Menjadi impian sebagai seorang anak untuk memberikan yang terbaik untuk ibu ayah yang tersayang bagi membalas jasa setelah membesarkan kita.

Pelbagai cara boleh kita lakukan dan salah satunya adalah seperti apa yang dilakukan oleh Raha Nur Hazwani ini. Lakukan transformasi ruang dapur ibunya dengan modal yang seadanya.

Ini perkongsiannya.

Bagi merialisasi kan impian mak & ayah untuk dapatkan dapur yang kemas & cantik xperlu keluarkan banyak modal.. Cukuplah sekadar kudrat & sedikit modal untuk pemasangan wallpaper.. Hadiah untuk mak & ayah.

Jadi saya akan kongsikan susun atur dapur di rumah mak ayah saya. Setiap PENERANGAN insyaAllah ada saya sertakan di caption gambar jadi saya mohon kawan kawan luangkan masa untuk baca.

Sebelum saya mulakan, setiap gambar sebelum di makeover adalah keadaan semasa proses untuk makeover, jadi agak berselerak.

Makeover Dapur Untuk Rumah Ibu Versi Bajet. Anak Ni Kongsikan Caranya!

Keadaan sebelum memulakan makeover. Terdapat 3 masalah utama yang saya kenalpasti iaitu:

1. Kurang pencahayaan
2. Ruang dapur sempit
3. Kedudukan barang tidak tersusun
4. Bajet

Makeover Dapur Untuk Rumah Ibu Versi Bajet. Anak Ni Kongsikan Caranya!

Untuk peralatan utama yang saya gunakan:

4 roll plain wallpaper
2 roll brick wallpaper
1 set meja & kerusi
1 blind
2 Unit rak Hyllis saiz besar
3 liter Cat
Storage

Ads

Makeover Dapur Untuk Rumah Ibu Versi Bajet. Anak Ni Kongsikan Caranya!

Dibahagian ini terdapat 1 rak yang dijadikan sebagai tempat penyimpanan
stok barang serta tempat penyediaan
keperluan memasak.  Kedudukan rak ni sangat tidak praktikal kerana saiznya
yang agak besar menyebabkan ruangan
dapur menjadi sempit. Selain tu juga stol
barang yang disimpan sukar untuk diambil.

Makeover Dapur Untuk Rumah Ibu Versi Bajet. Anak Ni Kongsikan Caranya!

Set meja & kerusi ini digunakan bagi menyelesaikan masalah ruang yang sempit.. Selain itu juga ianya memberikan mood yang segar diruangan ini. Barulah bersemangat nak masakkan.

Makeover Dapur Untuk Rumah Ibu Versi Bajet. Anak Ni Kongsikan Caranya!

Untuk ruangan ini pula terdapat 1 lagi rak 3 tingkat yang digunakan untuk meletakkan barangan masakan yang
sering digunakan. Jika dilihat keadaan ni
memang menyukarkan proses memasak
disebabkan susunan yang tidak teratur.

Makeover Dapur Untuk Rumah Ibu Versi Bajet. Anak Ni Kongsikan Caranya!

Ads

Bagi memudahkan proses memasak saya
menggunakan hyllis supaya bahan2
masakan yang digunakan boleh dilihat
serta mudah dicapai secara tidak
langsung masa memasak pun menjadi cepat. Tak gitu makcik kiah. Untuk rak 3 tingkat ni pula saya gunakan untuk meletakkan pinggan mangkuk serta alatan harian yang sering digunakan.. Pastikan alatan yang tidak digunakan disimpan dalam almari supaya nampak lagi kemas & teratur.

Makeover Dapur Untuk Rumah Ibu Versi Bajet. Anak Ni Kongsikan Caranya!

Jangan pandang rendah pada bahagian tingkap ye.Ini lah kawasan yang paling penting bagi mendapatkan pencahayaan yang baik.. Tapi jangan pula kita gunakan sebagai tempat mengeringkan alatan dapur.. Tak manis dipandang orang.

Makeover Dapur Untuk Rumah Ibu Versi Bajet. Anak Ni Kongsikan Caranya!

Kenapa perlu pasang Blind sedangkan dapur memerlukan pencahayaan yang baik? Haa ni jawapannya, blind ni digunakan pada waktu2 tertentu sahaja sebagai contoh bila masak diwaktu siang orang luar boleh nampak kita, jadi blind digunakan untuk mengelakkan orang luar nampak kita & angin pun dapat masuk, kan nyaman macam tu.

Makeover Dapur Untuk Rumah Ibu Versi Bajet. Anak Ni Kongsikan Caranya!

Di sudut dapur ni terdapat 1 lagi rak yang digunakan untuk meletakkan barang masakan seperti kicap sebagainya.. Tetapi kedudukan ni tidak begitu sesuai & menjadikan kawasan sudut nampak sempit.

Ads

Makeover Dapur Untuk Rumah Ibu Versi Bajet. Anak Ni Kongsikan Caranya!

Untuk bahagian sudut saya gantikan dengan meletakkan minyak serta sudip supaya kerja memasak menjadi mudah & kawasan menjadi luas.. Nak lagi menarik boleh la letak pokok2 hijau kat situ ye.

Makeover Dapur Untuk Rumah Ibu Versi Bajet. Anak Ni Kongsikan Caranya!

 

Dibahagian ini pula terdapat 1 rak yang tidak digunakan & diletakkan diruangan kosong ni

Makeover Dapur Untuk Rumah Ibu Versi Bajet. Anak Ni Kongsikan Caranya!

Untuk bahagian ini saya letakkan 1 lagi rak hyllis dimana ia boleh memuatkan air fryer & barangan2 lain serta hiasan supaya ruang ni tidak nampak bosan. Saya tidak meletakkan semua barangan elektrik pada rak ni sebab kebanyakan barang elektrik semua berat2.

 

Sumber : Raja Nurhazwani

Nak macam-macam info? Join channel Telegram keluargagader club

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI