Sejak berkurun lamanya kita semua tahu banyak manfaat madu jika diamalkan terutamanya dalam penjagaan kesihatan tubuh badan. Pun begitu, bagaimana pula dengan  pesakit diabetes yang kita tahu perlu mengawal pengambilan gula dalam makanan? Adakah mereka boleh mengamalkan madu dalam diet harian untuk mendapatkan manfaatnya?

Menjawab kekeliruan ini, Dr Suri Roowi, berkelulusan Ph.D dari Universiti of Glasgow, Scotland, UK dalam bidang Pemakanan Manusia dan Produk Semulajadi dan beliau juga kini banyak terlibat dengan analisa bahan berkhasiat dalam madu, herba dan buah-buahan dan merupakan Pengerusi Kumpulan Kerja (WG) Standard Madu Kelulut Malaysia berkongsi faktanya untuk manfaat semua di akaun facebooknya.

Ini perkongsiannya.

Madu Untuk Pesakit Diabetes, Apakah Benar Boleh Diambil? Saintis Ni Kongsi Kajiannya!

MADU TIDAK SESUAI UNTUK PESAKIT DIABETIS ?
Saya terpanggil untuk berkongsi maklumat tentang info berkenaan madu oleh seorang Doktor Perubatan yang menjadi tular dalam media sosial baru-baru ini. Info yang dikongsikan agak mengelirukan.

Ada 2 isu yang beliau katakan.
Isu 1 : Beliau mengatakan madu tidak sesuai untuk pesakit diabetis
Soalnya adalah kenapa ianya mengelirukan?
Jika kita merujuk dalam Al Quran iaitu dalam Surah An Nahl (16): ayat 69 yang maksudnya :…kemudian makanlah dari tiap-tiap buah-buahan, maka masuklah oleh engkau jalan-jalan Tuhan engkau yang dimudahkan, ia keluar dari perut2nya minuman (madu) yang berlainan warnanya, padanya penawar bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu, tanda2 bagi kaum yang mereka berfikir….

Ayat ini JELAS MENUNJUKKAN madu asli adalah PENAWAR (ubat) bagi manusia.

Kajian yang telah saya lakukan sebelum ini menunjukkan bahawa madu kaya dengan pelbagai komponen khasiat.

Antara komponen berkhasiat dalam madu adalah flavonoid (termasuk antosianin) dan asid fenolik. Selain bertindak sebagai antioksidan, asid fenolik juga boleh bertindak sebagai antikanser dan antidiabetis.

Bahan khasiat asid fenolik ini diserap dalam perut dan usus kecil dalam masa 5 hingga 30 minit.

Justeru, seeloknya diminum semasa perut kosong dan jarakkan pengambilan dengan makanan lain. Contohnya, jarakkan masa makan makanan lain selepas 1 jam minum madu.

Kajian saya sebelum ini juga menunjukkan madu kelulut lebih tinggi khasiat asid fenolik berbanding madu biasa.

IKLAN

Madu kelulut bertindak dengan RENCATKAN enzim α-amylase dan α-glucosidase pada kadar 78% berbanding madu biasa

Dua jenis enzim ini terlibat dengan peningkatkan gula dalam darah.

Kajian ke atas tikus jantan yang mengalami kencing manis menunjukkan madu kelulut TIDAK meningkatkan gula dalam darah dan TIDAK meningkatkan kolesterol dan trigliserida. Madu kelulut juga mengandungi gula yang lebih rendah berbanding madu biasa

FRUKTOSA ADALAH RACUN DALAM MADU TULEN dan TIDAK SESUAI UNTUK PESAKIT DIABETlS ? 
Isu 2 : Madu tulen biasanya mengandungi 80 peratus gula dan fruktosa adalah yang tertinggi.
Bukankah ini boleh menaikkan gula dalam darah?

Jawapan: Walaupun kompisisi gula utama dalam madu tulen adalah fruktosa dan glukosa, kajian yang telah saya lakukan sebelum ini menunjukkan bahawa madu tulen kaya dengan pelbagai komponen khasiat yang boleh bertindak sebagai antikanser dan antidiabetis.

Kajian juga menunjukkan madu kelulut tulen bertindak dengan RENCATKAN enzim amylase dan glucosidase pada kadar 78% dan enzim ini terlibat dengan peningkatkan gula dalam darah.

Madu Untuk Pesakit Diabetes, Apakah Benar Boleh Diambil? Saintis Ni Kongsi Kajiannya!

IKLAN

Walaubagaimanapun…kenyataan yang mengatakan gula fruktosa dan glukosa dalam madu tulen adalah racun adalah TIDAK TEPAT. Ini kerana, kita perlu merujuk Firman Allah swt. dalam Surah AnNisa ayat 40 yang mengatakan..
‘ALLAH TIDAK MENZALIMI kita walaupun seberat zarrah (atom). Jika seseorang itu membuat kebaikan, Dia akan gandakannya dengan ganjaran yang besar’

Glukosa dan fruktosa adalah jenis gula yang biasa dijumpai dalam buah-buahan dan madu tulen dan mustahil menjadi racun.

Walaubagaimanapun, janganlah kita minum madu tulen secara berlebihan. Sebaiknya, kita perlu minum pada kadar dan cara yang betul.

Contohnya;
a.madu tulen elok diambil pada kuantiti yang rendah (contohnya 1 atau 1/2 sudu sahaja) setiap pagi
b. boleh minum madu tulen dengan cara melarutkan 1 sudu madu bersama segelas air kosong atau
c. boleh juga minum madu tulen bersama barli. Ini berdasarkan kepada Hadis Nabi yang diriwayatkan daripada Aisyah R.A. bahawa..
“Rasulullah s.a.w. menyuruh agar Talbinah disediakan kepada orang sakit dan orang bersedih atas kematian seseorang. Beliau (Aisyah) berkata `Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda . `Sesungguhnya talbinah dapat menenangkan hati pesakit dan menghilangkan sebahagian kesedihan”. Talbinah dibuat menggunakan campuran barli + susu + madu tulen

Barli juga tinggi beta-glukan dan bahan ini merupakan fiber larut air dan boleh mengawal kadar gula yang masuk dalam darah. Barli juga boleh bertindak sebagai prebiotik dengan menggalakkan pertumbuhan bakteria baik.

Apa yang lebih penting adalah kita perlu YAKIN tentang sifat madu tulen sebagai PENAWAR (ubat) bagi manusia, sebagaimana yang dinyatakan di dalam AlQuran.
Benarlah (apa yang difirmankan) oleh Allah, Tuhan Yang Maha Agung
Moga bermanfaat

Sumber : Dr Suri Roowi 

 

IKLAN

 

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI