Tiada kata yang mampu diungkapkan buat keluarga ini bila anak yang disayangi hilang sekelip mata. Kepiluan dan luluh hati seorang ibu, sedih dan parah jiwa seorang bapa bila mana anak yang ditatang bagai minyak yang penuh kini sudah kembali kepada Sang Pencipta.
Hari ini sepatutnya ketiga-tiga beradik ini melangkah kaki ke sekolah, namun kini mereka sedang bergembira di ‘sana’.
Sumber: Facebook
Luahan si ayah tatkala mayat anak ditemui semalam begitu memilukan. Manakala si ibu yang tidak berdaya beberapa kali pengsan selepas melihat wajah anak mereka.
“Mereka sepatutnya ke sekolah esok tetapi ketiga-tiga anak kami telah ‘pergi’ sekelip mata”. Itu luahan Zawawi Abd Wahad, 42, si ayah yang berdepan dengan insiden menyedihkan apabila ketiga-tiga anaknya Nurain Fatma Zawawi, 10, Nurain Sofia, 8, dan Nurain Sasabila, 6, ditemukan lemas pagi Isnin di Pantai Sura Tengah di sini.
Menurut Zawawi, kali terakhir dia menatap wajah anak-anak kesayangan itu adalah pada pagi Ahad selepas menghantar mereka mengambil buku teks di Sekolah Kebangsaan Perol, Kelantan.
Ads
Mereka sekeluarga baru sahaja pulang daripada bercuti di Hatyai, Thailand Sabtu lalu sebelum ketiga-tiga anaknya itu mengikut ibu saudara mereka, Suriani Abdullah, 41, serta beberapa anggota keluarga lain bercuti di Dungun.
Sumber: Facebook
Namun, dia kemudiannya menerima perkhabaran sedih itu menerusi panggilan telefon daripada anggota keluarganya pada kira-kira pukul 7 malam hari yang sama dan bergegas ke tempat kejadian bersama isterinya, Nur Syahida Abdullah, 36.
“Saya serta isteri tidak turut serta kerana kepenatan dan menguruskan beberapa urusan kerja serta persekolahan anak-anak memandangkan sesi persekolahan Pantai Timur bakal bermula esok. Semua kelengkapan persekolahan telah disiapkan.
Ads
“Tak dapat digambarkan betapa hancur dan luluhnya perasaan kami apabila semua anak ‘pergi’ sekali gus,” katanya dalam keadaan sugul.
Sumber: Facebook
Suasana sedih dan pilu itu bukan sahaja menyelubungi anggota keluarga tetapi juga pihak media yang turut sama berada di situ terutama apabila melihat ibu kanak-kanak terbabit dalam keadaan tidak bermaya dan terpaksa dipapah oleh keluarga.
Dalam kejadian pada kira-kira pukul 6.40 petang Ahad, ketiga-tiga mangsa yang berasal dari Kampung Peringat, Kelantan dihanyutkan setelah dipukul ombak besar ketika bermain di pesisir pantai.
Ads
Sumber: Facebook
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Dungun Supt Baharudin Abdullah berkata mayat Nurain Sofia ditemukan pada pukul 7.48 pagi lima kilometer dari lokasi kejadian manakala adiknya Nurain Sasabila dijumpai kira-kira pukul 9.40 pagi, satu kilometer dari tempat kejadian.
Mayat kakak mereka, Nurain Fatma dijumpai oleh orang awam terdampar di pesisir pantai pada kira-kira 11.03 pagi, lebih kurang lima kilometer dari lokasi kejadian.
Sumber: Facebook
Salam takziah buat Zawawi dan isterinya. Al-Fatihah buat ketiga-tiga kanak-kanak ini. Semoga ibu bapa arwah tabah menghadapi dugaan yang hebat ini.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Walaupun sudah lama berkahwin, kita harus sentiasa memastikan hubungan dengan pasangan sentiasa harmoni dan bahagia. Memang benar, kadan kala, pergaduhan kecil akan terjadi, namun, sepatutnya dielakkan kerana ia akan menjadi pencetus rasa tidak puas hati.
Oleh itu, terdapat pelbagai petua dan amalan agar rumahtangga kekal bahagia. Ia termasuk mengamalkan beberapa surah termasuk surah Yusuf. Sememangnya kita semua tahu bahawa Nabi Yusuf dilahirkan dengan rupa paras yang begitu mengasyikan sehingga bisa buat sesiapa yang terpandangnya berkelana… sehinggakan ada orang yang menganggapnya bidadari suatu ketika dahulu.
Beliaulah yang paling tampan dan berseri-seri dan oleh kerana itu, ramai yang sering berkongsi dan berpendapat bahawa beberapa dia dari Nabi Yusuf sendiri mempunyai keistimewaannya dan salah satunya adalah untuk membuatkan orang senang dan suka dengan kita.
Doa pasangan yang sentiasa menyayangi
Jika kamu sebagai seorang isteri atau suami mahukan pasangan yang sentiasa menyayangi kamu, mengasihi malah menghormati kamu, sila amalkan ayat Yusuf ini yang berbunyi:-
“Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy syamsa wal qomaro roaituhum li sajidin“.
Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya:Maksudnya,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.
Peringatan: Sebelum mengamalkan doa ini, sila tetapkan kepada diri bahawa niatkannya untuk tujuan kebaikan. Jangan pula gunakan doa ini untuk memikat isteri/suami orang atau tunangan milik orang lain.
Beringatlah apabila kita lakukan sesuatu perkara untuk kebaikan diri dan orang lain, lebih berkat kehidupan yang akan dikecapi.
Manfaatkan doa ini sebagai ‘penyeri’ wajah diiringi dengan niat baik terutamanya untuk melembutkan hati si suami atau isteri agar lebih mengasihimu.
Boleh dibaca setiap kali selepas menunaikan solat fardhu atau bacakannya ketika mahu berhadapan dengan pasangan.
Kelebihan Lain Surah Yusuf Ayat 4
Jika dibaca bersungguh-sung sebanyak 7 kali setiap kali selesai solat fardhu, ia dapat mententeramkan keluarga yang tidak harmoni.
Jika dibaca 7 kali setiap setiap selesai solat maghrib dan subuh, ia dapat meningkatkan daya karisma diri.
Jika di hadapan doa tersebut ditambah dengan kalimat “Ya Abrozhu” berbunyi, “Ya abrozhu roaitu ahada ‘asyaro kaukabaw wasy-syamsa wal qamaro roaituhum li sajidin”… ia bisa meningkatkan kewibawaan orang yang mengamalkannya itu.
Jika selepas membaca surah Yusuf ayat empat kemudian membaca pula surah Taha ayat 1-8 berbunyi, “Waal qoy tu’alayka mahabbatamminni wallitusna’aa ‘alaa ainiy”… kesannya lebih afdal.
Selain surah yusuf auat 4 ini, menyebut zikir “Ya Latiff” diikuti surah asy-Syu’raa ayat 19 bermaksud, “Allah maha lembut kepada hamba NYA. DIA memberi rezeki kepada sesiapa yang DIA kehendaki. dan DIA lah yang maha kuat, lagi aha kuasa” ketika sedang memasak hidangan untuk keluarga juga boleh menguatkan kasih sayang suami.
Bila-bila masa lain, boleh juga amalkan zikir “Ya Hayyu” (yang maha hidup), “Ya Qayyum”(yang maha menegakkan), “Ya Latiff” (yang maha lembut) dan “Ya Rahman” (yang maha pengasih).
Hidangan yang berasaskan mee sering menjadi perhatian bagi yang suka hidangan yang mudah dan sedap.
Ia termasuk mee suah. Rasanya memang membangkitkan selera makan. Memang sedap!
Sebagaimana perkongsian oleh puan ini menerusi facebook miliknya, Ibu Zarah.
MEE SUAH POWER Ni masakan dari resepi aruah mak dulu. Katanya dia belajar dengan kawan bangsa tionghua masa bekerja digudang getah. Aruah mak ramai geng sekerja dari kaum india, cina dan benggali. Tak heranlah aruah mak boleh berbahasa hokkien sikit-sikit. Dulu kalau mak masak mee suah ni berebut-rebut kami makan. Kalau ada yang tak sihat, biasanya mak akan hidang mee suah ni panas-panas. Makan sampai peluh-peluh dan terus telan cortal . Mee suah ni tak perlu direbus atau dibasuh, dia macam kita masak maggi. Patah dua, terus masuk dalam kuah. Kacau- kacau sampai kembang, dah siappp!
Cara penyediaan:
2 bungkus ni boleh makan untuk 4 orang
Sediakan bahan-bahan
Udang kering, direndam, basuh dan tumbuk kasar
Cendawan dan batang celery yang dipotong-potong
Cili padi, bawang merah dan bawang putih ditumbuk kasar
Mee suah yang dipatah dua
Sedikit minyak
Tumis bawang-bawang dan cili hingga naik bau
Masukkan udang kering
Masukkan air dalam 1.5 litre
Masukkan cendawan dan batang celery
Pecahkan dua biji telur, nak sebiji-sebiji pun boleh, nak hancur-hancur pun sedap
Masukkan mee suah, kacau selalu supaya tak berketul. Rasa dulu baru masukkan garam sebab ada mee suah yang dah bergaram. Kang termasin laa pulak
Hidangkan panas-panas. Kalau lambat makan nanti dia serap air dan tak berkuah. Sedapnya makan mee suah ni, orang sakit gigi pun boleh makan sebab dia lembut dan tak perlu kunyah sangat… sedut dan telan pun boleh
Anak kedua memang lain daripada yang lain. Berbeza! Kalau perasan anak kedua memang sedikit pelik perangainya berbanding adik beradik yang lain? Mereka punya sifat yang tersendiri. Adakalanya mereka mungkin disenangi oleh semua anggota keluarga atau ada juga yang menjengkelkan sehingga langsung tidak disenangi oleh adik beradik lain.
Sama seperti anak sulong, anak kedua juga sangat istimewa di dalam keluarga kita. Lebih istimewa lagi, mereka ini punya macam-macam perangai dan tersendiri. Apa yang pelik dan tersendiri? 20 perihal anak kedua ini perlu anda tahu. Sama tak dengan anak anda?
1. Anak kedua selalu sangat mengalah dalam segala hal dan ini mempengaruhi perkembangan keperibadian mereka.
2. Menurut Alfred Adler, seorang dokter perubatan dan psikologi, anak kedua lebih senang menjadikan kawan sebagai tempat untuk meluahkan rasa hati. Senang cerita adakalanya mereka suka asingkan diri di dalam keluarga.
3. Perangai anak kedua berbeza daripada anak-anak lain kerana terlalu berjuang untuk cuba tarik perhatian ibu bapa.
4. Anak kedua selalu mencuba untuk jadi anak yang baik dan penuhi apa sahaja permintaan mak ayah.
5. Suka berimaginasi dan berangan-angan tetapi semangat mereka tinggi untuk capai sesuatu.
6. Tidak suka bekerja di bawah tekanan.
7. Anak kedua juga sangat suka pada perkataan kebebasan dan fleksibiliti. Mereka tak suka pada kerja yang banyak peraturan dan undang-undang. Mereka nak bebas!
8. Selalunya memilih untuk bekerja sendiri atau pekerjaan yang membolehkan mereka berekspresi dengan sendiri. Kalau bos bagi kebebasan, ni paling mereka suka!
Little girls playing on a tablet computing device – laying on the floor
9. Pandai menjalinkan persahabatan dengan orang lain, mudah mesra dan kawan-kawan pun ramai. Senang cerita, anak kedua memang ramah dan disenangi ramai.
10. Mereka selalu berusaha untuk membuat orang lain suka dan menyenangi mereka. Jaga hati kawan sentiasa!
11. Sukar buat keputusan sendiri dan tak berapa yakin dengan diri sendiri.
12. Adakalanya mood mereka cepat sangat berubah. Baik pada kawan-kawan tetapi ikut mood!
13. Selalu sangat berprasangka sendiri dan mempunyai pemikiran tersendiri. Lain yang kita maksudkan, lain yang difahaminya. Ni semua disebabkan mereka terlalu kreatif!
14. Bijak dan berkemahiran tinggi dalam berkomunikasi hinggakan mereka pandai memanipulasi. Sebab itulah mereka ramai yang jadi usahawan berjaya, pandai pusing sana sini!
15. Paling penting mereka ni jenis yang penyayang terutama pada sahabat handal dan keluarga.
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Cemerlang STPM, gadis cacat penglihatan peroleh PNGK 4.0. Status sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) penglihatan tidak menghalang Tengku Nurhanis Tengku Othman, 20 tahun, daripada mencapai kejayaan cemerlang apabila memperoleh Purata Nilai Gred Keseluruhan (PNGK) 4.0 dalam keputusan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) yang diumumkan hari ini.