“Lihat Selekeh, Namun Mampu Raih RM80,000 Semusim”- Petani Miliki Ijazah Ni, Buktikan Bertani Boleh Buat Duit!
Peribahasa Melayu ada menyebut, `Berbudi kepada tanah, lambat-laun mendapat hasilnya’, manakala jika malas berdayung, perahu akan hanyut. Berpegang kepada peribahasa ini, benarlah sesiapa sahaja yang bercucuk tanam boleh berjaya mendapatkan pendapatan lumayan asalkan rajin berusaha!
Umpanya kisah graduan lepasan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Abdul Rahman Mohd Noor, telah berjaya membuktikan bahawa hasil tanaman yang diusahakannya di ladang lada di Kampung Padang Landak, Jertih boleh membuatkan dirinya mampu hidup senang dengan pendapatan yang lumayan.
Meskipun orang melihat kerjaya sebagai petani ini kelihatan tidak bergaya dan selekeh, siapa sangka pendapatan mereka mampu mencecah RM80,000 semusim iaitu antara tujuh hingga lapan bulan.
Tolak Tawaran Kerja Pejabat
Difahamkan Abdul Rahman Mohd Nor, sebelum ini pernah menerima tawaran bekerja di pejabat kerajaan namun dilepaskan demi ingin mengusahakan projek penanam cili besar atau nama saintifiknya Capsicum anuum. Berkat usaha dan minat terhadap bidang itu, nyata melebihi keinginan bekerja di pejabat berhawa dingin.
“Saya tahu apabila menceburi bidang pertanian risikonya amat besar berbanding bekerja di pejabat dengan gaji tetap setiap bulan, namun ia bukan alasan untuk saya mencapai impian bergelar petani moden yang berjaya.
“Apabila saya tamat pengajian Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber dan Alam Sekitar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) saya cuba menjalankan tanaman cili secara komersil dengan berbekalkan ilmu serta tunjuk ajar daripada ayah saya sendiri,” katanya ketika ditemui Bernama di ladang miliknya di Kampung Padang Landak, Jertih.
Selain itu, beliau juga mengikuti program keusahawanan yang dianjurkan oleh Jabatan Pertanian sejak tiga tahun lalu. Penglibatan keluarganya dalam penanaman tembakau sejak Abdul Rahman kecil lagi sedikit-sebanyak mendedahkannya kepada jerih-perih kehidupan seorang petani, hingga beliau menjadi cukup bersedia menghadapi sebarang risiko.
Ads
Lebih membanggakan hasil tanaman di tanah seluas tiga ekar (1.2 hektar), Abdul Rahman mampu mengutip hasil sehingga 12 tan cili besar semusim, dengan dibantu oleh lima pekerjanya.
“Apabila kita memilih untuk bekerja sendiri kita perlu menanggung risiko bersendirian, namun walaupun kita graduan universiti tidak semestinya kita perlu berharap sepenuhnya untuk memegang jawatan besar. Kita mampu berdiri di atas usaha kita di dalam keadaan ekonomi negara kita sekarang ini,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi graduan, Rohana Alias, 39, yang mengusahakan tanaman Melon Manis Terengganu (MMT) di Fertigasi Alor Lintang, Besut berkata menceburi bidang pertanian boleh memberikan keseronokan di samping memperoleh pendapatan lumayan.
Menurut Rohana, beliau yang menceburi bidang pertanian hampir 13 tahun dan gembira dengan kerjaya pilihannya itu walaupun tidak ramai graduan wanita sepertinya berminat dalam bidang berkenaan.
Ads
“Sememangnya bekerja dalam bidang ini kita tidak berpakaian cantik sebagaimana mereka yang bekerja di pejabat, namun mereka yang bertani ini punyai kelebihan tersendiri yang mana saya boleh memilih waktu kerja saya sendiri.
“Walaupun mereka hanya melihat kami berpakaian selekeh namun kami masih mampu meraih pendapatan minimum RM20,000 untuk semusim dan kini pasaran MMT yang saya usahakan telah berkembang ke seluruh negeri ini,” katanya.
Beliau berkata walaupun mempunyai Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Sumber Alam, Kolej Universiti Malaysia Terengganu (kini Universiti Malaysia Terengganu), beliau tetap akan meneruskan usahanya dalam bidang pertanian walaupun mendapat tawaran pekerjaan yang lebih terjamin.
Beliau yakin graduan lain juga mempunyai peluang yang sama sekiranya berminat dan berusaha bersungguh-sungguh tanpa berharap bekerja di pejabat sahaja. Rohana memperoleh ijazah pada 2003 dan pernah mendapat kursus berkaitan penanaman dari Program Inkubator Usahawan Belia Tani (IUBT) pada 2007.-
Sumber : Bernama
Buat follower Keluarga, sila guna kod promo KELGSP5 untuk pembelian British Polo Yuna Handbag Set dengan harga lebih murah hanya di GO SHOP
Nak tambah ilmu tentang penyusuan susu ibu, jom join webinar PERCUMA Ya, Aku Mampu Susukan Anak! secara ONLINE pada 29 Oktober 2022. Daftar nama anda di SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menyediakan menu solok lada sendiri daripada hasil tanaman di laman rumah pastinya memberi kepuasan berbeza. Apatah lagi jika saiz lada yang dituai besar dan segar, dapatlah disumbat dengan isi ikan yang banyak sekali gus menjadikan hidangan solok lada yang disediakan begitu nampak menyelerakan.
Jadi untuk yang ada keinginan mencuba menanam sendiri, sebaiknya ketahui dahulu tip dan cara untuk pastikan tanaman solok lada bukan sahaja hidup malah boleh menghasilkan buah yang lebat dan subur untuk dituai.
Ini sebagaimana yang dikongsikan oleh Ben Safwan, jom semak.
Tanam Lada Solok Di Laman Rumah Cara Ben
Ben nak kongsi macam mana nak dapatkan pokok lada solok yang berbuah lebat,tahan penyakit seperti lalat buah,bena putih dan sebagainya. Daun pula subur menghijau tidak kerinting.
1- Semai dari anak benih atau nak senang,terus beli pokok yang hampir usia hampir 2 bulan dah di Sopi Ben. Dah stabil dah subur. Ada stok sedikit.Ada yang abes stok tapi Ben akan restok dari masa ke semasa .
2- Sediakan media semaian iaitu tanah 5 atau 8 dalam 1. 1 bag 28 liter dicampurkan dengan 2 bag tanah merah yang dijual di nurseri dan 500 gram tahi kambing yang diperam. Ini cara Ben.
Nak senang terus masukkan ke dalam polibeg saiz 16×16 . Saiz ini sesuai sangat untuk pokok. Akan dapat lebih kurang 3-4 polibeg untuk setiap isian.
3- Alihkan anak pokok lada solok masuk ke media semaian baru. Jangan buang tanah sedia ada. Terus masukkan sekali dari polibag lama ke polibag baru.
Permulaan 4-5 hari letak anak pokok direct terima cahaya matahari pagi – tengahari lepas tu letak tempat redup. Selepas tempoh masa ini baru letak di bawah cahaya terus.
Pokok cili suka cahaya terus.
4- Cara siram dan pembajaan serta tips :
Siram 1 liter air paip setiap 2 hari sekali . Kalau saiz polibag /bekas kecil,siram hari-hari pada awal pagi/lewat petang.
Spray plant booster 3 in 1 Ben setiap 4 hari sekali untuk bagi pokok subur,kuat,elak serangan racun serangga,bena putih dan lain-lain.
Minggu 1 guna baja subur ,Minggu 2 baja buah dan ulang. Anggaran 1 sudu kfc dan ikut tumbersaran pokok pada jarak 5-10 cm dari pangkal pokok.
Bila buah dah lebat,stop dlu baja buah. Teruskan dengan baja subur.
Buang daun yang tak diperlukan sebelum ranting Y dan juga jika tengok daun di bawah terlebih besar.
Terlebih daun akan sebabkan nutrien tak sampai kepada buah ,sebab daun yang serap nutrien tapi kena ingat.
Daun ialah pekerja yang akan hasilkan buah yang lebat. Jadi kena berpada – pada pilih buang daun.
6- Jangan lupa cakap-cakap dengn pokok dan mohon doa supaya urusan tanaman dipermudah. Gitu.
Hidup sihat boleh dimulai dengan cara memerhatikan pengambilan makanan seharian dalam sesebuah rumah tangga. Jika pola pengambilan makan yang betul dan berkhasiat diamalkan, secara tidak langsung dapat menjamin jumlah kalori yang secukupnya dibekalkan untuk tubuh.
Selain itu, tidak dinafikan mengamalkan detoksifikasi contohnya, iaitu proses membersihkan atau menyah segala toksin yang ada dalam badan adalah juga wajar diamalkan. Ini memandangkan dengan detoks kita dapat membersihkan tubuh dari racun yang terkumpul. Bila sistem dalaman kita sihat, maka luaran juga akan memperlihatkan tubuh badan dan wajah yaang segar dan awet muda.
Untuk, itu, ayuh ketahui lima jenis detoks yang boleh diamalkan.
Diet dan Detoks
Makanan yang dimakan adalah pertahanan pertama tubuh badan kita daripada serangan toksin. Dengan mengawal pengambilan makanan (apa yang masuk ke dalam mulut), anda dapat mengelakkan sejumlah besar toksin yang masuk ke dalam badan.
Terdapat 10 jenis makanan yang boleh membantu dalam proses Diet Detoks iaitu epal, avocado, artichoke, ubi bit, bawang putih, buah kiwi, buah prun, rumpai laut, selada air dan sayuran dari keluarga kubus seperti brokoli, kubis bunga, kubis bulat, Brussels sprout dan seumpamanya.
Senaman dan Detoks
Kebanyakan orang menganggap senaman adalah salah satu cara unttuk menguatkan otot di samping mengurangkan berat kolesterol di dalam badan. Namun, tidak ramai yang sedari bahawa senaman dapat menguatkan sistem detoksifikasi dan membuang toksin dalam badan.
Dua kategori senaman yang boleh membantu mengurangkan toksin dalam badan adalah latihan aerobik seperti berlari, berjalan, berenang dan sukan lain. Kategori kedua adalah senaman ketimuran, khususnya seperti yoga.
Detoks Luaran
Proses detoksifikasi bukan hanya dari dalaman sahaja tetapi boleh juga dilakukan dari luar. Walaupun proses detoks secara dalaman seperti diet, senaman dan pemakanan amat penting tetapi apa yang berlaku pada tubuh secara luran juga memainkan peranan penting.
Menggosok badan, skrub, urutan dan juga rawatan yang menggunakan kaedah pemanasan seperti sauna adalah cara terbaik untuk digunakan bagi mengeluarkan toksin yang terkumpul di dalam badan.
Aromaterapi
Aroma atau bauan amat penting dalam fungsi kesihatan badan. Kajian mendapati bahawa wangian aroma membantu meningkatkan tenaga, menajamkan pemikiran, meningkatkan libido dan menguatkan minda. Terdapat lebih kurang 400,000 jenis bauan aromaterapi yang boleh digunakan untuk mendapatkan respon atau reaksi tubuh. Salah satu yang paling berkesan adalah penggunaan minyak pati aromaterapi.
Dalam proses detoks, minyak pati aromaterapi digunakan untuk mengatasi simptom toksik di dalam tubuh badan. Caranya, ia boleh digunakan sebagai bauan aromaterapi di rumah atau sebagai minyak pati untuk urutan serta mandian.
Antara bauan aromaterapi yang bagus untuk detoks adalah angelica, lada hitam, cypress, fennel, geranium, limau gedang, juniper, lemon, mandarin, patchouli.
Suplemen
Sesetengah herba, vitamin dan beberapa jenis suplemen boleh diambil untuk membantu meningkatkan khasiat dan fungsi makanan-makanan yang dimakan dengan lebih berkesan dalam proses detoks.
Terdapat banyak jenis suplemen yang boleh membantu dalam proses detoks dan enam daripadanya adalah seperti chlorella, dandelion, milk thistle, multivitamin, probiotik dan psyllium husks.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Petua kecantikan memang banyak, tapi kalau sekadar tahu melalui pembacaan tanpa diamalkan memang rugi rasanya.
Lihat sahaja wanita ini yang konsisten menjaga kecantikan wajahnya dengan tomato. Ternyata usahanya tidak mengecewakan.
Menurutnya lagi, dengan sebiji tomato pelbagai lagi boleh dimanfaatkan untuk. tubuh badan kita.
Nak tahu lanjut, jom lihat perkongsiannya di bawah ni.
WANITA NI DAH AMALKAN DAN INI HASILNYA. KULIT WAJAH HALUS & BERSERI WALAU TANPA MAKEUP.
Ok. Kali ni kak wanie nak share beberapa cara yang kak wanie dah buat untuk tunjukkan pada korang betapa mudahnya untuk kita dapatkan khasiat dari sebiji buah tomato
Turunkan berat badan
CARA BUAT :
1. Bersihkan sebiji buah tomato.
2. Kemudian blend atau kisar dengan sedikit air.
3. Minum setiap hari 15 minit sebelum sarapan pagi.
Tip : Jangan lupa minum air putih yang mencukupi dan amalkan pemakanan yang sihat