Tomok atau nama sebenarnya, Shah Indrawan Ismail turut memuat naik video yang memaparkan rakan baiknya yang juga pelakon Black Hanifah tampil menghulurkan bantuan.
“Terima kasih kepada Black dan keluarga yang datang menghulurkan macam-macam barangan. Saya kena kuarantin diri sendiri,” katanya.
Ads
Black antara individu pertama yang meninggalkan komen untuk datang ke rumah Tomok bagi memberikan barangan keperluan selepas penyanyi itu memaklumkan yang dirinya positif Covid-19.
Norlia Ghani buat ‘live’ TikTok kali pertama dapat sejuta tontonan. Pelakon veteran, Norlia Ghani yang kini berusia 77 tahun, semakin aktif di platform TikTok dan berjaya meraih lebih 129,000 pengikut. Beliau juga kerap membuat siaran langsung sebagai satu cara untuk berinteraksi dengan peminat.
Menariknya, siaran langsung pertama yang dilakukan oleh Norlia di TikTok mencatat tontonan yang luar biasa, iaitu sebanyak satu juta tontonan.
“Anak dan cucu saya yang ajar cara nak buat siaran langsung. Saya perhatikan bagaimana mereka lakukan dan dari situ saya belajar. Saya cuma berbual santai saja dengan peminat supaya hubungan lebih rapat. Generasi muda pun kenal saya sekarang,” katanya.
Tambah beliau, tujuan asal beliau bersiaran langsung bukanlah untuk meraih hadiah atau ‘gift’ daripada penonton kerana beliau sendiri tidak begitu arif tentang hal tersebut.
“SAYA CUMA BUAT SEBAB RAMAI YANG KATA LAMA TAK NAMPAK SAYA. BILA SAYA CUBA BUAT SIARAN LANGSUNG KALI PERTAMA, TAK SANGKA PULA DAPAT SEJUTA TONTONAN,” KATANYA.
Norlia turut mengakui ada menerima ‘gift’ daripada penonton ketika bersiaran langsung, namun perkara itu bukan keutamaannya.
“Kalau orang nak bagi, saya terima dengan terbuka. Kalau tak ada pun tak mengapa. Saya pun tak ada jadual tetap, cuma kalau ada masa lapang, terutama ketika menunggu di lokasi penggambaran, saya akan buat siaran langsung sekejap. Bukan setiap hari pun,” ujarnya.
Selain itu, beliau juga menerima tawaran untuk membuat ulasan produk dan kini menjadi duta kepada jenama susu.
“Sekarang saya buat review produk untuk satu jenama susu sebab saya dilantik sebagai duta. Banyak juga produk lain yang ajak saya buat ulasan,” katanya lagi.
Ibu kepada pelakon Rusdi Ramli itu turut mengakui dia tidak dapat lari daripada komen-komen nista daripada netizen yang mengaitkan usia emasnya dengan aplikasi yang dimonopoli oleh Gen Z itu.
“Biarpun ada komen-komen sinis yang mengatakan dah tua-tua pun nak main Tik Tok. Pada mama tak ada masalah.
“Kalau mama nampak komen-komen toksik sebegitu lalu depan mata, mama buat-buat tak nampak sahaja. Tak perlu balas komen mereka.
“Lagipun mama main Tik Tok bukan untuk kejar glamor. Semua orang dah kenal siapa. Norlia Ghani sejak tahun 1969 lagi,” kata yang belajar menggunakan Tik Tok daripada cucunya.
Hafiz cilik, Ahmad Ziyyad, 10 tahun, hafal 30 juzuk dalam tempoh 4 bulan. Seorang kanak-kanak berusia 10 tahun, Ahmad Ziyyad Mohd Zahir, mengukir pencapaian luar biasa dengan berjaya menghafaz 30 juzuk al-Quran dalam hanya empat bulan 10 hari.
Dalam suasana tenang di sebuah kediaman di Bukit Payung, Marang, Terengganu, lantunan ayat-ayat suci al-Quran kedengaran jelas tanpa gangguan televisyen atau gajet.
Ahmad Ziyyad, yang memiliki memori luar biasa serta minat mendalam terhadap al-Quran, menamatkan hafazannya pada 23 Mac lalu melalui program hafazan pantas (fast track) yang ditawarkan oleh Akademi Al-Quran Amalillah, sebuah pusat tahfiz di Terengganu yang menyediakan program intensif khas bagi pelajar berpotensi tinggi.
Ibunya, Nurul Shahida Lukman, 35, berkongsi bahawa anak sulungnya itu telah menunjukkan kecenderungan terhadap al-Quran sejak bayi lagi. Pada usia dua tahun lapan bulan, Ahmad Ziyyad sudah mampu menghafal sebanyak 42 surah, termasuk surah panjang seperti al-Baqarah dan al-A’raf, hanya dengan mendengar bacaan.
Menurut beliau, sejak kecil lagi Ahmad Ziyyad menunjukkan reaksi sensitif terhadap bacaan al-Quran. “Saya selalu mendodoikannya dengan al-Quran. Jika saya berhenti membaca pada ayat tertentu, dia akan menangis dan hanya tenang bila saya mula semula dari awal surah,” katanya kepada Bernama.
Disebabkan minat yang luar biasa itu, Nurul Shahida dan suaminya, Mohd Zahir Mohammad Noor Sabri, 38, mengambil keputusan untuk berpindah dari Kota Bharu ke Marang bagi membolehkan anak mereka menghadiri kelas hafazan di akademi tersebut setiap hari. Sebelum ini, Ahmad Ziyyad bersekolah di Sekolah Rendah Integrasi Teras Islam (SRITI) Al-Fateh di Kota Bharu, tetapi masa yang terhad menyukarkan hafazan al-Quran dijalankan secara konsisten.
Keluarga ini kemudiannya menemukan Akademi Al-Quran Amalillah pada tahun 2024. Walaupun akademi itu hanya menerima pelajar berumur antara 10 hingga 15 tahun, Ahmad Ziyyad diterima masuk ketika baru berusia sembilan tahun berkat keupayaannya menghafal beberapa potong ayat dalam masa 10 minit – satu pencapaian luar biasa yang tidak dimiliki kebanyakan pelajar lain.
Nurul Shahida juga menjelaskan bahawa anaknya mempunyai keistimewaan iaitu hyperlexia dan hypernumeric, yang membolehkannya mengenal huruf dan nombor pada usia lebih awal dari biasa – ciri yang sering dikaitkan dengan spektrum autisme. “Dia tahu surah, ayat dan muka surat setiap kali membaca al-Quran. Dia suka mendalami nama-nama Allah dan mampu menjawab jika ditanya. Mungkin kerana semuanya berkait dengan nombor, yang memang menjadi minatnya,” jelas beliau.
Walaupun kadang-kala emosinya tidak stabil dan mudah menangis, Ahmad Ziyyad tetap menunjukkan semangat yang tinggi dalam meneruskan hafazan selepas episod sebegitu. Kini setelah bergelar hafiz, beliau kembali ke SRITI Al-Fateh untuk menyambung persekolahan hingga ke darjah enam sebelum memasuki fasa syahadah – peringkat pengesahan hafazan di hadapan panel.
Apa yang lebih menggembirakan ibunya ialah perubahan positif dalam sikap dan peribadi Ahmad Ziyyad. “Dia kini solat di awal waktu tanpa disuruh, rajin melakukan amalan sunat seperti tahajud, dan semakin matang. Perangai autistiknya juga lebih terkawal dan dia jadi teladan baik buat adik-adiknya,” ujar Nurul Shahida.
Guru hafazannya, Nurfatihar Riduan, turut mengakui kehebatan Ahmad Ziyyad yang mampu menghafal satu muka surat al-Quran dalam masa 15 hingga 30 minit, bergantung pada kesukaran ayat. Beliau menyatakan, “Ada hari dia boleh tasmi’ satu juzuk sehari, dan ulangkaji pula sampai dua hingga empat juzuk. Fokus dan disiplin Ahmad Ziyyad sangat tinggi.”
Guru itu turut memuji komitmen ibu bapa Ahmad Ziyyad yang sanggup berpindah negeri demi menyokong impian anak mereka menjadi hafiz, satu pengorbanan yang akhirnya membuahkan hasil yang membanggakan.
Eksklusif pada Hari Malaysia, Kopi Wonda akan meraikan wira wira harian di kalangan kita yang sedia membantu tanpa memikirkan diri sendiri. Astro dan Wonda bergabung untuk meraikan Wira Wonda Kita.
Anda akan menyaksikan Wonda mengambil alih saluran Astro Ria dan Astro Radio, menukar nama mereka kepada Astro Wonda Ria dan Wonda FM sepanjang hari. Dua saluran ini akan memaparkan kisah-kisah khas inspirasi tentang wira-wira yang diberi gelaran WIRA WONDA KITA, sesuai dengan jasa mereka yang sentiasa ada saat diperlukan dan membuatkan kita bangga menjadi rakyat Malaysia.
Wira Tanpa “Superpower”
Bila bercakap tentang ‘hero’, kita sering kaitkan dengan individu yang mempunyai kuasa luar biasa dan keupayaannya menyelamatkan dunia. Hakikatnya, di dunia realiti orang biasa juga boleh diangkat sebagai wira sejati. Sebagai contoh, individu yang bantu orang tua melintas jalan. Tak perlu sampai selamatkan bumi, cukup hanya dengan lakukan perkara ‘basic’ tapi mampu memberi inspirasi kepada orang lain supaya sentiasa membantu.
Sebagai contoh, satu kisah yang menyentuh hati dan penuh inspirasi, Uncle Mike (Micheal Tong Wai Siong) yang ikhlas menjaga dan membesarkan 3 adik beradik anak yatim yang berlainan bangsa darinya, Dr Haniif Ahmad Mazian yang berani membantu & mempertaruhkan nyawa dalam menjalankan kerja sukarelawan di bumi Palestin, dan Puan Matron Fadzilah Abdul Hamid yang banyak memberi perlindungan kepada pesakit-pesakit HIV di Rumah Solehah miliknya.
Calonkan Wira Wonda Anda
Berikut adalah kisah wira yang telah kami kongsikan, kini giliran anda untuk mencalonkan wira sejati yang telah membantu anda atau orang lain.
Dengan diberikan gelaran sebagai WIRA WONDA KITA, mereka yang dicalonkan ini boleh diibaratkan sebagai hero yang sentiasa ada di saat kita memerlukannya.
Inilah masanya untuk kongsikan kisah-kisah wira penuh inspirasi yang harus diberikan penghormatan yang selayaknya. CALONKAN MEREKA di www.wirawondakita.comdan lima kisah wira terpilih akan berpeluang membawa pulang RM10,000 dan akan diraikan di rancangan MELETOP pada 1 Oktober di Astro Ria (saluran 104).
Hasil gabungan inisiatif ini diwujudkan bagi memberi penghargaan khas untuk wira-wira yang sentiasa sedia membantu masyarakat tanpa mengira waktu dan batasan sekaligus memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia agar sentiasa membantu antara satu sama lain.
Diinspirasikan oleh Wonda Kopi Kluang baharu. Cita Rasa Kita, Wira Kita.
(Tertakluk terma dan syarat)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.