu itu sebarang buku yang ada hadis dan ayat-ayat Al Quran mungkin membosankan sebab bahasanya yang BERAT.
“Aku tengah pening duit tak ada, dia suruh baca pula”, bisik saya dalam hati.
Petang itu sedang berehat saya terrrrrnampak buku itu. Tangan terus menyelak ke satu laman mukasurat.
KISAH GRADUAN YANG PERGI KONVO HANYA ADA RM30 DAN BERSEDEKAH SEMUANYA. APA YANG TERJADI SELEPAS ITU?
Saya baca satu demi satu.
Ads
Air mata saya menitis. Saya ulang baca daripada mukasurat awal hinggalah tamat dalam masa 1 jam 45 minit.
Kata kunci bersyukur buat saya terpana.
‘Lihat apa yang kau ada bukan apa yang kau tiada.’
Saya ada anak-anak dan isteri, saya ada rumah untuk mereka, lantas kenapa saya mahu merungut?
Sedekah!
Perkara pertama saya lakukan, habiskan RM20 yang ada ditangan, beli jambu batu dan potong lalu letak di masjid (solat Jumaat). Habis!! Saya pulang.
Duit sudah tiada di tangan. Hanya ada bekalan makanan cukup 7 hari. Sememangnya saya buntu.
Tapi…jiwa saya tenang. Eh kenapa ni? Saya sudah tiada wang. Tapi lepas sedekah tadi, hati tenang sangat.
Ads
Hari berlalu seperti biasa sehinggalah hari Isnin, hon posmen berbunyi lagi. Saya yang baru lepas mandi dan bertuala terkejut apabila isteri menjerit.
“You, ada cek!!”
Saya lihat cek itu. Ya, nilainya ribuan ringgit. baru saya teringat komisen saya jual rumah dahulu masih ada berbaki.
Ya Allah. Oleh kerana terlalu gembira, dengan bertuala saya sujud syukur. Menangis kami suami isteri.
Sejak daripada itu, setiap kali tv mempamerkan no. akaun untuk derma, kami beri juga walau RM1.00.
Buat online. Zakat perniagaan kami jelaskan.Kami yakin, sedekah itu membersihkan hati dan menenangkan jiwa kami. Cabaran pasti ada sepanjang berbisnes dan sukar dikawal, tetapi kita boleh kawal jiwa kita untuk tenang dan keberkatan itu dapat diperolehi.
Walau tapak niaga kadangkala tak penuh, walau terpaksa menutup tapak niaga dan cakap-cakap orang, kami percaya kepada Maha Pemberi Rezeki.
Sampai sekarang, saya masih terfikir cantiknya aturan Allah menjadikan buku itu sampai TEPAT pada waktunya. Saya minta bantuan duit dan peluang tetapi buku itu adalah mediumnya.
Terima kasih Allah kerana selalu mengujiku.
Sungguh inspirasi perkongsian ini!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setelah melihat senario segelintir rakyat Malaysia berpusu balik kampung, lepak di kedai makan bersama teman serta majlis kenduri tetap diadakan, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin melahirkan rasa kecewa dengan segelintir masyarakat yang tidak mengikuti peraturan Perintah Kawalan Pergerakaan (CMO) melalui perutusan khasnya di salutan RTM jam 8.00 malam sebentar tadi.
Menurut beliau, jika 2 minggu gagal, perintah kawalan pergerakan dilanjutkan.
2 minggu gagal, perintah kawalan pergerakan dilanjutkan.
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mahu rakyat Malaysia kekal berada di rumah untuk mengelak penularan wabak #COVID19.Katanya, ini penting untuk menghentikan penularan wabak ini.Pastikan kita #KekalTenang untuk #HapusCOVID19 #JustStayAtHome
Perdana Menteri, Tan Sri @Muhyiddin Yassin merayu kepada semua rakyat Malaysia supaya memberi kerjasama agar sama-sama dapat menghentikan penularan #COVID19
Dalam pada itu, beliau menasihati cuti dua minggu ni seharunya masyarakat duduk dirumah bukannya ‘lepak bersama teman. Malah beliau juga menasihat agar majlis kenduri kahwin ditangguhkan dulu.
Antara kata petikan beliau dalam perutusan sebentar tadi.
“2 minggu ni kita duduklah diam-diam lah kat rumah. Nampak mudah tapi remah tapi mesti dibuat untuk bendung masalah ini.
“Saya tak mungkin dapat lakukan ini bersendirian tanpa sokonga anda untuk bendung dari menular di negara kita.
“Harap kita semua faham masalah besar yang kita alami.”
“Ini adalah antara yang dianggap kecil tetapi penting kita lakukan bersama.”
”Saya berdoa kita berjaya krisis ini.”
Semoga kita semua sepakat bersama-sama displin dengan arahan ini. Fikirkan kesan kepada golongan yang berkerja sebagai nurse dan para doktor khasnya. Penat lelah mereka makin bertambah jika jangkitan makin meningkat. Mereka juga ada keluarga tersayang.
Sumber : RTM dan Astro Awani
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjalani hari-hari selepas ketiadaaan pasangan, pasti sahaja itu merupakan saat yang menyedihkan dan detik sukar untuk ditempuh. Rasa cinta dan kasih yang tercurah selama ini tidak bersambut lagi.
Meskipun bukan mudah menelan peritnya kehilangan, ambillah masa untuk merawat kedukaan hati namun jangan sampai keterlaluan.
Lazimnya akan sampai satu tempuh waktu, ditemukan dengan insan lain untuk berkahwin jika itu takdirnya. Pun begitu bukanlah kerana cinta dan sayangnya pada arwah sudah tiada dihati.
Mana mungkin seseorang itu dapat melupakan cinta hatinya yang selama ini hidup bersama dalam suka dan duka. Pasti banyak momen tercipta yang kekal dalam ingatan selamanya.
Bila Nora Kahwin Lain
Pun begitu, kongsi Muhammad Hassan, kadang-kadang pelik masyarakat kita. Agaknya turun temurun jenis hasad dengki ni tak boleh buang. Yang peliknya sama kaum sendiri.
Saya baca komen-komen terhadap status Penyanyi Nora yang telah berkahwin dengan rakan arwah suami sendiri . Ada yang kata:
“Ingatkan Nora tak kahwin dah, semasa suami dia meninggal menangis beria-ria”
“Dulu berapa kali pengsan mengenangkan arwah suami sebab terlampau sayang, lama-lama hilanglah sayang”
Ada yang siap tag pasangan lagi. Nanti jika saya mati, awak jangan mengada nak kahwin lagi tau!.
Allah.. bila saya baca ni, mudahnya orang kita menghukum dan menulis tanpa sedikit pun fikir soal hati orang lain.
Soal jodoh, mati, rezeki ni semuanya dalam rahsia Allah. Tiada sesiapa pun boleh tentukan.
Berkahwin Lain Bukan Kerana Tidak Sayang Arwah
Tiada syarat seseorang itu sayang kepada pasangan yang telah meninggal tidak boleh kahwin. Dan bukan bermakna apabila berkahwin lagi tanda tidak sayang atau melupakan.
Soalah olah apabila suami meninggal menjadi satu aib pula bagi wanita untuk berkahwin lagi. Hairan saya dengan masyarakat kita. Dari dulu sampai sekarang mentaliti ini masih wujud.
Sedangkan sayang kepada simati itu bukan bermakna tidak akan kahwin lagi. Sayang kepada si mati, kita akan berbakti kepadanya dengan menjaga amanah atau wasiat yang telah si mati tinggalkan.
Ubat Kerinduan Dengan Berbakti
Rasulullah s.a.w tersangat sayang kepada Saidatina Khadijah r.ha, bahkan apabila Rasulullah s.a.w kahwin dengan isteri-isteri lain, sikit pun tidak melupakan Khadijah r.ha.
Pernah satu ketika. Apabila RASULULLAH S.A.W berada bersama Aisyah r.ha dirumah. Kakak kepada Khadijah R.ha datang ke rumah untuk Ziarah Rasulullah s.a.w. Kakak Khadijah r.ha memberi salam. Rasulullah s.a.w terbangun. Dan menyahut salam. Adakah itu Khadijah? . Kerana suara kakak Khadijah hampir sama dengan arwah. Kerinduan Rasulullah s.a.w terhadap Khadijah r.ha sangat kuat.
Dan setiap kali Rasulullah s.a.w sembelih kambing atau unta. Rasulullah s.a.w tidak akan lupa untuk agihkan daging-daging ini kepada rakan-rakan Siti Khadijah. Kerana ingin terus berbakti walaupun kekasih hati telah pergi. Sehinggakan Aisyah r.ha merasa cemburu dengan Khadijah r.ha.
Inilah bukti cinta dan sayang kepada pasangan yang telah meninggal dunia. Bukan kita menyiksa, meratapi kematian dengan menangis setiap masa. Bahkan Islam melarang perbuatan ini.
Buanglah sifat hasad dengki kita itu. Buanglah sifat iri hati kepada orang lain. Buanglah mentaliti kolot ini. Tanda-tanda kita tidak bahagia apabila kita tidak senang melihat kebahagiaan orang lain.
Tentu ada antara kita pernah merasai betapa kecewanya bila menanam pokok namun setelah bertahun-tahun ditunggu, pokok yang ditanam masih tidak mengeluarkan hasil, bahkan terlihat tidak subur pula.
Begitu juga bagi yang mengimpikan laman yang menghijau. Lalu menanam pelbagai jenis tanaman untuk menyerikan laman rumah, tapi pokok bunga begitu ‘liat’ berbunga. Nampak togel sahaja dan semua ini boleh mematikan minat seseorang untuk terus bercucuk tanam.
Untuk itu, tahukah anda sebenarnya tanaman yang kita tanam selain memerlukan cahaya, air dan tanah untuk hidup subur, hakikatnya tanaman juga memerlukan baja sebagai agen penggalak kesuburan.
Jadi apa kata anda hasilkan sendiri booster tanaman ini dengan langkah yang cukup mudah dan selamat sebagaimana yang dikongsikan oleh Suhaili Baharudin. Jom semak.
Bahan-bahan:
Cuma sebotol yakult dan 2 biji telur. Tak kisahlah telur kau bersaiz apa. Dan mohon sorokkan yakult itu supaya anak-anak kau tak nampak. Mereka akan fikir kau beli untuk mereka bukan untuk pokok.
Cara buat :
Step 1 : Campurkan yakult dan 2 biji telur tadi dalam satu bekas dan tutup kemas. Goncang dan peram selama 3 hari. Letak tepi sinki saja pun boleh.
Step 2 : Sudah 3 hari, ambil 2 sudu hasil peraman tadi dan campurkan dengan air. Masa buka botol peraman tadi kena berhati-hati sebab ada kes penutup botol terpelanting dan meletup.
Nisbah 2 – 3 sudu peraman + 1 liter air.
Sebaiknya campurkan dengan air hujan, air tapis atau air basuhan beras. Kalau semua tu kau rasa payah benar guna ajelah air paip. Tak ada siapa nak marah. Balance masih banyak dalam botol peraman tu kan? Kita simpan aje dalam peti ais.
Step 3 : Kemudian spray lah sesuka hati pada daun, batang pokok, pada tanah di pasu.
Kita spray ni cuma seminggu sekali ya.
Nak 2 – 3 hari sekali pun boleh. Lagi bagus dan cepat subur.
Ini contoh bunga tahi ayam dalam pasu yang Kak Eli tanam. Dari sendu terus lebat sampai nak tenggelam daun dek bunga yang merimbun.
Benar lah kata pepatah berbudi pada tanah tidak akan menjadi perkara yang sia-sia. Mata kita dapat berehat melihat segala kehijauan, keluarlah segala jenis hormon gembira dari tubuh dan terbitlah rasa bahagia dalam diri.