Orang Malaysia ni sememangnya kaya dengan sikap bertimbang rasa dan hormat menghormati antara satu sama lain. Namun, sikap sebegini tidak boleh pukul rata untuk semua kerana bagi sesetengah pihak masih ada lagi yang masih belum peka dengan situasi dan keperluan orang sekeliling.
Misalnya seperti yang tular di sosial media tentang sebuah video yang memaparkan tindakan seorang wanita melipat pakaian di hadapan mesin pengering (dryer) di sebuah kedai dobi layan diri.
Perbuatannya itu sedikit sebanyak menjejaskan masa orang lain yang terpaksa menunggu untuk menggunakan mesin tersebut.
Lebih menyakitkan hati, individu yang merakamkan video tersebut sempat menegur wanita tersebut untuk beredar ke ruangan meja kosong kerana ingin menggunakan mesin pengering cucian 20 kilogram (kg) di bahagian bawah namun tidak diendahkan. Malah disuruhnya untuk menggunakan mesin yang lain.
Kata pemilik video itu, dia mempunyai pakaian yang banyak justeru agak sukar untuk memasukkan ke dalam mesin yang berada di kedudukan tinggi.
Ads
Bagaimanapun, permintaan itu tidak dilayan malah ‘selamba’ meneruskan melipat pakaian dan kemudiannya dimasukkan ke dalam plastik hitam yang diletakkan dalam bakul.
kenapa la akak lipat kat situ, kesian orang lain 🥲
Sikap degil dan pentingkan diri sendiri itu telah menimbulkan pelbagai reaksi warganet yang rata-rata marah kerana tidak bertimbang rasa dengan pengguna lain.
Ads
Lebih membuatkan ramai ‘panas’ apabila wanita bertudung bawal itu tanpa rasa bersalah tidak berganjak ke ruangan untuk melipat baju.
Dalam pada itu, warganet mengingatkan orang ramai untuk tidak mencontohi tindakan wanita itu ketika menggunakan kemudahan yang dikongsi bersama pengguna lain.
Ads
Sumber: Twitter
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Usaha anak kecil yang sebak melaungkan azan mengharap pertolongan Allah agar bapanya Francis Awih yang terjatuh ke laut dekat Pulau Burong, Sebuyau pada Isnin lepas ditemui. Video tersebut benar-benar meruntun hati sesiapa yang melihat dan menontonnya.
Dalam kejadian Isnin lalu, Francis Awi terjatuh ke dalam laut selepas bot yang dinaikinya bertembung dengan sebuah tongkang dan dia terjatuh ke dalam laut dan gagal ditemui sehingga hari ini.
Memetik Utusan Borneo Online, Pengarah Maritim Sarawak Laksamana Pertama Maritim Zin Azman Md Yunus berkata, operasi mencari dan menyelamat (CARILAMAT) dilancarkan selepas laporan diterima sekitar jam 12 tengah hari Isnin lepas.
“Sejurus menerima laporan tersebut, Maritime Rescue Sub Center (MRSC) Kuching mengatur gerak Bot Kilat 22 ke lokasi kejadian untuk CARILAMAT.
“Pangkalan hadapan CARILAMAT (PHC) ditubuhkan di jeti awam Sebuyau dan MRSC Kuching turut memaklumkan insiden kepada agensi sahabat serta menyalurkan maklumat kepada persatuan nelayan berhampiran,” katanya menerusi satu kenyataan.
Tidak hanya laungan azan dari si anak, banyak perrkongsian video update pencarian mangsi dikongsi oleh sepupunya @Anira Tulyina Daniel di Tik Toknya.
Semalam Anira Tulyina berkongsi satu video memaparkan kakak dan adik mangsa membacakan beberapa ayat al-Quran termasuk surah Al-Ikhlas, An-Nas, Al-Masad & ayat kursi sebagai salah satu usaha mereka sekeluarga memohon pertolongan Allah SWT untuk mencari mangsa yang sudah lebih lima hari hilang.
Selain dari itu Anira mewakili keluarga mangsa turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak MARITIM Malaysia Sarawak dan seluruh pihak yang telah berusaha bertungkus lumus mencari sepupunya yang sehingga kini masih belum ditemui.
Semoga hari-hari terakhir Ramadan ini dapat memberikan berita Bahagia buat keluarga yang diuji ini. Kita doakan semoga mangsa ditemui dengan segera.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Keluarga Gader adalah komuniti yang menghimpunkan semua ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh keluarga. Join Telegram Keluarga Gader Club (https://t.me/keluargagaderclub)
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sabar itu mudah diucap namun tidak mudah ditanggung. Syukur itu juga mudah diucap namun tidak mudah juga untuk ditunjukkan.
Selagi hidup di dunia ini kita pasti akan terus diuji bahkan ada juga yang mengatakan bila diuji menjadikan seseorang lebih matang.
Namun ujian mahu pun musibah yang datang bukan senang untuk ditempuh.
Berkongsi tip berkenaan itu, ustazah Asma’ Harun senaraikan 3 tips bagi mendepani musibah sebagai peringatan untuk diri kita semua.
Ini perkongsiannya.
3 TIPS DALAM MENDEPANI MUSIBAH
“Ustazah, memang mudah nak pesan supaya sabar, tapi orang tak tahu apa yang saya rasa dan lalui…”
Kerap kali saya dengar luahan orang sekeliling yang hadapi musibah dalam hidup.
Benar Tuan Puan, mudah di mata orang belum tentu mudah di bahu kita 😢.
Namun, suka atau tidak, murka atau redha, proses kehidupan akan tetap berjalan sehingga akhir waktu.
Allah SWT hiasi roda kehidupan ini dengan jatuh bangun, susah senang, musibah dan nikmat. Semuanya supaya kita kembali mencintai Dia yang Maha Cemburu apabila kita mula leka dengan nikmat dunia sementara, agar kita mendapat nikmat Syurga yang kekal. SubhanAllah.
Oleh itu, di sini saya ingin kongsikan 3 tips mendepani musibah, sebagai peringatan untuk diri dan sahabat semua.
Semoga selepas ini kita lebih kuat dalam menghadapi apa jua cabaran dengan keimanan yang teguh kepada Allah SWT.
Maksudnya: “Iaitu orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “Inna lillahi wa inna ilaihi raji‘un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya lah kami kembali).
(Surah al-Baqarah 2: 156)
Apabila sesuatu musibah itu terasa amat berat untuk ditanggung, kadang kita hilang pertimbangan sehingga ada yang menyalahkan takdir serta mempersoalkan qada’ dan qadar. Maka ucapkanlah kalimah Tarji’ ini supaya kita sedar bahawa segalanya datang daripada Allah dan akan kembali juga kepada Allah.
2. Bersangka Baik dengan Allah SWT.
Sahabat, lihatlah musibah dengan pandangan hikmah, agar kita nampak keindahan ujian dalam menyedarkan kita akan hakikat abdi (hamba) kepada Ilahi. InsyaAllah hati akan lebih lapang dan tenang. ❤️🌹
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda bahawa Allah SWT berfirman di dalam sebuah hadis Qudsi:
Maksudnya: “Sesungguhnya Aku menurut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku. Jika dia bersangka baik maka dia akan mendapat kebaikan dan jika dia bersangka buruk maka dia akan mendapat keburukan.”
(HR Ahmad, hadis sahih)
3. Muhasabah dan Perbaiki Diri.
Boleh jadi sesuatu musibah itu hadir disebabkan dosa maksiat yang kita pernah lakukan sama ada secara terbuka atau tersembunyi. Oleh itu, muhasabah ini sangat baik dalam membantu kita perbaiki diri menjadi lebih baik di masa akan datang, InsyaAllah.
Maksudnya: “Wahai orang-orang yang beriman! Bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap orang perhatikan apa yang telah dibuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah. Sungguh, Allah Maha Teliti terhadap apa yang kamu kerjakan.”
(Surah al-Hasyr 59: 18)
Semoga terus kuat dalam menghadapi musibah yang mendatang, kerana sebagai Muslim kita wajib yakin ia bukan untuk memberi lelah, tetapi sebagai asbab hidayah. ✊
Keriangan Famili, jom kita melancong secara maya bersama E-Keluargagader dengan menonton video percutian di The Bentong Farm. Best kalau dapat bawa anak-anak ke sana.
Sempena Syawal yang bakal menjelma, gaya dan raya berpisah tiada. Tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas, kurung dan baju melayu sememangnya menjadi pilihan sepanjang zaman. Rekaan, fabrik dan juga rona mainan penting dalam setiap busana.
Sebagai salah sebuah pengendali rangkaian peruncitan terbesar dan terkemuka di Malaysia, MYDIN antara pasar raya yang tidak ketinggalan menampilkan koleksi rekaan baju raya yang menarik dan eksklusif.
Biarpun banyak rekaan moden baju melayu dan kurung di pasaran, namun MYDIN tetap menjadi pilihan. Justeru, MYDIN yakin dan percaya, setiap rekaan di bawah jenama Mikhail dan Mikayla tetap menjadi pilihan pelanggan di luar sana.
Sempena sambutan Aidilfitri pada tahun ini, rekaan baju Melayu dan kurung moden ini tampil elegan dan anggun namun masih mengekalkan ciri-ciri tradisional klasik. Tona warna pilihan yang mengikut trend mampu menyerlahkan gaya seisi keluarga.
Koleksi istimewa yang dilancarkan bersama Kempen Girang Syawal Tiba 2019 ini boleh didapati di cawangan pasar raya MYDIN di seluruh negara.
Setiap pasang busana baju melayu diterjemahkan dalam rekaan yang berkualiti, namun harga yang ditawarkan sangat berpatutan dan mampu dimiliki .
Sesuai tampil sedondon di hari raya bersama isteri dan anak-anak yang menggayakan koleksi Mikayla Jr untuk kanak-kanak perempuan manakala koleksi kanak-kanak lelaki dari Mikhail Jr.
Inginkan kelainan dalam gaya, Turquoise mungkin jadi pilihan buat seisi keluarga yang gemar bergaya. Kurung sentuhan moden pada skirt jadi pilihan ibu dan anak perempuan. Sedondon rona gelap pada samping ayah dan anak lelaki.
Pastel antara rona popular baik hari biasa mahupun ketika tibanya Syawal. Pasti segak menawan si ayah dan anak lelaki menggayakan baju melayu rona senada. Pilihan samping merah menyerlahkan gaya. Manakala si ibu dan anak perempuan memilih kurung dengan sentuhan lace pada busana melengkapi penampilan di hari lebaran.
Biru penuh kedamaian, tampak kemas selain menonjolkan kemewahan dalam bergaya. Potongan moden dengan sentuhan lace memberi sisi feminin buat ibu dan anak perempuan.
Lakaran warna-warni cetus imaginasi tersendiri tatkala samping Mikhail jadi pilihan. Buat si ayah dan anak lelaki yang gemar rona gelap, mungkinkah baju melayu ini bakal jadi pilihan? Si ibu pula diberi sentuhan mewah dengan perincian manik indah pada busana moden ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.