Berita tersebut dikongsikan oleh penyanyi dan juga usahawan muda ini menerusi laman instagramnya. Biarpun dalam kesedihan, namun Mila cuba menutupinya dengan senyuman.
Ads
Lumrah hati seorang ISTERI
Risaunya bukan kepalang Terima kasih atas doa sahabat semua.. saya sangat hargainya.. . . Terima kasih juga buat semua team saya.
Demikian yang tercoret di ruangan kapsyen Mila atau nama sebenarnya Norsyarmilla Jirin, 33. Pembedahan tersebut dilakukan bagi merawat masalah pada bahagian bahu suaminya sehingga menyukarkan pergerakan tangan.
Ads
“Suami saya memang sudah lama sakit bahu. Dua minggu lepas apabila jumpa doktor, katanya otot pada bahu koyak dan ada masalah pada tulang. Saya pun tak berapa faham sangat.
“Sebab itu suami tak boleh angkat tangan lurus ke atas. Kalau tersalah pusing akan sakit. Jadi, doktor buat keputusan untuk lakukan pembedahan,” katanya lagi dengan nada sebak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad rupanya sudah mendidik anak sulungnya, Raja Urhan untuk makan sendiri biarpun terpaksa reda bila anak makan bersepah.
Tambah Uyaina lagi menerusi perkongsiannya di Instagram, dia bahagia apabila dapat memberikan yang terbaik buat suami dan anak-anaknya lebih-lebih lagi bila melihat anaknya makan dengan cukup berselera setiap kali memasak hasil masakannya di dapur.
Kata ibu kepada dua cahaya mata, Raja Urhan dan Raja Urayyan ini lagi, dia sebolehnya akan memasak jika mempunyai waktu lapang. Semuanya demi kesayangannya, anak-anak dan suami.
“Harini I tak kerja. Buat some grocery shopping sekejap. And terus masak Chicken Soup Spaghetti favourite @rajaurhan extra carrots 🥕
“Happiness is bila suami & anak makan apa yang kita masak sampai habis & sehingga menjilat jari & menghirup mangkuk,” ujarnya.
Menurut Uyaina lagi, dia sebenarnya sudah mendidik anak sulungnya, Raja Urhan untuk makan sendiri di kala usianya setahun. Biarpun terpaksa menahan mata kerana bersepah tetapi dia mahu melatih perkembangan anak sulungnya itu.
“And I memang train Urhan untuk makan sendiri since dia umur setahun.
“Walaupun confirm akan messy, and tumpah sana sini (and kena rajin nak clean up lepas dia habis makan.)
“Nasib baik I’m a Cool Mama 🥶 So I biarkan je. And it’s actually good for his motor skills & coordination 😊 So takpelah bersepah pun,” kongsinya.
Menerusi entri itu juga, Uyaina turut memuat naik gelagat Raja Urhan yang makan dengan cukup berselera sekali.
Terdahulu, Uyaina dan suaminya, Raja Syahiran dikurniakan dua orang cahaya mata, Raja Urhan dan Raja Urayyan.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Selepas usaha menyelamat giat dijalankan, akhirnya mayat terakhir tiga beradik yang lemas, Khalif Naim Mohd, 16 tahun, ditemui kira-kira jam 12.40 tengah hari. mangsa yang merupakan pelajar Sekolah Menengah Imtiyaz, Kuala Berang dipercayai telah lemas bersama dua abangnya.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, DSP Mohd Adli Mat Daud berkata, insiden itu disedari empat pemancing yang berada di seberang sungai selepas mendengar suara meminta tolong. Katanya, sebaik tiba di lokasi kejadian kesemua mangsa telah hilang sebelum pemancing itu memaklumkan kepada penduduk kampung.
"Kejadian ini mula disedari pada jam 6 30 petang tadi di mana empat orang pemancing yang sedang memancing di seberang sungai di tempat kejadian telah nampak tiga orang remaja sedang mandi-manda di sungai ini. "Tidak lama kemudian, pemancing tersebut mendengar jeritan suara meminta tolong daripada salah seorang mangsa yang berada di sungai ini dan kumpulan pemancing tadi telah menaiki motosikal menaiki jambatan dan terus ke lokasi ini. Dalam 10 minit mereka sampai, didapati ketiga-tiga mangsa telah hilang," ujar Mohd Adli.
Wajah sayu ayah tunggu jenazah anak
Dalam satu perkongsia di facebook, memaparkan wajah sayu si ayah yang setia menanti anak-anaknya dengan memakai baju Melayu yang dipakai sedondon ketika menyambut Hari Raya.
Tatap muka sang ayah ni . YaAllah sebaknya rasa . Aku pernah rasa kehilangan seorang anak dua tahun yang lalu . Kita kalau anak sakit pun dah tak senang duduk kan . Tapi sang ayah dibawah ni . Kehilangan 3 anak sekaligus . Membesarkan anak dengan kudrat sendiri . Isterinya dah meninggal 10 tahun lepas . Sedihnyaaaa . Moga mangsa lemas sorang lagi dapat ditemui lah dengan cepat . Dua dah jumpa . Meninggal .
Dalam laporan Harian Metro memberitahu, tiga beradik sebelum ini sengaja memilih untuk berpakaian sedondon pada Aidilfitri dan bergambar berpelukan dengan bapa mereka. Mohd Ismail, 64, berkata, pada mulanya dia tidak menganggap permintaan itu suatu yang pelik kerana hubungan akrabnya dengan anak, Umar Iskandar, 21; Khairil Firdaus, 17; dan Khalif Naim, 16.
"Memang janggal sikit apabila mereka ajak bergambar sebab kebiasaan raya, kami akan bersama keluarga tetapi saya tidaklah anggap pelik. Mereka juga minta saya peluk.
"Cuma saya tidak sangka kini saya kehilangan ketiga-tiganya," katanya ketika ditemui malam tadi. Dalam kejadian 6.30 petang semalam, tiga beradik itu hilang selepas dipercayai mandi di sungai terbabit yang terletak kira-kira 200 meter dari rumah mereka. Mohd Ismail yang juga pesara Tenaga Nasional Berhad (TNB) berkata, dia kematian isteri lebih 10 tahun lalu dan sukar melalui kehilangan tiga anak serentak. Lebih memilukan, anak bongsunya, Khalif Naim, merupakan hafiz Al-Quran yang berjaya menghafaz sebanyak 30 juzuk baru-baru ini.
Ketika kejadian itu dia tidak berada di rumah kerana ke masjid berhampiran untuk membersihkan kawasan sekitarnya. "Saya ke masjid kira-kira 5.30 petang dan ketika itu tiga anak membersihkan rumah sebelum didatangi sepupu mereka yang bawa lemang. "Kira-kira 7 malam, anak saudara menemui saya di masjid dan meminta segera pulang. Dia tidak cerita apa-apa dan saya menyangka ada orang curi kelapa saya lagi kerana ia kerap berlaku.
"Malangnya, saya dibawa ke tebing sungai dan ditunjukkan pakaian, selipar serta telefon bimbit anak. Dalam hati sudah mengagak anak mungkin lemas," katanya yang memberitahu anaknya jarang mandi di sungai itu.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Boleh dikatakan antara kita ramai yang maklum dengan wujudnya golongan ‘scammer’. Namun saban hari ada sahaja kes-kes penipuan dilaporkan.
Adakah mangsa yang tidak berhati-hati? Atau hakikatnya golongan scammer ini tidak pernah atau tidak akan berputus asa dari mencari helah untuk memperdayakan orang lain. Begitu licik!
Hal ini turut memberi kesan kebimbangan di hati kita, apatah lagi bila mengenangkan ibu ayah yang baru sahaja bersara. Wang pencen yang diperolehi, besar jumlahnya dan ini sekali gus bimbang andai turut menjadi mangsa scammer. Moga dijauhkan!
Terkini, sebagaimana yang dilaporkan Sinar Harian seorang pesara kerajaan mengalami kerugian berjumlah RM202,500 selepas terpedaya dengan sebuah pelaburan saham tidak wujud.
Labur 1K, Pulangan 10K Dalam Masa 3 Jam
Mangsa yang dikenali sebagai Ika, 61, dari Sikamat berkata, kira jam 2.30 petang pada 16 Julai ketika berada di rumahnya, dia telah dijemput masuk ke dalam satu kumpulan telegram untuk menyertai pelaburan saham.
“Saya kemudian telah berhubung dengan seorang lelaki iaitu pentadbir telegram kumpulan pelaburan berkenaan dan bersetuju untuk menyertai pelaburan itu dengan memilih pakej satu.
“Menerusi pakej tersebut saya perlu melabur sebanyak RM1,000 dengan pulangan keuntungan RM10,000 dalam tempoh lebih kurang tiga jam,” katanya ketika sidang akhbar di Pejabat Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Kepayang pada Jumaat.
10 Kali Buat Transaksi
Menurut Ika, dia telah membuat bayaran pertama RM1,000 ke dalam akaun bank seorang wanita sebelum membuat 10 kali lagi transaksi pelaburan kepada beberapa akaun berbeza bernilai antara RM5,000 hingga RM50,000 bermula 20 Jun hingga 30 Jun lalu.
“Bagaimanapun saya masih diminta membuat pembayaran sebanyak RM35,000, namun saya enggan membayarnya walaupun mereka mendakwa saya akan mendapat keuntungan bernilai RM1.5 Juta.
“Sehingga ke hari ini saya masih tidak dapat apa-apa pulangan wang atau keuntungan daripada pelaburan yang dibuat.
“Justeru saya telah membuat semakan di Facebook berkenaan dan mendapati syarikat yang menguruskan pelaburan itu adalah tidak wujud. Kejadian ini menyebabkan saya mengalami kerugian berjumlah RM202,500,” katanya.
Jika berminat boleh juga sertai event lawatan ke Escape secara virtual pada 6 Ogos ini. Bukan itu sahaja, malah banyak lagi aktiviti menarik menanti anda. Jadi jangan lepaskan peluang, segera hubungi nombor yang terdapat di dalam poster atau klik DI SINI
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.