Makan

Limau Kasturi Tahan Berbulan-bulan Lamanya, Ini Trik Cara Nak Simpan

Share

Limau kasturi selalunya bila beli nak pakai sebiji dua saja tapi kalau beli di pasar raya ada yang sudah siap pek dalam jumlah banyak. Kebiasaannya baki buah limau kasturi

yang dibeli akan terbiar kering atau busuk.

Limau Kasturi Tahan Berbulan-bulan Lamanya

Sebenarnya ada teknik untuk menyimpan buah limau kasturi supaya kita tidak lagi membazir. Boleh ikut tip yang dkongsi Siti Fatimah Abas ini. Cara ini berbulan-bulan boleh simpan limau kasturi. Cara ini juga sesuai diaplikasikan untuk lemon juga.

Ini Trik Cara Nak Simpan

LANGKAH DEMI LANGKAH:

1. Potong dua limau yang nak disimpan supaya mudah nak perah nanti.

2. Kemudian perah, guna tapis untuk asingkan biji.

3. Boleh dapat secawan.

4. Sudukan ke dalam bekas kiub ais.

5. Simpankan dalam peti sejuk beku semalaman supaya betul-betul beku.

6. Esoknya dah boleh keluarkan dan simpan dalam bekas. Bila nak guna senang, cuma ambil seketul dua yang perlu untuk masak. Nak guna untuk buat teh o limau, sambal belacan ambil saja.

Selamat mencuba!

Sumber Siti Fatimah Abas

IKLAN