Ketika saat tubuh suami terlantar sepi di katil tanpa sebarang kata-kata, malah doktor juga memberi kata hanya 6 bulan sahaja harapan hidup buat suami, namun itu bukan pengakhirannya buat isteri ini.
Wanita yang berhati wajar ini, Siti Rohayu isteri kepada Muhamad Ridhwan Mohd Zaki, lelaki yang hilang ingatan akibat kemalangan jalan raya tahun 2017.
Kuasa Allah tiada siapa boleh menduga. Kini setelah 5 tahun Muhamad Ridhwan kembali sihat.
Pengorbanan isterinya menjaga dalam tempoh itu menjadi inspirasi buat warganet. Bukan calang-calang wanita mampu bergelar ‘ketua keluarga’ mengambil alih untuk menguruskan rumahtangga.
Selanjutnya ikuti perkongsia wanita ini menerusi TikTok miliknya.
Teruja! Itulah perkataan yang boleh digambarkan oleh anak-anak pasangan selebriti, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam yang membawa dua anak mereka ke Tanah Suci.
Menerusi perkongsian yang dimuat naik di TikTok, Syatilla dan Sam dilihat membawa dua cahaya matanya melihat Kaabah buat pertama kali ketika berada di Tanah Suci, Mekah.
Dapat dilihat wajah Sarima dan Syeriz cukup teruja kala apabila berpeluang melihat sendiri Kaabah di depan mata.
Pada perkongsian tersebut, Syeriv dilihat memakai pakaian lengkap ihram manakala Sarima pula berpakaian labuh serta berhijab.
“Mata anak-anak memandang Kaabah buat pertama kali.
“Tak sangka betul. Selalu mereka tengok secara langsung di televisyen, itu yang teruja sangat,” tulisnya di kapsyen.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet turut mencemburui rezeki anak-anak pasangan itu yang dapat melihat Kaabah di usia yang muda.
Ibu kepada Sam yang juga pelakon, Khaty Fauziah meluahkan rasa syukur dengan keberadaan Sam sekeluarga di Tanah Suci bersama anak-anaknya.
Sam dan Syatilla yang mendirikan rumah tangga pada Februari 2016 ini dikurniakan dengan tiga orang cahaya mata.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Sejak sesi persekolahan bermula secara giliran, murid akan dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk menjalani sesi persekolahan secara bersemukan.
Sistem giliran menyediakan beberapa orang pelajar dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan A dan B.
Murid-murid yang berada dalam kumpulan tertentu sahaja yang dibenarkan pada hari yang telah ditetapkan.
Rentetan berkisar dengan waktu giliran persekolahan ini, sebuah perkongsian meruntun jiwa daripada seorang pendidik, Cikgu Lynn Ismail dari group Kami Guru Malaysia mengenai seorang murid yang hadir sekolah setiap hari tanpa mengikut waktu giliran.
Setelah ditegur beberapa kali, rupanya baru guru berkenaan sedar bahawa kedatangan murid berkenaan kesekolah adalah untuk menikmati bantuan makanan percuma kepada murid yang kurang berkemampuan.
Selanjutnya ikuti perkongsian guru ini.
Minggu ini ada seorang murid dari kumpulan A hadir. Saya menyangka mungkin murid itu tidak tahu tentang penggiliran .
Lalu saya terangkan kepada dia. “Minggu lepas awak dah hadir, minggu ini tak payah hadir. Belajar di rumah. Minggu depan baru hadir ke sekolah.” Dia mengangguk tanda faham.
Keesokan harinya dia hadir lagi. “Kenapa awak datang ke sekolah hari ini? Kan cikgu kata jangan datang minggu ini.
Minggu depan baru datang.” Dia hanya tunduk dan diam. Hari seterusnya, dia datang sekolah lagi. Saya berasa pelik. Tak kanlah dia tak faham-faham.
Saya dah jelaskan berkali-kali, malah kawan-kawan diapun suruh jangan datang ke sekolah minggu ini.
Hari Selasa, giliran saya menjaga kelas waktu rehat. Budak itu penerima RMT. Saya tengok dia makan nasi lauk kari ayam dengan lahapnya seolah-olah terlalu lapar. Mungkin dia datang ke sekolah setiap hari untuk makan.
Hari ini hari keempat dia hadir ke sekolah minggu ini. Dan saya tak mahu lagi bertanya. Biarlah dia datang ke sekolah untuk makan.
Apabila bergelar suami isteri, sudah pasti kita sanggup setia, susah dan senang bersama pasangan.
Cari rezeki sama-sama. Ada masa susah, sama-sama harungi. Akhirnya mampu miliki segala harta benda untuk kebahagiaan keluarga.
Namun, jika salah seorang pergi dulu, hati mana yang tak sedih. Dulu berdua mencari rezeki dan membesarkan anak-anak, kini seorang diri.
Lebih sedih jika isteri yang kehilangan suami. Kehilangan ketua keluarga lagi perit untuk meneruskan kehidupan. Lagi pula, isteri tidak berkerja.
Malah, harta pula perlu dibahagi secara faraid atau tiada penama.
Islam ini mudah. Mengikut pendidikan syariah selain faraid, ada juga harta boleh dihibahkan.
Nak tahu kepentingan hibah dan sebab apa ia perlu. Wanita ini yang juga merupakan perunding kewangan, memberi info mudah tentang hibah.
Ikuti perkongsian ini.
Sebaiknya baca bersama dengan pasangan.
Begini, hibah takaful takkan selesaikan sepenuhnya harta 70 billion yang beku ni. Tapi boleh dijadikan pelampung untuk pasangan yang masih hidup.
1. Pelampung untuk negosiasi dengan waris faraid yang lain.
Contoh, katakanlah ada waris faraid yang betul – betul nak tuntut bahagian rumah yang kamu dan pasangan duduk bersama. Dan rupanya, itu adalah rumah milik pasangan yang meninggal dunia. Bila perkara ni terjadi, pasangan yang hidup boleh bernegosiasi dengan waris faraid yang lain menggunakan pampasan hibah takafu. Daripada jual, gantikan dengan sama amount rumah tersebut untuk waris faraid tersebut. Ini contoh negosiasi.
2. Pelampung untuk pasangan yang hidup besarkan anak-anak sementara tunggu harta pusaka dicairkan.
Nak selesaikan urusan harta pusaka, tak mudah. Makan masa, ada 6 bulan, ada 1 tahun.
Sementara tu, wang pampasan dari hibah takaful, pasangan yang hidup boleh gunakan untuk besarkan anak-anak.
3. Pelampung untuk waris sara hidup.
Bila harta pusaka tak dapat nak dicairkan, maka pasangan yang hidup tak ada pendapatan untuk tampung komitmen selama ni. Katakan sebelum ni komitmen ditanggung bersama, bila salah seorang meninggal, yang hidup kena tanggung 100%.
Semestinya perkara yang berat untuk pasangan yang hidup untuk tampung keseluruhan secara tiba – tiba. Jadi, dengan wang pampasan hibah takaful, dapat meringankan banyak beban kewangan yang dihadapi.
Begini kawan, psangan dan anak-anak tu memang waris faraid kepada harta-harta yang kamu tinggalkan. Tapi sepanjang urusan pembahagian ikut faraid, turun naik mahkamah bertahun-tahun tu, makan pakai dorang siapa nak tanggung, kan?
Saya cadangkan, kamu segerakanlah untuk ambil hibah takaful dan namakan isteri kamu sebagai penama hibah, beberapa hari lepas kamu mati, isteri kamu akan dapat pampasan. Kalau coverage kamu RM1juta, isteri kamu dapatlah RM1juta tu terus. Tak lalu faraid.
Carilah kawan-kawan kamu yang kerja ejen takaful tu dan minta advice daripada dorang apa plan yang sesuai dengan kamu. Jangan lari-lari lagi dah. Sekarang dah tahun 2020 wei. Bukak luas-luas minda tu!
Noryn Aziz berkongsi rahsia gaya hidup sihat apabila berjaya meninggalkan makanan segera selama bertahun-tahun, mengurangkan pengambilan nasi dan mengamalkan kawalan kalori setiap hari.