Zaman sekarang dah maju, semuanya dibuat secara atas talian untuk memudahkan kerja. Bagi ibu ayah yang mana ‘buta IT’, terutamanya bagi urusan bank, orang yang paling dipercayai semestinya anak-anak.
Namun, siapa sangka, dek kerana percayakan anak, ibu ayah gelap mata duit di dalam bank rupanya habis dek kerana sifat ketamakan si anak. Jom ikuti perkongsian yang boleh jadikan pengajaran buat semua dan semoga Allah jaga hati kita untuk jauhi dari berperangai sebegini. Amin..
Ads
Jadikan pengajaran.
Anak yang diamanahkan pegang kad simpanan bank,
Anak yang tahu password kad ATM pencen orang tua,
Anak yang tahu password akaun Tabung haji,
Anak yang tahu jumlah akaun simpanan orang tua..
Biasanya dialah anak yang tinggal dekat atau rapat dengan orang tuanya..bukan anak yang tinggal jauh.
Orang tua pula tak celik IT..
Sepenuh kepercayaan hal simpan, pakai duit diserahkan pada anak tersebut.
Bahayanya anak tersebut jadi “gelap mata” bila tengok duit orang tua terkumpul banyak dan menyamun duit orang tuanya. Celakalah kamu penipu harta orang tua.
Berdosa kerana tidak amanah.
Setiap kehidupan psikologi kanak-kanak peringkat sekolah rendah pasti mengalami proses pertumbuhan dan perkembangan yang berperingkat. Lantaran itu, bagaimana peranan ibu bapa dan perkembangan anak pada tahap ini? Ikuti kupasan lanjut oleh Dr. Abdul Halim bin Masnan, Ketua Jabatan, Jabatan Pendidikan Awal Kanak-kanak, Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris mengenai hal ini.
Arnold Gesell (1949) menyatakan bahawa setiap kanak-kanak di seluruh dunia kebiasaannya mengalami sistem pertumbuhan dan perkembangan secara berperingkat yang hampir sama. Mereka akan cenderung untuk mempelajari sesuatu yang baru mengikut tahap pemikiran dan keupayaan mereka.
Bagi perkembangan psikologi kanak-kanak pada peringkat umur 7 hungga 9 tahun misalnya, keupayaan mereka dapat dikenalpasti melalui tahap perkembangan kognitifnya. Perkembangan kognitif kanak-kanak secara saintifiknya, akan mengalami perubahan dari segi tahap pemikiran mereka sama ada berdasarkan kepada pengalaman persekitaran ataupun melalui pembelajaran dalam sesuatu bidang ilmu yang dipelajari.
Berdasarkan teori kognitif oleh Jean Piaget, penekanan berkaitan proses pemikiran pembelajaran kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh faktor dalaman mereka yang berkait dengan emosi dan perlakuan. Kanak-kanak akan cuba untuk mempelajari sesuatu maklumat baru yang diproses di dalam otak, digunakan semula dan akhirnya membuat keputusan dan menyelesaikan masalah.
Fungsi kecerdasan semakin meningkat
Sebagai contoh, apabila seorang kanak-kanak yang berumur lapan atau sembilan tahun sedang cuba untuk mempelajari pendidikan alam sekitar secara saintifik, mengenal jenis-jenis tumbuhan yang pelbagai saiz dan rupa, mengkaji dan membuat eksperimen, mereka pasti akan menemui pengetahuan baru berdasarkan apa yang dilihat dan dibuat.
3.Kanak-kanak pada peringkat ini, rata-rata mempunyai keinginan yang tinggi untuk mencipta aktiviti baru atau memperbaharui atau menggabungkan elemen tradisional untuk mencipta satu penemuan baru.
Peranan ibu bapa
Peranan ibu bapa pula adalah dalam membentuk pemikiran dan kemahiran kanak-kanak yang semakin meningkat maju ini, menyediakan bahan rujukan, peralatan teknologi dan aktiviti bersama yang melibatkan eksperimentasi dan penerokaan alam.
Sebagai contoh, dalam dunia gadget yang semakin berkembang pesat ini, penyesuaian aktiviti bermain anak-anak dengan permainan alam maya perlu dipantau dengan aktiviti pembelajaran digital yang bersesuaian.
Mereka mampu menggunakan teknologi baru dengan mempelajari pelbagai aplikasi laman web yang bersifat ‘user friendly’ sehingga menjadikan mereka ‘pakar’ dalam meneroka pelbagai aktiviti teknologi dan permainan digital secara mudah dan cepat.
Oleh itu, kepentingan kerjasama yang dipupuk dalam kalangan ibu bapa sekurang-kurangnya dapat membendung gejala kanak-kanak yang terlalu obses dengan aktiviti gadget dengan aktiviti teknologi yang bersifat mudah guna dan mudah leka.
Walau bagaimanapun, corak pembelajaran kanak-kanak yang semakin kompleks dengan rangsangan perkembangan dunia digital yang semakin pesat ini, perlu difahami dan dipantau bersama oleh semua lapisaran masyarakat dengan segera. Ini bagi membentung masalah yang tidak sihat seperti kegilaan terhadap gadget dan gejala sosial dalam aktiviti teknologi yang lebih bersifat negatif jika disalah guna.
Oleh itu, penting untuk memahami psikologi kanak-kanak secara teori dan pengaruhnya melalui perkembangan pembelajaran yang terkini, sebagai panduan kepada semua terutamanya ibubapa dalam memastikan perkembangan anak-anak mereka selaras dengan kehidupan masa kini serta wawasan negara untuk menjadi maju pada masa akan datang.
Sumber: Majalah Keluarga 2019
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba nama pelakon dan usahawan, Zarina Zainuddin menjadi buah mulut orang selepas dilaporkan sudah meninggal dunia oleh sebuah portal berita di media sosial.
Perkara ini bukan sahaja mengejutkan orang ramai, malah tuan badan sendiri dan tertanya-tanya apa tujuan sebenar yang cuba dilakukan pihak berkenaan.
Memetik laporan Harian Metro, Zarina, 53 berkata dia mengetahui mengenai perkongsian berita tidak berasas itu pada pagi ini daripada seorang adik angkatnya di Johor dan ia diakui cukup memeranjatkan.
“Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana saya masih lagi sihat dan boleh bekerja. Saya berada di lokasi penggambaran drama Bukan Puteri Lindungan Bulan untuk slot Samarinda TV3 dan perlu menyiapkan lakonan yang belum selesai.
“Tapi, saya amat terkejut dengan berita tidak betul yang disebarkan itu dan saya juga tidak faham apa niat sebenar mereka. Sebenarnya mereka nak minta kita popularkan laman sesawang ke atau blog ke, itu yang saya tak faham.
“Apapun, mohon doa-doakan saya agar panjang umur, sihat dan keluarga saya diberi perlindungan,” katanya mengakui bimbang jika berita itu dilihat dan dibaca anak istimewanya, Azal yang kini berada di Singapura.
“Sejak semalam, Azal berada di Singapura membantu saya menguruskan jualan pulut kuning dalam karnival di sana. Saya risau kalau dia terbaca dan terus bimbangkan saya juga. Dia (Azal) di sana sehingga 10 April ini.
“Saya tidak boleh menyertai karnival jualan itu sekarang kerana terikat dengan penggambaran drama. Jadi, Azal dan beberapa orang lain ke Singapura dulu untuk membantu jualan kami,” katanya.
Menurut Zarina, berita kematian yang mengaitkannya itu baru kali pertama terjadi.
Katanya, dia mendoakan agar mereka yang tidak bertanggungjawab itu diberikan kesedaran dan keinsafan pada bulan mulia ini.
Terdahulu, Zarina membuat hantaran di Instagram miliknya dengan memaklumkan dia kini di lokasi menjalani penggambaran drama dan meminta semua mendoakan dirinya panjang umur dan murah rezeki.
Perkongsian dibuat Zarina itu mendapat perhatian ramai dan rata-rata netizen menyifatkan ia perbuatan biadab dan tidak bermoral dilakukan pihak terbabit yang dianggap tiada akhlak apabila orang hidup dikatakan meninggal dunia.
Sumber : harian Metro
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bila ada ibu ayah yang menyuap makanan ke mulut anaknya yang sudah dewasa, itu pun ada yang bercerita. Padahal banyak kebaikan dan kelebihan bila makan bersuap di dalam keluarga. Ianya bukan saja-saja dan bila ada tanggapan orang mengatakan ia sesuatu yang menggelikan, pelakon Jasmin Hamid berasa pelik dengan mereka yang menyifatkan begitu.
Ini kerana baru-baru ini pelakon drama Cukup Derita Itu ada berkongsi video di Instagram menyuapkan anak lelakinya Ian Haziq, 20 dan menerima pelbagai komen.
Jasmin menganggap orang yang mengecam tindakannya menyuapkan makanan ke mulut anaknya sebagai orang yang kurang kasih sayang dan ada masalah penyakit hati.
“Saya suap anak saya, bukan orang lain atau suami orang. Suap anak salah, tapi bila tengok girlfriend boyfriend bersuap -suap, SWEET pulak ya?
“Walaupun anak-anak saya dah beruban pun nanti, saya tetap akan suapkan diaorang selagi saya sihat.Tetap akan peluk cium diaorang..
“Ciuman dan belaian seorang ibu…anak-anak saya sikit pun tak malu dan tak rasa kekok bila saya suap dan cium mereka, walaupun depan orang.. sebab family kami dah di ajar untuk saling sayang menyayangi antara satu sama lain mengikut batasan,” ujarnya.
Selain itu Jasmin Hamid turun menyarankan agar ibu bapa ajarkan anak-anak erti kasih sayang dalam keluarga.
“Saya sendiri dah tak dapat lagi rasa suapan dan ciuman dari ibubapa saya. Rindu yang amat. Sebab tu kita sebagai ibubapa, ajarkan anak-anak kita erti kasih sayang pada ibubapa dan adik beradik..Doa pada Allah untuk semarakkan lagi kasih sayang antara kita anak beranak.
“Sedih tengok ramai family yang pecah belah sebab dari kecik, family tak pupuk rasa kasih sayang dan hormat menghormati antara anak beranak. Bila dah besar, buat hal masing-masing. Salam mak bapak pun, ambik syarat je.. Dengan adik-beradik pun, bertegur macam kawan-kawan je.
“Saya bersyukur sebab walaupun keluarga kecil saya tak kaya harta dunia tapi kaya dengan kasih sayang hingga saat ini. Moga ia berkekalan hingga jannah.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.