Setiap pasangan yang berkahwin sudah pastinya inginkan bahagia hingga akhir hayat. Namun ketentuan sang pencipta tiada siapa yang tahu. Kesedihanan pasti menerpa dalam diri, biarpun sudah lama kehilangan orang tersayang.
Begitulah yang dirasai oleh seorang suami yang kehilangan isteri sejak dua tahun lalu disebabkan oleh jangkitan kuman dalam darah yang menyebabkan kegagalan organ. Beliau yang kini tabah membesarkan tiga orang anak-anak yang kesemua lelaki. Bukan calang-calang untuk membesarkan anak yang sedang mempunyai pelbagai keletah.
Ikuti perkongsian Saudara Khairul Abdullah yang meruntun jiwa ini.
Ads
Aku buka almari baju dan tengok semua baju arwah isteri aku masih di tempat yang sama.
Sudah lebih 2 tahun dia pergi.
Dalam laci semua barangnya masih di tempat yang sama. Hampir semua benda yang dia tinggalkan masih berada di tempat yang sama.
Aku tak usik, aku tak ubah. Sesekali aku sentuh, sesekali aku ambil dan cium.
Keadaan masih sama dalam bilik ini.
Baju dan begnya masih bergantung di tempat yang sama. Barang kemasnya, barang makeup dan segala perfumenya semuanya di tempat yang sama.
Kenapa?
Entah. Aku tak tahu.
Aku suka begitu.
Aku suka keberadaan semua benda tersebut di tempat asalnya. Cukup untuk buat aku merasa sebahagian dirinya masih ada bersama aku dan anak-anak.
Cukup untuk buat aku rasa tidak ditinggalkan.
Aku tak move on?
Entah.
Aku tak tahu atau faham apa makna move on itu. Adakah perlu melupakan? Apakah perlu buang semuanya dan lupakan segalanya?
Jika tidak, jika masih menyimpan dan mengingat, adakah aku tidak move on?
Entahlah.
Selepas isteri dikebumikan, aku teruskan tanggungjawab aku besarkan anak-anak. Hidup aku dan anak-anak ok sahaja. Aku tak abaikan sesiapa, aku hidup seperti biasa. Tidaklah aku tertekan, tidaklah aku menderita, tidaklah aku jadi gila.
Aku tak move on?
Move on bagi aku adalah meneruskan hidup.
Alhamdulillah, aku hidup bahagia dengan anak-anak. Cuma kasih sayang dan rindu aku tak boleh aku hilangkan begitu sahaja.
Lagipun memang aku memilih begitu.
Memilih untuk terus mengingat dan merindu.
Kau tahu,
Sentiasa ada setitis manis dalam setiap rindu yang pahit.
Jadi, aku gagahkan demi yang setitis itu.
Kredit: Khairul Abdullah
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dua beradik ‘mangsa bapa kandung’ enggan berjumpa, “Dia buat kami trauma, takut dan benci padanya…” “Kami tak mahu lagi jumpa bapa. Dia buat kami trauma, takut dan benci padanya. Kami berasa jijik atas perbuatannya terhadap kami,” itulah antara warkah ditulis dua beradik susulan menjadi mangsa nafsu serakah bapa kandungnya pada April dan bulan lalu.
Warkah itu ditulis dua beradik berusia 11 dan 14 tahun, dibaca pihak pendakwaan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Sayani Mohd Nor sebelum mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 27 tahun dan 13 sebatan terhadap lelaki terbabit.
Ketika prosiding itu, tertuduh mengaku salah terhadap dua pertuduhan, hanya berdiam diri serta mengangguk ketika mahkamah memberitahu hukuman bakal dikenakan terhadapnya.
Tertuduh yang berusia 45 tahun, bekerja sebagai pemasang jubin didakwa mengikut Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan dan Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak (AKKSTKK) 2017 kerana mencabul dan merogol dua anak kandung perempuannya.
Kedua-dua perbuatan itu berlaku di kediaman keluarga itu di Batu Pahat antara 2.30 hingga 4 petang, 28 Ogos lalu serta sekitar April tahun ini.
Berdasarkan fakta kes, satu laporan polis dibuat ibu mangsa yang juga isteri tertuduh pada 10 malam, 28 Ogos lalu memaklumkan dua anak mereka dirogol dan dicabul tertuduh.
Dalam laporan itu, mangsa memberitahu dia dirogol sebanyak dua kali dalam tempoh kurang tiga jam ketika sedang baring di ruang tamu rumah.
Kejadian itu disaksikan adik mangsa yang juga mangsa cabul yang baru pulang dari sekolah, melalui tingkap sebelum kakaknya meminta pertolongan.
Selepas menyedari kehadiran salah seorang anaknya, tertuduh menghentikan perbuatan itu namun ‘menyambung’ perbuatan itu semula beberapa jam kemudian, namun mangsa hanya berdiam diri kerana ketakutan.
Ibu mangsa bekerja di kedai jahit pulang ke rumah pada 5.30 petang, melihat dua anaknya dalam keadaan sedih dan gelisah sebelum bertanyakan perkara sebenar.
Mangsa menceritakan kejadian itu sebelum dibawa ke Hospital Sultanah Nora Ismail (HSNI) pada hari sama dan pemeriksaan mendapati terdapat kesan mangsa dirogol.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Danial Munir manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara 20 tahun dan 10 sebatan bagi kesalahan rogol manakala tujuh tahun dan tiga sebatan untuk kes amang seksual fizikal.
Mahkamah memutuskan hukuman penjara berjalan serentak bermula tarikh tertuduh ditahan pada 29 Ogos lalu.
Pada masa sama, mahkamah memerintahkan tertuduh menjalani kaunseling ketika dalam tahanan serta pengawasan polis dua tahun sebaik selesai dipenjara, selari dengan Seksyen 26 dan 27 AKKSTKK 2017.
Bukan calang-calang orang yang dapat membesarkan anak seramai 9 orang tanpa pembantu rumah. Namun inilah yang dilakukan oleh pasangan serasi dan hebat ini iaitu Encik Baharuddin Mohamed dan Puan Zawiyah Saimin. Inilah yang dinamanakn relationship goals! Semua urusan rumahtangga dilakukan dengan penuh kesabaran, kerjasama, bertolak ansur dan penuh kasih sayang.
Memang benar, bukan mudah membesarkan anak-anak seramai ini yang punya pelbagai kerenah yang mungkin boleh memeningkan kepala jika salah didikan.
Apa yang pasti, ibu bapa sebegini pasti memerlukan ketegasan yang tinggi namun pada masa yang sama perlu terapkan kasih sayang yang sama rata kepada anak-anak.
Ikuti perkongsiannya yang penuh inspirasi buat kita semua.
Anak saya sembilan orang. Tujuh orang bersekolah. Tiap pagi berperang kalau bila nak ke sekolah. . Jam 5.30 pagi dah bangun. Tak di suruh tak pergi mandi. Tak di tegur tak gosok baju. . Banyak yang hilang waktu pagi. Buku hilang, stokin hilang. Kotak pensel hilang. Saya pun kekadang boleh hilang sabar. . Itu belum kira lagi ada yang baru nak siapkan kerja sekolah. Baru beritahu nak kena beli itu dan ini. Baru perasan yang lencana sekolah tanggal dan belum jahit. . Semuanya mak…semuanya mak… riuh macam pasar pagi. . Itulah ragam anak-anak kadang-kadang menghiburkan. . #TipAyahRamaiAnak . 1. Minta anak2 siapkan semua beg sekolah dan kerja sekolah mereka sebelum tidur. . 2. Jangan tidur lewat . 3. Kejutkan mereka dengan kemanjaan, jangan marah2 pagi-pagi akan kacau mood mereka. . 4. Doakan mereka, tengok mata mereka masa hantar mereka ke sekolah. Anak-anak akan mudah dapat ilmu apa yang cikgu ajar disekolah. . 5. Maafkan anak-anak kita. . 6. Anak yang besar dan remaja, solat berjamaah subuh dan minta dia membaca Al-Quran semuka dua. . Anak kita cerminan diri kita.
Manakala ini pula perkongsian beliau pada tahun lepas yang telah mendapat 4 ribu share yang memaparkan cara kehidupan beliau dan isteri menguruskan anak-anak seramai 9 orang.
Anak saya sembilan orang. Paling besar 16 tahun dan paling kecil 2 tahun. Kami suami isteri berkerja sendiri. Dulu isteri cikgu, berhenti dan menguruskan perniagaan kecil kami sendiri. . Enam orang dari sembilan anak saya adalah perempuan. Mereka rapat dengan puan CEO. Perwatakan anak-anak kita banyak dipengaruhi oleh ibu bapanya. Seronok tengok anak-anak membesar depan mata. . Pagi ni saya kongsikan beberapa #TipMakRamaiAnak. Isteri sayalah Zawiyah Saimin hero sebenar dalam menjaga anak-anak ni. . 1. Subahanallah, Allahukbar, Alhamdulilah. Kami tinggal di kampung. Kami sendiri yang menguruskan anak-anak kami. Tujuh dari sembilan sudah bersekolah. Isteri saya hantar anak-anak 10 kali sehari berulang-alik. Itu pun dah habis masa banyak. Tetapi anak-anak membesar depan mata kami. . Kami tak ada pembantu rumah. Dari memasak dan kerja rumah memang isteri saya yang buat. Air tangan ibu ni penting. Bila memasak, berdoalah pada Allah supaya anak-anak kita ni dilembutkan hati dan menjadi anak yang soleh. . 2. Solat berjamaah penting dirumah. Selepas itu buat usrah seminggu sekali. Dalam tazkirah selalulah nasihatkan anak-anak. Lebih penting bila mereka sudah dewasa. Waktu usrahlah masa paling sesuai, tenang lepas solat untuk menasihatkan anak-anak. . 3. Selalulah mengaji bersama dengan anak-anak. Buat majlis kecil yassinan setiap malam khamis. Jika saya tak ada outstation isteri saya yang akan pimpin atau anak lelaki saya yang sulung. . 4. Anak-anak yang tahun peperiksaan pastikan mereka mengaji satu muka sehari. Ini salah satu usaha untuk mereka mudah fokus dan ilmu mudah dapat. . 5. Sebagai ibu bapa jagalah setiap perkataan yang keluar dari kita. Bersabarlah dan jangan berkecil hati dengan anak-anak jika mereka membuat salah. Inilah biasanya mulanya anak-anak derhaka. . Bila anak derhaka, Alllah tak berkat hidup dia. Jadinya nanti susah. Kita ibu bapalah yang jangan cepat melatah. Biasanya saya yang garang pada anak-anak. Tetapi dalam beberapa tempoh saya akan minta maaf dan terangkan perkara sebenar. . 6. Peluk dan cium anak-anak seberapa kerap yang boleh walaupun mereka sudah dewasa. Doa dalam hati supaya mereka menjadi anak yang soleh. Peluk mereka kerana pelukan itu ada aura positif untuk mereka dan mereka rasa selamat. . 7. Bila solat malam, solatlah berdekatan dengan anak-anak. bila mengaji, bacalah dengan kuat sedikit. Walaupun mereka masih kecil, lama-kelamaan mereka faham dengan menjalani kehidupan secara islam. . 8. Saya suka tengok anak-anak bila tidur. ianya menjadi satu kepuasan sebelum saya masuk tidur. Kalau boleh ciumlah mereka masa mereka tidur dan hembuskan sesuatu yang baik di telinga mereka. . 9. Bila kita selalu berjauhan dengan anak-anak dengan urusan kerja, bila teringat tu kita sedekahkanlah mereka dengan Al-fatihah dan berdoa agar mereka dilindungi dengan segala rintangan yang berat. . Kami bukanlah keluarga yang terbaik. Saya cuba kongsikan ilmu keibubapaan kepada sahabat semua. Kami juga sedang belajar. Moganya ada yang boleh diguna pakai. Silakan share jika ilmu ini manafaat kepada semua. . #TipAyahRamaiAnak.
Bahagia itu kita yang ciptakan bukan siapa-siapa. Itulah ungkapan yang sering kita dengar bila berbicara tentang mencari kebahagiaan hidup. Namun, untuk merasai bahagia untuk diri sendiri bukan semudah yang diucapkan buat wanita bergelar isteri dan ibu bila ketika itu sedang berada dipersimpangan delima.
Ini dijelaskan sendiri oleh Peguam Syarie Fahmi Ramli ini yang mengatakan lazimnya demi anak ramai ibu memilih untuk terus bertahan dalam derita.
Apa yang cuba disampaikan olehnya menarik perhatian warganet untuk memahami situasi atau realiti kehidupan.
Ini perkongsiannya;
Tanyalah mana-mana isteri sekalipun, siapa saja yang sanggup nak kahwin tapi menderita dalam perkahwinan. Semua orang tak nak.
Di luar sana saya percaya ramai wanita yang kini, dialah ibu dan dia jugalah bapa kepada anak-anaknya. Bukan kerana dia ibu tunggal, tapi keadaan dia yang membuatkan seolah-olah dia ibu tunggal.
Ibu itulah yang uruskan hal ehwal anak-anak sendirian, ibu itu jugalah yang bekerja siang malam untuk cari nafkah kepada anak-anak. Ada sebilangan kecil yang mungkin dia terpaksa lakukan begitu sebab suami lumpuh, sakit, kematian suami dan hal-hal yang tak dapat dielakkan.
Tapi,
Lebih teruk bila dia jadi ‘Ibu Tunggal’ menanggung segala perbelanjaan diri dan anak-anak, WALAUPUN wanita itu sebenarnya ada suami. Ada beberapa contoh mengapa ibu yang tanggung segala perbelanjaan anak walaupun ada suami yang sihat:
1. Suami banyak hutang peribadi
Kadang-kadang banyak suami yang terpaksa abaikan tanggungjawab menyediakan nafkah wajib kepada anak isteri disebabkan banyak buat Personal Loan, Overlap loan, kereta mahal lebih daripada kemampuan, hutang kad kredit dan macam-macam hutang lain lagi.
Perkara ini berlaku disebabkan lelaki itu sebelum kahwin tidak ada perancangan kewangan yang betul bagaimana nak survive dalam kehidupan selepas kahwin. Dan ada juga disebabkan, hutang yang tinggi ini disebabkan nafsu sendiri seperti nak pakai kereta mahal, hingga bayaran bulanan lebih daripada RM1000, sedangkan gaji baru dalam RM2500.
2. Suami banyak membazir
Pembaziran ini sangat kerap berlaku. Kadang-kadang, benda yang tak patut beli pun dibeli juga. Contohnya, bayaran bulanan Astro/Netflix. Itu satu kehendak sahaja. Kalau tak ada pun, masih boleh hidup. Satu lagi, yang paling ketara adalah, pembelian rokok atau vape. Walaupun ada banyak pandangan ulama’ sudah sebut Haram, tapi, masih lagi ada pembaziran untuk perbelanjaan rokok setiap bulan. Pembaziran itu berlaku bila, benda yang tak diperlukan, kita tetap nak beli. Ia masih berkaitan tentang nafsu.
3. Suami tak bekerja/malas
Ini satu perkara yang paling membuatkan wanita takut nak berkahwin. Bila dapat suami yang malas nak kerja, atau bila dah tak cukup pendapatan tapi tak mahu usaha lebih untuk cukupkan keperluan anak isteri.
Kadang-kadang masih ada lagi suami yang tahu kahwin saja, tapi segala perbelanjaan isteri dan anak-anak, mak dan ayahnya yang tanggung. Ishhh, malu sangatlah kalau nak kahwin, tapi tak mampu berdikari. Lebih baik tak payah kahwin kalau macam tu. Biasa sangat jadi anak manja kalau macam ni.
4. Suami ada banyak isteri
Sepatutnya, orang yang poligami kena ada banyak duit. Sebab setiap bulan mesti banyak perbelanjaan untuk dirinya, isteri-isterinya dan anak-anaknya. Ye lah, lebih besar periuk, lebih banyak keraknya.
Cuma, ada sebilangan suami, yang tak ada kemampuan kewangan pun, tapi nak kahwin lebih juga. Tak boleh cara baik, dia nikah pula dekat Siam. Tak boleh pergi Siam, nikah pula cara sindiket. Lepas tu, anak isteri sedia ada terabailah dari sudut nafkah. Ye la kan, ada isteri baru.
5. Bekas suami jahil
Bila sudah berpisah, biasanya anak-anak diletakkan di bawah jagaan ibu. Jadi, ada sesetengah lelaki yang tak faham, walaupun diterangkan berkali-kali. Hak jagaan tetap di bawah ibu, bapa pula wajib bagi Nafkah.
Ada yang faham, mudah. Tapi bila ada yang tak faham, dia akan mengelak dan buat tak tahu saja bab perbelanjaan wajib anak. Lelaki ini selalu akan cakap, “dah mak dia yang jaga, mak dia la yang tanggung.” Kemudian bila bawak tuntutan ke Mahkamah, mulalah nak marah-marah dan cari seribu satu jalan elak bayar nafkah.
Kenapa ramai wanita tak mahu cerai sebab anak?
Biasanya jawapan yang akan saya dapat adalah bimbang anak itu dibesarkan tanpa bapa.
?????? Saya pun bingung sebenarnya…Adakah bapa kepada anak tersebut akan mati kalau mereka berpisah?
Mungkin pada saya, ramai orang tak nak pisah kerana anak ada sebabnya tersendiri. Cumanya, semua ini bergantung kepada wanita tersebut. Sekiranya, dia sanggup beri peluang untuk suaminya berubah, maka berikhtiarlah sesuatu.
Namun, jika sekiranya anda sudah tidak sanggup lagi menanggung derita, Islam tidak pernah mengHARAMkan atau meMAKHRUHkan berpisah. Bahkan, perceraian itu sendiri adalah Harus jika perkahwinan tersebut mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri.
Kalau tidak, Islam itu akan dilihat sebagai agama yang tidak adil kerana memaksa wanita itu hidup dalam penderitaan dek kerana perbuatan suaminya yang abaikan tanggungjawab.
Semoga dengan pengorbanan anda sebagai isteri dan ibu, dapat suatu ganjaran yang besar dan dipermudahkan Allah atas apa jua urusan anda. Pilihan ditangan anda. Anda yang tentukan kehidupan anda dan anak-anak anda wahai wanita yang kuat dan hebat.
Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terus membuktikan komitmennya terhadap kebajikan rakyat apabila menyalurkan RM115,000 hasil daripada kerja sambilan yang dilakukannya bagi...