Bila ada ibu ayah yang menyuap makanan ke mulut anaknya yang sudah dewasa, itu pun ada yang bercerita. Padahal banyak kebaikan dan kelebihan bila makan bersuap di dalam keluarga. Ianya bukan saja-saja dan bila ada tanggapan orang mengatakan ia sesuatu yang menggelikan, pelakon Jasmin Hamid berasa pelik dengan mereka yang menyifatkan begitu.
Ini kerana baru-baru ini pelakon drama Cukup Derita Itu ada berkongsi video di Instagram menyuapkan anak lelakinya Ian Haziq, 20 dan menerima pelbagai komen.
Jasmin menganggap orang yang mengecam tindakannya menyuapkan makanan ke mulut anaknya sebagai orang yang kurang kasih sayang dan ada masalah penyakit hati.
“Saya suap anak saya, bukan orang lain atau suami orang. Suap anak salah, tapi bila tengok girlfriend boyfriend bersuap -suap, SWEET pulak ya?
“Walaupun anak-anak saya dah beruban pun nanti, saya tetap akan suapkan diaorang selagi saya sihat.Tetap akan peluk cium diaorang..
“Ciuman dan belaian seorang ibu…anak-anak saya sikit pun tak malu dan tak rasa kekok bila saya suap dan cium mereka, walaupun depan orang.. sebab family kami dah di ajar untuk saling sayang menyayangi antara satu sama lain mengikut batasan,” ujarnya.
Selain itu Jasmin Hamid turun menyarankan agar ibu bapa ajarkan anak-anak erti kasih sayang dalam keluarga.
“Saya sendiri dah tak dapat lagi rasa suapan dan ciuman dari ibubapa saya. Rindu yang amat. Sebab tu kita sebagai ibubapa, ajarkan anak-anak kita erti kasih sayang pada ibubapa dan adik beradik..Doa pada Allah untuk semarakkan lagi kasih sayang antara kita anak beranak.
“Sedih tengok ramai family yang pecah belah sebab dari kecik, family tak pupuk rasa kasih sayang dan hormat menghormati antara anak beranak. Bila dah besar, buat hal masing-masing. Salam mak bapak pun, ambik syarat je.. Dengan adik-beradik pun, bertegur macam kawan-kawan je.
“Saya bersyukur sebab walaupun keluarga kecil saya tak kaya harta dunia tapi kaya dengan kasih sayang hingga saat ini. Moga ia berkekalan hingga jannah.
Kalau dikira-kira dalam minggu-minggu terakhir ini tentunya persiapan raya sudah siap sepenuhnya. Apa yang tinggal lagi hanyalah masa untuk balik ke kampung sahaja. Ya! Balik beraya di kampung adalah merupakan saat-saat yang ditunggu-tunggu bukan sahaja kita orang dewasa malah anak-anak lagi bertambah keterujaannya.
Namun sebelum seisi keluarga boleh balik ke kampung, bab packing baju perlu diambil serius. Biarpun ada sesetengah antara kita rasa payah hendak lakukannya dan ada juga yang buat sekadarnya tanpa ada perancangan sistematik. Itu yang kadang kala jadi kes ada orang terpaksa beraya tanpa baju raya dek kerana terlupa packing. Malah sering juga terjadi, beg pakaian kalau bukan lebih daripada 7 kuantitinya tak sah! Ini semua sebab main sumbat sahaja pakaian yang ingin dibawa. Sudahnya penuh satu kereta dengan beg pakaian.
Berkongsi menyelesaikan masalah ini, ada baiknya kita lihat bagaimana 3 wanita ini lakukan untuk pastikan bab packing baju untuk balik ke kampung dapat dilakukan dengan lebih sempurna dan sistematik. Jom semak.
Ummi cari mood packing baju. Baju abang-abang paling crucial sebab nak bagi cara paling sistematik. Ummi tak mahu nanti dipunggah semua beg sebab nak cari baju dan seluar.
Jadi Ummi letak satu set (3 baju dalam satu zipper bag) terus. Ada label raya ke berapa nak pakai. Siap 9 set baju untuk musafir 5 hari inshaAllah.
Kalau Ummi tengok bersepah, duit raya korang Ummi amik. Semoga raya kita raya yang bermanfaat inshaAllah.
Tips packing barang balik kampung dan “free printables”
Ramai yang tak suka kerja packing-packing barang ni kan? Hahaha kerja packing barang antara benda yang hani suka buat sebab bila hani packing barang hani confident semua benda penting hani bawak dari org lain yang tolong packingkan.
Dulu masa masih bergelar pelajar setiap bulan balik shah alam/seremban jaya dari JB. So lama-lama kerja packing dah jadi cam senang dan tak drag sangat sebab dah tahu apa benda nak bawak apa benda tak perlu. Walaupun kadang-kadang rasa macam nak bawak rumah-rumah sekali ke mana-mana sebab “there is no place like home” kekdahnya kan hahaha
Buat senarai barang nak dibawak semestinya membantu. Kalau ada yang nak, later hani kongsikan softcopynya kat sin. Hani asingkan senarai untuk pakaian kitorang dengan pakaian Aqil sebab bagasi lain-lain. Rasa lebih mudah begini.
So tips nak packing balik kampung ada kat gambar ya! Jom tengok dan sesuaikan mengikut situasi kelurga masing-masing mana yang boleh.
1️⃣ ok jom mula. Selalu hani mulakan dengan pakaian kami suami isteri dulu. Macam biasa longgokan dalam bakul masing-masing. Sebelum tu tentukan dulu berapa banyak t-shirt, seluar semua nak dibawa. Hani selalu packing untuk 3 hari je. Lepas 3 hari recycle balik baju yang sama lepas dibasuh.
2️⃣uruskan bahagian pakaian suami isteri. Tentukan berapa banyak helai untuk setiap jenis pakaian yang nak dibawa dan tulis kat situ. Hani laminate senarai ni dan conteng di atasnya guna pen sharpie (permanent) . Boleh dipadam guna magic sponge. Hani tak guna whiteboard marker takut terhilang tulisan dia nanti. List ni nanti masukkan dalam bagasi senang nak periksa semula masa packing balik ke rumah. So hani guna permanent marker.
3️⃣berbanding lipat, hani rasa ramai tahu trick ni. Memang tak mengecewakan. hani gulung baju-baju tersebut. Dalam bagasi, hani bahagikan satu side hani satu side Alif, tuala masing-masing jadikan pemisah. Kain batik dan kain pelikat bawa sorang satu. Mana yang baju nye lembut senang “terburai” hani secured kan dengan cara ikat dengan getah.
4️⃣untuk baju kurung hani gulungkan sekali sati set dengan tudung. Dan ikat getah. Begitu juga dengan baju melayu alif, gulung sekali dengan sampin / kain pelikat. Baju melayu Aqil pun sama.
5️⃣memandangkan ada beberapa set baju kurung dan baju melayu, hani asingkan masuk dalam satu beg khas. Asingkan dari pakaian harian. Nanit pagi raya boleh punggah beg ni sahaja untuk semua. Semua keperluan raya pun dalam beg raya ni juga. Songkok contohnya.
6️⃣untuk pakaian dalam. Hani bahagikan dalam beg masing-masing supaya senang cari. Semua pakaian kecil-kecil letak dalam beg ni. Termasuklah handkerchief, stokin, swim trunk. Ni beg kasut dari Eco Rm2.
7️⃣bawa beg baju kotor masing-masing supaya tak bercampur pakaian kotor dengan keluarga lain. Nak basuh pun senang. Elakkan tercicir baju masa nak packing balik.
8️⃣bawa juga penyangkut baju untuk setiap sorang supaya senang nak sangkut baju lepas diseterika.
9️⃣ setel bahagian pakaian ibu dan ayah!
Tips tambahan untuk pakaian ibu. Bawa tudung segera@sarung (instant shawl) dan cardigan. Supaya senang kalau ada tetamu datang tak dalah kelam kabut time tu nak pakai tudung pin sana pin sini.
Packing pakaian anak
1️⃣untuk pakaian anak, baju dan seluarnya hani gulung dan securekan dengan getah siap-siap. Kalau minta suami tolong ambilkan pun tak ada masalah mismatch baju seluar lagi. Bawa lebih set pun tak pa dari kurang sebab budak-budak ni tak terjangka comotnya lagi-lagi balik kampung nanti.
2️⃣atasnya hani letak tuala dan beg kecil khas untuk letak seluar dalam, tuala kecil dan lain-lain.
Siap dah beg Aqil, rasa satu bagasi ni muat untuk pakaian dua orang anak. Hehe
Semoga bermanfaat
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Menjalani kehidupan sebagai suami isteri dalam hubungan jarak jauh atau juga lebih dikenali dengan istilah PJJ di zaman ini bukan mudah. Hanya bagi yang pernah melaluinya sahaja benar-benar faham derita yang ditanggung.
Ini sebagai mana yang diceritakan oleh wanita ini, Yushidaya di laman facebooknya. Membaca perkongsiannya cukup menyentuh hati dan diharapkan ianya dapat memberi manfaat dan tauladan untuk semua dalam menghargai setiap detik bersama pasangan.
Ini perkongsiannya.
Hidup berkeluarga dengan cara PJJ memang sedih, memang susah, tapi adakalanya ada manisnya. Ramai rakan-rakan yang hidup PJJ, hidup mereka pasti lebih sakit,lebih susah, lebih derita kerana ada yg makan tahun. Ya, hanya yang pernah hidup PJJ faham bagaimana rasanya. Tapi, aku hanya mampu katakan sabar,tabah dan syukurlah, kerana aku juga ada kisah PJJ aku sendiri.
Selepas berumahtangga, aku sangat bersemangat ikut suami ke pulau Labuan itu. Teruja nak membina kehidupan berkeluarga di sana, tapi memang jauh dari keluarga, hanya kami.. ya.. hanya kami.
Selepas beberapa tahun, suami pula kena pindah ke Penang, bermulalah hidup ‘PJJ’ di saat itu, berusaha untuk ikut sama tapi tak boleh kerana tugas. Tinggal aku di pulau itu bersama si kecil Azka. Kami sangat berusaha cari duit tambahan semata-mata untuk beli tiket flight. kalau boleh tiap-tiap minggu nak suami balik ke Labuan walaupun cuma cuti Sabtu dan Ahad. Sanggup tau duit habis beli tiket, hahahaha…teruk-teruk. Alhamdulillah Allah uji tak lama, tak sampai setahun dapat pindah ikut suami ke Penang.
Bermulalah hidup di tempat baru, azam baru, semangat baru, penuh cita-cita dan impian sentiasa bersama untuk apa sahaja. Sangat takut ditinggal lagi. Suami pun tak sanggup nak tinggalkan kami lagi, tapi siapa sangka sedang gembira dengan ahli baru si kecil Azra yang baru masuk 12 hari, suami pula pergi untuk selama-lamanya.
Baru aku sedar,hidup PJJ kali pertama selama 7 bulan itu, yang sering aku rungutkan rupanya bukanlah apa-apa. Hanyalah latihan untuk aku menjalani PJJ kali kedua yang lebih mencabar dan yang pastinya tak akan berpenghujung sehingga akhir hayat.
Hargailah pasangan anda, cubalah untuk sentiasa bersama selagi boleh. Andai hidup berjauhan sentiasalah hubunginya kerana masa akan terus berlalu. Maut pula semakin menghampiri dan tiba masanya untuk berPJJ antara dua alam pula.
KINI
Wanita ini terus cekal menjalani kehidupannya tanpa suami disisi bersama dua anaknya, Si abang berusia 6 tahun dan si adik berusia2 tahun. Ini bermakna sudah 2 tahun suaminya pergi.
Menurutnya, “Tak sedar masa berlalu…sebab sentiasa rasa dia ada je macam selalu. Mungkin juga sebab sibuk dengan urusan anak-anak, kerja dan bisnes”.
Semoga dengan perkongsian ini dapat ‘menjentik’ hati kita untuk lebih menghargai pasangan. Andai kini hidup berjauhan, selalulah berhubung dan jangan jadikan alasan jarak menghalang kemesraan dan kasih sayang dalam keluarga.
Asymawi, pelajar Politeknik Melaka, sanggup bekerja sebagai penghantar makanan demi menyambung pengajian dan membantu keluarga selepas melihat pengorbanan besar bapanya.