Tahniah buat pasangan selebriti popular, Rizky Febian dan Mahalini Raharja yang baru sahaja menimang anak pertama mereka.
Perkhabaran gembira itu dikongsikan sendiri Rizky menerusi Instagramnya.
“Bismillahirahmanirahim. Telah lahir buah hati kami “Zairee Selina Quinlyn Kareema Febian” dengan selamat walafiat pada tanggal 15 Februari 2025.
“Selamat datang little star. Semoga kelak menjadi anak yg berbakti, solehah, dan memberikan berkah untuk orang banyak ya nak.
Ads
“Mohon doanya semuanya ,” ujar Rizky Febian di dalam kapsyen Instagram miliknya.
Menerusi hantaran itu, Rizky yang kini sudah pun bergelar bapa turut memuat naik momen manis itu ketika menyambut kelahiran bayi comel mereka.
Ads
Terdahulu, pada awal Januari, Mahalini atau Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, 25, memaklumkan beliau sedang hamil dan mengambil keputusan untuk berehat dari dunia muzik sehingga selepas bersalin.
Ads
Untuk rekod, Mahalini dan Rizky Febian mendirikan rumah tangga pada 5 Mei 2024.
Melayari bahtera perkahwinan sebagai pasangan suami isteri bukan satu fasa yang mudah. Malah sebuah keluarga bahagia adalah impian semua pasangan suami isteri. Justeru, suami dan isteri perlu menguasai sebanyak mungkin cara untuk mengukuhkan hubungan yang intim agar rumahtangga makin bahagia.
Sebagaimana perkongsian oleh Ustaz Ahmad Nasir yang menyatakan salah satu cara untuk mengerakan hubungan suami isteri adalah mandi bersama-sama.
Nabi Saw Mandi Bersama-Sama Isteri
Pernahkah anda mandi bersama-sama isteri anda? Kalau belum, anda patut mencubanya.
Mandi bersama dengan saling jirus-menjirus serta gosok-menggosok dan sebagainya adalah amalan yang cukup bermakna dalam kehidupan suami isteri.
Insyallah mandi bersama-sama ini dapat mengukuhkan lagi rasa kasih suami isteri.
Amalan ini bukan petua yang datang dari orang zaman dulu, bukan juga saranan tokoh motivasi, tetapi ia adalah amalan Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam – manusia paling agung dan paling mulia di atas muka bumi ini.
Imam Al-Bukhari meriwayatkan;
Maksudnya;
“Daripada Aisyah R.Ha berkata :
Aku sentiasa mandi bersama dengan Nabi SAW daripada satu bekas. Tangan kami sama-sama berselisih (ketika menggunakan air dalam bekas itu)”
(Sahih Al-Bukhari : hadis no : 253)
Hadis ini menunjukkan bagaimana indah dan romantiknya Nabi SAW dengan isteri-isterinya. Gambaran romantik ini, dirakamkan sendiri oleh Aisyah yang bercerita bagaimana Baginda SAW boleh mandi bersama-sama sehingga tangan mereka berselisih dan berganti-gantian.
Mandi yang dimaksudkan dalam perbincangan ini, tidak dikhususkan kepada mandi biasa sahaja, bahkan termasuk juga mandi jinabah atau disebut sebagai mandi wajib.
Dalam hadis riwayat Imam Muslim:
Maksudnya;
“Aku selalu mandi bersama dengan Rasulullah SAW daripada satu bekas, dan kami ketika itu sedang berjunub”
(Sahih Muslim : 482)
Mandi bersama bukan sekadar berada di bilik air bersama-sama sambil mandi-manda. Malah ia disertakan juga dengan aktiviti-aktiviti romantik yang boleh meningkatkan kemesraan dan keseronokan. Nabi SAW sendiri ketika mandi itu, tidak sekadar mandi bersama-sama semata-mata.
Aisyah yang mandi bersama Nabi bercerita bahawa ketika sedang Nabi SAW mandi bersama, Baginda SAW merungkai-rungkaikan rambut Aisyah
(Sahih Muslim : 498).
Demikianlah romantiknya Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam.
Cara bergurau senda
Selain itu, sambil-sambil mandi pasangan suami isteri bolehlah bergurai senda, dan berseronok.
Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam sendiri pernah mandi bersama sambil bergurau-gurau.
Mereka berdua bermain-main air, dengan berebut-rebut mengambil air sehinggakan Aisyah dalam suasana sedang berseronok-seronok meminta kepada Nabi agar air itu disimpan untuknya kerana semuanya telah diambil oleh Nabi SAW
(Sunan An-Nasai : 239).
Makin intim
Bahkan aktiviti mandi manda bersama ini juga boleh menjadi aktiviti kemesraan intim yang amat menyeronokkan.
Dalam suasana berdua dalam satu tempat mandi, dan dalam suasana sejuk itu tentunya suami isteri akan terdorong untuk lebih mesra dan intim.
Dalam hal ini, Ummu Salamah pernah bercerita bahawa dia mandi bersama dengan Nabi SAW dan ketika itu Baginda menciumnya.
Menurutnya, peristiwa ini berlaku, ketika Baginda sedang berpuasa
(Mushad Ahmad : 25355).
Demikianlah hebatnya cinta Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam.
Jadikan sebagai petunjuk dan pengajaran
Kita sebagai umatnya amat wajar menjadikannya sebagai petunjuk dan pengajaran.
Jika Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam menyuburkan kasih melalui mandi bersama, mengapa kita tidak boleh lakukannya?
Alangkah malangnya jika perasaan malu tidak bertempat menghalang kita untuk mencontohi amalan Rasulullah SAW ini dalam rumahtangga kita sendiri.
Selain itu, anggapan sesetengah pihak yang mengatakan bahawa mandi bersama-sama dengan isteri merupakan amalan tidak sopan, merupakan satu anggapan yang salah dan tersasar dari ajaran Islam.
Mandi bersama ini secara tidak langsung akan menimbulkan rasa dihargai bagi isteri dan seterusnya menambahkan lagi kasihnya kepada suami.
Suami jadikan ia amalan
Bagi suami pula, amalan ini dapat meringankan tekanan kerja di samping menimbulkan ketenangan hasil kegembiraan yang dirasai oleh isteri.
Bagi suami, usahlah malu untuk mengajak isteri mandi bersama.
Janganlah menyangka bahawa mandi bersama isteri akan menjatuhkan martabat anda sebagai seorang suami yang menjadi ketua keluarga.
Ingatlah, jika Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam sendiri melakukannya, tentu tersirat seribu macam kelebihan di dalam amalan ini.
Isteri jangan menolak ajakan suami
Bagi isteri pula, janganlah menolak apabila di ajak oleh suami mereka untuk mandi bersama.
Lihatlah Aisyah dan Ummu Salamah yang tidak menolak ajakan Nabi SAW untuk mandi bersama-sama.
Bahkan, dilihat bahawa Aisyah amat berbangga dan gembira dengan tindakan Nabi yang mandi dengannya sehingga sanggup menceritakan hal ini.
Jika tidak, masakan kisah ini dibukukan dalam kitab-kitab hadis.
Demikianlah pedoman berumahtangga yang dipetik dari kehidupan Rasulullah sallallahi ‘alaihi wa sallam.
Mudah-mudahan sahabat-sahabat semua terdorong untuk mengikuti jejak insan mulia ini dalam usaha untuk mengukuhkan institusi rumah tangga.
Moga kita semua dirahmati Allah SWT.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam menghadapi wabak Covid-19 ini, semua orang diminta untuk tinggal di rumah dan elakkan diri daripada keluar kecuali hanya untuk membeli keperluan dapur sahaja.
Tidak dinafikan ramai yang mengeluh bosan, mahu keluar dan pelbagai lagi rungutan apabila Perintah Kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan, namun ketahuilah ini adalah salah satu kaedah untuk memastikan kita dan keluarga tidak terdedah pada wabak yang kian meruncing ini.
Duduk di rumah bersama keluarga, boleh cipta sendiri aktiviti bersama. Seperti ibu bernama Farhana Ibrahim guna cara yang cukup kreatif.
Disebabkan PKP dipanjangkan lagi, maka ummi ambik peluang buka ‘kedai’ dalam rumah ni..
Sapa buat kerja, dapatla duit Jutaria. Pastu kumpui2, boleh la mai singgah kedai ummi. Tapi.. tapi setiap anak ada had membeli jgk la especially utk keropok. 😁✌🏻
Good idea!
Kredit: Farhana Ibrahim
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Izzue Islam tidak dapat menahan sebak apabila menerima hadiah istimewa daripada isterinya, Awin Nurin, berupa sebuah Nissan GT-R R35 sempena ulang tahun kelahirannya yang ke-36.
Lebih bermakna, kejutan tersebut turut diraikan bersempena ulang tahun perkahwinan mereka yang ke-13 pada 2 Jun lalu, menjadikan sambutan kali ini cukup manis dan penuh kenangan buat pasangan selebriti berkenaan.
Momen istimewa itu bukan sahaja menyentuh hati Izzue, malah turut menarik perhatian ramai peminat yang mengikuti perjalanan rumah tangga pasangan tersebut sejak sekian lama.
Menerusi perkongsian di TikTok, Izzue Islam atau nama sebenarnya Muhammad Izzul Islam Mazlan menerima kejutan apabila sebuah trak pameran lut sinar tiba di lokasi sambutan ulang tahunnya.
Apa yang membuatkan suasana bertukar emosi, trak berkenaan membawa sebuah ‘super car’ berona putih yang cukup mencuri perhatian.
Sebaik melihat Nissan GT-R R35 tersebut, pelakon dan pengacara itu dilihat tidak mampu menyembunyikan rasa teruja serta sebak. Reaksi spontan yang dipaparkan jelas menunjukkan betapa bermaknanya hadiah tersebut buat dirinya.
Kereta berkenaan turut dihiasi dengan riben serta belon, sekali gus menambahkan lagi seri kejutan istimewa yang dirancang oleh isterinya.
Dalam video yang dimuat naik, suasana penuh kegembiraan jelas dapat dirasai apabila ahli keluarga dan kenalan turut berkongsi detik bersejarah itu bersama pasangan berkenaan.
Dalam video yang dimuat naik, Izzue Islam turut merakamkan momen manis bersama Awin di hadapan kenderaan berkenaan.
Pasangan suami isteri itu tampil sedondon mengenakan busana biru putih, menyerlahkan lagi kemesraan mereka pada hari yang cukup bermakna tersebut.
Sekadar info, Izzue Islam dan Awin Nurin yang juga merupakan pengurusnya diijab kabul pada 2 Jun 2013. Sepanjang 13 tahun melayari bahtera rumah tangga, pasangan ini sering dilihat saling menyokong antara satu sama lain dalam kerjaya seni mahupun kehidupan peribadi.
Semoga ulang tahun kelahiran ke-36 dan ulang tahun perkahwinan ke-13 ini menjadi antara kenangan terindah buat Izzue Islam dan Awin Nurin, serta hubungan mereka terus diberkati, dipermudahkan segala urusan dan kekal bahagia hingga ke akhirnya.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.