Biasanya lepas habis menunaikan solat Tarawih di masjid, mulut kita masih mahu mengunyah makanan yang tidak terlalu berat juadahnya. Jika selalunya menjamah kuih muih, tapi apa kata kali ini layan pula selera dengan menikmati tempe goreng berempah yang digoreng ranggup dan dicicah pula dengan sambal kicap macam orang Johor suka makan. Mesti padu rasanya bukan?
Jadi tunggu apa lagi, persiapkan bahan-bahannya seperti perkongsian resipi oleh Mas Intan Masman. Andai kata teringin hendak di makan terus boleh goreng dan dinikmati ketika panas.
Tempe Goreng Rangup
Bahan-bahan:
Tepung gandum
Tepung beras
*Ketumbar
*Jintan
Garam
Serbuk kunyit
*Bawang putih
Air suam
Cara-cara :
1.Tumbuk semua bahan bertanda *
Ads
2.Bancuh tepung dengan air suam dan sebatikan bahan yang di tumbuk
3.Celupkan tempe ke dalam tepung dan terus goreng.
4.Agak-agak keemasan boleh lah angkat dan tos
Enak dimakan dengan sambal kicap dan jika ingin tahu betapa enak rasanya bolehlah buat resipi sambal kicap seperti yang dikongsikan pula oleh Ani Zam, ori resipi sambal kicap orang Johor!
Minuman yang digemari ramai antaranya nescafe. Namun, nampak aje senang nak bancuh tapi kalau salah sukatan memang tak menjadi.
Oleh itu, tidak mustahil jenama minuman terkenal seperti Starbuck mempunyai pekerja yang dilantik khas untuk membuat bancuhan kopi yang enak yang dikenali sebagai barista.
Bagi yang pelajari bancuh nesface dengan betul, jom lihat rahsianyanya nak jadi minuman ini lebih sedap. Perkongsian oleh bekas barista Startbuck ini telah menarik penggemar kopi atau nescafe.
Jom lihat caranya!
Saya tak pandai masak. Tapi reti buat air nescafe je..huhu. Hantu nescafe, berkurun asyik minum nescafe. Tahap ketagih dah..boleh la sikit-sikit, berbekalkan pengalaman kerja di Starbucks berbelas tahun dahulu. Ini formula mengikut selera aku. Kalau korang nak rasa macam almond latte, letak minyak kelapa dara sedikit dalam sesudu kecik. Pun sedap!
Bahan-bahan:
1 sudu teh nescafe (jangan penuh menggunung) 2-4 sudu teh susu cair 1.5 – 2 sudu teh susu pekat manis Air panas mendidih secukupnya
Bancuhan
1. Campurkan nescafe, susu cair dan susu pekat manis ke dalam cawan. Dan di kacau rata ke semuanya.
2. Apabila dicampur dan dikacau warnanya akan seperti di gambar. Jangan risau, ini just nice dan tak manis. Cukup pahitnya, cukup manisnya, cukup lemaknya.
3. Kemudian tuangkan air yang betul-betul panas mendidih dan kacau sebati.
4. Siap! Sedia untuk dinikmati bersama keluarga.
Tips
Kalau nak rasa macam Almond Latte, letak 1 sudu minyak kelapa dara. Tak nak rasa terlalu cair, air panas tadi di isi hanya 3/4 daripada cawan penuh.
Mesti anda teringat kartun-kartun zaman dahulu? Siapa yang selalu terpacak depan TV mesti tahu banyak kartun. Jadi jom tonton berapa banyak agaknya yang adik-adik BK kita ni tahu pasal kartun popular tahun 90-an dan awal 2000.
Follow dan subscribe Youtube Channel @BintangKecilMy#BintangKecilMy #BintangKecil #KitakanJuara
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Hari-hari mesti nak fikir menu apa yang sedap dan mudah untuk dimasak dan dimakan bersama keluarga. Menu ayam atau ikan sememangnya sudah menjadi kebiasaan.
Haa apa kata anda cuba menu kerang masak sambal serai ini. Resipi yang dikongsikan oleh farah_hanani_azalan ini sangatlah mudah dan tidak memerlukan bahan yang banyak. Lauk ini juga bukan setakat sedap dimakan bersama nasi panas, malah boleh diratah begitu saja.
Jika berkunjung ke bazaar Ramadan, gerai kuih yang satu inilah sentiasa jadi perhatian. Cukup istimewa sekali ketika bulan puasa. Namun bagi anda yang punya waktu lebih atau hujung minggu, boleh juga cuba membuatnya sendiri di rumah.
Nak tahu apa petua menyedapkan kuih ini? Cuba petua ini.
Daun Pandan Asli
Pastikan pewarna hijaunya menggunakan daun pandan asli. Elakkan sama sekali hanya menggunakan pewarna hijau sahaja kerana rasanya cukup berbeza. Mungkin mencampurkan sedikit perasa pandan mampu membantu namun gunalah daun pandan yang asli. Ia pasti lebih sedap.
Guna Tepung Sesuai
Ada sesetengah yang mencampurkan tepung beras dengan tepung lain seperti tepung jagung namun tepung beras dikatakan lebih sesuai. Malah ia juga meninggalkan rasa yang berbeza dan struktur juga berbeza.
Senduk Kayu
Mengikut petua orang-orang lama, adunan kuih hendaklah dikacau menggunakan senduk kayu. Ia petua yang harus diperturunkan. Menggunakan senduk kayu buat adunan jadi lebih sebati dan mesra. Malah rasanya lebih enak.
Masih Panas
Selepas adunan daun pandan selesai dikukus, pastikan adunan santan yang dituangkan ke atasnya masih lagi panas. Ini bagi memastikan kedua adunan ini sebati dan mesra rasanya ketika melalui proses penyejukan. Langkah ini wajib dilakukan dan jangan tunggu adunan hingga sejuk barulah di tuangkan ke atasnya.
Gula Pasir
Gula pasir yang diletakkan di atas adunan daun pandan ketika proses mengukus juga perlu menjadi langkah wajib. Barulah adunan jadi cair seperti yang dijual di kedai.
Ketika proses mengukus, gula ini akan menjadi cair dan lebih enak rasanya. Jika tidak sukakan gula pasir, anda boleh juga menggantikannya dengan gula perang. Rasanya lebih lemak dan enak.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di