Bagi yang pernah mengikuti segmen ‘Macam-Macam Aznil’, pasti mengenali jurulatih penari popular, Ahmad Kassan.
Semalam kita mendapat perkhabaran Ahmad Kassan dilaporkan telah meninggal dunia di Singapura. Berikutan daripada itu, rata-rata rakan artis menzahirkan ucapan takziah serta meluahkan rasa sedih di atas kehilangan beliau.
Di Instagram, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dengan sapaan Pak Nil berkata dia agak terkejut sebaik sahaja mendapat tahu mengenai berita tersebut.
Ads
Malah, yang paling dikesalkan Pak Nil kerana tidak ambil tahu mengenai kesakitan dan pemergian sahabat baiknya itu.
“Saya terdiam lama bila dapat perkhabaran. Semua muncul serentak antara kenangan lama dan cerita yang saya tak tahu tentang kesakitan dan pemergiannya. Maafkan aku Ahmad kalau aku bukan kawan yang sempurna. Tapi percayalah aku sangat menyenangi engkau.
Ads
“Ketika orang kata stail tarianmu dah outdated, aku tetap mahu kau jadi sebahagian dari ‘Macam-Macam Aznil’. Kau sendiri akui itu dan kau sendiri ucap syukur dihadapan ku. Tapi sebenarnya aku juga menumpang rezeki di atas kehebatan dan kebaikan engkau Ahmad. Semoga itu semua saham kau di sana. Rindu memang rindu.” tulisnya.
Terdahulu, Pak Nil meminta orang ramai untuk menghadiahkan bacaan surah al-Fatihah kepada Allahyarham dan berdoa agar roh ditempatkan bersama mereka yang beriman.
Sumber: Instagram Aznil Hj Nawawi
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Kisah penghijrahan wanita bernama Nur Amiraa Lee ini cukup syahdu. Bukan mudah rupanya untuk dia menjadi saudara baru. Pelbagai ujian dan dugaan yang terpaksa dilaluinya.
Islam itu indah subahanallah, dek kerana ingin tahu, Amiraa sanggup pergi kursus untuk saudara baru dan setiap kali itulah dia mengajukan soalan untuk mendapatkan lebih kepastian. Setiap jawapan memang meyakinkan danitu membuatkan dia bertambah yakin untuk memeluk islam. Namun, keputusan tersebut nyata membawa perubahan dalam keluarganya.
Pertama kali buat ibu menangis
Malah, penghijrahannya juga menyebabkan ibunya, Chong Moi, 64, yang bersusah payah membesarkannya menangis dan sedih kerana dia rasa seolah-olah kehilangan seorang anak lagi.
“Saya memang anak mak yang tak pernah buat mak menangis. Itu kali pertama saya buat dia menangis. Sebab dia sedih kerana seolah-olah saya lain. Tapi saya cakap dengan mak Islam bukan begitu. Tetapi sebab saya tak cukup ilmu dan kekuatan tetapi ibu sangat memahami.
“2009 saya ambil keputusan peluk islam dan awalnya family tak boleh terima kerana 22 tahun hidup bersama mereka dan buat semua benda sebagai family. Tentunya mereka rasa seolah-olah saya macam tak nak jadi ahli keluarga, tapi itu tak tepat kerana selama 9 tahun jadi saudara baru, saya masih tinggal dengan mak yang belum peluk islam.
“Cuma ada perubahan selepas peluk Islam termasuklah menutup aurat. Awalnya rasa susah tapi saya nak buat juga. Keluarga juga rasa tak seronok. Saya tak boleh makan menggunakan kuali yang keluarga guna. Tapi saya tidak sampai hati nak beritahu.
“Mak cakap kenapa tak makan sebab ayam bukan haram. Lepas tiga bulan barulah saya beritahu emak sebab kenapa sering elak makan bersama. Saya bagi tahu saya tidak boleh makan menggunakan kuali yang sama dan ayam perlu dibeli yang disembelih terlebih dahulu.
“Emak kemudiannya membeli kuali baru untuk saya dan keadaan ini membuatkan saya terharu,”,” jelas Amiraa yang masih tinggal bersama emaknya dan mendoakan moga syurganya itu mendapat hidayah kelak.
Suami meninggal sakit Leukimia
Bukan hanya keluarga, malah Amiraa juga berhadapan dengan ujian paling besar bila mana suami tersayang, Mohamad Norasyrul Nordin meninggal dunia akibat leukimia atau kanser darah pada Disember 2012.
“Siapa sangka arwah suami saya, Mohamad Norasyrul Nordin telah disahkan menghidap leukimia pada hari jadi saya. Inilah dugaan paling berat saya lalui selepas kami mendirikan rumah tangga pada 2010.
“Setelah tahu dia sakit dan perlu jalani rawatan, saya ambil keputusan berhenti kerja sebagai pramugari. Saya jaga dia di hospital dan kami sama-sama melawan penyakit yang dideritainya. Saya sentiasa yakin Allah berikan seseorang itu penyakit kerana Allah sayang padanya.
“Walaupun saya sedih tetapi ada kalanya turut rasa down. Bukan senang untuk berhadapan dengan ujian maha hebat ini. Malah kalau diberi peluang biarlah saya yang tanggung segala kesakitannya tapi ia mustahil.
“Dan akhirnya memang Allah lebih menyayanginya. Suami saya meninggal dua minggu sebelum ulang tahun kelahiran pertama anak perempuan kami,” ujarnya yang mengakui tidak mudah berhadapan dengan situasi berkenaan.
Akui Amiraa, Allah uji dia (arwah) dengan sakit tapi Allah ampunkan semua dosa-dosanya.
“Arwah dapat lafaz dua kalimah syahadah apabila arwah dijemput oleh Allah. Kita belum tentu lagi dan apabila saya melihat orang yang diuji dengan ujian yang dahsyat reda, jadi kenapa pula saya tidak reda, saya reda dan patut reda.
‘Malah, saya tetap ingat pesanan dari arwah. Dia minta saya jadi orang Islam yang baik kerana Allah. Dia cakap kalau kita niat dan buat sesuatu kerana Allah, insyaAllah sampai bila-bila kita akan kekalkan niat tersebut dan kita akan buat sesuatu kerana Allah.
Dulu saya pelik tengok banyak benda yang Orang Islam kena buat itu ini tapi mereka tetap gembira dan cepat terima hakikat kalau apa2 yg berlaku termasuklah Move on. Itu yang membuatkan saya jadi tertarik untuk mengenali lebih dekat tentang Islam,”ujar Amira lagi.
Tidak mudah tapi tak mustahil kerana menurut Amira tiada yang mustahil bagi Allah dan sebagai umatNya kena sentiasa yakin dan usaha sahaja. Paling penting dia mahu Allah memandangnya dengan gembira dan mendapat redhaNya.
'Pada mula-mulanya kakak tak faham kenapa kena pakai tudung,Kakak marah. Dia kata ramai orang Islam tak pakai tudung dia pun Islam tapi tak pakai juga..' Jom dengarkan kisah penghijrahan Amira Lee Abdullah dari sebelum beliau memeluk Islam. #IndahDihati #CeritaIndahDihati
Mira Filzah pertama kali buat umrah sebagai isteri dan ibu, “Rasa nikmat dapat solat Tahajud di Masjidil Haram.” Setiap Muslim, peluang untuk menunaikan Umrah adalah satu nikmat yang perlu disyukuri dan digunakan sebaik mungkin untuk memperbaiki diri dan meningkatkan amalan.
Mira Filzah Tunai Umrah Bersama Keluarga, “Pertama Kali Buat Umrah Sebagai Isteri & Ibu”
Bagi pengacara dan juga pelakon Mira Filzah, pertama kali menunaikan umrah sebagai seorang isteri dan juga ibu merupakan satu pengalaman yang baru buat dirinya. Ibu jelita ini mengakui bahawa ia satu pengalaman yang cukup berharga dalam hidupnya.
Berikut hantaran Mira Filzah di laman Instagramnya.
Pertama kali buat Umrah sebagai seorang isteri dan ibu. Challenging but very beautiful Umrah journey for me. We had only one night here. Emir volunteered untuk jaga Amir dan Mira dapat keluar ke masjid sendiri untuk tahajjud. Wallahi I had the best time ever in my life.
Thank you my love @wanemirastar.Short, but very meaningful in the most blessed place on earth.
Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) menerima 2.86 juta permohonan pindahan amaun permulaan dari Akaun Sejahtera ke Akaun Fleksibel melibatkan jumlah sebanyak RM8.78 bilion setakat 22 Mei tahun ini.
Ketua Pegawai Operasinya, Sazaliza Zainuddin berkata, selepas pilihan tersebut dibuka pada 12 Mei lalu, sebanyak 3.04 juta permohonan untuk pengeluaran Akaun Fleksibel telah diluluskan berjumlah RM5.52 bilion.
“KWSP menjangkakan jumlah permohonan untuk pemindahan amaun permulaan daripada Akaun Sejahtera mereka kepada Akaun Fleksibel akan terus meningkat sehingga tarikh tutup pada 31 Ogos 2024.
“Kami juga gembira melihat peningkatan ketara permohonan melalui aplikasi mudah alih KWSP i-Akaun.
“Ini mencerminkan usaha kami untuk meningkatkan pengalaman dan kebolehcapaian pengguna, di samping kami terus berinovasi dan mengembangkan penawaran digital kami,” katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Sebelum ini Sinar Harian melaporkan, KWSP memperkenalkan Akaun Fleksibel yang membolehkan ahli mereka mengeluarkan simpanan pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan.
Dalam pada itu, ujar Sazaliza, ahli-ahli dinasihatkan supaya tidak tergesa-gesa membuat pemindahan ke Akaun Fleksibel memandangkan tarikh tutup bagi urusan tersebut ialah pada 31 Ogos tahun ini.
“Ahli yang masih belum mendaftar dengan KWSP i-Akaun digalakkan berbuat demikian bagi membolehkan transaksi pengeluaran daripada Akaun Fleksibel.
“Ahli dinasihatkan untuk mendaftar atau mengemas kini nombor telefon bimbit mereka melalui Terminal Layan Diri (SST) yang terdapat di mana-mana cawangan KWSP bagi tujuan menerima Kod Kebenaran Urus Niaga (TAC) bagi mengesahkan identiti mereka semasa menjalankan transaksi.
“Pengeluaran dari Akaun Fleksibel boleh dibuat pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan, dengan pengeluaran minimum RM50,” ujarnya.
Normah Abdullah penderma organ yang juga jurukur wanita pertama negara meninggalkan legasi kebaikan apabila organ dan tisu yang didermakan bakal menyelamatkan sekurang-kurangnya lima pesakit.