Bagi setiap pasangan, pasti anda ingin memberikan sebuah kenangan terindah untuk anak-anak tidak kiralah sama ada sewaktu mereka lahir, sambutan hari jadi atau majlis-majlis yang dibuat untuk meraikan anak anda.
Seperti pasangan ini, Datuk Addy Kana dan juga isterinya Datin Alyaa Syuhaila telah mengadakan majlis aqiqah yang serba mewah untuk anak bongsunya.
Majlis yang diraikan seperti majlis perkahwinan itu dilihat membawa masuk Alyaa diiringi beberapa pengapit. Kelihatan pula Addy Kana membawa anak mereka dengan menggunakan sebuah stroller mewah.
Kelihatan Addy dan isterinya Datin Alyaa Syuhaila mengenakan busana berwarna putih dan tetamu yang hadir juga mengenakan warna yang sama.
Apa yang menarik perhatian adalah stroller yang dibawa oleh Datuk Addy Kana yang sememangnya diimpikan oleh setiap pasangan untuk anak mereka. Dengan reka bentuk klasik, harga bagi jenama stroller tersebut mencecah hampir RM14,000.
Ads
Terdahulu seorang pempengaruh Ryzal Ibrahim Durian Kimchi pernah dikritik kerana membeli stroller bayi mewah untuk anaknya Rina yang bernilai sehingga RM20,000.
Ads
Namun Ryzal menjelaskan bahawa stroller jenis British Royal Pram buatan tangan yang diimport dari England itu kini nilainya sudah mencecah sehingga ratusan ribu ringgit.
Dia menganggap pembelian yang dilakukan itu sebagai satu pelaburan.
“Haritu beli RM20k je sekarang dah RM270k. Esok kita kita salut rose gold, siapa nak beli boleh lah saya jual murah-murah RM170K. Ini baru kita panggil pelaburan,” katanya.
Pasangan suami isteri ini antara yang sering menjadi perhatian netizen. Mereka kini semakin bahagia dengan kehadiran si kecil bernama Dariya Inara.
Biarpun agak low profile dan tidak suka menunjukkan kebahagian keterlaluan di laman sosial mereka, namun setiap kali memuat naik perkongsian di instagram, pasti berpusu-pusu komen yang diterima.
Semalam, Sari Yanti menerusi catatannya di instagram berkongsi kisah dia dan Jep ketika berkawan dua tahun lepas. Gambar berpakaian ninja adalah throwback dua tahun lepas.
“Today . Two years ago . Kejap je dah dua tahun.
Time kakak tengah training jadi Ninja dulu ada la kawan kakak ni teman. Baik dia.
“Sebenarnya lantai tempat ni susah berdiri.. dia sentiasa buat kita macam nak jatuh. Sangat struggled kita nak pose . Tapi gigih jugak Sebab nak buat kenangan kan,”kongsinya menerusi kapsyen.
Tambah Sari lagi, gambar tersebut sahaja yang ada dalam banyak-banyak gambar yang boleh throwback memandangkan dia kini sudah berhijab.
“Gambar ni je dalam banyak banyak gambar boleh throw back sebab time jadi ninja ni tutup kepala”
Perkongsian tersebut mendapat reaksi dari pengikut Sari Yanti. Rata-rata mengatakan pasangan ini sweet dan mendoakan mereka kekal bahagia. Tak kurang ada yang memuji Sari Yanti memuat naik gambar menutup rambut.
rizatul97Bagus kak sari ni. Throwback gambar yg bertutup.Alhamdulillah. Semoga kak sari @sariyanti Dan abg jep @jepsepahtu Sentiasa berbahagia dan dlam lindunganNya.
Bab hanger atau penyangkut baju selalu hilang sering di alami oleh ibu-ibu. Setiap kali beli yang baru, pasti tidak cukup. Pening kepala dibuatnya kan.
Bagi atasi masalah ini, ibu-ibu boleh cuba cara yang dikongsikan saudara Mohd Azrin Roselan ini.
Saya dan isteri selalu sahaja mengalami penyangkut baju bersepah dan hilang. Ting! tiba-tiba dapat idea untuk hasilkan rak penyimpan penyangkut baju dari paip PVC. Project DIY hujung minggu menghasilkan rak tempat letak penyangkut baju murah dan mudah. Bila dah ada rak penyangkut baju tiada lagi masalah penyangkut baju bersepah dan hilang. Kalau hilang juga tentu ia hilang sekali dengan raknya sekali.
Modal nak hasilkan rak penyangkut baju sekitar RM20. Bahan-bahan yang diperlukan:-
1. Paip PVC 15mm sepanjang 9 kaki
2. Gam paip PVC
Kos upah: Air Sirap.
Sila LIKE dan SHARE AzrinRos Suami yang baik, suami yang senangkan isteri
Umumnya sebagai ibu ayah tujuan kita membawa seisi keluarga bercuti, antaranya untuk mengisi masa dengan aktiviti yang dapat mengeratkan bonding antara kita anak beranak.
Pun begitu lain pula tujuan keluarga ini hingga nekad membawa mereka seisi keluarga mengelilingi dunia. Lain tak bukan difahamkan untuk mengisi setiap ruang dalam memori visual anak-anak dengan imej yang paling terbaik dan tercantik sebelum anak-anak mereka menjadi buta.
Ini sebagaimana memetik laporan CNN bahawa anak perempuan mereka, Mia hanya baru sahaja berusia tiga tahun ketika pasangan dari Kanada, Edith Lemay dan Sebastien Pelletier mula menyedari apabila anaknya mengalami masalah penglihatan.
Beberapa tahun selepas bertemu kali pertama dengan pakar, anak sulung mereka, Mia telah didiagnos menghidapi retinitis pigmentosa, satu keadaan genetik yang jarang ditemui dan boleh menyebabkan kemerosotan pada penglihatan dari masa ke masa.
Pada saat ini, Lemay dan Pelletier yang sudah mendirikan rumah tangga selama 12 tahun menyedari bahawa dua lagi anak-anaknya yang lain iaitu Colin, 7 dan Laurent, 5 juga menghidapi simptom yang sama.
Ketakutan mereka sampai ke tahap kemuncak apabila anak-anak lelakinya telah didiagnosis dengan masalah genetik yang sama, manakala salah seorang anak lelakinya yang lain bernama Leo, 9 tidak menunjukkan apa-apa tanda masalah genetik tersebut.
“Tiada perkara yang dapat dilakukan.
“Kami tidak dapat mengetahui tahap kepantasan bagi masalah genetik ini tetapi kami menjangkakan mereka berkemungkinan akan menjadi buta sepenuhnya pada pertengahan usianya,” kata Lemay, menerangkan bahawa tiada penawar ataupun rawatan berkesan untuk melambatkan perkembangan retinitis pigmentosa.
Menurut Institut Mata Kerajaan, iaitu sebahagian agensi Jabatan Servis Kesihatan dan Kemanusiaan Kebangsaan US, gejala-gejala retinitis pigmentosa biasanya mula kelihatan sewaktu zaman kanak-kanak dan kebanyakan manusia mula mengalami kemerosotan pada penglihatan.
Isi peti memori visual anak-anak
Setelah perkhabaran berita itu di terima, pasangan tersebut mula memberikan tumpuan untuk membantu mempersiapkan anak-anak mereka dengan beberapa kemahiran yang diperlukan untuk menjalani kehidupan masing-masing pada masa depan.
Ketika pakar yang mendiagnos Mia mencadangkan mereka untuk mendedahkan anak mereka dengan memori visual, Lemay menyedari bahawa terdapat satu cara yang menarik boleh dilakukan terhadap anak-anaknya.
“Saya fikir, saya takkan tunjuk rupa gajah hanya pada ilustrasi buku sahaja, saya akan bawa mereka pergi melihat gajah sebenar.
“Dan saya akan isi setiap ruang dalam memori visual mereka dengan imej-imej yang paling terbaik dan tercantik, selagi saya mampu,” katanya.
Dia dan suaminya mula membuat perancangan untuk menghabiskan masa setahun demi membawa anak-anaknya mengembara ke sekeliling dunia.
Sebelum menjadi ibu bapa, Lemay dan Pelletier selalu pergi mengembara bersama-sama. Walau bagaimanapan pun, mereka belum ada pengalaman membawa anak-anak dalam pelbagai perjalanan yang panjang sebagai satu keluarga.
“Bila diagnos sedemikian, kami perlu bertindak cepat. Sememangnya banyak perkara yang dapat dilakukan di rumah, tetapi dengan pengembaraan adalah yang terbaik.
“Bukan sekadar dapat melihat pemandangan, tapi kita dapat melihat perbezaan manusia dan budaya,” tambah Pelletier yang berkerja di sektor kewangan.
Mereka mula membuat simpanan untuk pelan mengembara bersama sekeluarga, dalam masa sama ‘tabung’ mereka turut dibantu oleh saham syarikat tempat Pelletier bekerja.
“Ini merupakan hadiah kecil daripada kehidupan,” kata Lemay yang bekerja di bidang logistik bahan penjagaan kesihatan.
Mengembara Mengelilingi Dunia
Pada mulanya keluarga yang terdiri daripada enam beranak ini dijangka akan mengembara pada Julai 2020 dan semuanya telah dirancang dengan teliti termasuklah ingin ke Rusia melalui jalan darat dan meluangkan masa di China.
Walau bagaimanapun, mereka terpaksa menangguhkan perjalanan untuk beberapa tahun disebabkan sekatan perjalanan yang berpunca daripada pandemik global Covid-19 hingga terpaksa menyusun pelan berkali-kali.
Sehinggalah pada Mac tahun ini, sekeluarga itu pun mula berhijrah meninggalkan Contreal, Kanada untuk memulakan pengembaraan jauh mereka mengelilingi dunia demi ‘mengisi’ memori visual terakhir untuk anak-anak.
“Sebenarnya, kami mula mengembara tanpa ada perancangan yang terperinci. Kami ada beberapa idea untuk ke mana kami akan pergi, tapi kami memilih untuk merancang sewaktu perjalanan. Mungkin pada bulan yang akan datang, kata Lemay.
Sebelum berlepas, keluarga Lemay-Pelletier telah mencipta satu senarai pengalaman yang ingin ditimba sewaktu pengembaraan mereka. Menurut Lemay, Mia teringin untuk menunggang kuda, manakala Laurent mahu minum jus di atas unta.
“Ia terlalu spesifik dan sangat kelakar,” dia menambah.
Mereka memulakan perjalanan di Namibia, di mana mereka dapat mendekati haiwan-haiwan seperti gajah, kuda belang dan zirafah.
Selepas itu, mereka pergi ke beberapa negara di benua Afrika seperti Zambia dan Tanzania sebelum mengambil tiket penerbangan untuk ke Turkiye dan menghabiskan masa di sana selama sebulan.
Difahamkan, kini mereka sedang berada di Mongolia sebelum dijangka bakal mengembara ke negara Indonesia pula.
Lihat Visual Menakjubkan Sebelum Buta
“Kami memberikan tumpuan pada pemandangan. Kami juga memberikan fokus kepada pelbagai jenis flora dan fauna.
“Kami telah melihat pelbagai haiwan yang menakjubkan bukan hanya di Afrika tetapi di Turkiye dan banyak tempat.
“Kami cuba sedaya supaya untuk menunjukkan semua ini kerana mereka tidak dapat melihatnya di rumah dan mendapat pengalaman yang sangat menakjubkan,” katanya.
Selain dapat menyaksikan pemandangan memukau sementara penglihatan masih dalam keadaan baik, pasangan ini berharap agar pengembaraan tersebut dapat membantu anak-anak mereka membina hidup yang lebih bagus di masa akan datang.
“Mereka perlu untuk menjadi tabah sepanjang menjalani kehidupan mereka,” tambah Lemay, sambil menunjukkan jarinya ke arah Mia, Colin dan Laurent yang mengalami masalah penglihatan semakin teruk.
Tidak Pernah Menyerah
“Mengembara ialah sesuatu perbuatan yang membuatkan kita mempelajari banyak perkara. Ia sangat indah dan menyeronokkan tetapi ia boleh menjadi sukar.
“Anda boleh rasa tak selesa. Anda boleh rasa penat. Ada juga mengalami kekecewaan. Terdapat banyak perkara yang dapat dipelajari menerusi pengembaraan,” katanya.
Difahamkan juga ketika Mia yang kini berusia 12 tahun sudah mengetahui keadaan dirinya ketika berumur tujuh tahun, Colin dan Laurent baru sahaja mengetahui keadaan ini dan mereka mula bertanyakan soalan-soalan yang sukar untuk dijawab, dari sudut emosi.
“Anak saya yang paling kecil pernah bertanya saya, ‘Ibu, apa maksudnya kalau saya jadi buta? Saya boleh pandu kereta ke?”
“Anaknya itu baru sahaja berusia lima tahun. Akan tetapi, dia akan memahami apa yang berlaku perlahan-lahan. Bagi dirinya ia merupakan satu perbualan biasa. Tapi bagi saya…ia sangat meruntun hati saya,” kata Lemay.
Bagi anak kedua pula, Leo merasakan itu hanyalah pengetahuan mengenai keadaan genetik adik-beradiknya dan boleh dikatakan sebagai sebahagian daripada rencah kehidupan.
Lemay dan Pelletier berharap agar dapat meluangkan masa bersama-sama di pelbagai negara dan merasai diversiti budaya, memberikan bukti kepada anak-anaknya betapa beruntungnya mereka walaupun terpaksa berdepan dengan pelbagai cabaran yang akan menanti di hadapan pintu masa depan mereka.
“Walaupun kehidupan mereka akan menjadi sukar, saya mahu tunjukkan kepada mereka betapa bertuahnya diri kita untuk masih memiliki bekalan air di rumah dan dapat pergi ke sekolah setiap hari dengan memiliki buku-buku yang berwarna-warni,” tambah Lemay
Dia juga mengatakan bahawa keempat-empat anaknya sangat mudah untuk mengadaptasi kehidupan di jalanan.
“Sifat ingin tahu mereka sangat menakjubkan. Mereka mudah untuk menyesuaikan diri dengan suasana dan makanan bagi negara yang baru dikunjunginya. Saya berasa bangga dengan pencapaian mereka,” tambahnya.
Memandangkan pengalaman visual merupakan prioriti utama, Lemay berkata pengembaraan itu akan menunjukkan ‘sesuatu kelainan’ dan membekalkan mereka dengan gugusan memori yang tidak dapat dilupai.
“Tak kira mana-mana kita pergi sekali pun, terdapat banyak tempat-tempat cantik.
“Dan kita sendiri pun takkan tahu apa yang akan membuatkan kita rasa teruja. Kita sendiri akan memberitahu diri kita bahawa sesuatu penemuan itu sangat menakjubkan.
“Ketika mereka terserempak dengan anak-anak anjing di tepi jalan, ia mungkin satu perkara yang paling menyeronokkan dalam kehidupan mereka,” katanya.
Media Sosial & Respons Orang Ramai
Keluarga hebat ini telah mengukirkan lembaran kenangan perjalanan mereka menerusi media sosial, iaitu membuat hantaran mengenai perjalanan mereka dari masa ke masa menerusi platform Facebook dan Instagram.
Menariknya, salah seorang daripada 11,000 pengikut (followers) mereka di Facebook ialah seorang guru yang mengajar di sebuah sekolah khas untuk pelajar buta dan mengalami masalah penglihatan di Quebec.
Difahamkan, guru tersebut sering menceritakan mengenai pengembaraan mereka dalam kelasnya.
“Setiap minggu, dia akan membuka halaman Facebook kami dan memberikan deskripsi terhadap semua gambar-gambar ataupun membaca semua coretan yang saya hantar. Secara tidak langsung, mereka sudah menjadi sebahagian daripada pengembaraan ini.
“Kebolehan untuk berkongsi pengalaman bersama orang lain merupakan satu anugerah yang membuatkan saya berasa sangat bersyukur. Ini yang membuatkan saya sangat-sangat gembira,” luahnya.
Lemay berkata bahawa sesiapa yang mengalami nasib yang serupa ataupun memiliki ahli keluarga yang menghidapi retinitis pigmentosa boleh menghubungi dirinya untuk mendapatkan kata-kata semangat.
Lemay dan Pelletier mengakui bahawa diagnosis tersebut telah merunsingkan fikiran mereka, tetapi mereka perlu fokus untuk mewarnai kehidupan pada masa sekarang dan mencurahkan semua ‘tenaga positif’ dalam perkara-perkara positif.
“Kita takkan pernah tahu bila ia akan bermula atau bagaimana kepantasan keadaan ini boleh menjejaskan penglihatan mereka.
“Maka, kita akan memanfaatkan setiap detik waktu sebagai seorang ahli keluarga ini untuk memastikan cahaya-cahaya mata kami dapat merasai pengalaman ini, dengan sebaik mungkin,” tambahnya Pelletier.
Ketika keluaraga tersebut merancang untuk pulang ke rumah mereka di Quebec pada Mac tahun depan, mereka mengatakan bahawa mereka cuba untuk tidak memikirkannya terlalu mendalam.
Justeru, kemampuan untuk menjalani kehidupan seperti ini adalah satu kunci bahawa keluarga ini sudah mempelajari banyak perkara dalam beberapa bulan.
“Pengembaraan ini telah membuka mata kami terhadap aneka perkara dan kami betul-betul mahu menikmati apa yang kami ada bersama-sama manusia lain di sekeliling kami.
“Jika perkara ini boleh diteruskan apabila kami kembali ke rumah, walaupun dalam rutin harian kami, ia tetap akan menjadi pencapaian yang sangat baik,” tambahnya.
Walaupun mengembara sebagai satu keluarga benar-benar menduga seperti memberikan pendidikan kepada anak-anaknya sewaktu di jalanan, pasangan ini optimis bahawa ia adalah satu bukti hubungan mereka semakin akrab.
“Hubungan mereka sangat baik. Saya rasakan ini dapat mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama mereka. Dan harapnya, mereka dapat meneruskannya pada masa yang akan datang, agar mereka dapat menjadi tulang belakang antara satu sama lain,” tambahnya.
Mengharapkan Keajaiban
Pelletier menekankan bahawa mereka berdua masih berharap agar Mia, Colin dan Laurent tidak akan menjadi buta.
Akan tetapi, pasangan itu berharap masih melakukan segala-galanya untuk memastikan mereka sekeluarga dapat menjalani kehidupan, tanpa mengira apakah kisah yang akan menanti pada masa yang akan datang.
“Harapnya, penemuan sains dapat memberikan solusi. Kami sering berharap perkara yang baik akan terjadi.
“Akan tetapi, tiada siapa yang menjamin kehadiran khabar baik pada masa akan datang maka, kami mempersiapkan anak-anak kami dengan kemahiran-kemahiran ini agar mereka dapat mengatasi ranjau kehidupan pada masa yang akan datang,” katanya.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.