Yang mana bertukar almari lama kepada baru tu, selalunya yang lama tu korang buang ke recycle je? Yang mana niat nak buang tu, fikirkan balik! Korang boleh guna lagi tau bahagian tertentu almari tu.
Macam perkongsian dari Norpadilah Binti Afandi ni, transfor laci almari jadi menyangkut serbaguna. Menarik tak? Yang mana berniat nak ikut idea ni, jom cuba!
DIY Multipurpose Hanger
Santai2 je harini, lama dah tak diy kan…sambil2 kemas stor. Jumpa dalam simpanan cover laci lama ni.
Bahan-bahannya :-
Pintu laci yang tak digunakan
Kain buruk
Ads
Cat shellac woodstain colour meranti
Penyangkut (hook)
Cara-caranya :-
1) Bersihkan pintu laci yang dah tidak digunakan.
Ads
2) Cat guna kain buruk je kekdahnya nak dpt rustic look. Kita guna cat shellac woodstain colour meranti.
Ads
3) keringkan cat, kemudian pasang hook ikut keperluan.
Setiap ibu bapa pasti ada cara tersendiri dalam mendidik anak. Ada perkara boleh dilenturkan, ada juga perkara yang perlu ditegaskan sejak kecil, terutama apabila melibatkan soal agama dan ibadah.
Bagi pelakon Adam Corrie Lee Abdullah, didik anak solat adalah antara perkara utama yang mahu diterapkan dalam kehidupan anak kesayangannya, Adam Fateh. Walaupun anaknya baru berusia lapan tahun, Adam sudah mula membiasakan Fateh untuk menunaikan solat berjemaah bersamanya setiap hari.
Menerusi perkongsian bersama Majalah Nona, Adam mengakui dia sentiasa belajar memahami karakter anaknya yang berubah mengikut emosi dan keadaan harian. Namun dalam soal solat, beliau memilih untuk tegas.
“Saya belajar macam mana karakter anak saya, Adam Fateh sebab mood dia dan karakter dia hari-hari tak sama.
“Saya tegas, bukan semua benda tapi saya tegas dalam bab solat.
“Dia setiap hari dia kena solat berjemaah dengan saya walaupun dia baru lapan tahun,” katanya.
Menurut Adam, pada awalnya dia merancang untuk mengajar Fateh solat apabila anaknya mencecah usia 10 tahun. Namun melihat anaknya sudah boleh membaca surah Al-Fatihah dan tahiyat akhir, Adam mengambil peluang itu untuk mendidiknya lebih awal.
“Sebenarnya saya nak ajar dia solat pada usia dia 10 tahun.
“Tapi, sekarang dia dah boleh baca surah Al-Fatihah, dah boleh baca tahiyat akhir, saya suruh dia berjemaah dengan saya.
“Tapi waktu Subuh memang tak la, bila Subuh memang dia lesu.
“Waktu lain seperti Zohor, Asar, Maghrib, Isyak, insya-Allah,” kongsinya.
Keputusan untuk mula didik anak solat lebih awal dibuat kerana Adam melihat kemampuan anaknya memahami asas-asas ibadah semakin baik. Baginya, pendedahan sejak kecil membantu membentuk disiplin dan rasa tanggungjawab dalam diri anak-anak.
Sebagai bapa, Adam akui dia bersyukur kerana proses mendidik Fateh untuk solat tidak sesukar yang disangka. Setiap kali dipanggil untuk bersolat, anaknya memberi kerjasama dengan baik dan terus mengambil wuduk.
“Tapi saya tak sangka, saya ingat saya susah nak ajar dia solat.
“Lepas tu bila saya ajar dia, saya panggil dia solat, dia okey saja, dia pergi ambil wuduk, solat dengan saya.
“Alhamdulillah, saya rasa macam lega, dan bukan banggalah tapi at least saya didik anak sendiri solat daripada didik anak sendiri pergi main benda lain,” ujarnya.
Pengalaman ini memberikan kelegaan kepada Adam kerana usaha didik anak solat yang dilakukan secara konsisten ternyata membuahkan hasil yang positif.
Dalam masa sama, Adam sentiasa mengingatkan anaknya tentang kewajipan solat sebagai seorang Muslim. Katanya, dia mahu Fateh faham bahawa solat bukan sekadar rutin, tetapi tanggungjawab yang perlu dijaga setiap hari.
“Saya kena bagi tahu dia hari ini, ‘Ini rumah orang Islam, kita wajib solat’.
“Kadang-kadang dia tanya, ‘Kenapa kena solat?’, saya jawab, ‘Ini rumah orang Islam, kita wajib solat lima waktu.’
“Kalau dia tak nak ikut, saya marahlah,” katanya.
Bagi Adam, usaha didik anak solat bukan sekadar memastikan anak melakukan ibadah, tetapi membantu mereka memahami sebab dan kepentingan kewajipan tersebut dalam kehidupan seorang Muslim.
Bagaimanapun, Adam menjelaskan dia seboleh-bolehnya tidak mahu menggunakan kekerasan dalam mendidik anak. Memandangkan Fateh masih kecil, dia lebih memilih pendekatan menegur dan mendisiplinkan anak dengan cara yang sesuai.
“Sebelum masih belum lagi tahap pukul dan rotan.
“Sebab dia baru lapan tahun, kita tak nak rotan dia lagi sebab dia baru 8 tahun.
“10 tahun ke atas baru kita boleh start rotan dia ataupun start pukul dia.
“Tapi seboleh-bolehnya saya tak nak sentuh dialah,” jelasnya.
Pendekatan ini menunjukkan bahawa proses didik anak solat boleh dilakukan dengan gabungan ketegasan, kesabaran dan kasih sayang tanpa perlu menggunakan kekerasan.
Walaupun tegas dalam bab solat, Adam tidak menghalang anaknya menikmati zaman kanak-kanak seperti biasa. Fateh tetap diberi ruang untuk bermain, bergaul dengan rakan-rakan dan melakukan aktiviti yang menyeronokkan.
Cuma sebagai bapa, Adam menetapkan disiplin tertentu. Antaranya, Fateh perlu pulang ke rumah sebelum waktu Maghrib untuk membersihkan diri dan bersiap menunaikan solat.
“Tapi bagi saya, dia nak main lumpur, hujan ke, nak main dengan kawan-kawan, pergilah.
“Tapi saya tegaskan, ‘Fateh, main macam mana sekali pun, pukul 7 Fateh kena balik’.
Lebih menyentuh hati, Adam turut meluahkan rasa syukur kerana dikurniakan zuriat selepas hampir sedekad menanti. Dia berkahwin pada usia 40 tahun, tidak lama selepas memeluk Islam pada usia 39 tahun, dan akhirnya menerima kehadiran Fateh ketika berusia 50 tahun.
“10 tahun saya tunggu dapat dia.
“Saya berkahwin umur 40 tahun, sebab saya masuk Islam umur 39 tahun.
“Umur 50 tahun baru saya dapat Fateh,” luahnya.
Bagi Adam, kehadiran Fateh adalah amanah dan anugerah yang cukup besar dalam hidupnya. Justeru, dia mahu membesarkan anak itu dengan asas agama yang kukuh agar membesar sebagai insan yang baik serta sentiasa menjaga hubungan dengan Allah SWT.
Perkongsian Adam ini menjadi inspirasi buat ibu bapa lain. Dalam mendidik anak, ketegasan adakalanya perlu, namun biarlah ia hadir bersama kasih sayang, kesabaran dan contoh yang baik daripada ibu bapa sendiri.
Benarlah, anak-anak mungkin belum faham sepenuhnya mengapa sesuatu perkara perlu dilakukan. Tetapi apabila mereka dibimbing secara konsisten sejak kecil, nilai itu perlahan-lahan akan tertanam dalam hati mereka. Itulah antara bentuk kasih sayang seorang ayah — bukan sekadar membesarkan anak, tetapi membimbing mereka mengenal tanggungjawab sebagai hamba Allah.
Doa merupakan salah satu bentuk permohonan dan kerendahan hati seorang hamba di hadapan Sang Pencipta.
Ia bagaikan senjata bagi orang Mukmin, perlindungan bagi orang yang lemah, ubat yang paling hebat bagi mereka yang dalam kesusahan. Tidak ada seorang pun yang harus lepas daripada doa.
Bahkan para Nabi pun, sebagai kekasih-Nya, berdoa dan menjadikan doa sebagai senjata mereka dalam keadaan senang dan susah.
Memetik perkongsian bersama Ustazah Fatimah Syarha dalam video Keluarga Talk, doa ni kekuatan kita, senjata kita yang tak boleh kita pisahkan dengan doa dan antara doa yang sangat indah dalam surah Al-Furqan ayat 74.
“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai
penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami pemimpin bagi orang-orang yang bertakwa.”
Jika ada konflik dengan suami atau anak-anak, sesama anak bergaduh, kita motivasikan
keluarga kita untuk jadi keluarga yang kuat bersatu. sebab nanti kita nak siapkan anggota
masyarakat yang bersatu padu nak jaga negara dengan keamanan dan perpaduan.
Dan taatilah Allah dan Rasul-Nya dan janganlah kamu berselisih, yang menyebabkan kamu menjadi gentar dan kekuatanmu hilang dan bersabarlah. Sungguh, Allah beserta orang-orang sabar.
Boleh sama-sama kita amalkan doa-doa ini ya. Untuk video penuh, boleh tonton di bawah ini ya.
Pastinya buat kita semua menanti selama ini dengan debar di dada tentang berapakah dividen ASB yang bakal diperoleh pada tahun ini.
Berikutan pengumuman dari Permodalan Nasional Berhad (PNB) hari iní mengumumkan pengagihan pendapatan sebanyak 5.00 sen seunit dan bonus 0.50 sen seunit bagi Skim Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk tahun kewangan berakhir 31
Disember tahun ini.
Dalam pengumumannya Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Bhd (PNB) Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz berkata ia membabitkan pengagihan berjumlah RM9.00 bilion.
Beliau turut memaklumkan jumlah pemegang unit ASB kini mencecah 10 juta orang.
Pun begitu, tidak dinafikan dividen ASB tahun ini adalah paling terendah yang pernah kita perolehi. Pastinya hal ini kecoh diperkatakan, dan Nur Aliah turut terpanggil untuk berkongsi info dengan warga net. Jom semak perkongsiannya.
Dividen ASB 2019 Pulangan Paling Terendah Dalam Sejarah Iaitu 5.50% Je!
Fuh! Kecoh hari ini dekat semua platform social media pasal #ASB ini. Siap jadi trending lagi.
Tenang anak-anak muda.
Setiap orang situasinya berbeza-beza. Cek dulu adakah #ASBF yang korang buat itu patut teruskan atau surrender?
Sini Lia Kongsikan 3 Tips Mudah Untuk Bantu Korang Buat Keputusan Untuk ASBF
1. Dividen Roll Next Year
Bagi yang guna teknik rolling, buat kira-kira cukup tak untuk rolling duit tahun depan?
Contoh ambil ASBF 100K, dividen 5.5%, dividen RM5,500. Kalau yearly lagi banyak daripada RM5,500, maksudnya kita dah kena keluarkan duit sendiri. Then you can consider to surrender.
Rujuk kiraan di bawah ini :
RM200k = dividen RM11000
RM150k = dividen RM8250
RM100k = dividen RM5500
RM50k = dividen RM2750
2. Financing Rate
Rate yang tentukan berapa kita kena bayar semula kepada bank. Lagi rendah FR, lagi bagus.
Now check berapa rate for your ASBF. Lepas itu compare dengan rate sekarang. Ada rate yang serendah 4.85%.
Jadi, lagi rendah rate, bayar bulanan akan jadi sikit, lagi banyak untung boleh dapat. (Lower rate, lower monthly and more profit).
3. Tenure
Maksudnya tempoh pinjaman yang kita buat dengan bank. Lagi lama kita buat, lagi rendah bulanan.
Biasanya orang ambil tempoh maksimum 30 tahun. Jadi untuk anak anak muda yang bawah 30 tahun ini untung sebab mereka boleh apply for 30 years.
Jadi. Please cek 3 tips mudah ini sebelum buat apa-apa keputusan untuk ASBF ni. Sebab setiap orang situasinya berbeza-beza.
Kalau dividen sikit, boleh stop. Kalau rate tinggi, boleh stop. Kalau tenure years pendek, boleh stop.
Solusinya adalah apply yang baru dengan dapatkan rate yang lebih rendah dan tenure years yang lagi panjang. InshaAllah boleh dapat dividen yang banyak.
Kena ingat ini gais, bila kita start to invest, rugi itu pasti, untung itu belum tentu lagi.
Tapi korang kena ingat, asbab apply ASBF ini la kita sekarang ini jadi lebih :
Force saving. Iaitu menjadikan kita orang yang berdisiplin menyimpan bulanan. Since buat ASBF ni Alhamdulillah duit simpanan kita terjaga sikit dari tak terjaga dan tak tersimpan langsung.
Bijak menguruskan kewangan. Rasa tak cukup simpan dekat ASB je, otak kita start fikir untuk diversify simpanan ke tempat lain. Dah jadi makin seronok menyimpan duit ni.
Belajar dan faham investment pasti ada high and low risk . Kita lebih belajar dan faham yang pelaburan ini memang ada turun naik.
Faham tujuan kumpul duit. Tahu tak, ada yang dah guna pon duit ASBF ini untuk belanja kos kahwin mereka, bayar deposit rumah, bayar deposit kereta dan sebagainya. Ianya masih relevan dan menguntungkan jika faham 3 tips di atas.
Bermatlamat. Bila kita ada matlamat yang jelas, gameplan yang bagus, kita tak perlu risau walau dividen tahun ini rendah. Sebab matlamat kita untuk untung masih untung.
Kawan-kawan.
Kita kena terima dividen ASB 5.50%. Kita juga kena terima hakikat pelaburan ada naik dan ada turun.
Tapi, tahu tak, kadang-kadang ia turun sedikit je untuk bagi lonjakan yang lebih tinggi akan datang! InshaAllah.
Jadi janganlah sebab “5.50“ ini kita dah terus nak terminate menyimpan di ASBF, then kita salahkan pihak sana pihak sini.
Rilek-rilek saja brothers and sisters. InshaAllah setiap apa yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Yakin pada Allah.
Aaron Aziz mengakui berdepan rasa sunyi apabila anak-anak semakin dewasa dan melanjutkan pengajian di luar negara. Luahan menyentuh hati ini dekat dengan pengalaman ramai ibu bapa.