“Macam Tak Percaya Je Ada Anak Dara. Nampak Macam Kakak & Adik”-Anne Ngari Throwback Video Anak Kini Remaja!
Perasan tak sekarang ini kita rasa masa begitu cepat berlalu. Pejam celik pejam celik, tiba-tiba sudah sampai di penghujung tahun. Malah anak yang dahulunya kecil, sebegitu pantas masa berlalu hingga tak sedar kini sudah pun meningkat remaja.
Meninjau di akuan Instagram Datin Anne Ngasri, ada dikongsikan video throwback anak perempuannya dari kecil sehingga kini. Posting itu dibuat bersempena meraikan ulangtahun kelahiran Nazharah Sofia yang kini berusia 12 tahun.
Ads
Selain berkongsi rangkuman beberapa keping gambar di dalam video tersebut, Anne turut menititipkan ucapan hari lahir kepada anaknya di ruangan kapsyen dengan meluahkan rasa syukur dapat membesarkan anaknya itu dengan baik.
Turut berterima kasih kepada suaminya Datuk Sumali Reduan dan juga bekas suaminya yang juga merupakan bapa kandung kepada Nazhara iaitu Abdul Wafi kerana sentiasa ada untuk Zara walau dalam apa jua keadaanya.
Begitu juga apabila meninjau di akaun Instagram Abdul Wafi juga turut menzahirkan ucapan hari lahir kepada anaknya. Rata-rata ramai memberi komen dengan mendoakan kebaikan untuk anak gadisnya dan ada juga yang mengusik mengatakan wajah anak gadisnya itu copy paste wajah ayahnya.
Sedangkan lidah lagi tergigit, begitulah juga suami isteri. Tak semestinya dalam sebuah perkahwinan hanya perlu bahagia sentiasa, sesekali perlu juga momen bait-bait bergaduh manja untuk mengharmonikan lagi hubungan.
Tetapi… Tak elok juga bermasam muka berhari-hari. Setiap pergaduhan semestinya ada jalan untuk berdamai. Apa yang penting untuk berdamai semestinya komunikasi antara suami isteri, iaitu berbincang semula. Nak tahu teknik berkesan untuk berbincang suami isteri? Ikuti teknik yang diberikan oleh puan Wawa Shauqi ini untuk panduan bersama.
“Dengan laki aku tu, tiap kali ajak berbincang je bergaduh.”
Dalam satu episod rancangan temubual bersama Steve Harvey, ada satu pasangan dijemput. Umur mereka, 100 dan 103 tahun. Mereka dah kahwin sejak umur 21 tahun. Maknanya dah 83 tahun bersama!
Amazing kan! Nasihat dari pasangan tu adalah,
“Be nice to each other.”
“Talk things over.”
TALK THINGS OVER’ – BERBINCANG UNTUK SETIAP PERKARA
Bab TALK THINGS OVER ni.
Tahun-tahun pertama perkahwinan saya dan suami, payahnya nak praktik yang ini. Setiap kali bincang, mesti jadi gaduh.
Pernah beberapa kali, suami akan keluar dari rumah bila bibit perbincangan nak tukar ke pergaduhan. Ingatkan kami berdua je gitu. Rupanya bila gosip sesama geng mak minah, isu ni rupanya isu sejagat.
Ada yang dah 10 tahun kahwin pun, masih tak boleh berbincang. Bincang je gaduh. Bincang je buat muka. Akhirnya, tak ada improvement pun berlaku dalam perhubungan.
Masing-masing simpan perasaan. Bila dah simpan sakit di hati, masing-masing semakin jauh. Satu isu kecil, mudah je jadi meletup.
Kami laki bini pun, kaki gaduh juga. Tapi syukurlah, bila buka ruang perbincangan, banyak perkara kami dapat improve. Bila dapat berbincang, benda yang asalnya nampak rumit, boleh je selesai.
SELALULAH BERBINCANG DARI SEKECIL PERKARA SEHINGGA SEBESAR ALAM…
Memang sangat tepatlah apa yang atok dan nenek umur 100 tahun tu pesan. Kita laki bini ni, belajarlah berbincang.
3 TEKNIK BERBINCANG BERDASARKAN 3 INDIVIDU BERLAINAN:
Cuma bab bincang ni, tak boleh main redah. Kena ikut kekdah (kaedah). Tak ikut kekdah, tudung periuk pun boleh melayang.
Ini 3 Teknik Berbincang yang saya peroleh dari 3 orang yang berlainan.
1. TEKNIK I
Teknik oleh Psikologis Akif Basri.
CONTOH:
✔ I penat. Boleh tak nak rehat?
❌ Tau tak I ni penat?
✔ I seronok dapat discuss dengan you sebelum buat keputusan.
❌ You memang tak boleh bawak berbincang eh?
Mulakan teguran dengan perkataan ‘i’ atau ‘saya’. Nyatakan apa yang kita rasa. Bukan serang pasangan kita.
2. TEKNIK BURGER
Teknik oleh Kaunselor Fadzli Aziz.
Sebelum tegur, carilah 1 perkara untuk dipuji. Kemudian barulah tegur apa yang boleh dibaiki. Kemudian, dilapisi kembali dengan pujian.
Puji – tegur – puji
CONTOH:
✔ “Saya suka penampilan awak. Segak je. Sebab mulut awak berbau je. Kalau setel bau mulut, mesti A+.”
✔ “Wah, bagus awak kemas rumah. Jangan lupa mop tau. Lepas mop, komfem tip top!”
3. TEKNIK BELI JIWA
Teknik oleh Tuan Badrul Sani.
Perempuan ni, kalau nak beli jiwa dia adalah dengan pujian. Lelaki pulak, nak beli jiwa dia kena bagi ayat penghargaan.
SUAMI PERLU…
Maka suami, rajin-rajinlah pandang mata isteri. Kalau berselisih tu, mata bertentang mata, hadiahkanlah senyuman.
Puji sikit pilihan baju atau gaya rambut yang disikat. Rajin-rajin mesej walaupun semata-mata nak kongsi lawak yang kalian jumpa di FB.
ISTERI PERLU…
Isteri pulak, rajin-rajinlah ucap terima kasih. Up sikit suami tu macam mereka dah buat kerja paling heroic atas muka bumi. Walaupun kerja yang dibantu sekadar angkatkan sampah keluar rumah.
Buat benda simple macam ni pun, kita sebenarnya tengah bina connection. Bila ada connection, nak buat correction jadi mudah.
SUAMI ISTERI ELAKKAN 3M INI!
Yang penting, elakkan 3M ni :
Kalau awal-awal dah guna 3M ni, bukan nak ajak bincang namanya. Tapi ajak berperang.
Bila 2 nakhoda kapal berperang, bukan anak kapal je tak aman. Takut-takut tak sempat berlayar jauh, kapal karam di tengah jalan.
Semoga kita mampu latih diri untuk berbincang sebaiknya. Mudah-mudahan, dapat rezeki jadi pasangan till jannah.
Webinar Aku Tak Serik Bersalin merupakan webinar kehamilan dianjurkan untuk para ibu hamil yang menanti kelahiran cahaya mata. Membariskan ramai speaker-speaker hebat yang terdiri daripada pakar dalam bidang masing-masing. Antaranya Dr Maiza Tusimin, Dr Siti Sarah Aishah, Dr Tengku Puteri Zainab, Ustazah Fatimah Syarha, Encik Fhais Salim dan selebriti Ezzaty Abdullah. Jom daftar secara percuma di SINI!
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Umum mengetahui banyak manfaat amalan menabung ini. Namun masih ada yang sukar untuk displin lantaran gaya hidup yang mewah.
Berbelanja tanpa ‘mengukur baju dibadan sendiri’ mengakibatkan ramai yang culas untuk menguruskan kewangan dengan baik.
Sedangkan ramai yang tahu kewangan ialah suatu aspek yang sangat penting dalam kehidupan. Semua orang perlu merancang kewangan masing-masing tidak kira sama ada kaya atau miskin.
Pengurusan kewangan bukanlah perkara yang sepatutnya diambil ringan. Jika tidak diurus dengan baik, isu kewangan ini akan membawa kepada kemudaratan.
Masalah pengurusan kewangan ini terjadi kepada mereka yang makan gaji ataupun yang bekerja sendiri. Tidak kisahlah berapa banyak pun pendapatan yang ada, jika tidak diuruskan dengan baik memang akan berasa sesak sebelum sampai hujung bulan.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Cakna mengenai hal ini, pada 25 Februari lalu, Majalah Keluarga telah mengajurkan program Hi Tea dengan tajuk Rahsia Ubah Hidup Lebih WOW yang dibawakan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Program itu mengupas topik pengurusan kewangan dengan tiga ahli panel membincangkan topik kewangan ini iaitu Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki, Pensyarah Kanan, Jabatan Ekonomi & Pengajian Kewangan UiTM Shah Alam, Dr Hajah Leylawati Joremi dan selebrti, Datin Almy Nadia.
Program ini yang dihadiri oleh 50 orang peserta teruja dengan infomasi mengenai pengurusan kewangan dan perkongsian daripada selebriti.
Pensyarah Kanan, Jabatan Ekonomi & Pengajian Kewangan UiTM Shah Alam, Dr Hajah Leylawati Joremi menasihati orang ramai untuk kekal menguruskan kewangan dengan baik.
Katanya ramai yang mengeluh sukar menabung, malah perbelanjaan harian pun tidak mencukupi.
Namun menasihati supaya ia bukan alasan untuk tidak menabung. Tegurnya bahawa dalam diri perlu ada sikap untuk menyimpan demi memastikan kewangan keluarga kukuh.
Manakala Ketua Eksekutif PTPTN, Encik Ahmad Dasuki turut berkongsi manfaat tabungan SSPN. Katanya untuk menggalakan orang ramai menabung, telah melakukan pelbagai inisiatif dengan menawarkan hadiah lumayan.
“Pada 16 Januari 2023 Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) meneruskan kempen Cabutan WOW!
“Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN) 2023 bagi edisi tahun ini dengan nilai keseluruhan hadiah wang tunai bernilai hampir RM500,000 menanti 138 pemenang dengan hadiah lumayan.
“Tujuan kempen ini dengan hadiah menarik untuk mendidik dan memberi semangat untuk orang ramai menabung. Rebutlah peluang ini,” nasihatnya
Dalam pada itu, selebriti Almy Nadia juga berkongsi pengalaman sebagai pengguna SSPN. Beliau mengakui sudah sekian lama menabung untuk anaknya setiap bulan RM30. Bahkan, turut mendidik anaknya konsep menabung sejak kecil lagi.
“Saya ni simple je janji rancang awal. Contohnye SSPN ni dah lama dah saya melabur tapi orang tak tahu. Setiap anak saya semua dah ada. Rancangan awal itu sangat penting, kena ada tabung kecemasan.”
“Tak kisah berapa pun janji menabung. Macam contoh anak saya, saya bagi RM5 si kakak la.. i dont care balik you kena bawa duit tu balik.. baki i dont care. Sebab duit tu akan masuk tabung, Sepuluh sen pun you kena bawa balik.
Namun katanya, hujung tahun wang yang dikumpul itu akan disimpan dalam bank dan pembelian barang kemas. Bahkan anaknya juga akan diberi ganjaran sebanyak RM100 hasil usaha menabung.
Berhentikan Anak Dari Sekolah, Hantar Jadi Hafiz Al-Quran, Keputusan Yang Sukar Buat Aidid Marcello & Isteri
Setiap ibu bapa ingin yang terbaik buat anak-anak. Bahkan akan menyediakan segala keperluan buat anak-anak menuntut ilmu sama ada dunia dan akhirat.
Begitu juga dengan Personaliti TV Popular, Aidid Marcello dan isterinya, Norzie Pak Wan Chek yang telah membuat keputusan yang sukar dalam hidupnya.
Dia dan isterinya telah memberhentikan anak-anaknya daripada sekolah rendah dan menengah untuk menerima pendidikan agama untuk bergelar Tahfiz Al-Quran.
Sekadar berkongsi di media sosialnya, dirinya tidak mahu digelar riak dengan perkongsiannya itu. Dalam oada memohon wargamaya menitipkan doa buat tiga orang anak lelakinya.
Kisah yang sungguh inspirasi buat kita. Bukan calang-calang ibu ayah sanggup melakukan pengorbanan dan percaturan hidup buat anak-anaknya untuk mendalami ilmu agama. Semoga ketiga-tiga anaknya dikurniakan hati yang terang untuk menghafaz al-quran.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
KEPUTUSAN YANG SUKAR, NAK ‘BERKONGSI’ DI MEDIA SOSIAL PUN BIMBANG DIKATAKAN RIAK
Bismillahirrahmanirrahim.
Berpuluh kali fikir nak post atau tak. Tapi aku set nawaitu aku bukan untuk riak & sombong, tapi sebab aku bangga dengan depa & happy dengan panggilan ini.
Bukan senang nak buat keputusan ni, dari sebelum PKP kami usaha, sampai sekarang baru dapat, Alhamdulillah. Terima kasih kepada @dilla_rayhanah & @ustazjohariabdulwahab kerana banyak sangat membantu kami berdua. Besar betul hikmah silaturrahim Allah atur untuk kita semua kenal.
Kepada isteriku @norziepwc yang aku tahu, dia mmg jenis yang firm, well research, korek segala info gila2 dalam segala apa jua yang nak buat terbaik untuk anak2 dia.
RELA HATI BERHENTIKAN ANAK SEKOLAH RENDAH DAN MENENGAH
Tapi kali ni, kami tak tau macamana boleh dapat kekuatan, dengan rela hati & tenang memberhentikan anak2 kami dari sekolah rendah & menengah, untuk masukkan mereka ke Akademi ni. Mudah betul proses, tak sampai 3 hari semua proses berhenti dan kemasukkan. MasyaAllah.
Kita mmg boleh rancang, tapi DIA yang tentukan. Kalau dulu aku happy sebab sekolah depa 5 min dari rumah aku, tapi sekarang aku bertambah happy walaupun hari-hari aku kena redah traffic hantar sejauh 25km.
Kepada yang baca ni, nawaitu aku sekadar nak share rasa happy sebagai ayah & ibu. Dan aku juga nak share, jangan sekali2 kita sangsi dengan apa yang DIA akan berikan kepada kita. Aku jahil sangat lagi, tapi aku tak nak anak2 aku start lambat.
Tentang masa depan mereka, insyaAllah harapan kami, biarlah depa nak jadi apa sekalipun lepas ni, asalkan Quran dah ada di dada.
Aku mohon sangat, hampa yg sedang baca ni, doa dalam hati kejap, sebutkan nama depa.
Muhammad Iman Muhammad Yusuf Muhammad Ibrahim
Semoga depa bertiga dapat menghafal Al-Quran dengan lancar dan tenang. InsyaAllah
Maaf kalau ada terbunyi sombong atau riak. Aku hanya seorang ayah yg masih jahil tapi terlalu gembira nak kongsikan pilihan perjalanan untuk anak-anak kami yang tak pernah kami fikir mampu kami lakukan.
Moga-moga dengan perkongsian ni, ada juga kawan2 yang 50-50 atau sangsi ttg masa depan anak mereka, terus dapat keyakinan untuk register kan anak menghafaz Al-Quran, insyaAllah.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.