
Lima remaja didakwa: Pasukan peguam wakili ibu Zara Qairina hadir sebagai pemerhati. Pasukan peguam yang diketuai oleh Hamid Ismail, mewakili Noraidah Lamat iaitu ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, dilihat hadir di pekarangan Mahkamah Kota Kinabalu pada Rabu.
Kehadiran mereka adalah sebagai pemerhati terhadap prosiding membabitkan lima remaja yang berdepan pertuduhan di Mahkamah Kanak-Kanak.
Hamid ketika disapa wakil media di pekarangan mahkamah berkata, pihaknya akan mengemukakan permohonan untuk menangguhkan pendakwaan tersebut.
Selain itu, kelihatan juga pasukan peguambela diketuai Datuk Ram Singh yang difahamkan hadir bagi mewakili salah seorang remaja yang didakwa dalam kes berkenaan. Prosiding dijangka dimulakan pada bila-bila masa di dalam bilik Mahkamah Kanak-Kanak.
Sejak awal pagi, kawasan perkarangan mahkamah menjadi tumpuan pengamal media yang hadir bagi membuat liputan perkembangan kes tersebut.
Namun begitu, pihak media tidak dibenarkan untuk mengikuti prosiding di dalam bilik mahkamah kerana ia tertakluk di bawah Akta Kanak-Kanak 2001 (Akta 611).
Sumber: Harian Metro dan Sinar Harian
Baca artikel lain juga: Rita Rudaini Dakwa Sekolah Sorok Kes Buli ‘Bawah Karpet Pelajar Senior Pukul, Ikat Pelajar Di Pokok..
Kes Zara Qairina: Pendakwaan Ke Atas 5 Remaja Tetap Diteruskan Esok
Zara Qairina Dimasukkan Dalam Mesin Basuh, Cikgu BI Mengaku Hanya Buat Content TikTok
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my