Baru-baru ini kita dikejutkan dengan kisah suami YouTuber sensasi, S Pavithra dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Ipoh atas pertuduhan memiliki sabit di tempat awam Selasa lalu.
M Sugu, 29, mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di hadapan Hakim Mohd Fauzi Mohd Nasir.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa memiliki senjata berbahaya iaitu sabit berukuran 26 inci bertulis ‘tiger’ di parkir Wad Paliatuf PCU, Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di sini pada jam 6 petang.
Begitupun, Pavithra kelihatan tenang ketika ditanya pihak media berhubung kes pendakwaan terhadap suaminya.
“Saya maafkan suami”. Itu ungkapan ringkas diberikan oleh Pavithra berhubung konflik melibatkan dia dan suaminya yang agak mengejutkan masyarakat di seluruh negara sejak beberapa hari ini.
Ads
Pavithra berkata, dia tidak mahu lagi memikirkan masalah berlaku, sebaliknya mahu fokus kepada kehidupan mereka sekeluarga termasuk kembali meneruskan program masakan di YouTube.
“Apa yang terjadi semuanya berkaitan masalah keluarga dan saya sudah maafkan suami atas apa yang berlaku.
Ads
Pavithra yang turut kelihatan sedih itu juga memohon kepada orang ramai untuk terus memberi sokongan terhadap program masakan kendalian mereka di saluran YouTube ‘Sugu Pavithra.
“Saya dan suami akan teruskan kehidupan seperti biasa dan kami akan kembali bersama meneruskan rancangan masakan di YouTube pada bila-bila masa sahaja.
“Saya harap tiada yang salah faham dan saya sendiri pun tidak ambil hati atas apa juga komen diberikan netizen di media sosial. Teruslah beri sokongan kepada kami,” katanya.
Tambah Pavithra, dia juga telah menjelaskan bayaran jaminan RM10,000 yang dikenakan ke atas suaminya.
Sumber : Harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sebak bila mengetahui kisah haiwan kesayangan Nabi Muhammad dianiaya dan hampir terbunuh.
Mujur ada yang membantu menyelamatkan nyawa anak si bulus ini. Kelihatan comel-comel haiwan berbulu putih ini.
Ikuti selanjutnya kisah ini. Moga jadi pengajaran buat kita semua.
CERITANYA BEGINI..
Mereka b2 ni sebenarnya kucin jiran sblh umah saye..dlm bape bulan sblm ni, mak kucin ni dlm keadaan mengandung,mak kucin ni selalu dtg umh mntk mkn. Pagi2 lg dh tercongoi dpn pintu umh mntk mkn..rasenye tuannye x bagi die mkn kot tdetik dlm hati..dan sejak itu tiap2 ari dr pagi tghari ptg dan mlm die mntk mkn kt saya dan sekali gus die melepak je kt umah saya..saye xkisah pun bagi mkn cm dr cara die mkn seolah2 tuan die mmg x bagi mkn lgsg..kesian…nak2 tgh mengandung..
KENA KURUNG
Bila dah melahirkan pun keadaan ttp sama..msh mntk mkn ke saya..cm peh bape ari slps itu die tak dtg2 lg ke umah..bayang die pun saya x nmpk.dlm hati berkata mybe tuan die dh bwk die ke mana2. Dlm hati tumbul rasa rindu..3 ari slps itu tercongoi lg dpn pintu..lega..cuma kali ni x sekerap selalu..kdg2 cume dengar suara die tapi tak tahu di mana..timbul rase dlm hati yg x sedap..siasat punye siasat rupe2nye die di kurung bersama2 anaknya..kdg2 berhari2 tak keluar..makan??..saya syak dia kelaparan..
Tapi entah bagaimana,mybe terlalu lapar die usaha utk keluar dan berjaya..tp kali ni die dtg membawa anak2nya yg umurnye baru sebulan.pelik sbb amat jarang mak kucin membawa anak2 pergi ke rumah org lain.. tapi kali ini tuan die tau yg mak kucin ni tlh lari bersama anak2 ke rumah saya..dan amat berat hati utk memulangkan semula ke tuan nye sbb sy tau apa akn jadi..
Tekaan saya betul..kali ni lg teruk tuan kucin ni buat..die kurung mereka berdua berhari2 lagi tapi kali ni di sorok ke dlm..kalini cume berlindungkn papan yg kecil menutup kurungan mereka. Berujan berpaneh mereka berdua di luar..kdg2 kalau die dpt lepas kn diri,abeh taik2 penuhi badan..jd korg blh tau apa telah tjadi pd mereka..
Sy nk menolong tak terdaya cm air mata yg menitis melihat keadaan mereka berdua..satu hari sy tgk tuan umah dh berhari2 tiada di rumah..kucin pun saya tak nmpk yg pd ketika itu mereka di sorokkn..sy agak tuan mereka tlh membawanye pulang ke kg..tp sedikit aneh krn sy msh terdengar suara ibu kucin tersebut dan sy andaikn mybe terlalu rindu..
HARI KETIGA MAKIN KURUS!
Masuk ari k3 suara mak kucin ni mkin sayup tp kuat kedengaran lg…sy tak sedap hati sbb hati mengandaikn yg mereka msh ade di rumah tersebut..dlm hati berkata “ya allah kau tunjukkn aku kebenaran adakah benar kata hati ku yg mengatakn mereka msh di sini”.. tup2 xsampai sejam entah mcmana suami nmpk kurungan kucin dan ade mereka di dlm..ya allah daif nye mereka kurus,dahaga dan kelaparan di tinggalkn begitu sj selama 3 ari tanpa makanan dan minuman..
Saye nekad memasuki dlm kawasan rumah tersebut utk menyelamatkan mereka..kalo sy di tangkap krn menceroboh pun sy sgup demi menyelamatkan mereka berdua..
Dlm hati tergamak tuan mereka buat mereka b2 begini..apa motif mereka di tinggalkn di dlm kurungan selama berhari2 tanpa makanan dan minuman..dan knp sangkar mereka di sorokkn??..korg pikir lah..sampai skrg tuan kucin ni xbalik2.. rumah mereka kosong..
KINI DALAM JADI ‘ANAK’ SAYA!
Allah maha kaya..
Skrg ni secara otomatik mereka tlh menjadi anak2 saya.. mereka pun dh xbalik dan x pandang lgsg umah tuan mereka..sbb bg mereka sy adalah tuan yg baru..umur mereka panjang..skrg ni idup mereka bebas bermain..dan yg sy xblh lupa pandangan ibu kucin di saat sy menyelamatkan dan memberi mereka mkn dan minum..dan skrg mereka semakin nakal hihi..
Jd jgn lah kite aniaya apa pun binatang terutama kucin..apatah lg membunuh dgn niat..sy hrp cerita sy ni di jdkn pengajaran..tengkiu admin krn meluluskan.. sekadar berbagi cerita..
Ibu kucin name teh Anak kucin name kecik.. Ahli baru fmlyku..
Sumber: Farahida Ufun
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tempat tidur biasanya adalah tempat yang paling selesa untuk beristirehat dan oleh sebab itu juga perlu diberi tumpuan untuk pastikan sentiasa kemas dan rapi. Jadikan rutin di awal pagi selepas bangun daripada tidur, perkara pertama dibuat adalah kemas dan tegangkan cadar katil. Ini penting agar tempat tidur nampak rapi dan kemas.
Pun begitu, ada juga yang tidak ambil berat tentang hal ini disebabkan rasa renyah untuk mengemas katil tambah-tambah nak pastikan bahagian bucu cadar terlipat kemas.
Pun begitu tahukah anda jika tahu cara dan tekniknya, tidak sampai beberapa minit pun anda boleh tegangkan cadar katil kemas persis macam hotel 5 bintang gayanya.
Nak tahu caranya boleh lihat video yang dikongsikan oleh pemilik akaun tiktok @riopardico yang berkongsi cara yangs angat mudah dan praktikkal untuk pastikan cadar dibahagian bucu katil terlipat kemas. Video ini mendapat 3.7 Juta tontonan dengan mendapat 370.1 ribu tanda suka setakat ini.
Langkah demi langkah kemaskan bahagian bucu katil
2. Kemudian tarik bahagian lipatan dan dibawa ke sisi tilam. Perkemaskan dengan selitkan sebahagian cadar tersebut ke bawah tilam.
3. Bawa hujung cadar ke arah sisi dan pastikan lipatan pada bahagian bucunya ‘tajam’, kemas dan rata.
Nampak mudah bukan? Jadi tiada alasan lagi dan bolehlah dipraktikkan. Ajar anak-anak teknik ini agar mereka boleh lakukan sendiri ini. Tidak ada lagi alasan untuk mereka bermalas-malas untuk kems katil setiap pagi.
Rumah terbuka bertambah sempurna bila turut dihidangkan pelbagai menu yang enak. Antaranya resipi tart telur ini. Nak tahu resipinya, ini dikongsikan oleh Suraya.
Resepi ni senang dan simple sebab tak payah bakar kulit tart dulu..
Kiranya buat kulit tart pastu terus tuang je bancuhan susu + telur..pastu bakar..
Ok ni resepinya
Tart telur
(Anggaran 40 biji saiz 6.5cm)
Kulit tart
250gm mentega
100gm gula aising
1 sudu makan susu segar/ air paip
500 gm tepung gandum @ secukupnya
1 sudu teh esen vanila
-Gaul gula dengan mentega dan vanila.
-Campurkan susu segar dan gaul rata.
-Kemudian campurkan tepung gandum sikit-sikit dan uli sampai pejal dan tak lekat pada tangan.
-Ambil sedikit doh tepung dan tekan pada acuan tart.
Inti kastard tart telur
-1 tin susu cair
-1 tin air paip (sukat guna tin susu cair)
-1 setengah cawan gula pasir
-5 biji telur gred d
-1 sudu besar tepung kastard
-1 sudu teh esen vanila
Sedikit pewarna kuning
-Bancuh susu cair, air paip, gula, esen vanila dan tepung kastard.
-Kacau sampai gula larut.
-Sementara itu pecahkan 5 biji telur ke dalam bekas lain kemudian tapiskan telur tersebut guna penapis teh ke dalam bancuhan susu cair tadi.
-Tambah sedikit warna kuning.
-Tuangkan bancuhan susu yang sudah siap ke dalam kulit tart yang belum dibakar.
-Bakar tart telur di dalam oven selama 15-20 minit pada suhu 200°c rak pling bawah sekali.
Sumber : Suraya Yaacob via MAHN
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
UNIQSAAS rasmi universiti al-Quran pertama Malaysia selepas dimasyhurkan Sultan Pahang. Penubuhan universiti ini menjadi sejarah baharu dalam pendidikan tinggi Islam serta memperkukuh pembangunan modal insan berteraskan al-Quran.