Mungkin ramai yang masih ingat peristiwa di mana pelakon Abby Aabdi melahirkan anak keduanya di dalam kereta. Ketika itu, dia masih lagi bergelar isteri kepada pelakon dan hos, Norman Hakim.
Bersempena hari kelahiran anak perempuan mereka ini, Norman Hakim baru-baru ini telah berkongsi ucapan hari jadi kepada Marissa Dania Hakim yang kini sudah genap berusia 15 tahun.
Di dalam entrinya, Norman sempat mengimbau semula kenangan ketika menyambut kelahiran anak keduanya, dimana ketika itu merupakan saat yang tidak akan dilupakan.
Di dalam perkongsian tersebut, Norman bercerita bekas isterinya, Abby telah melahirkan Marissa di dalam kereta dimana Norman sendiri yang menyambut anaknya itu.
Hari ni 15 TAHUN lepas,mama @abby_abadi112 bertarung nyawa dalam kereta untuk lahirkan anak ini & Allah s.w.t pilih papa untuk sambut kelahirannya dalam kereta…(sorry bok terpaksa crop pic sbb tak berhijab time ni..banjer telinga ckit jek) Soalannya,siapakah anak itu?Boleh tolong tag dia tak & bagitau yang kitaorang sayang..sayang..sayang sangat kat dia dunia akhirat dan mohon sama2 doakan segala yang terbaik buat dia sempena ulangtahun kelahirannya hari ni… Menurut Norman lagi, dia yang sedang memandu ketika itu terpaksa memberhentikan keretanya tak jauh dari rumah mereka bagi menyambut kelahiran Marissa.
Seharian di rumah bersama anak-anak, patsi pening ibu-ibu nak melayan terutama anak-anak yang banyak karenah.
Apatah lagi, jika anak-anak berada di rumah dan mengganggu rutin harian ibu untuk mengemas dan memasak. Ada anak yang gemar nak ‘membantu’ ketika ibu di dapur.
Oleh itu, para ibu kena cari alternatif supaya tidak mengganggu rutin di rumah, apa kata cuba DIY dapur tersendiri untuk anak supaya mereka juga boleh bermain sambil ibu menyiapkan kerja rumah, anak perempuan mesti suka ni kan.
Jom cuba kaeadah yang dikongsikan oleh Umie Rashydah ini. Cara yang menjmatkan dan murah je bajetnya. Anak anak dok minta. Jadi, mama rajinkan la diri buat dapur mini utk anak.
Rak buku beli dr kedai perabot terpakai Rm15 shj.
Wallpaper mainan dan sebagainya dr Mr Diy dan Eco Shop. Tak habis Rm70 pun.
Sakan kakak main dgn adik dia.
.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Ibu bapa mana tak berdebar untuk melihat keputusan ujian anaknya. Walaupun masih di peringkat tadika, tetapi keputusan inilah yang boleh menentukan tahap pembelajaran anak-anak. Progress pembelajaran yang dihadapi akan sesuai atau tidak.
Tular di aplikasi TikTok baru-baru ini, seorang pengguna yang memakai id @nurhafzan6644 merakamkan keterujaannya untuk melihat keputusan peperiksaan anaknya.
Boleh dilihat, kanak-kanak ini sangat petah orangnya dan cerdik.
Ketika di sua kertas keputusan oleh anaknya, ibunya sangat teruja dengan keputusan cemerlang dimiliki oleh si anak apabila berjaya mendapat gred A dalam semua mata pelajaran kecuali Bahasa Melayu.
Ketika ditanya ibu mengapa subjek itu mendapat gred B jawapan kanak-kanak ini membuat wanita itu terkedu dan ketawa.
“Kenapa Bahasa Melayu dapat B?” tanya si ibu.
“Haaa sebab saya orang Kelantan bukan orang Melayu,” jawab si kecil itu sambil tersipu-sipu.
“Adus dik.. Bijaknya jawapan, Acik pun tak terpk nak jawab macam tuh.” – Netizen
Jawapan dari adik ini yang secara spontan mengundang tawa ibunya.
Ibunya kemudian tidak mematahkan semangat kanak-kanak itu apabila memberi nasihat bahawa dia perlu membuat banyak lagi latihan agar mahir dalam mata pelajaran tersebut.
Tiga tahun lalu,Dr Amalina Che Bakri dipertemukan dengan bidadari kecil bernama Ainul Mardhiah yang menderita kanser ‘germ cell tumor’.
Beliau yang berkhidmat di London, United Kingdom (UK), menjadi antara orang terpenting dalam pembedahan si kecil ini, yang bertungkus lumus menguruskan dan menjayakan pembedahan berkenaan.
Usai pulang ke tanah air selepas kejayaan pembedahan tersebut, hubungan antara Dr Amalina dan adik Ainul tidak putus dan masih berhubung. Kali terakhir mereka bertemu adalah pada 2019 dan 5 februari 2022 sekali lagi mereka dipertemukan.
Dr Amalina yang kini berkhidmat di sebuah hospital di United Kingdom, tiba di tanah air minggu lalu menerusi program Gelembung Pelancongan Antarabangsa Langkawi (LTIB bersama suaminya, Alexander Charles.
Menerusi laman Instagramnya, ibu Ainul iaitu Nurul Erwani Zaidi memuatnaik gambar anak sulungnya itu serta Dr Amalina di sebuah restoran di ibu negara.
“Best place with lovely people. Alhamdulillah. Terima kasih @dramalinabakri luangkan masa dengan kami. Best dapat berjalan dan berborak dengan Dr dan suami.
“InshaAllah, nanti kami pulak akan ke London ya” ungkapnya lagi yang memuatnaik gambar bersama Dr Amalina.
Ainul yang kini hampir mencecah usia empat tahun itu kelihatan gembira dapat berjalan-jalan dan meluangkan masa dengan Dr Amalina di sekitar Pavilion, Kuala Lumpur.
“After (selepas) tiga tahun dan sampai bila-bila, semoga ikatan ini akan berkekalan.
“Mama doakan semoga Ainul jadi pandai dan cerdik macam Dr Amalina. Boleh duduk London nanti,” tulis Nurul Erwani menerusi hantaran di Instagram Story pada Sabtu.
Pertemuan tersebut meraih perhatian wargamaya. Rata-rata memuji dan gembira melihat ikatan ukhwah antara keluarga Ainul dengan Dr Amalina masih utuh. Malah ramai memuji anak sulung Dari dua beradik Itu yang dilihat semakin membesar dengan sihat.
Dalam pada itu, Dr Amalina turut berkongsi momen tersebut di laman Instagram miliknya.
“Lovely to see Ainul, @_nrlerwani (Nurul Erwani) and @ahmadsafiuddin (Ahmad Safiuddin) again. Alhamdulillah Ainul is healthy and a happy little toddler (Gembira bertemu Ainul, @_nrlerwani (Nurul Erwani) dan @ahmadsafiuddin (Ahmad Safiuddin) lagi. Alhamdulillah Ainul sihat dan anak kecil yang ceria),” tulisnya.
Untuk rekod, adik Ainul meraih perhatian ramai apabila kisahnya yang menghadapi penyakit kanser ‘germ cell tumor’. Dia kemudiannya berjaya melakukan pembedahan membuang tumor seberat 200 gram di mulutnya oleh sepasukan doktor bedah termasuk Dr Amalina di London.
Kejayaan tersebut mengundang sebak dan rasa terharu masyarakat.
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.