Sekali sekala ingin mengadakan majlis keluarga, seperti majlis sambutan ulang tahun kelahiran, majlis pertunangan, majlis perkahwinan dan sebagainya memang diakui boleh buntu juga dibuatnya. Apa tidaknya, sebagai penganjur majlis kita mahukan yang terbaik dan istimewa untuk majlis tersebut dan kalau boleh biarlah diingati sepanjang masa oleh tetamu yang bertandang.

Oleh itu jangan pening kepala, sebenarnya semua ini dapat direalisasikan tanpa perlu anda pergi jauh. Hanya di Klang sahaja, impian anda sekeluarga bagi menjayakan majlis yang bermakna dapat direalisasikan bila anda memilih  Glass House @Klang.

Majlis Keluarga Jadi Auto Istimewa Bila Buat Di Glass House @Klang, Ni Sebabnya!

Jika anda ingin tahu, Glass House @Klang ini diasaskan oleh GFG World Property Sdn Bhd di atas usahasama Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Ken Lee. Beliau mempunyai latar belakang dalam perniagaan sewaan, khususnya sewaan bilik, pejabat, hotel dan pelbagai usaha sewaan lain. Penglibatan beliau dalam industri sewaan bermula sejak tahun 2002.  Pada awalnya, kami cuma menumpukan pada Corporate Event Concept dan menawarkan servis sewaan ruang khas untuk mesyuarat, perbincangan, perjumpaan bersama klien dan juga persidangan awam.

Idea untuk penubuhan Glass House @ Klang tercetus apabila Event Space di Ground Floor mendapat sambutan yang baik sejak ia dimulakan. Justeru itu,  Encik Ken Lee telah merancang untuk menjadikan kawasan rooftop  sebagai Event Space baru yang berkonsepkan glass garden hall yang boleh memuatkan 200 tetamu dalam satu masa.

“Pemilihan bandar Klang sebagai landmark untuk Glass House adalah kerana dapati belum ada lagi Event Space yang menawarkan konsep yang sama di kawasan Klang.

“Justeru itu, kami mengunakan peluang ini untuk menarik ramai lagi pelanggan di sekitar Klang dan menawarkan servis Event Space yang berkonsepkan glass garden hall yang ada di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur,” ujar Ken Lee ringkas.

Bercerita lanjut mengenai di awal-awal pembinaan Glass House @ Klang, siapa sangka ianya telah dirancang pada tahun 2019, namun terpaksa ditangguhkan selepas bermulanya MCO.

“Kami masih ingat saat-saat ketika projek Glass House kami terhenti sepenuhnya dan perancangan awal untuk menyiapkan pembinaan glass house pertama di Klang dalam tempoh satu tahun telah terbatas.

IKLAN

“Walaubagaimanapun, Glass House @ Klang telah berjaya disiapkan sepenuhnya pada bulan Oktober tahun lalu. Majlis pertama yang diadakan untuk salah satu Corporate Event telah berjaya dijalankan dengan sebaiknya. Kami juga telah mula menerima maklumbalas yang baik dari tetamu yang hadir,” jelas Ken Lee lagi.

Konsep Dan Idea

Sebagimana sedia maklum, Glass House @ Klang merupakan Event Space yang berkonsepkan glass garden hall dan menawarkan pemandangan yang menakjubkan dengan suasana eksklusif mahupun di kawasan indoor mahu pun  outdoor.

Majlis Keluarga Jadi Auto Istimewa Bila Buat Di Glass House @Klang, Ni Sebabnya!

“Keunikan yang ditawarkan di sini pasti membuatkan pelanggan dan tetamu berasa teruja. Antaranya di kawasan Sky Garden Walkway yang dipenuhi dengan hiasan tumbuhan asli di sepanjang laluan yang kemudiannya membawa mereka kepada Glass Hall.

IKLAN

“Begitu juga dengan ruangan dewan di sini, diilhamkan berkonsepkan kaca dan modern English Interior pasti membuatkan pelanggan dan tetamu terpukau dan teruja untuk mengadakan acara penting mereka di venue kami.

“Jadi tidak hairanlah ramai tetamu turut berkongsi maklumbalas mereka tentang keunikan Glass House @ Klang dimana mereka boleh menyewa Event Space dengan konsep indoor dan outdoor dalam suatu masa.

“Mereka juga boleh mengadakan Garden Wedding Style di kawasan Outdoor Garden bersebelahan dengan Glass Hall kami. Selain itu, mereka juga teruja kerana dapat melihat kawasan bandar Klang dari Sky Deck yang terletak di ruangan atas sambil menikmati pemandangan matahari terbenam di waktu senja,” cerita Ken Lee panjang lebar.

Majlis Keluarga Jadi Auto Istimewa Bila Buat Di Glass House @Klang, Ni Sebabnya!

Tawaran Pakej Istimewa

IKLAN

Bukan sahaja Glass House @ Klang menawarkan Venue Rental Package yang istimewa malah turut lengkap bersama dengan sajian makanan dan dekorasi untuk majlis yang diadakan. Semua ini menjanjikan kesempurnaan majlis yang diimpikan oleh setiap pelanggannya.

“Pakej yang ditawarkan bukan sahaja difokuskan kepada majlis perkahwinan, malah kami juga menerima tempahan untuk majlis pertunangan/resepsi, sambutan ulangtahun kelahiran, upacara rasmi bagi setiap keagamaan dan juga Corporate Event.

“Pakej yang bermula dari harga RM3500 dengan fasiliti lengkap bersama bilik persiapan, audio system, kelengkapan dewan dan parking pasti berjaya menambat hati pelanggan kami yang masih mencari tempat yang sesuai untuk majlis mereka.

Majlis Keluarga Jadi Auto Istimewa Bila Buat Di Glass House @Klang, Ni Sebabnya!

 

“Pihak Glass House @ Klang juga sentiasa berbesar hati untuk menerima segala maklumbalas yang diberikan oleh pihak pelanggan dan tetamu kami. Sejak dari awal operasi kami, maklumbalas yang diterima sentiasa kami jadikan sebagai benchmark untuk penambahbaikan untuk servis dan venue  kami,”ujarnya lagi di akhir bicara.

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI