Gadis 13 tahun melecur teruk dibakar hidup-hidup bapanya gara-gara keluar rumah tak minta izin. Seorang lelaki tergamak membakar anaknya hidup-hidup gara-gara anaknya keluar rumah tanpa meminta izin. Mangsa dilaporkan mengalami lecur yang teruk.
Gadis 13 Tahun Melecur Teruk Dibakar Hidup-hidup Bapanya Gara-gara Keluar Rumah Tak Minta Izin
Perbuatan kejam itu dilakukan Iwan Hasan, 44, terhadap puterinya, MH, 13, ketika kejadian di kediaman keluarga itu di Kelurahan Kota Baru, Ternate Tengah, Maluku Utara di Indonesia pada Khamis lalu.
Menurut polis, Iwan berang setelah mangsa meninggalkan rumah bersama temannya menuju ke Sofifi, Kecamatan Obe Utara di Kota Tidore pada Selasa lalu.
“Bapa MH naik angin apabila mengetahui rakan anaknya sudah pulang sedangkan mangsa masih berada di Sofifi.
“Iwan bersama teman anaknya kemudian menuju ke Sofifi pada malam Rabu dan berjaya menemui MH yang dibawa pulang pada hari sama,” jelas jurucakap pihak berkuasa.
Siasatan awal polis mendapati Iwan tidak berpuas hati dengan alasan yang diberikan anaknya lalu dia bertindak mengasari mangsa termasuk membotakkan kepala.
“Akibat terlalu ikutkan rasa amarah, pelaku akhirnya menyiramkan minyak tanah ke atas tubuh anaknya dan membakarnya dengan api lilin.
“Tindakan melulu suspek telah menyebabkan kecederaan serius pada kepala dan tubuh anaknya.
“Dia terpaksa menjalani rawatan intensif di unit rawatan rapi (ICU) selepas dikejarkan ke hospital berhampiran. Keadaannya masih belum stabil dan sedang dipantau,” ujarnya lagi.
wan akhirnya ditahan pihak berkuasa dan beberapa saksi turut memberi keterangan berhubung insiden menggemparkan itu.
Beberapa bahan bukti seperti tali rafia, baju, minyak tanah dan gunting turut dirampas polis untuk siasatan lanjut.
Sumber: Sinar Harian
Kredit top image: Freepik
Baca artikel lain juga: Jangan Letak Ubat Gigi, Minyak Gamat, Kicap Dr Ni Jelaskan Melecur Boleh Jadi Lebih Buruk Jika Salah Rawat!
Nak macam-macam info? Klik channel Telegram KELUARGA atau join keluargagader club
Dapatkan perkongsian lebih menarik dari Tik Tok Keluarga @keluarga.my