Itu ayat terakhir Muhammad Idham Baharudin, 20, dan kekasihnya, Anismalina Jamaludin, 20, kepada ibunya sebelum maut dalam kemalangan membabitkan empat buah kenderaan di Kilometer 269.9, Lebuhraya PLUS arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Seremban.
Tunggu tepi jalan sebab motor rosak…
Menerusi maklumat yang didapati di media sosial, memaklumkan dua mangsa yang menaiki motosikal itu sebenarnya dalam perjalanan ke Banting.
Dipercayai, motosikal yang ditunggang Idham telah rosak, lalu dia dan Anismalina terpaksa berhenti di tepi jalan sementara menunggu bantuan daripada rakan mereka.
Ads
Kena rempuh meninggal, tersepit bawah lori
Namun, tanpa diduga sebuah lori yang membawa muatan gas telah hilang kawalan dan merempuh kedua-duanya yang ketika itu sedang menunggu di tepi jalan.
“Kedua-duanya meninggal. Yang Idham ni tayar motosikal dia pecah. Dia berhenti di tepi, minta tolong kawan Apit, datang tolong, Tengah tunggu di tepi jalan itu, lori ini hilang kawalan terus remput kedua-duanya, tersepit bawah lori…”
Ads
Sempat hubungi ayah rakan sebelum maut
Akibat daripada rempuhan tersebut, kedua-dua mereka maut di tempat kejadian, manakala mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital bagi mendapatkan rawatan.
Lebih tragis apabila Anismalina sempat menghubungi bapa Muhammad Idham, Baharudin Mohd Isa, 59, memberitahu bahawa mereka kemalangan sebelum keduanya dirempuh sebuah lori membawa simen yang mengakibatkan kedua-duanya meninggal dunia.
“Dia panggil saya ayah dan dia kata dia dan anak lelaki saya kemalangan di lokasi kejadian. Dia cakap abang (Muhammad Idham) sakit, berdarah dan dia pun sama. Dia beritahu dia cedera sampai nampak tulang.
“Saya sedang bekerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hotel di Seremban ketika itu. Saya terus bergegas ke lokasi kejadian menaiki motosikal,” katanya dalam nada sedih.
Baharudin berkata, semasa dalam perjalanan ke lokasi kejadian beliau sempat beberapa kali memberhentikan motosikalnya di bahu jalan untuk menghubungi Muhammad Idham.
Ads
Menurut beliau, panggilan terakhirnya dijawab oleh seorang lelaki tidak dikenali memaklumkan anak lelakinya dan rakan wanitanya, Anismalina Jamaluddin telah meninggal dunia.
Katanya, beliau kemudian meneruskan perjalanan dan mendapati mayat anak lelakinya dan wanita tersebut telah ditutup dengan plastik apabila tiba di lokasi kejadian kira-kira pukul 10.15 malam.
Menurutnya, Muhammad Idham yang bekerja sebagai posmen di Banting, Selangor sejak lima bulan lalu dan Anismalina yang menetap di Banting telah lama berkawan dan hubungan mereka direstui oleh kedua-dua belah keluarga.
Jelasnya, sebelum kejadian kedua-dua mereka pulang ke rumahnya di Taman Marida, Senawang, Sabtu lalu sebelum berangkat pulang ke Banting menaiki motosikal kira-kira pukul 8.15 malam tadi.
Sumber : Sinar Harian, Harian metro & Kosmo
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bagi yang pernah menjamu selera hidangan Bakwan, sudah pastinya suka menu ini.
Ia sesuai dinikmati tatkala sarapan pagi atau minum petang. Ia sebenarnya merupakan sejenis snek petang dari Indonesia yang seakan sama seperti cucur udang atau bilis tetapi mengandungi lebih banyak sayuran.
Bagi yang hendak mencuba masak hari ini, ikuti perkongsian ini.
BAKWAN RANGUP
bahan-bahan:
2 cawan tpg gandum*
1 sudu tepung beras*
4sudu tepung bestari pedas*(optional)
1/2 cawan udang geragau kering*
1biji telur*(optional)
Sedikit garam*
Sedikit serbuk kunyit*
1 1/2 cawan karot sagat**
1 1/2 cawan tauge**
1 1/2 cawan hirisan kobis**
5 tangkai daun kucai**
1 labu bawang besar hiris kasar**
Lg byk sayur…lg sedap.
Cara penyediaan: Ini petua nak lebih rangup.
Bahan bertanda * bancuh dgn air ais. Agak2 jangan pekat dan jangan cair.
Masukkan bahan bertanda**. Gaul rata. Goreng menggunakan minyak banyak.
Cara menggoreng boleh rujuk digambar.
SOS PENCICAH
2biji lada merah*
1ulas bwg putih*
1/2 sudu gula pasir*
*tumbuk lumat…kalo xlumat boleh jer tapis.
Campurkan dengan 4sudu cili sos dan 4 sudu air panas
Begitu besar pengorbanan seorang ibu, mengandung dan melahirkan anak dengan mempertaruhkan nyawa sendiri. Kerana itulah syurga itu terletak di bawah telapak kaki ibu.
Ucapan seorang graduan PhD dalam Pengajian Al-Quran dan Al-Sunnah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang mewakili graduan siswazah dalam majlis Konvokesyen USIM ke-16 cukup terkesan di hati.
Keyakinan dan DOA seorang ibu, siapa sangka Dr. Kamilin Jamilin mampu lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan pada tesis 3 jilidnya. Ikuti perkongsiannya di dalam akaun Facebook miliknya.
“Saya tidak merasakan apa-aoa kerunsingan kerana ada ibu yang mendoakan saya. Setiap pagi, ibu akan bangun solat dhuha sejam lamanya tidak kurang, dan atas doa ini saya tidak pernah runsing atau risau.
“Siapa yang kenal saya, mungkin lihat di malam exam ketika orang lain strugle untuk exam. Tapi saya main bola atau makan. Ada yang tanya tak risau exam esok, saya kata buat apa risau, saya ada mak yang mendoakan dan saya tahu mak saya sanggup berdoa dan berpuasa demi kejayaan anak-anaknya.
“Komitmen dan urusan pelbagai,mmembuatkan saya sibuk. Ibu bertanya sama ada saya risau untuk Viva, saya kata buat apa risau, ibu kan berdoa. Ibu kata insyAllah aku doakan saya lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan. Saya kata mak mustahil tak ada. tapi mak doakan minor correction pun sudah memadai kerana tesis saya besar. Tapi mak kata dia tetap nak doa Tesis saya lulus tanpa pembetulan.
Alhamdulillah Allah tutup aib dan mudahkan urusan. Doa ibunya dimakbulkan.
“Dalam keadaan kita menempuh perjalanan PhD dengan penuh duri dan pancaroba serta pelbagai komitmen, saya ketika menulis buku, berjaya menyiapkan 4 buah buku, dilantik menjadi Ahli Majlis Fatwa termuda negeri dan pelbagai lagi komitmen mustahil untuk berjaya dalam tesis atau proses PhD.
“Tapi saya tak runding dan khuatir kerana ada doa dari ibu dan ayah. Itu saya sangat pegang dan yakin. dan pada masa yang sama, buat saya bimbang suatu hari nanti kalau Allah ambil mereka dari saya, ketika itu saya risau adakah masa itu saya masih lagi boleh berjaya. Adakah kejayaan kita akan terbang entah ke mana.
“Pesanan saya kepada diri dan semua, hargai ibu bapa. Mereka rahsia kejayaan kita selama ini. jangan sangka kita berjaya kerana usaha dan kepandaian kita. Sebaliknya kita lupa ada insan yang mengalirkan air mata mendoakan kejayaan kita,'”ujar Dr Kamilin lagi.
Dr. Kamilin telah dianugerahkan anugerah ‘Chansellor Award’ (Siswazah Terbaik Keseluruhan) dan ‘Faculty Award’ (Ph.D by Research) serta diberi peluang memberi ucapan khas mewakili graduan siswazah di majlis konvokesyen USIM ke-16.
Dr Ustaz Kamilin Jamilin peroleh PhD TANPA SEBARANG PEMBETULAN 😲, sehingga dinobat graduan terbaik USIM. Itu saja sudah cukup wow. Tapi kisah dibelakang lebih menakjubkan.Kredit: USIMTV
Dari pernah melalui kehidupan ‘0 markah’ selama 6 tahun berpindah randah sekolah sehinggalah kembali fokus belajar selama sekitar 3 bulan untuk mendapat anugerah pelajar terbaik sekolah (SPM).
“Allah telah mengatur hidup saya dengan ‘memadamkan’ impian karier saya untuk menjadi arkitek ternama dunia dengan menerima tawaran belajar di Universiti Islam Madinah semasa masih di tahun pertama matrikulasi UIA.
Tidak pernah saya impikan untuk menceburi bidang Hadis atau Pengajian Islam, bahkan dahulunya saya sungguh tidak meminatinya.
Di Madinah, setahun saya terpaksa ‘struggle’ belajar bahasa arab di Pusat Pengajian Bahasa Universiti sebelum memilih jurusan Hadis, suatu bidang yang ketika itu saya langsung tiada idea mengenainya.
Dahulu sangat kurang mereka yang boleh memberi inspirasi kepada kita yang ketika itu masih sangat jauh dari ilmu agama.
Ketika menerima Anugerah Canselor.Ketika menerima Anugerah Canselor. Kemudian saya menempuhi 4 tahun pengajian di Fakulti Hadis dan Pengajian Islam tanpa pernah ponteng (kecuali beberapa kali disebabkan demam teruk dan pergi menyaksikan hukuman Qisas).
Alhamdulillah untuk peringkat Sarjana Muda ini saya telah mendapat Anugerah Khas Pengajian Tinggi oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan Konsul Pendidikan Jeddah Arab Saudi atas kecemerlangan pengajian.
Saya yang ‘kehabisan bateri’ ketika itu mengambil keputusan untuk pulang berehat seketika di tanah air mencari rezeki.
Dengan prinsip yang saya selalu bisikkan pada diri: “Buat yang terbaik Kamilin!” beliau berjaya tamatkan pengajian sarjana selama 4 tahun di sana tanpa sebarang penangguhan.
Tesis hadis saya yang sebanyak 4 jilid, 1800 halaman itu juga dinilai cemerlang tanpa sebarang pembetulan dalam suasana ‘viva’ yang sangat mencemaskan, sehingga saya dianugerahkan Anugerah Pelajar Cemerlang & Tesis Cemerlang tahun 2013 oleh pihak Universiti.
Bahkan pada keputusan akhir viva tersebut, penilai tesis saya Prof. Dr. Ahmad al-Batili menyebut: “Andai universiti ini mempunyai sistem upgrade ke Ph.D, nescaya kami sudah upgrade tesis anda kepada Ph.D!”.
Saya jawab: “Tak apa, saya tidak kisah, bukan itu yang saya kejar. Saya cuma mahu peluang menimba ilmu”.
Dianugerahkan dengan Anugerah Canselor.Dianugerahkan dengan Anugerah Canselor.
Pada akhir tahun 2014, Dr Kamilin kembali meneruskan pengajian peringkat Doktor Falsafah di kala hidupnya dipenuhi dengan pelbagai komitmen.
Berkat tawfiq dari Allah, dalam tempoh setahun setengah saya telah berjaya menyiapkan tesis saya yang setebal 1500 halaman (tinggal edit sahaja).
Saya masih ingat lagi kali terakhir saya ‘menyentuh’ tesis saya di laptop ialah ketika malam hari ketika ‘contraction’ isteri menanti detik kelahiran anak kedua saya.
Selepas itu, setahun setengah saya ‘berehat’ dari tesis kerana sibuk dengan komitmen luar, menulis buku, jurnal, dan pelbagai lagi.
Sebab itu saya masih lagi tidak mahu submit tesis saya hingga akhir tempoh 3 tahun yang diberikan.
Dalam tempoh tersebut saya berjaya mendapat Anugerah Karya Asli Terbaik (Kategori Bahasa Arab) oleh badan penerbitan USIM, kemudian 4 lagi buku saya berjaya diterbitkan sepanjang tempoh ‘cuti belajar’ saya selama 3 tahun itu.
Malah, beliau berjaya menghasilkan beberapa jurnal dan melakukan beberapa kajian bergeran bersama sahabat di USIM walaupun saya masih lagi dalam proses ‘bercuti’.
Ketika itu juga saya dihubungi sendiri oleh SS Datuk Mufti Dr. Zulkifli Al-Bakri di suatu pagi yang berhasrat melantik saya sebagai Ahli Majlis Fatwa Wilayah Persekutuan, dan kemudian sebagai Jawatankuasa Penasihat Lajnah MSN MAIWP.
Tidak lama selepas itu saya dilantik pula sebagai Jawatankuasa Penerbitan Negeri Perlis, dan di akhir pengajian ketika pertemuan saya dengan SS Datuk Mufti Dr. MAZA suatu malam, beliau bercadang untuk melantik saya sebagai Ahli Majlis Fatwa Perlis. Allah yang tahu betapa erti masa ketika itu sangat saya hargai.
Saya ingat lagi ketika dalam suatu mesyuarat di Kuala Lumpur, beliau bertanya pada saya: “Bila viva?”, dan saya hanya menjawab “Tak lama dah insyaAllah Dato”, sedangkan esok hari sebenarnya ‘viva-vorce’ saya.
Boleh tahan cemas menanti detik ‘viva’ sedangkan saya tidak bersedia apa untuk ‘viva’ esok hari. ‘Slide’ Powerpoint untuk dibentangkan esok juga masih tak buat-buat.
Saya hanya mendapat notis ‘viva’ seminggu lebih sahaja sebelum tarikh ‘viva’ dengan saya yang ketika itu sedang mengembara ke Indonesia.Namun Alhamdulillah Allah tutup aib saya dan mempermudah segala urusan dengan memberikan natijah lulus cemerlang tanpa sebarang pembetulan pada tesis 3 jilid saya itu.
Saya pasti banyak kekurangan jika mahu dicari aibnya, namun saya percaya akan ‘kuasa’ Allah, kemudian berkat doa ibu ayah mengatasi segalanya.
Akhirnya ini hanyalah kejayaan dunia, sedangkan kejayaan akhirat jualah yang dicari dan kekal abadi.
Andai kejayaan dunia ini saya tidak manfaatkan untuk mencapai kejayaan akhirat, hakikatnya saya hanyalah orang yang sangat rugi.
Di saat netizen membicarakan tentang kisah selebriti yang curang dengan isterinya buat sekian kalinya, lain pula dengan selebriti ini. Dia menjadi contoh kepada lelaki lain dalam melunaskan tanggung jawabnya sebagai seorang suami.
Bukan calang-calang lelaki yang sanggup berbuat seperti mana lelaki ini. Tidak hairanlah dia menjadi idola dan mendapat pujian ramai.
Itulah yang membuatkan lelaki bernama Edika Yusof wajar mendapat penghargaan dan pujian. Kerana tidak semua lelaki bergelar suami yang mampu berada di tempat Edika.
Bukan satu tempoh yang singkat, namun atas dasar tanggung jawan sebagai suami, kecintaan terhadap isteri serta kasih sayang yang tidak berbelah bahagi dia sanggup bersama dalam apa jua cabaran.
Memuat naik satu ucapan yang didedikasikan khas buat pelakon seniornya, Edika Yusof. Dalam perkongsian tersebut, jelas Que Haidar biarpun mendapat keizinan untuk berkahwin lain, namun Edika memilih untuk berada di samping dan menjaga isterinya yang lumpuh selama 13 tahun.
“Edika Yusof @edikayusofxx seorang pelakon lagenda & model, Isteri beliau lumpuh 13 tahun, beliau diizinkan berkahwin lagi, namun beliau menolak, untuk menjaga isteri beliau.
“Saya doakan abang dan keluarga sentiasa dilimpahkan rezeki2 yang halal dan bahagia hingga ke akhirnya.. amin.
“Untuk jadi lelaki yang baik, kau tak perlu nak jadi ustaz atau PU pun. Cukuplah ada common sense.. baik means baik.. baik tidak membawa maksud Ustaz,”tulis Que Haidar di ruangan kapsyennya.
Edika sebelum ini pernah berkongsi kisah hidupnya dan isteri sehingga tular dan mendapat pujian netizen. Ketika ditanya kenapa tak kahwin lagi satu. Tapi kata Edika,kahwin lain bukan selesaikan masalah.
“Mungkin isteri kedua akan sakit dan lumpuh. Jadi berapa banyak wheelchair yang perlu saya jaga. Ada yang satu ni pun Alhamdulillah dan ini adalah cabaran yang Tuhan berikan untuk saya dan saya terima dengan hati terbuka.
“Isteri juga pernah beritahu , kalau nak kahwin lagi saya dia benarkan. Tetapi saya sendiri tak mahu. Sebab saya berfikir satu hati nanti kalau dia undur diri, saya pernah cakap saya ambil dia waktu dia boleh berdiri dan berjalan.
“Jadi kalau saya nak ‘pulangkan ‘ kembali pada ibu bapanya, saya mahukan dia dalam keadaan yang sama.
“Daripada situ isteri faham yang saya tiada keinginan untuk berkahwin lain atau menambah lain kerana sudah cukup yang ada ini sudah sempurna di hati saya dan saya suka dengan apa yang saya buat.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.