Mak-mak Tak  Akan ‘Pening Kepala’ Fikir Menu Sedap, Lazat & Sihat Untuk Keluarga. Begini Rahsianya!

Lumrah seorang ibu mereka selalu ingin berkongsi dan mencuba sesuatu menu yang baharu untuk dihidangkan dan dinikmati bersama keluarga tercinta. Jika dulu gigih menyalin pelbagai resipi, bahkan hingga ada yang mengumpulkan pelbagai majalah atau buku masakan untuk dijadikan panduan memasak.

Malah tidak dinafikan, ‘buku resipi’ tersebut turut dijadikan bahan rujukan yang diperturunkan kepada anak-anak. Ini bertujuan untuk generasi akan datang dapat menghasilkan menu yang enak dan menyelerakan sama seperti air tangan ibu.

Mak-mak Tak Akan ‘Pening Kepala’ Fikir Menu Sedap, Lazat & Sihat Untuk Keluarga. Begini Rahsianya!

Pun begitu seiring dengan perkembangan teknologi dan dunia tanpa sempadan turut mempengaruhi kepakaran ibu-ibu dalam menyediakan menu istimewa untuk keluarga. Apa yang pasti semuanya terletak di hujung jari. Sebut sahaja menu apa yang diidamkan oleh anak-anak dan suami, semuanya dapat disediakan dengan mudah!

Layari Laman Utama Untuk Resipi

Jadilah orang pertama yang mengetahui tentang semua jenis masakan yang enak dan berkhasiat dengan melayari laman web maggi.my.

Di sini bukan sahaja anda boleh dapatkan pelbagai resipi menu daripada kategori brunch, menu utama, sarapan pagi, snek, supper, lauk pauk tengah hari dan pelbagai pilihan lain daripada peringkat mudah disediakan hinggalah menu yang mencabar untuk dimasak.

Bahkan apa yang lebih mengujakan andai kata anda ingin mencari menu mengikut tahap kesukaran masakan tersebut, hanya dengan klik pada ‘Filter’ kemudian klik ‘Kesukaran’ dan tersedia untuk anda pilih sama ada ‘Mencabar’ , ‘Sederhana’ atau ‘Mudah’. Usai anda membuat pilihan tersebut, tertera ribuan resipi yang telah diklasifiksaikan mengikut pilihan tersebut. Semudah ABC!

Melayari laman web maggi.my juga pasti tidak akan menghampakan anda kerana anda bukan sahaja boleh mendapatkan resipi menu tempatan dengan mudah malah terdapat pelbagai pilihan resipi luar negara. Sesuai sangat buat anda yang memang gemar bereksperimen dalam menyediakan menu untuk keluarga tersayang.

Mak-mak Tak Akan ‘Pening Kepala’ Fikir Menu Sedap, Lazat & Sihat Untuk Keluarga. Begini Rahsianya!

Teringin merasa Shakshuka citarasa Timur Tengah atau menu Ayam Penyet menu asli dari negara Indonesia atau teringin mencuba menyediakan menu Korea Bulgogi Daging Empuk  hatta ingin mengetahui resipi hingga ke negara Itali dalam menyediakan Piza sekali pun, semua ini ada tersedia di laman web maggi.my.

IKLAN

Apa yang pasti, dengan melayari laman web maggi.my ini anda akan temui 1001 keterujaan dalam menyediakan menu yang menyelerakan dan enak untuk keluarga dengan begitu mudah.

Seimbangkan Hidangan Dengan Bantuan MyMenu IQ™

Menyentuh tentang penyediaan makanan, diakui ibu-ibu hari ini bukan sahaja memastikan hidangan yang disajikan menepati selera seisi keluarga, malah menjadi keutamaan menu yang terhidang perlulah sihat dan berkhasiat.

Justeru itu, tahukah anda semua bahawa MAGGI telah melancarkan MyMenu IQ™; alat pemarkahan pemakanan dalam talian yang unik. Ianya mampu menilai dan mengukur keseimbangan pelbagai hidangan sekali gus membantu anda menyediakan hidangan keluarga yang lebih sihat dan lazat di rumah.

Setiap resipi yang dikongsikan di MyMenu IQ™, merangkumi pelbagai kumpulan makanan yang dilengkapi dengan nutrien penting yang diperlukan tubuh badan dengan citarasa yang enak menggunakan produk MAGGI.

Hebat bukan?

Bahkan bukan itu sahaja, MyMenu IQ™ diilhamkan secara khusus oleh Nestlé bertujuan untuk membantu memberi info dan manfaat dalam mengamalkan pengambilan makanan sihat kepada setiap pelanggan setianya.

Jom Semak Apa Lagi Istimewanya

IKLAN

Peribahasa ada menyebut, tak kenal maka tak cinta. Begitu jugalah dengan laman web maggi.my ini. Selain dengan melayari www.maggi.my anda boleh dapat pelbagai resipi terpilih malah anda juga dapat mengetahui info  berkenaan semuanya tentang Maggi.

Yakinlah bila sekali anda menerokai laman web ini, anda akan dapat lihat begitu banyak manfaatnya. Hinggakan jika ingin disenaraikan terlalu banyak dan ini antaranya:-

  1. Resipi Banyak, Tak Terkira

Terdapat begitu banyak resipi yang terdiri daripada menu utama dan semuanya disediakan secara lebih sihat dan enak.

 

  1. Cetak Resipi

Resipi yang tersedia turut boleh dimuat turun dan dicetak dengan mudah untuk tujuan yang pelbagai oleh pengguna.

 

  1. Tetapan Masa

Menariknya juga, setiap langkah demi langkah penyediaan hidangan turut disertakan anggaran masa untuk memudahkan pengguna menyediakan hidangan dengan lebih sempurna.

IKLAN

 

  1. Senarai Produk

Turut tersenarai pelbagai pilihan produk Maggi berserta info sama ada daripada pilihan mi, pasta, perisa makanan, sos mahu pun jenis perencah yang ditawarkan kepada pengguna. Malah dengan mudah anda juga boleh membuat pembelian secara online  untuk produk-produk tersebut. Cukup mudah, hanya dengan satu klik sahaja!

 

  1. Boleh Berinteraksi

Pengguna juga dapat berinteraksi di ruangan komen untuk berkongsi maklumbalas berkenaan resipi yang telah dicuba.

Jadi usah tunggu lagi, apa kata anda sendiri terokai keistimewaan yang tersedia di website maggi.my dan jangan lupa untuk mencuba sendiri pelbagai menu yang dikongsikan di MyMenu IQ™ dengan klik di link ini  (https://www.maggi.my/ms/idea-resipi-maggi/resipi-mi/)

Bahkan untuk lebih bermakna, apa kata anda turut serta menjadi ahli berdaftar Maggi bagi melayakkan anda mendapat info terkini dan eksklusif daripada Maggi. Bukan itu sahaja, anda juga berpeluang untuk mencuba produk terbaharu Maggi. Wow! Cukup istimewa dan rugi dilepaskan begitu sahaja.

Cara untuk mendaftar, cukup mudah.

Hanya perlu layari website www.maggi.my kemudian klik pada icon  ‘Log Masuk’ selepas itu anda hanya perlu isi borang ringkas dengan maklumat diri dan sekelip mata anda telah menjadi ahli rasmi Maggi! Ayuh lakukan sekarang pasti anda dapat menfaatnya.

 

 

 

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI