Setiap anak-anak mesti ada niat dan usaha untuk membalas jasa dan menggembirakan hati ibu bapanya kan?
Walaupun berbakti pada orang tua dituntut dalam Islam, tapi anak-anak lebih merasa terhutang budi dengan pengorbanan ibu bapa sepanjang membesarkan mereka.
Itulah yang dilakukan oleh Hazrin Zairi bersama kembarnya mencantikkan rumah mak dan ayah yang dibeli 20 tahun yang lalu. Hebat betul transformasi hiasan rumah tu, sungguh terinspirasi. Jom ikuti perkongsiannya.
AKHIRNYA SIAP RUMAH MAK ABAH
Assalamualaykum, salam jumaat dan hari yang penuh berkat. Alhamdulillah syukur ke hadrat ilahi kerana niat yang saya dan Azrel pasang untuk tempoh 1-2 tahun, akhirnya menjadi kenyataan.
Niat kami hanya untuk mencantikkan rumah mak & abah yang dibeli pada lebih kurang 20 tahun yang lepas.
Ads
Terbiar & Tiada Yang Duduk, Nampak ‘Menyeramkan’
Rumah apartment yang ditinggalkan kerana jauh dengan kediaman sekarang dan terbiar tiada siapa yang duduk, kini Alhamdulillah, sedap sikit mata memandang. Semuanya untuk gembirakan mak & abah.
P/s : Biasalah, bila rumah terbiar lama, ada lah tu yang ‘singgah letak barang’ dan menjadi port budak bermain. Agak kotor sikit.
Ads
“Macam Beli Rumah Lain Terus”, Lantik Designer Untuk Ubahsuai
Di sini ingin saya berterima kasih kepada ahli keluarga, kerana terus mendoakan adik & abang. Rakan rakan, Faizal , Shah , Asyraf, Hanisah & Zura kerana berkongsi idea konsep rumah ini dan sentiasa sabar menanti sehingga siap.
Ads
Terlebih dihargai kepada Mu’az Hamzah , Ifa Zarifah & Wealth Empire Deco yang sudi sama sama mengubah daripada yang asal kepada yang lebih menarik seperti sekarang. Sesiapa nak guna khidmat mereka, sangat sangat saya alukan. Boleh dipercayai servis hebat mereka. 😊
Rumah adalah tempat dimana anda berehat dan menikmati masa lapang. Oleh itu, pentingnya persekitaran dalam rumah bebas dari pencemaran termasuklah habuk dan juga alergen.
Ia termasuk memastikan penghawa dingin atau aircond dalan keadaan selamat digunakan. Namun kebanyakan orang tidak cara untuk membersihkan penapis penghawa dingin ini.
Nak tahu caranya bagaimana mencuci sendiri filter ikuti step by step oleh saudara Ahmad Syahril Mohd.
1. Buka Filter
Cara nak buka filter tu, mula-mula tarik di bahagian ini, dekat kedua-dua belah kiri dan kanan aircond.
2. Keluarkan Filter
Lepas tu keluarkan filter di depannya. Caranya tarik je perlahan-lahan. Macam ni rupa filter tu.
3. Bersihkan Habuk
Kemudian sapu habuk tu bagi bersih.
Nak bersihkan atau basuh guna air pun boleh. Tapi lepastu pastikan kering dulu baru pasang semula.
4. Pasang Semula
Cara nak pasang balik pun sama lebih kurang macam buka tadi. Cuma tolak masuk semula ke tempatnya.
Tolak filter sampai ia masuk ke senggatan ni.
5. Tutup Semula
OK dah siap pasang macam ni, tutup kembali penutupnya. Mudahkan apabila anda tahu cara untuk bersihkan filter aicond sudah berhabuk ini.
Selamat mencuba!
Sumber :Ahmad Syahril Mohd
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Solat tahajjud merupakan solat sunat yang dikerjakan di waktu malam. Ada banyak keistemewaan bila seseorang melakukan solat tahajjud secara istiqomah dalam kehidupan sehari-hari.
Pun begitu untuk bangun tengah malam bagi mendirikan solat tahajjud walau hanya 2 rakaat, nyata bukanlah perkara mudah untuk dilakukan.
Untuk menyuntik semangat dan motivasi pada diri kita yang baru ingin membiasakan diri, apa kata kita baca perkongsian daripada wanita ini. Semoga bermanfaat.
BAGAIMANA MAHU ISTIQAMAH UNTUK BANGUN BERTAHAJJUD?
Saya tidak tahu bagaimana untuk mengajarkannya, namun inilah yang telah saya lakukan…
1. Pertama-tama sekali, saya mula bertahajjud setelah membaca:
“Doa Di Saat Tahajud Bagaikan Anak Panah Yang Melesat Tepat Mengenai Sasaran” (Imam Syafi’i)
Saya merasakan ianya adalah suatu usaha yang perlu saya lakukan tanpa “modal” bagi merubah nasib saya. Rugi besar jika tidak dilakukan. Modalnya untuk kita mengubah nasib, adalah hanya dengan meninggalkan selimut dan bangun malam.
Barangkali keadaan saya yang sangat memerlukan dan tempat tidur yang tidak begitu selesa ketika itu sangat memudahkan saya untuk bangkit di tengah malam….
2. Kali pertama saya berdoa ketika bertahajjud adalah lebih 9 tahun lalu. Saya tidak malu untuk mengaku bahawa saya sudah berusia 41 ketika itu.
Saya duduk beralaskan sejadah yang dihamparkan di atas lantai simen yang sejuk. Saya telah berdoa untuk perkara yang langsung tidak munasabah dengan keadaan saya ketika itu, iaitu untuk bersujud di hadapan Kaabah.
Sedangkan saya tidak punya wang dan pekerjaan. Bahkan sedang sangat susah masa tu…
3. Oleh kerana kesukaran hidup saya waktu itu, ianya sungguh menghimpit… Hinggakan saya telah meletakkan kebergantungan saya hanya kepada Allah. Tidak ada yang lain. Cinta kepada manusia telah banyak mengecewakan. Tapi tidak kepada Allah. Yakin itu….
Barangkali kekecewaan dan ujian yang datang berkali itulah yang membuatkan saya sangat bergantung hanya kepadaNya.
4. Pada permulaannya saya paksa diri untuk bangun malam. Kerana yakin bahawa doa dalam Tahajjud sangat mustajab. Saya tahu sungguh berat. Tapi paksalah diri kita.
5. Biarpun dalam keadaan letih, mengantuk, tidur lewat atau apa sahaja, saya tetap gagahkan diri untuk bangun. Tidak susah jika kita benar-benar berkehendak. Susah bagi yang masih belum benar-benar mahu. Orang yang benar-benar mahu pasti akan sanggup melakukan apa sahaja kerana sangat berkehendak.
6. Lama kelamaan ianya menjadi habit. “Body clock” saya membuatkan saya sering terjaga sekitar jam 4 pagi. Ianya memudahkan saya untuk bertahajjud. Rasa bersalah jika terjaga dan tidur lagi….
7. Jika kita dapat paksa diri untuk bangun malam selama 2 ke 3 minggu tanpa henti, ianya akan menjadi habit. So you have to create that new good habit in you (untuk bangun malam).
8. Bila dah biasa buat, akan timbul rasa addicted untuk melakukannya pula. Seolah jika tak buat sehari….rasa tak best nanti.
9. Ada yang tanya saya mengapa sudah bertahun mereka bertahajjud namun doa mereka seperti tidak termakbul lagi.
Maka, boleh jadi kita perlu semak diri kita dari sekecil-kecil perkara, contohnya sejauh mana kita ikhlas terhadap diri kita dan orang lain. Boleh jadi kita ini sering suka berjanji namun sering melupakan atau tidak menepati.
Mungkin kecil, bahkan sangat kecil… Seperti ketika kita minta orang PM kita untuk membeli online, kemudian bila orang PM kita diamkan sahaja pula. Kecil kan?
Atau kita sering bebelkan suami sendiri dengan suara kecil. Ya suami tidak dengar… tapi, itulah….dosa….
Atau sering tidak ikhlas bila lihat posting di Facebook, nampak gambar orang…. Hati kita sebut yang tidak baik, tangan kita klik “like”, dan kita tulis kata-kata pujian. Fikiran kita tidak “align” dengan hati kita. (Ini saya ajarkan dalam Secret Group saya dengan lebih mendalam).
Semua contoh ini kelihatan kecil, belum yang besar-besar, tetapi boleh jadi menjadi “filter” kepada doa kita. “Filter” itu bermaksud seperti penghalang kepada rezeki. Anda faham bukan?
10. Allah memberi dengan cara yang berbeza. Boleh jadi kita minta rezeki, Allah hadirkan jodoh. Kemudian jodoh itulah yang menjadi laluan bagi rezeki kita. Boleh jadi kita minta agar dipermudahkan urusan, Allah lindungi kita dari kemalangan atau sakit demam. Boleh jadi juga, doa kita belum termakbul sekarang, tapi akan datang.
Namun yakinlah, Allah akan mengabulkan doa kita tidak lambat dan tidak cepat, bahkan tepat pada waktunya.
Miracle of Tahajjud
Sekali minta, berkali Allah bawa.
Banyak perkara kita lakukan bersama-sama keluarga dan lagi seronok bila dapat keluar bersama-sama ke destinasi tertentu. Hal ini pastinya menyeronokkan dan sekali gus dapat mengeratkan hubungan kita seisi keluarga.
Namun dalam kita sentiasa bersama keluarga, tidak dinafikan ada juga insiden yang menyebabkan kita boleh tertinggal mereka di suatu lokasi tanpa sengaja.
Hidup ini memang macam-macam perkara boleh terjadi, seperti satu kejadian yang baru-baru ini telah tular video yang dimuat naik seorang pengguna aplikasi TikTok yang dikenali sebagai razzzamira.
Dia telah berkongsi video apabila adik perempuannya telah tertinggal di sebuah stesen minyak gara-gara pergi ke tandas. Ketiadaan adiknya tidak disedari oleh ibu dan ayahnya sehingalah dia bertanya hal itu.
Abah tak sengaja tertinggal adik…sampailah saya ingatkan baru kami u-turn balik
Difahamkan kejadian ini berlaku gara-gara bapanya merasakan semua ahli keluarganya ada di dalam kenderaan dan terus bergerak sebelum menyedari seorang anaknya tiada bersama.
Sebaik perasan terus ayahnya berpatah balik untuk mengambil anaknya yang tertinggal tanpa sengaja.
Setibanya di stesen minyak berkenaan di lihat anaknya terus masuk ke kereta dan meluahkan rasa takutnya apabila ditinggalkan sendirian di situ.
“Ingatkan nak tinggal Aya tadi…ingatkan ada hantu muka macam Aya masuk kereta dulu sebelum Aya,” ujarnya sambil mengomel ketika masuk kereta.
Video yang dikongsikan ini mendapat tontonan hingga 542K dan mendapati komen daripada netizen yang turut berkongsi pengalaman pernah ditinggalkan secara tidak sengaja oleh ahli keluarga mereka.
Lisbon Hotel Melaka menawarkan pengalaman tenang dan mewah di Perkampungan Portugis. Dengan reka bentuk ala Mediterranean, kolam infiniti dan restoran Festa yang eksklusif, ia destinasi ideal untuk percutian keluarga.