Gembira dan teruja, itulah yang boleh digambarkan perasaan penyanyi, Tajul apabila isterinya, Nurul Shamieza Eddie selamat melahirkan bayi perempuan yang juga anak sulung mereka, malam tadi.
Bayi diberi nama Adriana Carissa itu dilahirkan secara normal dengan berat 2.8 kilogram di Hospital Kajang.
Tajul atau nama sebenarnya Tajul Ariff Noor Md Shari, 21, ketika dihubungi Harian Metro berkata, dia teruja dan gembira kerana pertama kali merasa pengalaman bergelar seorang bapa.
Ads
“Alhamdulillah isteri selamat melahirkan anak sulung kami. Satu pengalaman yang menarik dan dalam masa sama rasa sedih melihat sakitnya dia ketika hendak bersalin.
“Saya sendiri ikut masuk ke bilik bersalin menemani isteri dan melihat bagaimana dia bertarung nyawa melahirkan anak kami dan ia membuatkan saya berasa insaf.
“Ia juga mengingatkan saya supaya lebih menghargai isteri kerana begitulah keadaan ibu kita ketika melahirkan kita,” katanya.
Ads
Tajul juga turut berkongsi berita gembira berkenaan di Instagram.
“Yeahh! Alhamdulillah anak daddy ADRIANA CARISSA @adrianacarissa_ selamat dilahirkan pda 16 November mlm tdi jam 11:56😘 kite lanje gambar dia skit, nti dia dh besar.
Ads
“Baru boleh tunjuk muka dia okay. Tq smua yg mendoakan, i love you so much sygg @icaaeddie ❤️#anakdaddyandmummy👨👩👧 #manjedaddy – #
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hati ibu mana yang tidak bangga jika anak yang ditatang bagaikan minyak yang penuh apabila meningkat dewasa menjadi seorang anak solehah. Malah dengan pembelajaran di sekolah dan didikan keluarga mampu membuatkan anak menjadi seorang yang berfikiran kritis.
Sebagaimana perbualan Nurain, anak Erma Fatima yang berbual mengenai duniawi akhir zaman, cetus rasa kekaguman netizen. Mana mungkin, remaja seusianya berfikiran jauh begitu. Hanya asuhan dan persekitaran Islamik boleh menjurus anak memberi buah fikiran sebegitu.
Jom lihat perbualan Erma dan anaknya. Walaupun biasa-biasa aje, tetapi cukup deep untuk menjelaskan bahawa anak remaja Erma ini jelas dalam kehidupannya sebagai seorang muslim. Semoga menjadi anak yang solehah ye!
Pengarah dan pelakon Erma Fatima mempunyai lima anak angkat iaitu Syamil Ikhwan, 26, Ahmar Arir, 24, Ahmad Aifin, 22, Citra, 17, dan Nurain, 13.
Dalam tempoh total lockdown ni sudah tentu ada antara kita bekerja dari rumah. Jika ada luang masa itu boleh lah kemas rumah. Tak perlu tunggu hujung minggu untuk lakukan semua itu.
Tetapi tentu tercari-cari cara yang mudah dan simple untuk menguruskan rumah dengan cepat. Apa kata cuba cara alternatif yang mudah diperoleh dari kabinet dapur rumah anda, iaitu soda penaik (baking soda) dan cuka sebagai penganti kepada produk cucian siap diguna pakai.
Mungkin ramai yang belum tahu, soda bikarbonat mempunyai pelbagai kegunaan untuk melancarkan kerja rumah. Ia boleh menjadi bahan alternatif untuk produk-produk sedia ada dengan memberi kesan yang lebih kurang sama. Yang penting mudah didapati dan harganya juga murah.
Jom kita tengok 7 kegunaan soda bikarbonat yang patut mak-mak wajib tahu. Tak rugi mencuba, lepas nie dah mudah la kerja rumah anda.
1. Bahan Pencuci Dapur
Soda bikarbonat boleh menjadi bahan pencuci yang efektif. Anda letakkan sedikit serbuk ini ke atas span atau kain basah untuk membersihkan mikrowave, peti sejuk, dan peti sejuk beku.
Selain itu ia sesuai dicampurkan dengan sabun untuk membuang kotoran gris, air teh, air kopi dan kotoran makanan pada kuali/periuk dan mencuci buah-buahan dan sayur-sayuran dan periuk.
2. Bahan Pencuci Pakaian
Soda bikarbonat boleh membantu proses pencucian pakaian anda menjadi lebih mudah dengan melarutkannya ke dalam air atau tabur serbuk ini di atas pakaian atau di dalam mesin basuh.
Ia akan membantu melembutkan pakaian dan menyah bau pakaian. Dalam masa yang sama, ia boleh membantu membuang kotoran kuning, gris dan dakwat yang biasa ada pada bahagian tertentu pakaian seperti kolar, pergelangan tangan baju, dan pakaian dalam.
Jika anda rasa tak power lagi pencuci dan peluntur yang digunakan, anda boleh meningkatkan kuasanya dengan menambah soda bikarbonat semasa proses bilasan.
3.3. Bahan Pencuci Tandas
Ya, buat kali ketiganya, soda bikarbonat sesuai digunakan sebagai bahan pencuci tandas. Ada beberapa cara untuk anda mengaplikasikannya. Antaranya ialah dengan membancuhnya di dalam botol spray. Kemudian semburkan ia pada langsir mandian dan dinding untuk menyah kulat.<
Anda juga boleh bancuh serbuk soda bikarbonat di dalam baldi yang penuh dengan air dan jirus ke dalam paip untuk menanggalkan kotoran degil dalam paip yang menyempitkan laluannya. Anda juga boleh menggunakannya untuk menyah kumah pada lantai tandas dan bilik air.
4. Pengilat Barang Berharga
Anda boleh membersihkan barang kemas, barangan perak dan aksesori besi, pinggan mangkuk dan kristal sehingga ia berkilat dengan bantuan serbuk soda bikarbonat.
5. Penyah Dakwat
Anda boleh menanggalkan kotoran krayon, dakwat dan pen dakwat kekal (permanent marker) pada pakaian dan tangan.
6. Penyah Bau Busuk
Soda bikarbonat juga berkuasa menyah bau dengan meneutralkan semula bau-bauan persekitaran dan barang. Anda letakkan sedikit serbuk ini ke atas kain basah atau tinggalkan ia di dalam cawan.
Ia boleh digunakan di dapur dengan menyah bau dan kuman pada papan pemotong, menyah bau masakan di dapur, menyah bau busuk daripada tong sampah dan menyah bau tangan selepas lakukan sesuatu yang berbau kuat seperti menyiang ikan. Selain itu, ia boleh menyah bau kasut, menyah bau tilam dan menyah bau urin binatang seperti kucing dan anjing.
7. Penyah Serangga
Masukkan serbuk soda bikarbonat dan sedikit serbuk gula halus. Gaulkan sekata. Anda boleh letak campuran ini pada laluan serangga seperti semut, dan lipas untuk menyahnya.
Semoga bermanfaat.
Sumber: semuanyajdt.com
Set BBQ Grill & Steamboat di sini. Mudah nak masak dan cepat membersihkannya.
Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail turut memuat naik video yang memaparkan rakan baiknya yang juga pelakon Black Hanifah tampil menghulurkan bantuan.
“Terima kasih kepada Black dan keluarga yang datang menghulurkan macam-macam barangan. Saya kena kuarantin diri sendiri,” katanya.
Black antara individu pertama yang meninggalkan komen untuk datang ke rumah Tomok bagi memberikan barangan keperluan selepas penyanyi itu memaklumkan yang dirinya positif Covid-19.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.