Seharian bekerja tak dinafikan tubuh kerap lenguh dan sakit-sakit badan. Selain pengambilan air kosong yang secukupnya, mama boleh mencuba hasilkan air tenaga homemade ini di rumah.
Air tenaga homemade yang dikongsikan oleh Puan Ainini Zainal di laman Facebooknya ini baik untuk menaikkan sistem imunisasi badan. Jom cuba!
Bahan-bahan:
Halba
Serai
Kurma merah
Daun pandan
Gula merah/madu
Rebus dengan air seperiuk dan minum hari-hari. Ini yang saya biasa buat. Serai + pandan, rasa dia masya Allah superb. Kesan pun amazing.
Energy boosting tea yang saya selalu buat bila badan letih ada juga yang berasaskan halba dan habbatus sauda. Kedua-duanya ada khasiat yang hampir serupa iaitu bersifat anti radang, anti virus, anti bakteria, anti bengkak dan natural painkille.
Ads
Ada banyak versi energy boosting drink ibu. Tak akan nak minum yang sama hari-hari kan? Kita cuba pula resepi lain letak kembang semangkuk.
Bahan-bahan:
½ sudu besar halba
½ sudu besar habbatus sauda
Organic molasses/coconut sugar
2 helai daun pandan
2 batang serai
Secubit garam himalaya
White fungus atau kembang semangkuk
Kurma merah atau kismis
2 liter air
Ads
1. Reneh semua bahan di atas menggunakan kaedah slow cook selama 1 jam.
2. Simpan di peti sejuk. Nak minum boleh keluarkan dulu bagi hilang sejuk.
Anak usia 2 tahun ke atas pun boleh minum. Sesuai untuk berpantang juga. Untuk ibu mengandung tak perlu letak habbatus sauda kerana ia sensitif.
Ads
Semoga bermanfaat. Kita perlu sihat untuk jaga keluarga.
Setelah tujuh minggu bersiaran, akhirnya detik penentuan untuk menobatkan juara sulung pencarian ‘Ratu Hijabista’ sudahpun tiba.
Episod kemuncak pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ yang bertemakan ‘Exclusive Elegant’ ini bakal disiarkan secara langsung dan eksklusif di saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) hari ini jam 9.00 malam.
Untuk pilihan yang lebih fleksibel, episod pusingan akhir ini juga turut boleh distrim menerusi aplikasi Astro Go.
Daripada 12 peserta yang bersaing merebut gelaran juara untuk penganjuran musim pertama pada kali ini, seramai empat finalis berjaya mara ke pusingan akhir.
Mereka terdiri daripada FIFFY AFRINA (23, Pulau Pinang), MELLYA (23, Selangor), TINA (24, Shah Alam) dan QILA (21, Selangor).
Sepanjang paparan tujuh buah episod yang disiarkan sebelum ini, pelbagai cabaran intensif merangkumi pecahan aspek penting yang berbeza telah diberikan untuk mengasah kemampuan para peserta dalam usaha melahirkan seorang ikon wanita moden berhijab agar dapat dijadikan sebagai sumber inspirasi dan contoh teladan yang baik kepada segenap lapisan masyarakat terutamanya golongan wanita yang berhijab.
Kemampuan para peserta turut diuji daripada segi tahap keyakinan diri, pengucapan awam, pengacaraan, ilmu perniagaan, peragaan serta teknik masakan.
Untuk pusingan kemuncak pada malam ini, penilaian akhir bergantung kepada persembahan tugasan individu yang akan diberikan kepada para finalis. Ketangkasan cara menjawab serta skil berkomunikasi mereka bakal diuji menerusi persembahan video pesanan khidmat masyarkat dan segmen soal jawab bersama barisan juri.
Selain gelaran juara, dua gelaran sampingan juga akan diberikan iaitu ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ dan ‘Ratu Favourite’.
Pemilihan adalah berdasarkan undian awam di laman web rasmi www.hijabista.com.my
Juara ‘Ratu Hijabista’ akan membawa pulang wang tunai RM10,000, tiara, trofi dan selempang.
Naib juara pula bakal membawa pulang wang tunai RM5,000 beserta trofi dan selempang.
Sementara itu, pemenang gelaran ‘Ratu Inspirasi Safi Hijabista’ pula akan memenangi wang tunai RM3,000 beserta trofi dan selempang.
Manakala ‘Ratu Favourite’ pula akan menerima wang tunai RM1,000 beserta trofi dan selempang.
Mengulas lanjut mengenai Pentas Akhir ‘Ratu Hijabista’, Norzeha Mohd Salleh selaku Pengurus Saluran Astro Prima amat berbesar hati dengan kepercayaan penuh yang diberikan oleh pihak Nu Ideaktiv Sdn. Bhd. sepanjang terjalinnya kolaborasi strategik untuk menganjurkan pertandingan pencarian bakat yang buat julung kali diadakan ini.
“Selaku penganjur bersama, kami gembira dengan sambutan positif sepanjang pertandingan ini berlangsung. Kami juga cukup berbesar hati dengan komitmen yang ditunjukkan oleh semua yang terlibat dalam menjayakan penganjuran musim ini. Disiplin diri dan kesungguhan mereka yang sanggup berkorban masa sepanjang tempoh penggambaran sekaligus meninggalkan rutin harian mereka demi memberikan yang terbaik juga wajar diberi pujian. Semoga perkongsian tips, ilmu, bimbingan, nasihat dan motivasi yang diberi menerusi program ini dapat dijadikan sumber inspirasi dan motivasi yang boleh dipraktikkan bukan sahaja oleh para peserta tetapi juga para penonton di rumah. Tahniah sekali lagi kami ucapkan kepada kesemua empat finalis kerana telah berjaya melayakkan diri ke pusingan akhir untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai. Syabas dan semoga berjaya di episod kemuncak kelak.
Di kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pihak Safi Hijabista yang hadir selaku Penaja Utama untuk program ini. Sokongan yang telah diberikan oleh kesemua pihak sepanjang penerbitan program ini amat kami hargai dan berharap kerjasama ini dapat diteruskan pada masadepan.”
Dalam pada itu, Fiezreen Ahmad selaku Editor Pengurusan Hijabista juga turut berpendapat, “Dengan adanya Ratu Hijabista, kita telah berjaya menyediakan satu platform khusus untuk golongan wanita berhijab mengekspresikan diri mereka. Empat orang finalis yang berjaya sampai ke pentas akhir Ratu Hijabista malam ini telah membuktikan bahawa mereka bukanlah ada di sini sekadar penyeri sebaliknya mempunyai visi yang jelas mewakili diri mereka sebagai ikon kepada semua lapisan masyarakat di luar sana. Masing-masing memiliki latar pendidikan dan personaliti yang cemerlang. Fiffy merupakan bakal doktor, Tina pula merupakan bakal peguam manakala Mellya merupakan seorang ahli majlis perwakilan pelajar di universiti selain aktif dalam dunia sukarelawan dan akhir sekali yang paling muda antara semua, Qila merupakan pelajar dalam jurusan penyiaran. Siapa sahaja yang menang malam ini mempunyai tanggungjawab yang besar menggalas gelaran untuk dibawa sebagai satu batu loncatan dalam memajukan diri sendiri serta menginspirasikan orang lain. Sebagai pengurus kepada jenama Hijabista semestinya saya sangat berbangga dengan penganjuran Ratu Hijabista ini dan semoga jenama ini akan memberikan inspirasi dan juga input yang baik kepada semua hijabi di luarsana,”
Tugas penjurian pusingan akhir akan digalas oleh Puan Sri Normala Samsudin selaku juri tetap di samping pengarah versatil, Michael Ang yang diberi mandat sebagai juri jemputan. Bagi memeriahkan lagi penganjuran musim ini, penyanyi terkenal Siti Nordiana, Faizal Tahir dan Khai Bahar turut diundang khas untuk membuat persembahan istimewa sebagai tarikan utama pada malam kemuncak.
Pentas akhir ‘Ratu Hijabista’ juga bakal dikemudikan oleh pasangan Uyaina Arshad dan Fikry Ibrahim selaku hos utama musim ini.
Program ‘Ratu Hijabista’ juga turut disokong oleh Safi Hijabista yang hadir sebagai Penaja Utama untuk penganjuran musim pertama. Manakala ZAYAN pula turut menghulurkan sokongan selaku Radio Rasmi.
Untuk makluman, rakaman program ‘Ratu Hijabista’ telah mula disiarkan pada setiap hari Rabu, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro Prima (125) dan Astro Prima HD (105) bermula 12 Ogos lalu. Pencarian edisi sulung ini turut mendapat liputan menyeluruh dan terkini termasuklah aktiviti di sebalik tabir melalui laman digital serta sosial media Majalah Hijabista.
Untuk mengikuti info terbaru mengenai ‘Ratu Hijabista’, sila layari laman web rasmi di www.hijabista.com.my/ratuhijabista, Facebook [hijabistamagazine] dan Instagram [hijabistamag].
Pernah tak sekali seumur hidup hadapi masalah kaki berbau? Walaupun kaki berada di nun jauh di bawah sana, tapi kalau sekali berbau, bukan kita je yang bau tapi orang sebelah pun akan terasa ‘nikmat’ bau tu!
Bila dah tahu kaki berbau, mula la rasa tak senang duduk, rasa rendah diri orang sebelah mungkin akan cakap dalam hati memerli ke, especially kalau duduk dalam tempat yang berhawa dingin dengan ruangan yang terperap. Lagi senang lah baunya merebak!
Selalunya kaki berbau ni kaitkan dengan lelaki, tapi tidak ye! Wanita pun ada juga yang mengalami kaki berbau ni!
Memetik kenyataan kajian yang dijalankan oleh pihak Universiti Pittsburgh Medical Center di Amerika Syarikat, kaki berpeluh salah satu punca menyebabkan masalah kaki berbau.
Kelembapan pada kaki disifatkan mendorong kehadiran bakteria atau bahan kimia semula jadi yang mengeluarkan bau kombinasi ‘keju dan cuka’, ‘sulfur dan keju’ dan ‘kubis busuk serta cuka’.
10 tips yang boleh kembalikan keyakinan diri kau orang!
1) Cuci Daki Kaki
Kaki berdaki adalah medium sesuai untuk bakteria dan kulat hidup. Semasa mandi, pastikan sental daki di kaki, terutamanya di celah jari.
2) Buang Cagu/Kematu
Cagu(cengkam), kematu(callosity) dan kulat air adalah antara sebab kaki berbau. Pastikan kaki anda bebas masalah ini. Kalau ada, jumpa doktor.
3) Potong Kuku Pendek
Kuku jari kaki yang panjang adalah tempat kotoran, daki dan bakteria berkampung(berkumpul). Jadi, pastikan kuku anda sentiasa pendek.
4) Pakai Stokin sesuai
Disarankan guna stokin kapas(cotton) atau bulu bebiri(wool) kerana ia beri pengudaraan dan menyerap peluh lebih baik berbanding nilon.
5) Tukar Stokin Setiap Hari
Stokin menyerap peluh dan menjadi lembap. Peluh itu busuk, dan medium sesuai untuk kulat dan bakteria tumbuh. Euwww!
6) Pakai Kasut Sesuai
Pakai kasut yang tidak ketat dan diperbuat daripada kulit atau kanvas, kerana ia beri pengudaraan yang baik berbanding material lain.
7) Elak Pakai Kasut Sama Setiap Hari
Beli 2 pasang kasut kerja/sekolah. Satu pakai, satu jemur. Selang seli. Kasut lembap galakkan pembiakan bakteria dan kulat. Cuci kasut setiap minggu.
8) Pakai Ubat Anti-Perspiran
Di farmasi, boleh beli sabun, spray, talkum atau rendaman untuk kurangkan perpeluhan di kaki. Spray kasut dengan ubat anti-bakteria dan kulat.
9) Elak Kongsi Stokin atau Kasut
Pelajar di asrama selalu kongsi(baca: rembat) stokin dan kasut kawan. Kalau kawan tu kakinya ada kulat atau bakteria, berkongsi sekalilah. Pakej.
10) Petua Orang Lama
Boleh cuba rendam kaki dalam air garam, air lemon, kopi atau teh, KECUALI jika ada kencing manis atau masalah saraf(kebas/lumpuh) kaki.
Apa lagi? Pergi tag kawan-kawan kau orang yang kaki dia bau semerbak.
Masa untuk berharga buat wanita yang bergelar ibu. Kadang kala akibat kesuntukan masa, hal penampilan diri jadi ‘biasa-biasa’ aje.
Selain masak nak nak mudah dan cepat, ada juga mahu masa yang cepat kala memakai tudung terutama selendang yang memerlukan masa yang lama untuk mengosoknya.
Akibatnya selendang yang lama dibeli simpan jadi ‘khazanah’. Hanya selesa menggunakan tudung sarung untuk ke mana-mana.
Namun, ada berita gembira buat mak-mak yang super busy, ini tip mudah nak gosok tudung hanya menggunakan alat melurus rambut sahaja.
Hanya beberapa minit sahaja, selendang kelihatan kemas dan tidak berkedut.
Nak tahu caranya ikuti perkongsian ini yang menunjukkan cara mudah ‘gosok’ tudung hanya menggunakan alat meluruskan rambut untuk melicinkan bahagian tudung yang berkedut.
Para netizen kagum melihat cara yang mudah dan memberi kara pujian.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.