Melipat pakaian pun ramai yang berat tulang untuk melakukannya inikan pula bila terlihat timbunan cadar jenis patchwork yang tebal dan besar saiznya. Makin pening kepala rasanya nak pastikan cadar tersebut dapat dilipat dan segera boleh disimpan di dalam almari. Kalau dibiarkan makin lama, makin berserabut rumah jadinya.
Selain itu, satu lagi masalah yang sering kita hadapi berkenaan mengurus cadar ini adalah selalu sangat ‘terhilang’ set sarung bantalnya. Entah di mana kita simpan selepas dicuci dan bila hendak diguna kembali set cadar tersebut, puaslah mencari set sarung bantalnya pula.
Mungkinkah cara ada cara yang lebih sistematik boleh kita praktikkan untuk atasi semua masalah ini dengan mudah?
Ya sememangnya adalah! Umpamanya boleh follow teknik yang dikongsikan oleh Puan Muhaszlina Sanip yang cukup praktikal ini. Bukan sahaja cadar dan sarung bantal elok tersimpan malah nampak cukup kemas dan terlihat sebaris dan sama saiz sahaja bila ditempatkan di dalam almari.
Nak tahu lanjut bagaimana teknik melipat cadar patchwork seperti ini, jom baca perkongsian detail di bawah ini.
Harini akak nak share cara akak lipat cadar patchwork. Dah suka pakai cadar macam ni, kenalah pandai lipat dan susun juga kan. Caption kat gambar. Ni cara akak tau. Cara lain pun boleh. No right or wrong. Terpulang pada “skill” mengemas masing-masing. Akak share kat sini ya. Untuk korang yang mungkin tercari-cari cara yang praktikal untuk mengemas cadar macam ni. Sharing is caring. Selamat mencuba
STEP 1 : Lipat dua
Ads
STEP 2 : Lipat lagi dua
STEP 3 : Lipat macam ni.
STEP 4 : Kemudian macam ni. Bahagian atas tu besar sikit ya daripada bahagian bawah. Bahagian atas, 2 bahagian. Bawah tu 1 bahagian.
STEP 5 : Letakkan sarung bantal kat dalam bahagian atas.
Ads
STEP6 : Akak “terbalikkan” sarung bantal tu supaya korang nampak. Hehe.
STEP7 : Sarung bantal biarkan dalam tu supaya tak “hilang”
STEP 8: Kemudian selitkan bahagian yang ada sarung bantal tu ke dalam lipatan bawah. Kemaskan.
Ikuti pencerahan daripada ustazah Noor Laila Aniza Binti Zakaria untuk permahaman bersama dalam hal kewajiban sebenar menjaga ibu bapa yang sakit. Jadi tidak akan berlaku, sama ada anak lelaki atau anak perempuan hatta menantu sekali pun bertelagah dalam soal menjaga ibu dan ayah yang telah tua.
SIAPA YG WAJIB MENJAGA BILA IBU BAPA SAKIT?
BISMILLAH…
Hukum berbuat baik anak2 terhadap ibu bapa samada ibu bapa kandung/mertua/angkat/tiri/susuan adalah terletak di atas bahu anak2 perempuan & anak2 lelaki.
Ada pun hukum menjaga ibu bapa yg sakit yakni ibu bapa kandung adalah terletak atas bahu anak2 perempuan dan anak2 lelaki.Tidak ada sesiapa yg terlepas sekalipun perempuan itu telah berkahwin,maka jika sakit,semua anak2 bertanggungjawab berbakti pada ibu ayah yg melahirkannya samada dia anak perempuan atau anak lelaki,telah berkahwin atau pun belum.
Bukan anak lelaki sahaja perlu dipertanggungjawabkan dan tidak benar anak perempuan terlepas dari menjaga ibu bapa yg sakit. Disebabkan anak lelaki sahaja yg disebut ‘wajib’ menjaga ibu ayah yg sakit,maka tugasan itu seterusnya diserahkan pula kepada menantu perempuan untuk menjaganya.Ini sama sekali tidak benar.
Seandainya yg sakit itu ialah ibu bapa kandung isteri,maka isteri berhajat menjaganya,suami tidak boleh menghalang,bahkan suami tersebut perlu sama membantu dan menyediakan kemudahan untuk sama2 menjaga.
Hal ini kerana apabila seorang perempuan berkahwin ,dirinya dan segala yg dibawanya adalah di bawah tanggungjawab suaminya termasuk nafkah ibu bapa isteri( jika mereka org susah/ perubatan) perlu ditanggung menantu lelaki tadi menurut kemampuannya.
Justeru tidaklah perlu dikhuatiri ibu bapa yg ada anak2 perempuan sahaja,maka anak2 perempuan tadi akan ikut suami lalu ibu bapa yg tua ini akan terabai.Kerana menantu lelaki tadi wajib bertanggungjawab penuh atas kedua ibu bapa isterinya.Di sinilah pembelaan Allah terhadap semua ibu bapa dan tidak terkecuali samada ia ibu bapa kandung atau pun ibu bapa mertua.
Setiap anak sama2 semua membantu tetapi bantuan itu tak semestinya sama.Ada yg terlebih senang,maka berilah lebih.Ada adik beradik yg susah ,jgn ditambah susah mereka.
Begitu juga tugas menjaga ibu bapa yg sakit.Ada yg senang wang ringgit,tapi masa dan komitmennya tinggi,berjauhan,maka yg kurang komitmen atau berdekatan ibu ayah,bolehlah menjaga org tua yg sakit dan yg berjauhan tetap boleh menjenguk dan berbakti mengambil alih bila pulang bercuti/ dibawa ibu ayah tinggal bersama melihat kepada kesesuaian dan kesanggupan( ada ibu ayah yg x mahu tinggalkan rumah mereka )
Jika suami menghalang isteri menjaga ibu bapanya yg sakit,bermakna suami telah memerintahkan isteri berbuat maksiat yakni memutuskan hubungan ibu ayah dan anak dan hukumnya haram.Bahkan suami sendiri telah berbuat maksiat kerana tidak berbuat baik pada ibu bapa mertuanya.
Begitu juga isteri yg menghalang suami menjaga ibu bapanya yg sakit,maka hukumnya haram dan isteri tersebut berbuat dosa.
Ada pun untuk menantu perempuan,tidak diwajibkan menjaga ibu bapa suami yg sakit.Bahkan suami yg wajib menjaganya.Boleh berbincang dgn isteri jika dia mampu membantu dan beri upah kepada isteri menjaga ibu bapa yg sakit bagi pihak suami hatta jika isterinya suri rumah sekalipun.
Upah ini dgn kata lain,duit lebih untuk isteri yg mana wajib diberikan upah jika suami memerintahkan isteri berbuat demikian melainkan isteri redho dan berlapang dada.
Atau jika suami mampu,maka sediakan pembantu meringankan tugasan isteri(saudara mara/ adik beradik yg lain sentiasa dtg membantu juga dikira sebagai pembantu).Jgnlah kita melabel menantu yg menolak menjaga ibu bapa mertuanya yg sakit adalah menantu yg tidak baik,tetapi inilah hukum asasnya di sisi Allah.
Adapun jika isteri tadi sedia menjaga menantunya yg sakit,maka pahala besar buatnya di atas kesabarannya yg tinggi.Jgn pula dimarah2 isteri jika dia penat,dan jangan pula diarah itu ini ,diherdik sesuka hati dan terus meletakkan isteri tadi dalam tekanan emosi.
Justeru berlemah lembutlah dgn isteri,lihatlah kemampuan isteri,bertanyalah kesediaanya dgn penuh hikmah ,sediakanlah segala keperluan ,jgnlah berkira dgnnya dan hargailah bantuannya.Janganlah hanya tahu memerintah isteri sedangkan perintah itu membebankan tanpa ada sifat belas dan tolak ansur.Begitu juga dgn anak2 perempuan yg lain wajib sama2 turut serta menjaga ibu kandung yg sakit.
Adalah sgt pelik untuk kita tidak mahu menjaga ibu bapa kita yg telah tua apatah lagi jika mereka sakit.Amatlah pelik juga jika ada suami yg menghalang untuk isteri memberi belanja kepada ibu bapa isteri dgn alasan duit itu perlu disimpan untuk bantu suami.Atau suami yg kedekut dgn ibu bapa mertuanya dan berkira2 menjaga ketika ibu bapa mertua itu sakit.
Kerana hiraki membezakan ibu bapa kandung & ibu bapa mertua ini ( tanpa dalil yg sahih dari Quran/ Nabi ), kita telah menjadi pecah belah & bertelagah,berkira2,cemburu serta meragut sifat kasih syg mukmin yg sebenar.
#Semuanya bergantung kepada muafakat & jgnlah kita berbuat hukum bukan2 kerana adat & tradisi & jgnlah kita mudah melabel seseorang itu salah.
# Apabila kita diuji dgn menjaga ibu bapa yg sakit perlulah persiapan mental dan emosi yg rapi, keperluan2 dan tempat tidur yg selesa.Jangan sekadar mahu menjaga,tetapi keselesaan tidak diberi ,malah setiap hari pelbagai hamburan kita keluarkan kepada ibu & bapa yg sakit
#kupasan perbincangan ini panjang.Perlulah berguru dan faham sehabis baik dan jgn sebarkan hanya dengan sepatah dua penerangan.
Jadi untuk ruangan Difteria,petusis,tetanus,hib dan IPV adalah sama tarikh untuk masing-masing dos.
Untuk ruangan measles, mumps dan rubella adalah tarikh yang sama (iaitu MMR kotak oren)
Sifat seorang suami nampak tenang luarannya. Samada dia malas untuk melayan karenah isteri atau cuba menyembunyikan rasa hatinya. Pokok kata suami ego daripada memperlihatkan rasa cemburunya.
Apa agaknya tanda-tanda yang memperlihatkan cemburu seorang suami?
1. Dia akan sentiasa menghubungi anda beberapa kali dalam sehari untuk mengetahui anda sedang buat apa dan di mana. Awas, jika anda tidak mengangkat telefon pasti akan menerima amarahnya sebaik pulang ke rumah.
2. Dah pulang satu hal pula. Secara senyap-senyap atau terbuka suami akan memeriksa telefon dan melihat panggilan yang dibuat dan diterima anda.
3. Sering mengintip setiap pergerakan anda di laman sosial. Buka fb dan check IG tanpa sebab.
4. Kadang kala ada sahaja cari peluang untuk mencari kesalahan isteri. Pantang ada salah sedikit, pasti anda akan menerima tempias kemarahannya.
5. Suami minta anda selfie tanpa sebab ketika anda di pejabat atau bersama rakan-rakan. Mungkin rasa tak percaya atau cemburu!
6. Jika anda sering balik lewat, dia akan menunjukkan rasa tidak puas hati dan marah dengan tindakan itu.
7. Tak suka isteri berdandan berlebih-lebih dan bermake up bagai. Ada juga jenis tak beri izin isteri pakai tudung jenis-jenis tertentu. Mungkin terlampau cantik.
8. Bila isteri selesai bersiap hendak keluar, suami jeling bagai nak rak. Tak suka dengan pemilihan pakaian anda yang terlalu cantik atau menjolok mata.
9. Di rumah pula kalau asyik dengan telefon, mulalah suami bertanyakan soalan yang bukan-bukan.
10. Kalau terpaksa kerja luar, suami mula menawarkan diri untuk turut serta. Rimas!
11. Adakalanya warna pakaian pun ditentukan suami. Cemburu punya pasal ada suami larang isteri memakai pakaian yang terlampau terang seperti merah dan kuning.
Atasi Cemburu Suami
Memang agak merimaskan jika mempunyai pasangan yang kuat cemburu. Jika keadaan ini berlarutan, bimbang akan menyebabkan anda rasa tawar hati kerana dikongkong sedemikian rupa. Jangan risau kerana anda boleh mengatasi masalah ini dengan mengetahui beberapa tip menangani pasangan cemburu ini.
1. Jika pasangan anda mula menunjukkan perasaan yang kuat cemburu itu, iaitu menyindir ketika menyoal anda atau meluahkan perasaan marahnya terhadap anda, sebaik-baiknya usah dilayan kemarahan itu. Buat tidak tahu sahaja dan jangan membalas atau menjawab dengan perkataan lebih menyakitkan hati dan perasaannya. Yakin diri bahawa itu adalah sikapnya dan anda tidak mengambil hati.
2. Anda harus berfikiran positif dengan menganggap pasangan anda tidak berniat menyakiti hati. Cuba atasi salah faham yang berlaku dalam keadaan yang tenang. Perbincangan dengannya secara aman adalah jalan yang terbaik.
3. Cuba membina keyakinan dirinya dan katakan anda tidak seperti yang disangka. Sentiasalah memuji dirinya dan tunjukkan kasih sayang anda dengan tulus dan ikhlas. Sentiasa ungkapkan perasaan cinta dan sayang agar dia tahu yang anda benar-benar sayang kepadanya.
4. Anda juga diingatkan agar mengelak diri daripada berfoya-foya atau keluar bersendirian dengan orang lain. Ini akan menambah prasangka pada dirinya. Walaupun rakan sekerja eloklah keluar beramai-ramai dan jika mahu ke tempat penting sekalipun jangan sesekali keluar berdua.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Wanita TTC 10 tahun mohon doa agar dikurniakan zuriat pada 10 malam terakhir Ramadan menarik perhatian ramai apabila komen penuh kasih daripada TokTi mengundang sebak warganet.