Siapa-siapa yang biasa kupas ubi kentang, buah epal, pisang, terung… mesti perasan akan pertukaran warna pada permukaan berkenaan setelah seketika dipotong.
Tahukah anda apakah punca dan bagaimana keadaan ini berlaku?
Penyebab warna perang (brown) ini ialah enzim pemerang (enzymatic browning) yang biasa terdapat pada sel-sel buah dan sayur berkenaan. Enzim pemerang ini ialah tyrosinase atau lebih dikenali dengan nama polyphenol oxidase (PPO). Enzim ini mengoksida bahan kimia polifinolik yang terdapat secara semulajadi dalam sel buah atau sayuran berkenaan.
Setelah teroksida, molekul-molekul polifinolik akan dihidroginasi kepada bahan kimia quinone, seterusnya quinone ini akan bergabung (polymerised) membentuk sebatian compleks berwarna gelap yang dikenali sebagai tannin (rujuk contoh proses tindakbalas di bawah 👇🏻).
Tahap warna gelap yang terhasil bergantung kepada jumlah bahan kimia polifinol yang wujud di dalam sel. Proses ini memerlukan kehadiran gas oksigen (O2) dari udara.
Kenapa warna perang ini terbentuk apabila buah atau sayur dipotong sahaja?
Enzim PPO dan bahan kimia jenis polifinolik ini sebenarnya terpisah secara fizikal dalam sel tumbuhan. Enzim PPO terletak pada plastids dan molekul-molekul polifinolik pula terletak dalam vacuoles. Bilamana buah ini dipotong, maka sebahagian sel akan termusnah dan mendedahkan enzim ini kepada gas oksigen dari udara membolehkannya bertindakbalas dengan molekul polifinolik.
CARA NAK ELAK
Bolehkah proses pemerangan ini dielakkan?
Boleh, dengan memahami proses tindakbalas ini. Enzim PPO bertindakbalas secara optimum dalam pH 5-8 (sedikit asidik dan sedikit basik) dan suhu sederhana ~33 darjah Celsius. Maka ikhtiar yang boleh diusahakan ialah dengan
• merencatkan aktiviti enzim ini dengan mengubah suhu atau pH persekitaran buah dan sayur yang dipotong, atau
• menghalang pendedahan buah dan sayur yang dipotong kepada udara (penyumbang gas oksigen).
Contoh:
👉🏻 Tambahkan bahan masam (bersifat acidic pH ~2) seperti lemon, cuka, asam jawa… yang mana akan menyahaktifkan enzim PPO.
👉🏻 Simpan dalam peti sejuk (suhu rendah) yang mana menyebabkan aktiviti enzim PPO menjadi perlahan.
👉🏻 Dengan memanaskan (naikkan suhu) akan menyebabkan enzim PPO termusnah.
👉🏻 Sapu dengan garam (NaCl) akan menghalang proses pengoksidaan berlaku pada bahan kimia polifinolik.
👉🏻Merendam dalam air atau menyaluti dengan minyak masak yang mana akan menghalang gas oksigen dari udara terkena pada permukaan yang telah dipotong tadi.
👉🏻 Manipulasi gene yang bertanggungjawab (CRISPR) mengawal penghasilan enzim pemerangan PPO. Maka, kadar penghasilan enzim PPO dapat dikurangkan.
Apakah sebenarnya fungsi enzim PPO dalam sel buah dan tumbuhan tersebut?
Fungsi enzim PPO di dalam tumbuhan tersebut adalah dalam mekanisma pertahanan dari penyakit bawaan mikroorganisma (aka kuman) dan serangan serangga. Apabila jangkitan kuman berlaku, susun atur (integriti) sel-sel termusnah dan aktiviti enzim akan mengambil alih tugas.
Tannin yang terhasil bertindak sebagai benteng pertahanan terhadap serangan kuman. Bahan kimia quinone yang terhasil akan bertindak sebagai pemusnah protein pada struktur dinding sel kuman dan molekul finolik yang teroksida akan bertindak sebagai perencat pertumbuhan dan pembiakan kuman ini.
Inilah sebab kenapa buah dan sayuran yang sudah lama akan bertukar menjadi gelap. Buah atau sayuran berkenaan sebenarnya cuba bertahan daripada serangan kuman sebelum kalah aka rosak (rotten).
Nota kaki: Lebam pada buah dan sayur yang jatuh juga disebabkan oleh molekul-molekul tannin. Tekanan sebab jatuh tadi akan memusnahkan sel-sel seterusnya menyebabkan enzim berinteraksi dengan bahan kimia polifinolik membentuk tannin.
Sumber: ChM Dr Fatimah Salim
Ahli Kimia
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kisah suami YouTuber sensasi, S Pavithra dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan memiliki sabit di tempat awam Selasa lalu.
M Sugu, 29, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sabit berukuran 26 inci bertulis ‘tiger’ di parkir Wad Paliatuf PCU, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada jam 6 petang.
Begitupun, Pavithra kelihatan tenang ketika ditanya pihak media berhubung kes pendakwaan terhadap suaminya.
“Saya maafkan suami”. Itu ungkapan ringkas diberikan oleh Pavithra berhubung konflik melibatkan dia dan suaminya yang agak mengejutkan masyarakat di seluruh negara sejak beberapa hari ini.
Pavithra berkata, dia tidak mahu lagi memikirkan masalah berlaku, sebaliknya mahu fokus kepada kehidupan mereka sekeluarga termasuk kembali meneruskan program masakan di YouTube.
“Apa yang terjadi semuanya berkaitan masalah keluarga dan saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku.
Pavithra yang turut kelihatan sedih itu juga memohon kepada orang ramai untuk terus memberi sokongan terhadap program masakan kendalian mereka di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra.
“Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja.
“Saya harap tiada yang salah faham dan saya sendiri pun tidak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial. Teruslah beri sokongan kepada kami,” katanya.
Tambah Pavithra, dia juga telah menjelaskan bayaran jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Anak Tak Makan Sayur? Jadikan Menu Ni Sebagai Trik, Memang Sedap & Extra Rasa!
Nampak sahaja hidangan sayur di atas meja, biasanya anak-anak tak akan sentuh. Puaslah kita suakan ke mulut, tidak mahu dijamahnya. Tapi berbeza sekali jika anda sediakan menu Cheezy Dadar Super Yummy ini.
Senang kata, dengan menyediakan meni ini adalah sebagai salah satu trik yang ‘menjadi’ untuk tarik perhatian anak-anak makan sayur dengan berselera. Bukan sahaja kerana rasanya yang ekstra berasa malah penuh dengan khasiat.
Untuk sediakan menu ini mudah sahaja, ini sebagaimana resipi yang dikongsikan oleh Puan Norhidayah Mohd Aripin. Jadi tunggu apa lagi, jom kita masuk dapur dan sediakan menu yang istimewa ini untuk dinikmati bersama keluarga.
Cheezy Dadar Super Yummy
Filling :
Bawang putih
Bilis tumbuk
Secubit lada hitam
Bayam
Air
Garam secukup rasa
1.Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang putih, lada hitam dan bilis tumbuk
2.Bahan tumis sedikit garing, masukkan air. Tak perlu banyak ya
1.Pukul telur dan masukkan bayam tumis, perasakan jika perlu
2.Panaskan kuali dan masukkan telur bersama bayam tadi
3.Tutup kuali, biarkan sebentar sehingga sebelah bawah permukaan telur sedikit garing
4.Tekap pinggan ke dalam kuali. Angkat dan terbalikkan telur ke dalam pinggan supaya telur tidak berterabur dan hancur
5.Tolak masuk telur ke dalam kuali. Boleh masukkan cheese dan tutup kuali
6.Boleh angkat jika telur dadar sudah sedikit garing
7Sedia dihidang. Cadangan hidangan, boleh dipaip mayonis dan sos di bahagian atas sebagai topping ; bergantung pada kreativiti ibu ibu. Boleh makan sebagai sarapan atau boleh juga dihidang sebagai lauk makan tengahari.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.