Ibu ratu hati anak-anak, pengorbanan mengandung, melahirkan dan membesarkan kita tidak terbalas dek harta dan wang ringgit.
Sebab itu, kita kena hargai selagi mereka masih ada di sisi kita. Perginya ibu tiada pengganti, sebab itu walau bagaimana sekali pun layanan ibu terhadap kita, jangan ambil hati apatah lagi marah. Itulah ‘syurga’ syurga kita.
Gambar hiasan
Perkongsian daripada facebook puanFarizal Radzali cukup menyentuh hati. Ada ibu yang suka menunjukkan kasih sayang ada ibu yang sebaliknya, namun percayalah tidak ada ibu di dunia ini yang tak sayangkan anak-anaknya. Cuma cara dan pendekatan mereka dalam melahirkan rasa kasih dan cinta buat anak-anak berbeza-beza.
Ads
Gambar hiasan
Mak tu,
Walau mulutnya marah, tapi hatinya tidak.
Mak tu,
Walau dia kata lantaklah kamu, tapi otaknya masih fikirkan hal kamu.
Mak tu,
Walau dia kata taknak makan sudah, tapi sedar² lauk kegemaran kamu ada kat atas meja.
Mak tu,
Walau dia kata kamu buat salah kamu tanggung sendiri, tapi dia yg tak tidur malam fikirkan masalah kamu, tahu² dia yg bagi jalan utk kamu selesaikan masalah kamu.
Mak tu,
Walau dia kata kamu jahat, degil, sampai dia penat bagi nasihat, tapi dlm setiap solatnya ada doa utk kamu.
Mak tu,
Walau kamu dah ada keluarga sendiri, tapi dia masih risaukan kesihatan kamu.
Mak tu,
Walau kamu dah besar panjang & tinggal jauh darinya, tapi dia masih gembira jika dpt masakkan & sendukkan nasi ke pinggan anak²nya.
Mak tu,
Walau katanya dia dah tua nak rehat taknak masak dah, tapi dialah paling sibuk memasak bila tahu anaknya nak balik makan.
Mak tu,
Walau nampak dia letih, tapi hatinya paling gembira bila lihat anaknya makan masakannya dgn penuh selera.
Mak tu,
Walau mulutnya kata dia ok, tapi hatinya Allah je yg tahu.
Mak tu,
Walau dia makin tua makin lupa, tapi dia tak pernah lupa janji anak²nya.
Mak tu,
Walau dia kelihatan tenang dikala kamu sedang susah, tapi dialah yg sebenarnya paling sedih.
Mak tu,
Walau dia kelihatan kuat, tapi dialah paling lemah bila anaknya susah.
Gambar hiasan
Mak tu,
Walau dia cakap dia tak suka apa yg kamu buat, tapi dlm diamnya dia cuba mengikut apa yg kamu mahu.
Mak tu,
Tiada gantinya walau berapa harta yg kita ada. Tiada gantinya walau dia buruk atau miskin. Tiada gantinya walau siapapun kamu. Tiada gantinya walau kau dpt mak angkat, mak mertua atau mak apapun yg dilihat jauh lebih sempurna, namun Mak kita takkan pernah sama dgn sesiapa. Sebab dia mak kita. DIA MAK KITA.
Gambar hiasan
Sayangilah mak sementara dia masih ada. Kerana doanya tiada hijab. Hilanglah satu rahmat bila Mak kembali kepada Pencipta-Nya.
Nur Nazirah Md Nasir bukan hanya seorang wanita cantik tetapi juga bijak dan berilmu. Ini yang dipanggil ‘Beauty with brain’. Meniti usia 25 tahun, adik bongsu kepada Anzalna Nasir ini mendapat perhatian peminat pelakon jelita tersebut kerana kepintaran yang dimiliki. Bahkan sebelum ini, Anzalna pernah berkongsi kejayaan Nazirah di media sosial miliknya yang memaparkan keputusan cemerlang ‘4 flat’ Nazirah pada setiap semester.
Merupakan graduan kelas pertama Bachelor of Biomedical Science dari Segi University, pencapaian Nazirah dalam bidang akademik nyata bukan calang-calang. Selepas berjaya menamatkan pengajian tersebut, dia kemudian mendapat tawaran mengikuti pengajian PhD di Universiti Malaya (UM).
Dalam usia muda dan dapat ‘fast track’ sambung PhD, bukan semua orang mampu lakukan macam Nazirah. Memang bijak orangnya! Barangkali personaliti ini terinspirasi dengan kejayaan dan ikut jejak langkah bapa tersayang yang menyambung pelajaran hingga mampu bergelar Profesor.
Bapanya, Profesor Dr Md Nasir Ibrahim ialah Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) sejak November lalu.
Nazirah yang lahir pada 7 Julai 1997 di Montreal, Kanada, sah bergelar isteri kepada Umar Annuar pada Ogos 2020. Dia yang mesra menyambut panggilan Nona baru-baru ini terbuka berkongsi perkembangan terkini dan kisah kehidupan mereka lima beradik di samping didikan kedua-dua ibu bapa.
Mengakui segan ditemu bual Nona memandangkan dia bukan individu terkenal, namun demi untuk memberi inspirasi Nazirah akhirnya akur. “I’m currently pursuing a postgraduate degree at University Malaya. Rutin harian saya sama seperti kaum isteri lain yang perlu sediakan segala keperluan suami dan memasak sebelum pergi ke pejabat.
Kemudian, saya akan selesaikan semua kerja-kerja di rumah dan there are days when I’ll be at the Laboratory doing benchwork or at home finishing up some paperwork.”
Tambahnya sejak berstatus isteri, dia harus bijak menyesuaikan masa untuk pengajian dan suami. “Tak dinafikan saya perlu tahu bagaimana untuk menguruskan masa dengan sebaiknya. Saya akan pastikan ada masa untuk suami, keluarga, mentua, kawan dan juga diri sendiri. Begitu juga masa untuk ‘berada’ dekat dengan Allah SWT. Dia adalah sebaik-baik perancang.
Bercerita soal kerjaya, saya mengimpikan untuk berkhidmat di Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Selain sesuai dengan minat dan bidang pengajian yang saya ambil, saya juga mahu memberi sumbangan melalui apa yang sudah saya pelajari. Seterusnya membawa perubahan lebih baik kepada masyarakat.”
Ditanya ketegasan ibu bapa dalam mendidik mereka adik-beradik membuatkan Nazirah mampu berjaya sampai ke tahap sekarang, wanita cantik ini berkata dia bersyukur kerana ibu bapa tidak pernah beri tekann. Sebaliknya, sentiasa menyokong minat dan kemahuan anak-anak.
“Sejujurnya, cara didikan ibu bapa saya terhadap kami adik-beradik bukanlah tahap tegas yang melmpau. Mereka mendidik kami dengan penuh kasih sayang dan tidak pernah paksa untuk kuat belajar. Sebaliknya mereka memberi anak-anak ruang untuk memilih haluan yang kami mahu.
Kesannya, cara tersebut sangat membantu saya bukan saja dari segi pelajaran tetapi juga kehidupan. Mereka memahami saya dan adik-beradik yang lain. Tidak pernah sesekali membanding-bandingkan kami dengan orang lain dan saya amat bersyukur dikurniakan ibu bapa sebaik mereka.
Mereka juga selalu mengingatkan saya supaya buat perkara yang saya suka dengan sepenuh hati dan mendidik kami adik-beradik agar menghormati serta berbuat baik kepada semua orang. Good manners are important.”
Mengulas usia perkahwinan yang bakal mencecah dua tahun, Nazirah tanpa berselindung memberitahu dia bersyukur kerana memiliki seorang suami yang penyayang dan cukup memahami. Menjawab keistimewaan suami di matanya, ini jawapan jujur Nazirah.
“Dia ialah suami dan lelaki terbaik di mata saya. Tak dinafikan, dia selalu manjakan saya dan sangat mengambil berat. Bukan saja terhadap diri saya tetapi juga keluarga. Sikap suami yang ringan tulang dan rajin bantu menguruskan kerja-kerja di rumah menyenangkan saya.
Sepanjang hampir dua tahun hidup bersama, kami akan pastikan walau sesibuk mana pun kami tetap ada masa untuk solat berjemaah sekurang-kurangnya sekali sehari. Bagi saya, solat membuatkan kita berasa tenang dan dapat fikir lebih rasional.
Biasanya kalau makan di kedai atau restoran, menu ikan ini pasti jadi pilihan ramai. Rasanya yang masam, manis dan pedas secukup rasa membuatkan ia antara menu kegemaran ramai.
Kali ini admin bawakan resipinya untuk ibu-ibu cuba sendiri di rumah. Cukup mudah dan pastinya sedap.
Boleh dihidangkan waktu makan tengah hari mahupun malam. Resepi Ikan Siakap Goreng Tom Yam
Ramai kata sedap sangat-sangat. Boleh cuba ni. Resepi dalam gambar.
Bahan-bahan
4 biji bawang merah
5 batang cili padi
2 batang cili merah
2 biji tomato
3 batang serai
2 helai daun limau purut
Sedikit jus perahan limau nipis.
3 sd mkn pes tomyam
2 sd mkn pes cili kering Cara membuat:
Ikan siakap dilumur dgn sedikit serbuk kunyit, garam dan tepung jagung. Deep fry ikan siakap. Tumis bawang merah, serai,cili padi,tomato,cili merah dan daun limau purut. Setelah bawang layu masukkan pes cili kering. Masak sehingga pecah minyak. Setelah pecah minyak,masukkan pes tomyam. Gaul rata dan perasakan dgn garam. Tambah 1 cawan air. Biarkan mendidih. Setelah mendidih,masukkan jus limau nipis.Tutup api apabila kuah mendidih. Tuang kuah keatas ikan yg siap digoreng tadi.Sedia dihidang. (Tuang tanpa minyak)
Sumber : Sheena Cooking Passion
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Bergelar seorang isteri dan ibu kepada anak-anak yang masih kecil bukan suatu yang mudah. Lebih lagi menjadi suri rumah sepenuh masa. Tentu akan rasa cabarannya!
Begitulah yang dilalui oleh ibu ini, Wawa Shauqi menerusi facebook miliknya berkongsi pengalaman dan ketabahan dirinya dalam membesarkan anak-anak. Lebih mengejutkan dirinya pernah menerima rawatan psikiatri akibat tekanan yang dilaluinya.
Kisah inspirasi ini menjadi iktibar buat kita semua untuk menjalani kehidupan dengan sempurna.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Sebab ada yang tanya, jadi saya kongsi di sini. Ya. Hampir 10 tahun saya jadi surirumah. Saya tak ada maid. Saya tak pernah hantar anak ke rumah pengasuh. Selebet. Ketiak masam. Tak bergaya. Bau muak anak. Itulah realiti saya yang orang tak nampak dulu. Bila anak dah mula sekolah, itu kali pertama saya belajar ‘berjauhan’ dengan anak. Bila anak dah besar ni, baru merasa banyak senang. Baru sempat nak melawa. Fasa paling jerih sekali, waktu anak-anak masih kecil. Dapat pula anak high needs. Nak memasak, menyapu, sidai kain, berwuduk dan solat pun, anak dikendong di lengan. Yang saya cerita dalam WHI haritu memang realiti. Nak berak pun, terpaksa tunggu husband balik dari kerja.
Sebab apa? Sebab kalau saya tinggalkan anak di luar bilik air, dia akan meraung. Bila mula meraung, susah nak tenangkan. Dah la jenis tidur sekejap-sekejap. Tak tipu. Memang penat. Tapi sayang dan rasa komited melebihi segalanya. Bila difikirkan balik, buat kerja rumah tu tak adalah penat sangat. Yang penat adalah : – Bila takde teman untuk diajak bersembang. Sebab saya ni asalnya manusia extrovert. – Bila mengulang rutin yang sama setiap hari – Bila duduk terperuk dalam rumah tak keluar-keluar – Bila anak meragam dan kita tak tau macam mana nak tenteramkan anak.
Ya. Penat banyak kat emosi sebenarnya. Bila penat emosi ni, kita ni banyak bersandar keperluan emosi kat orang tersayang. Terutamanya suami. Dapat suami tu pandang mata kita, senyum, dengar kita meluah, peluk tak semena-mena, cium dan sikatkan rambut, dah cukup buat tangki emosi ni penuh balik. Bila tangki penuh tu, naaahhh dia punya mood berbunga datang. Tetiba muncul rajin nak melawa. Nak melayan anak dan laki.
Mungkin ramai yang masih tak tau, saya sendiri sebenarnya menerima rawatan psikatri dan psikologi di hospital.
AMAL PERKARA INI UNTUK BERJUANG UNTUK TENANG
Saya nak kongsi satu pesanan dari psikologis saya kat kalian semua. “Walau komited macam mana pun kita pikul tanggungjawab, cari masa untuk buat 3 benda ni 1) Seek pleasure : buat benda yang kita enjoy. 2) Challenge ourselves : buat sesuatu yang bagi peluang kita grow. 3) Having positive relationship : jumpa orang-orang yang kita selesa dan buat kita rasa diri bernilai. Lepas tu jangan lupa untuk SELF LOVE, SELF CARE dan SELF RESPECT.”
SELF LOVE : Be nice to yourself. Punyalah banyak pengorbanan kita dah buat untuk jaga makhluk lain. Tapi kita selalu lupa nak puji dan berterima kasih diri sendiri. Cakap ‘tahniah kat diri bila berjaya kawal emosi’. Cakap ‘terima kasih sebab banyak usahakan kehendak diri’. Cakap ‘it’s ok harini tak berjaya, sebab esok kita cuba lagi.’ Bila saya belajar buat macam ni, alhamdulillah mudah sangat berdamai dengan diri dan anak-anak. Have a moment to pat your shoulder and say ‘im so proud of you’. . SELF CARE Jadikan Allah tempat untuk kita mengadu segala. Kalau mengadu dengan manusia, ada masa, manusia pun penat nak dengar. Tapi dengan Allah, makin kita mengadu, makin kita jumpa kekuatan. Plus, jaga makan. Kontrol gula. Kontrol makanan terproses. Banyakkan ambil sayur, buah dan minum air putih. Ambil masa untuk bersenam. Jaga kesihatan fizikal termasuk gigi, rambut, kulit dan keseluruhannya. Jaga ruang privasi kita dengan kekalkan kekemasan dan kebersihan. Do spring cleaning kalau perlu. Buang mana barang yang dah setahun tak pakai. Dan takkan pakai lagi setahun akan datang. Rehat kalau perlu. Jangan paksa diri. Minta bantuan kalau tak larat. Sebab kita bukan robot. Kita manusia yang reti penat. . SELF RESPECT Distance yourself from toxic people. Orang-orang yang mempergunakan kita. Dan orang-orang yang tak menghargai usaha yang kita lakukan. Spend time dengan orang-orang yang membina diri kita, dan buat kita rasa berguna dan dihargai. Cari circle yang buat kita rasa kuat. Yang buat kita rasa terinspirasi. Circle yang akan bantu kita cari nilai berharga dalam diri. . Buat wanita bergelar surirumah. Jangan sesekali rasa diri tak ada harga. Tanpa kalian, tak tertegaknya rumah tangga. Kita tukang sapu, tukang cuci, tukang dobi di rumah. Dan kita juga pendidik, jururawat dan pakar motivasi buat anak-anak. Kita mungkin tak maju kalau diukur guna kekayaan dunia. Tapi kita ada saham yang besar yang Allah sediakan untuk berpeluang berjaya di akhirat.