Menerusi satu perkongsian video di aplikasi TikTok baru-baru ini, Datuk Lee Chong Wei dilihat mengajar ‘musuh’ tradisinya dari China iaitu Lin Dan bertutur dalam Bahasa Melayu.
Tindakan lagenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei mengajar rakan dunia sukannya bercakap dalam bahasa Melayu dikongsikan di dalam rakaman video berdurasi 42 saat itu nyata telah mencuri tumpuan orang ramai di media sosial.
Setakat ini, video dimuat naik semalam itu telah meraih 1.9 juta tontonan dan 194.9 juta tanda suka serta mendapat 3,209 komen daripada netizen.
Ajar Tiga Ayat Utama
Di dalam video tersebut di lihat di mana Datuk Lee Chong Wei memulakan dengan pertanyaan ‘Apa Khabar’ dan kemudian Lin Dan mengulangi ungkapan tersebut sambil melambai tangan ke arah kamera.
Ads
Setelah itu, ayat berikutnya pula Datuk Lee Chong Wei mengajar perkataan ‘terima kasih’ selain ayat ‘aku cinta kamu’ di mana Lin Dan menyebut ayat-ayat berkenaan dengan begitu lancar sekali.
Pengorbanan seorang anak, sanggup mendermakan buah pinggang nya kepada ayah meraih perhatian warganet.
Perkongsian tersebut dimuatnaik oleh individu yang dikenali sebagai Sharul Ezwan menerusi kumpulan FB RASMI – PERSATUAN SOKONGAN TRANSPLAN BUAH PINGGANG MALAYSIA.
Dia membuka kisah awal di mana ayahnya menghidap penyakit buah pinggang kronik tahap lima (end stage renal failure) yang memberi maksud buah pinggang tersebut gagal berfungsi sepenuhnya.
Ujarnya lagi, pemindahan buah pinggang untuk ayahnya merupakan hadiah paling bermakna dan berharga yang pernah dia berikan kepada insan istimewa ini.
“Ayah yang tidak pernah mengenal erti penat membesarkan kami. Terima kasih ayah membesar dan mendidik kami semua. Semoga dengan pengorbanan ini memberi makna erti kehidupan dan sinar baru untuk Ayah.
“Kidney transplant ini dibuat 3 tahun yang lalu. Setelah melalui pelbagai peringkat saringan, akhirnya pada 14/03/2019 saya telah menjalani pembedahan pemindahan buah pinggang, living related renal transplant (donor) untuk ayah.
“Alhamdulillah semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan. Sekarang ayah dah sihat kembali seperti biasa. Dah boleh buat aktiviti harian seperti biasa. Tidak perlu lagi dialisis.
“Alhamdulillah Terima kasih Allah atas segala nikmat. Saya bersyukur dan berterima kasih kepada isteri dan keluarga yang sangat membantu selepas pembedahan tersebut berlangsung.
Kisah hidupnya cukup menarik dan boleh dijadikan ispirasi buat wanita bergelar ibu yang lain. Manakan tidak, daripada seorang suri rumah biasa, dia berjaya meletakkan aras baru dalam hidupnya apabila bergelar Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bagi TAJ International College ( TIC) yang terletak di Perak.
Tina Dato’ Sri Hj Tajuddin, 43 tahun ketika itu merupakan seorang suri rumah telah memberanikan diri menggalas satu tanggung jawab yang berat apabila diminta oleh ayahnya untuk mengambil alih perniagaan keluarga.
Berkelulusan dalam bidang guaman dari universiti luar negara dan pernah berkhidmat seketika dalam bidang tersebut sebelum mengambil keputusan berhenti kerja kerana ingin tumpukan perhatian kepada keluarga.
Ulang alik naik bas KL-Ipoh
“Sebelum itu, kolej berkenaan diuruskan oleh abang saya. Tetapi disebabkan masalah kesihatan, jadi ayah minta bantuan saya. Bayangkan saya ketika itu berada di Kuala Lumpur perlu menguruskan kolej yang terletak jauh di Ipoh, Perak
“Ketika itu juga, saya baru sahaja melahirkan anak yang ketiga dan baru berusia 4 bulan dan masih menyusu badan. Bukan mudah sebenarnya kerana saya terpaksa berulang alik dengan menaiki bas pukul 4 pagi dan sampai ke rumah tengah malam.
“Untuk permulaan, saya terpaksa menaiki bas ekspress seawal jam 4 pagi dari Shah Alam ke Ipoh untuk pergi tempat kerja kerana tidak mempunyai kenderaan sendiri. Selepas dua tahun barulah saya mengambil keputusan berpindah ke Ipoh.
“Tak mudah sebenarnya nak ‘start enjin’ dengan faktor anak tetapi saya ambil cabaran dan alhamdulillah daripada suri rumah akhirnya bergelar CEO. 13 tahun fokus dalam bidang ini dan daripada daripada aliran guaman, dan terkini berkecimpung secara serius dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-Kanak.
Dari lot kedai ke kampus besar
Dari lot kedai ke Kampus besar Semangat keusahawanan yang kuat membolehkan dia mengusahakan sebuah kolej kecil sehingga berjaya memenangi anugerah di peringkat antarabangsa.
“Keberanian, keyakinan dan Ilmu perlu ada sebelum memasuki bidang bisnes. Persediaan untuk bergelar usahawan bukan sekadar mental dan fizikal tapi juga pengetahuan. Umur sekadar satu angka. Generasi Muda dan Golongan Wanita ada kekuatan, keberanian serta kreatif. Jadi kenapa nak bataskan kreativiti kerana tidak mahu berjinak-jinak dalam dunia perniagaan,” ujar ibu kepada 6 cahaya mata ini yang lebih dikenali sebagai #IamCEOMentor dilaman sosial.
Jadikan Saidatina Siti Khadijah ‘Role Model’
Ditanya akan pembahagian masa antara kerjaya dan rumah tangga, akui Tina suami banyak membantu dan mereka bergilir-gilir.
“Anak adalah keutamaan kami ditambah lagi anak yang kedua bakal menduduki peperiksaan PT3 tidak lama lagi. Saya jenis ibu yang tidak suka manjakan anak-anak dan atas sebab itu saya lebih tunjukkan kepada mereka tiada istilah jalan pendek untuk berjaya dan perlu keazaman yang tinggi serta tidak mudah berputus asa. Didikan yang terbaik apabila kita memberikan contoh yang baik didepan mata.
“Saya juga amat menitik beratkan nilai islamik dalam kerja dan mengambil inspirasi Saidinatina Siti Khadijah sebagai “role model” dalam bidang bisnes dan perjuangan Islam membantu Rasulullah. Kerana itu, saya menamakan satu- satunya anak perempuan saya dengan nama Nur Aira Khadijah. Ukhrawi dan Duniawi perlu diseimbangkan dalam dunia pekerjaan yang saya lihat sebagai ibadah.
“Alhamdulillah, setiap jumaat dipejabat sudah menjadi budaya 30min kuliah Dhuha dan malam Jumaat bersama pelajar- pelajar Kolej saya dalam aktiviti Pusat Islam yang saya terlibat sebagai penasihat. Kelas membaca Al Quran juga dititikberatkan dan semua warga TIC akan mengikuti kelas
“Kemahiran Membaca AlQuran UM yang dibuat secara mingguan di Kolej. Memandangkan jadual saya terbatas untuk ke kuliah agama dimasjid, oleh itu kami anjurkan seberapa banyak aktiviti keagamaan dan khidmat masyarakat disini. “ ujar Tina yang seringkali dijemput sebagai penceramah motivasi Di sekolah.
Hilangkan stress dengan memasak
Kelazimannya dia akan turun masak sendiri sebagai Chef utama kerana itu salah satu minatnya selain menghilangkan stres.
“Saya hilangkan stress dengan memasak. Hujung minggu memang saya akan masak mengikut permintaan anak-anak. Mereka ibarat ‘customer’ tetap saya di rumah,” ujar Tina sambil berseloroh yang merupakan peminat setia rancangan MasterChef dan mengakui mempunyai wawasan untuk membantu lebih ramai golongan wanita yang berkeluarga agar sentiasa berusaha mewujudkan keseimbangan antara famili, kerjaya dan juga agama.
Sumber: Majalah Keluarga Nov-Dis 2018
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sekali pandang bila dinding rumah dihias dengan cermin bersaiz besar ia akan mampu memberi impak mewah dan bergaya.
Pun begitu, tidak dinafikan untuk merialisasikan impian tersebut memerlukan kos, apatah lagi jika ukurannya penuh satu dinding.
Oleh itu, apa kata cuba cara yang dikongsikan ini untuk lebih jimat dan mampu beri impak wow.
Ini perkongsiannya.
Sekeping RM2.10 di kedai RM2.. Beli ikut berapa keping nak pakai.. Beli lebih tak pa.. Spare ganti yang pecah. Kena ulang kedai banyak kali sebab depa tak da banyak stock. Gunting plastik kat belakang cermin cermat-cermat, jangan sampai calar yea.
Lukis kat dinding nak lekat macam mana. Kalau nak ada gap ukur siap-siap gap tu. Kalau malas nak potong.. Lekat jea terus 4 segi tepat.
Potong cermin guna pemotong cermin.. Rm7.50 ja kt Mr.DIY. sapu minyak tanah sebelum potong. Cermin mata keselamatan kena pakai.
Mula la melekat ke dinding.. Patikan gam yang digunakan kuat yea.. Saya gunakan brand Ace. Gam dia mcm gam tikus
Hampir siap.. Cermin lebihan kecik-kecik tu.. Tindan kat bucu dia. Tak da dalam plan pun.. Tapi lawa gak. Soo.. Lekat semua bucu.
Last pieces akhirnya.. Selepas 2minggu.
Frame.. Sy beli online.. Rubber bukan kayu. Berat nak mampoih habaq hang. Potong ngam pen knife jea. Kalu boleh guna frame kayu yea. Dato dah tersilap beli.. Soo.. Guna jugak la.
Spray warna coklat.. Nak bagi nampak macam warna kayu.
Disebabkan terlampau berat.. tak boleh gam saja. Kena skru frame tu le dinding.. Rosak cat aku.
Kena cat sekali lg. Selepas palam lubang skru tadi. Nak ambil hati bini tak susah pun.. Cat lebih tu… Tulis 2/3 patah ayat romantik sikit.. Bagi dia teringat setiap kali tengok cermin tu… Hehehe
Siap juga akhirnya. Cuci cermin dengan glass cleaner guna Surat khabar.. Berkilat baq hang..
Deco sikit untuk majlis harijadi Naail & Miqael.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.