
Dalam dunia yang semakin sibuk, dapur boleh menjadi tempat anak-anak belajar tentang hidup dengan lebih menyeronokkan dan menjadi lebih kreatif. Memasak bukan sekadar mengikut resipi dan menyediakan hidangan tetapi turut mengajar mereka tentang kepentingan memilih yang terbaik untuk diri sendiri.
Pemakanan seimbang memainkan peranan penting dalam membentuk individu yang lebih aktif. Tambahan pula, setiap hirisan kecil dan setiap tumisan sederhana adalah langkah halus yang membina keberanian serta keyakinan dalam diri mereka.

Apabila anak-anak didedahkan kepada pemakanan seimbang sejak kecil, mereka belajar sesuatu yang lebih besar daripada sekadar membuat pilihan yang lebih sihat. Selain itu juga mereka dapat mempelajari teknik memasak yang mudah untuk diguna pakai dalam kehidupan seharian. Dari sinilah lahirnya generasi yang membesar dengan sihat, kuat dan penuh cinta pada diri dan orang lain di sekeliling mereka.
Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Begitulah MAGGI® memandang potensi yang ada pada pelajar sekolah menengah yang sedang melalui perubahan fasa hidup, dari alam kanak-kanak meningkat dewasa. Di pertengahan fasa kehidupan inilah, para remaja banyak belajar dan mengadaptasi.
Jenama yang diyakini ramai ini percaya pengetahuan dan kemahiran hidup ini juga terbentuk melalui pengalaman mereka ketika menyertai Pertandingan Memasak Sekolah Menengah MAGGI® (MSSCC). Lebih menarik, kemahiran memasak para peserta ini diteruskan melalui bengkel interaktif khas untuk membuka ruang pembelajaran kepada mereka.
28 Tahun Membimbing Remaja Melangkah Lebih Yakin
MSSCC yang kini memasuki tahun ke-28 bukan sekadar pertandingan tetapi sebuah perjalanan membentuk remaja menjadi tukang masak muda yang berkeyakinan. Nilai yang dibawa melangkaui dapur: pemakanan seimbang, kreativiti, kerjasama dan kemahiran hidup yang kekal relevan sehingga dewasa. Melalui bengkel lanjutan ini, MAGGI® memastikan pembelajaran tidak terhenti walaupun tirai pertandingan sudah pun dilabuhkan.

Ilmu Dapur Dari Mereka Yang Pakar
Bengkel sehari ini menghimpunkan lima pasukan pemenang MSSCC 2025, cef profesional dan pakar pemakanan Nestlé untuk sesi demonstrasi dan aktiviti amali umpama suasana anak-anak belajar di rumah bersama ibu ayah di dapur.
Di dalam bengkel memasak tersebut, para peserta dapat belajar pelbagai panduan mudah dan praktikal untuk merancang hidangan seimbang. Menurut Pakar Pemakanan Nestlé, sangat penting untuk mengamalkan pemakanan seimbang untuk memastikan kesihatan dan kesejahteraan diri terjamin dan potensi diri dapat diserlahkan dengan lebih baik.
Bukan itu sahaja, para peserta juga dapat belajar resipi yang ringkas, seimbang dan pastinya enak dari Cef Sharifah Hamidah iaitu Cef Residen MAGGI®.
“Bengkel pada hari mengumpulkan kembali Top 5 peserta MSCC dan kita kongsikan tip memasak kepada mereka. Antaranya perkara asas dalam memasak seperti cara potong bawang dan sebagainya.
Selain tu ada juga cef selebriti dan pakar nutrisi dari pihak kami untuk berkongsi pengetahuan kepada para peserta. Selain itu ada juga praktikal memasak bersama mereka. Jadi bengkel hari ni memang menarik.”

Kata Cef Selebriti iaitu Cef Naem Ramli, latihan secara konsisten akan menjadikan seseorang itu jadi lebih mahir. Melalui sesi demonstrasi bersama chef hebat itu, para peserta berasa terinspirasi kerana dapat belajar untuk mengukuhkan asas dapur dari teknik memotong hingga penyediaan makanan agar mereka lebih yakin memasak sendiri.
Menurut bekas Juara MSSCC 2016, Cef Arif, banyak yang dia belajar sepanjang perjalanannya menyertai pertandingan ini dahulu sehingga membuka ruang kepada dirinya untuk menjadi Cef Profesional. Tambah Cef Arif, setiap ilmu yang dipelajari sepanjang MSSCC digunakan ketika memasak dan menjadikan dirinya lebih cekap di dapur.
“Pada waktu saya sertai MSSCC dulu pada tahun 2016, cikgulah yang banyak beri galakan. Ketika itu saya diberitahu masak bukanlah sekadar memasak tapi sebenarnya boleh cungkil kemahiran dan teknik memasak. Pertandingan ini unik kerana ada cabaran misteri yang mencabar diri kita.
Banyak nilai yang saya belajar dari pertandingan ini antaranya kerjasama dengan kawan, belajar teknik memasak, kaedah mengasah pisau dan juga cara mengatur masa.”

Semua peserta bengkel tampak teruja dengan perkongsian dari cef dan pakar pemakanan. Salah seorang peserta yang mengikuti bengkel ini, Muhammad Amsyar Haikal dari SMK Belara, Kuala Terengganu, berkongsi rasa gembira kerana terpilih untuk sama-sama belajar pelbagai ilmu baharu bersama MAGGI®.
Bukan sekadar belajar asas di dapur seperti penggunaan pisau dan sebagainya namun dapat melatih diri menjadi lebih kreatif dalam mempelbagaikan resipi.
“Benda baharu yang saya dapat hari tentang persahabatan dan masak bersama cef profesional. Teknik yang saya belajar hari cara menyiang ayam dan ikan dengan cara yang mudah. Saya juga dapat belajar cara ‘pecahkan’ ayam seekor kepada beberapa bahagian. Saya sangat bangga dan teruja dapat berjumpa dengan semua cef jemputan dan saya juga berpeluang untuk masak lontong goreng dalam bengkel ni.”
Ternyata bengkel masakan anjuran MAGGI® ini bukan sahaja membuka mata para peserta tentang dunia masakan bahkan memberi pendedahan kepada mereka untuk menjadi lebih mahir di dapur dengan perkongsian ilmu dari semua chef dan pakar pemakanan.
Komitmen MAGGI® Menjadikan Dapur Sebagai Ruang Belajar Dan ‘Bonding Time’
Melalui usaha berterusan seperti MSSCC, MAGGI® terus komited membentuk generasi masa depan yang bukan sahaja mampu memasak, tetapi juga peka, berpengetahuan dan yakin untuk membawa amalan pemakanan seimbang pulang ke rumah, keluarga dan komuniti.
Beri galakan kepada anak-anak untuk serlahkan minat memasak mereka. Jangan lepaskan peluang untuk menyertai MSSCC tahun hadapan, mana tahu anak-anak kita pula yang menjadi Juara nanti!
Untuk maklumat lanjut mengenai MAGGI® MSSCC 2025, sila layari: https://www.maggi.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di




