Kita selalu merungut tak cukup masa, apa lagi nak main sama-sama dengan anak. Hakikatnya meluangkan masa bermain dengan anak ini banyak kelebihannya.
Bukan untuk anak-anak sahaja bahkan juga untuk mak ayah. Dengarkan perkongsian dari Dr Redza Zainol.
Puas betul saya main dengan anak-anak malam tadi. Melompat, berlari, berlawan sampai tercungap rasanya.
Dihujungnya saya gomol anak-anak sampai semua tak berhenti gelak. Biarkan mereka tercungap sama. Haha!
Bayangkan baru balik kerja anak terus beriya-riya ajak main. Sampai saya tertanya-tanya kenapa tak ajak maknya.
Jujurnya saya bahagia bila bermain dengan anak. Tekanan yang ada semuanya hilang, muka saya pun mesti tersenyum.
Ads
Ikut satu kajian, paras hormon bahagia (oxytocin) seorang ibu itu bertambah bila dia:
– Menyusukan anak
– Memandang wajah anak
– Memeluk
– Mencium anak
– Bercakap dengan nada nyaring serta berlagu dengan anak
Bila hormon bahagia (oxytocin) jadi tinggi, ibu penat macam mana pun, dia tetap rasa bahagia.
Dalam kajian yang sama, ia dapati hormon oxytocin ayah pula bertambah tinggi bila si ayah bermain dengan anak usia Bawah 6 bulan.
Patutlah saya rasa sangat bahagia bila bermain dengan anak.
Ads
Sebaiknya mulalah bermain dengan anak sejak kecil lagi. Saya kongsikan tiga cara bermain yang ayah boleh buat bersama bayi.
1. Tummy Time
Bila bayi diletak pada perutnya, dia belajar untuk mengangkat dan memusing kepala untuk melihat sekeliling.
Bayi akan belajar cara menggunakan tangan untuk menolak badan di atas lantai. Sampailah satu hari dia boleh pusingkan diri hingga terbaring menelentang.
Sesi Tummy Time selama 15 minit setiap hari dah dikira memadai.
Ads
2. Bila dia makin pandai berpusing, boleh letakkan beberapa permainan di sekeliling untuk dia cuba capai dan pegang.
Dia akan cuba menyentuh permainan guna jari, siku, lutut dan kaki. Sebenarnya anak tengah membuat “Body Mapping’. Dia sedang belajar tentang peta anggota badan sendiri.
3. Bermain Peek A Boo
Pada anak, bila kita tutup muka dan hilang dari pandangan dia fikir kita dah hilang selama-lamanya. Sebabnya dia belum faham pasal “Object Permanence” ni.
Bila kita buka tangan sambal cakap “cak” barulah dia tersenyum siap tersengih-sengih. Lama-lama anak faham yang kita tengah bermain dan bukannya hilang.
Anak kecil yang sangat sua dengan tiga cara bermain ni. Yang pastinya, ia akan buat ayah jadi bahagia dan gembira.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Dalam kita menjaga hubungan suami isteri kekal bahagia hingga akhir hayat, ada beberapa perkara perlu diberi keutamaan.
Jangan sekali-kali jadikan kebiasaan beberapa hal ini yang akhirnya boleh menjadi penyebab pergaduhan suami isteri. Nak tahu apakah perkara tersebut, ianya dikongsikan oleh Puan Kamalia Kamal. Semoga ianya menjadi panduan bersama.
5 sebab tersembunyi kenapa suami isteri mudah sangat bergaduh
Mana ada orang bangun tidur terus ajak gaduh. Mana ada hal gaduh ni datang secara tiba-tiba, mesti ada sebab dan tanda-tanda sebelum sesuatu pergaduhan itu berlaku antara pasangan yang hidup berdua.
Ini 5 sebab tersembunyi ramai pasangan tak perasan boleh buat gaduh dalam sesuatu perhubungan
#1 – Teknologi Hack
Nampak macam pekara kecil, tapi bila pasangan lebih banyak beri masa pada handphone ,ia buatkan pasangan rasa seperti dia tak wujud.
Masa makan tengok fon,
masa berak tengok fon,
masa jalan-jalan tengok fon,
masa ziarah orang tengok fon,
masa nak tidur tengok fon.
Seperti pasangan sebelah tak wujud di buatnya.
#2 – High Jealousy
Datang dari rasa insecurity. Kurangnya rasa di hargai buatkan pasangan rasa insecurity dan kemudian bercambah membiak dengan nama cemburu.
Awak suka dia eh?
Kenapa dia call malam-malam?
Awak ni asyik outstation dengan dia je?
Cantik sangat ke baju dia tu?
Buruk sangat ke
#3 – Money Managment
Sifat berkira dan tak telus dalam perhubungan memang punca utama pergaduhan.
Nak jalan ni siapa nak bayar minyak kereta? (walaupun balik umah mak sendiri)
Tak yah makan luarlah, kita jimat (walaupun 2 tahun tak makan luar)
Ish mahalnya baju ni! (walaupun dah setahun tak beli baju)
#4 – Sex Life
Bila ‘bersama’ hanya satu pihak yang merasa puas, satu pihak lagi blur terkapai-kapai.
Suami tak minta, isteri rasa suami tak sayang. Isteri tak minta, suami rasa tak mencabar. Suami lepas dulu, isteri rasa bosan. Isteri tido masa bersama, suami pun rasa bosan.
#5 – SIGNIFICANT CONVERSATION
Pekahwinan melibatkan 2 orang yang punya minat yang berlainan. Mula-mula dengar cerita si dia memang ok, lama -lama rasa nak muntah, bosan dan menyampah sebab tak faham.
Nak cerita, kisah gaduh tak puas hati ni bukan terbina dalam masa satu hari tapi berhari-hari. Bila pasangan senyap, tak bermakna dia ok, tak bermakna dia suka, yang pasti dia sedang memendam rasa.
Jaga-jaga dengan hal pendam ni, sikit-sikit pendam lama-lama jadi bukit pendam (apalah aku punya falsapah ni).
Point dia adalah, hal bergaduh ni takkan terjadi dalam masa sehari, takkan. Kalian sedang bina bait-bait pergaduhan ini tanpa kalian sedar sebenarnya.
Kan bagus kalau kedua pasangan tahu yang perkahwinan ni adalah satu universiti yang you takkan graduate sampai bila-bila. Wajib sentiasa belajar upgrade diri dan usaha untuk capai bahagia bersama.
Tak ada perkahwinan yang mudah cuma mereka yang bertahan dalam perkahwinan ni bukannya sebab mereka ni tak pernah berkelahi dan tak pernah bertelagah, mereka cuma dua insan yang tak pernah mengalah.
Kehidupan ini tidak semua indah belaka. Ada bahagia, duka, ada yang berharta hidup senang dan sebaliknya hidup dalam kesusahan.
Bagi yang berharta pastinya mempunyai kewangan yang kukuh seperti hidup selesa di rumah yang sempurna dengan makan minum yang mencukupi. Namun sebaliknya bagi keluarga yang kekurangan dari segi kewangan. Makanan terpaksa di catu lantaran wang yang tidak mencukupi.
Lebih lagi pandemik ini, ramai yang kehilangan pekerjaan atau terpaksa menutup perniagaan sehingga menjejaskan kehidupan harian. Apabila ini berlaku, terpaksa menjalani kehidupan seadanya termasuk makanan apa sahaja untuk memastikan dapur berasap buat keluarga. Begitulah situasi apabila mengalami kesempatan hidup.
Sebagaimana perkongsian ini, berkisah bagaimana kaki ayam menjadi makanan buat keluarga meneruskan kehidupan.
Kaki ayam yang sering dibuang di restoran makanan menjadi hidangan buat keluarga yang sudah. Bak kata, ‘sampah bagimu, hidangan keluargaku’.
Ikuti kisah yang meruntun jiwa ini. Semoga jadi iktibar bahawa dalam kala kita mewah dengan pelbagai makanan dihidang dimeja, ingatlah ada keluarga yang kesempitan hidup. Jadi hulukan bantuan, ringankan beban jika menemui keluarga sebegini.
SAMPAH BAGIMU, HIDANGAN KELUARGAKU.
Suami saya adalah pembekal ayam kampung di negeri ini. Alhamdulillah, banyak restoran-restoran yang menyajikan lauk ini di Kuantan, suami sayalah watak disebalik cerita. Kebanyakan restoran mahukan ayam yang telah dipotong mengikut kehendak mereka. Ada yang potong 4, ada potong 8! Apabila ayam dipotong, hampir semua kedai tidak mahu ambil kaki ayam, hati, pedal dan organ dalaman lain. Leceh untuk disimpan agaknya. Selalunya suami saya akan menyimpan kaki-kaki ayam dan hati ayam ini dalam freezer besar di rumah. Tapi kalau dah masuk 2 minggu dan stok ayam masuk lagi, tempat yang terhad memaksa suami saya mencari jalan untuk mengosongkan freezer dari barang lain. Maka jalan terakhir, tanam atau buang sahaja kaki dan hati ayam ini jika tidak disedekah kepada orang lain. ‘Ada kaki ayam tak? Kak Yah nak sikit.’ Pesanan ringkas dari kakak sulung saya di satu pagi.
Bagi kaki ayam pada orang kampung
Kebetulan suami saya dah merungut kaki ayam dan hati yang banyak dalam freezer. Kami ambil keputusan menghantar sendiri semuanya ke rumah kakak. Sebenarnya ni satu jalan mudah. Jika kakak datang sendiri, pasti sedikit saja dia ambil. Tapi jika kami hantar dengan kenderaan pacuan empat roda kami, dah pasti kami boleh kosongkan freezer bahagian kaki ayam dan hati sekelip mata. Bagi semua! Padan muka kakak uruskan. 😂 Kami hantar dan terus pulang ke rumah. Lupakan hal kaki ayam.
Esoknya, saya terima pesanan yang sangat panjang dalam aplikasi WhatsApp dari kakak. ‘Ti, tau tak. Semalam kak tengok banyak betul kaki dengan hati ayam hampa bagi. Terkejut jugak. Kak rendam semua. Bila dah lembut, kak bungkus. Kak panggil jiran-jiran datang ambil. Mula-mula serba salah juga. Bimbang orang kata: sampah, kau sedekah. Tapi kak fikir, bagi sajalah. Siapa nak, ambil. Tak nak, jangan ambil. Tapi, ramai betul datang ambil. Alhamdulillah habis semuanya.’
Kaki ayam jadi lauk seisi keluarga
Tersenyum saya membacanya. Kemudian dia menyambung. ‘Semalam, lepas ajar budak-budak mengaji. Ada seorang jiran kak ‘message’. Terima kasih Kak Yah, bagi kaki ayam tadi. Syukur sangat. Tak tahulah nak cakap macamana.
Semacam betul-betul Allah hantar kaki ayam ni pada kami sekeluarga. Sebenarnya dah dua hari kami anak-beranak tak makan.
Suami saya kena tangkap polis kes mencuri. Saya tak tahu nak pujuk macamana dah anak saya yang menangis lapar. Makanan di rumah satu pun tak ada. Tiba-tiba Kak Yah bagitau suruh datang rumah ambil kaki ayam ni. Allah. Macam ajaib. Terima kasih Kak Yah. Dah tidur anak-anak saya dapat makan malam ni. Terima kasih sangat-sangat.
Ti, kak tulis ni pun sambil menangis. Lepas ni hampa jangan buang lagi kaki ayam. Bagi kak. Kak nak bagi pada jiran-jiran. Kita tak tahu siapa dapat kita selamatkan dari lapar asbab bagi benda yang kita anggap ‘sampah’ ni.’ Allah Allah. Menangis saya baca.
Sungguh, zaman sekarang dah mengubah banyak corak hidup kita. Kita dituntut untuk jaga hak seorang jiran. Tapi, kita makin jauh.Kita dituntut supaya tidak tidur selagi ada jiran yang masih kelaparan kerana kemiskinan tapi kita langsung tak ambil tahu. Yang paling dahsyat, ada juga yang tak kenal pun jiran-jirannya. Rupa bagaimana. Kerja apa. Anak berapa orang. (Sayalah itu) Allahu.😭
Sedekahlah, bantu tanpa menilai
Sedekahlah. Beri apa yang ada dalam tangan. Bantu tanpa mengharap ia dinilai dan kita dapat pujian. Beri tanpa harap apa-apa. Ikhlas! Beri kemudian lupakan. Allah Allah. Berilah kami peluang yang banyak untuk bersedekah. Sungguh kami selalu leka. Jangan balas kami dengan takdir buruk di akhirat kerana kelalaian kami pada hak saudara kami yang susah. Dalam pada teruja dengan menu-menu berbuka yang serbaneka, berilah kami ruang untuk menghilangkan lapar orang yang teruji. Sungguh, kamilah hambamu yang hina dan selalu lupa… Sampah bagi kita, kadang jadi hidangan hebat bagi satu keluarga yang dalam kesusahan. Moga Allah ampunkan kami. Wallahu’alam
Penyanyi, Ayda Jebat jarang-jarang berkongsi kisah anak keduanya, Aali Mateen yang kini semakin membesar.
Namun perkongsian penyanyi itu di Instagramnya baru-baru ini menarik perhatian ramai.
Menerusi entri itu, wajah si comel Aali Mateen yang kini berusia hampir sembilan bulan dikongsikan ibunya. Bahkan Ayda juga turut berkongsi perkembangan terkini anak keduanya itu.
“Good Morning from Dedek Aali. Gebu dek! Almost 9 months!
“Cepatnya masa berlalu. Tau tau kejap lagi dia dah pergi main paintball dengan Dadaa @nabilmahir
“Dedek Update:
• Dah ada 6 gigi • Favourite food : BROCCOLI & BANANA • Cuba nak jalan sendiri walaupun diri masih terhuyung hayang • Anak Dadaa • Diaper size XL
Malah wajah comel dan ceria Aali yang tampil mempromosikan lampin pakai buang menarik perhatian ramai. Memang comel dan gebu gebas.
Wargamaya juga meninggalkan pelbagai reaksi malah geram dengan tubuh badan semangat Aali Mateen.
Terdahulu, Ayda mendirikan rumahtangga bersama suaminya, Nabil Mahir pada 1 Januari 2021. Pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata, Ana Nayla dan Aali.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.