Setiap hari, rakyat Malaysia menantikan berita adik Ainul Mardhiah pulang ke tanah air selepas kepulangannya ke tanah air sebelum ini dibatalkan pada saat akhir. Terbaru, ibu saudara kepada Ainul memberitahu keluarga ini dijadualkan akan tiba ke Malaysia minggu ini.
Perkara itu diberitahu ibu saudara bayi tersebut, Anis Syakirah Ahmad Razak kepada Harian Metro di rumah keluarganya di Ayer Molek di Melaka semalam.
“Ya, Ainul dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 7 pagi pada minggu ini.
“Maaflah kami tidak dapat berkongsi tarikh yang lebih tepat untuk kebaikan dan keselamatan Ainul dan berharap rakyat memahaminya,” katanya.
Tambah Anis, dia dan keluarga akan bertolak sehari lebih awal dari Melaka dan bermalam di rumah saudara di Selangor sebelum bertolak ke KLIA.
Ads
Ads
“Walaupun hati ini terlalu rindukan Ainul, kami pihak keluarga pun hanya akan melihat Ainul dari jauh untuk kebaikannya.
“Saya difahamkan sebaik tiba jam 7 pagi, Ainul akan terus dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk pemeriksaan.
“Kami harap masyarakat dapat mendoakan keselamatannya dan segala-galanya berjalan lancar sehingga Ainul betul-betul sihat,” ujarnya.
Pada 9 Julai lalu, Harian Metro melaporkan penerbangan pulang Ainul Mardhiah dari United Kingdom yang sepatutnya dijadual tiba di negara ini petang itu terpaksa dibatalkan susulan masalah kesihatan dihadapinya.
Datuk Mohd Azizulhasni Awang menerusi laman Instagramnya berkongsi berita gembira apabila isterinya selamat melahirkan bayi ketiga mereka.
Memuatnaik gambar bersama bayinya, pelumba berbasikal trek negara yang terkenal dengan jolokan ‘The Pocket Rocketman’ melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas ucapan dan doa orang ramai.
Alhamdulillah syukur. “Isteri saya selamat melahirkan cahaya mata ketiga kami pada awal siang tadi. Kedua-dua ibu dan bayi sihat walafiat dan berada di dalam keadaan yang terbaik.
“Terima kasih kepada semua yang sentiasa mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga.
Demikian perkongsian Azizulhasni menerusi kapsyen yang dimuatnaik dilaman Instagramnya.
Azizulhasni Awang mendirikan rumahtangga dengan Athiah Ilyana Abd Samat pada 20 Januari 2010. Hasil perkongsian hidup pasangan ini telah dikurniakan dua cahaya mata perempuan iaitu Amna Maryam dan Amna Khadeeja.
Meskipun sudah dua tahun pemergian pelakon Allahyarham Ashraf Sinclair, namun namanya masih lagi disebut dan masih lagi terasa ada.
Pemergian Ashraf pada tahun 2020 lalu meninggalkan isteri yang juga pelakon dan penyanyi dari negara seberang iaitu Bunga Cinta Lestari atau mesra dipanggil BCL dan seorang anak iaitu Noah Sinclair yang kini berusia 12 tahun hasil perkahwinan mereka.
Baru-baru ini, menerusi satu perkongsian video di laman Instagram BCL, difahamkan dia telah meluangkan masa dengan menghadiri satu majlis graduasi puteranya yang baru saja tamat pengajian sebagai pelajar sekolah rendah.
“Congratulation Noah.. I am really proud of you (Tahniah Noah.. Saya sangat bangga dengan awak)”, tulisnya di ruangan kapsyen.
Dalam majlis itu juga, Noah dilihatkan membuat persembahan bersama rakan-rakannya di atas pentas dan menggalas tanggungjawab sebagai wakil untuk memberikan ucapan bersempena dengan hari graduasi mereka.
Bukan itu saja, riak wajah BCL juga menjadi bualan peminat di bahagian komen dengan mengatakan mereka turut berbangga bahawa Noah telah tamat pelajaran di sekolah rendah dan akan menjadi pelajar sekolah tinggi dalam dua minggu.
Tengok muka BCL, aku pun terikut rasa sebak, sedih. Tak tahu lah kenapa.
Bangga BCL ada anak berbakat. Ashraf mesti bangga tengok kejayaan Noah sekarang. Selamat belajar di high school ya!
Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata bila kehilangan orang tersayang sekelip mata.
Demikian dengan satu kisah yang dikongsikan oleh Skuad Pengurusan Jenazah (SPJ) Malaysia setelah menerima berita kematian sepasang suami isteri yang terlibat dalam kemalangan jalanraya. Ketika itu, mereka menunggang motosikal berkuasa tinggi di KM427.1(U) dekat Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Akibat kemalangan tersebut 4 anak mereka yang kesemuanya masih kecil dan bersekolah hilang tempat bermanja dan berpaut.
Arwah Mohd Adly bin Ahmat, merupakan salah seorang warga kerja Texas Instrumental di Keramat dan amat disenangi oleh rakan-rakan sekerjanya sehinggakan segala urusan menyempurnakan jenazah arwah suami isteri ini ditanggung sepenuhnya dan diuruskan oleh mereka sehinggalah ke liang lhad. Manakala arwah isterinya bernama Intan Safinaz binti Mohd.
Intan merupakan suri rumah sepenuh masa yang menjaga anak-anaknya dan kedua mertuanya di rumah. Kisah pasangan ini dikongsikan oleh saudara Muhammad Rafieudin Zainal Rasid.
Ketika menerima panggilan dari salah seorang teman sekerja arwah yang juga merupakan ahli SPJ Malaysia iaitu Tn. Fadzli Salleh, saya sedang berada di Lapangan Terbang Kuala Terengganu menunggu penerbangan untuk ke Kuala Lumpur seusai menjalankan program Kursus Pengurusan Jenaz@h bersama warga Sekolah Sukan Malaysia Terengganu di sana atas jemputan salah seorang ahli pasukan SPJM Negeri Terengganu.
Saya mengarahkan 2 jentera SPJ Malaysia yang diketuai oleh Timbalan Pengerusi SPJ Malaysia, Dato’ Hj. Mohamad Noor untuk bergegas ke lokasi di Hospital Kuala Kubu bagi menguruskan jenaz@h dan membawanya ke Port Dickson untuk disemadikan di sana.
Alhamdulillah dengan bantuan skuad kami yang berada di Kuala Kubu, Tn. Hj. Rosli Jay, kami berjaya menyempurnakan kedua-dua jenaz@h suami dan isteri dengan segera sehinggalah selesai urusan mandi, kafan dan disolatkan di hospital sebelum waktu solat Jumaat tiba. Terima kasih skuad SPJM Negeri Selangor dari Kuala Kubu!
Kedua-dua jenazah kemudiannya dibawa ke Masjid Jamek Ar-Rahimah, Kuala Kubu Bharu dan disolatkan sekali lagi seusai solat Jumaat bersama ratusan jemaah di sana. Subhanallah!
Sejurus solat jenaz@h di sana, perjalanan diteruskan dengan menaiki van jenzah SPJ2 dan SPJ5 menuju ke kampung halaman arwah di Kg. Paya, Port Dickson untuk memberi peluang kepada anak-anak pasangan suami isteri tersebut serta kedua orang tua dan kerabatnya menatap jas4d keduanya buat kali terakhir.
Kedua-dua jenazah sampai ke rumahnya pada jam 5:00 petang dengan diiringi 4 buah kereta peronda PDRM bagi memudahkan mengharungi perjalanan yang sesak di sebelah petang ketika warga kota mula pulang ke rumah masing-masing. Terima kasih pasukan PDRM!
Rintihan Anak Arwah Meruntun Jiwa…
“Yang mana satu mama saya?” Rintih salah seorang anak arwh pasangan suami isteri mangsa kemalangan jalan raya sewaktu menatap kedua jasad berkafan tersebut. Suasana ketika itu meruntun jiwa semua yang hadir saat mendengar pertanyaan dari anak arwah yang masih lagi kecil itu.
Persoalan itu ditanya kerana kedua-dua jasad ibu dan ayahnya tidak dapat dibuka bahagian kafan di wajahnya bagi menjaga perasaan ahli keluarganya kerana keadaan jenazah yang agak kritikal kerana insiden kemalangan tersebut. Mereka berempat menjadi yatim piatu sekelip mata!
4 Kali Solat Jenazah!
Solat jenazah kali ketiga didirikan di rumah tersebut dan masih ramai yang ingin menunaikan solat jenazah namun kerana ruang tidak mencukupi, jenazah-jenazah tersebut dibawa ke Masjid Kariah Kg. Paya untuk disolatkan kali keempat di sana dengan ratusan lagi sahabat-handai dan orang kampung. Allahuakbar, amalan besar apakah yang arwh suami isteri ini lakukan sewaktu hayatnya sehinggakan solat jenazah mereka sahaja sampai 4 kali?!
Setelah selesai solat jenazah, lebih kurang jam 6:00 petang kedua-dua jenazah pasangan suami isteri tersebut dibawa ke Tanah Perkburan Islam Kariah Kg. Paya Port Dickson untuk disemadikan dengan dibantu pasukan Skuad dari SPJM Negeri Sembilan.
Ratusan tetamu yang hadir mengalirkan air mata saat melihat anak-anak arwah yang masih bersekolah itu menangisi pemergian kedua orang tua mereka yang disayangi ketika jenzah diturunkan ke liang lahad satu-persatu.
Suasana mendung petang Jumaat seolah mengerti betapa peritnya jiwa anak-anak kecil ini untuk menghadapi kenyataan yang memeritkan ini. Namun takdir yang Allah swt tetapkan, pasti mengandungi hikmah disisi-Nya. Dia lebih menyayangi kedua-dua arwah.
Semoga arwah suami dan isteri ini diberikan rahmat dari Allah swt dan diampunkan segala dosa dan kesalahan yang pernah dilakukan sepanjang hayatnya serta ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Aamiin.
TERIMA KASIH SKUAD!
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih saya ucapkan kepada seluruh warga sukarelawan SPJ Malaysia yang berusaha sebaiknya bagi membantu menyempurnakan kedua-dua jenazah pasangan suami isteri tersebut. Tanpa semangat berpasukan dan muafakat kita semua, pasti urusan sebegini ada kekangannya.
Inilah di antara hasrat dan objektif saya dalam menubuhkan pasukan SPJ Malaysia iaitu mewujudkan komuniti di antara negeri dalam hal ehwal pengurusan jen4zah agar urusan fardhu kifayah ini dapat berjalan lancar tanpa membebankan ahli keluarga dan waris yang dalam kedukaan. Semoga usaha ini terus istiqamah dan dapat diteruskan dalam suasana semangat berpasukan. Syabas Skuad!!!
Marilah Sertai Kami…
Mereka yang berminat untuk menjadi sebahagian dari ahli pasukan SPJ Malaysia di setiap negeri seluruh negara, sila tinggalkan mesej di halaman Fcebook ‘Skuad Pengurusan Jen4zah – SPJ Malaysia’.
BANTULAH KAMI UNTUK MEMBANTU UMMAH!
Sekiranya Yg. Bhg. Dato’/Datin/Tuan/Puan ingin menyumbang kepada pertubuhan ini agat dapat membantu urusan bagi mereka yang memerlukan bantuan, sila masukkan sumbangan ke akaun rasmi pertubuhan:-
Semoga segala sumbangan jariah para dermawan sekalian menjadi saham akhirat dan mudah-mudahan dilancarkan segala urusan kita di dunia dan juga di akhirat. Aamiin.”
BERKHIDMAT SECARA BERJEMAAH DIBERKATI ALL4H SWT!
Akhukum fillah;
-Ustaz Rafie Zainal-
Pengerusi SPJ MALAYSIA
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.