Pejam celik pejam celik sudah hampir tiga bulan kita menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sepanjang tempoh tu, macam-macam yang kita dah buat untuk mengisi masa lapang yang ada semasa di rumah.
Dari yang kurang masuk ke dapur sebelum ini, sekarang ni dah champion lah masak, sebut je nak makan apa, nanti tersedia kat atas meja!
Sama juga dari segi menghias rumah. Sebelum ni tersadai je cat atau perhiasan yang dah beli, tapi tak pernah ada masa untuk menghias. Bila dah PKP ni, semua benda boleh siap hanya dengan petik jari je! Rumah yang sebelum ni suram, terus ceria selepas make-over!
Sama juga dengan pasangan yang bakal berumah tangga ini, sepanjang tempoh PKP, mereka tidak melepaskan peluang yang ada dengan mengisi masa yang ada dengan membuat persiapan rumah sebelum mereka berkahwin nanti.
Buat Pembahagian Tugas, Memudahkan Kerja
Ads
Dalam perkongsian di laman twitter milik @shahrizal5264 , segala urusan tentang perabot dan barang keperluan diserahkan kepada tunangnya, manakala dia pula menguruskan kerja-kerja restore.
Alhamdulilah sepanjang pkp ni aku and tunang berjaya siap kan rumah untuk kiteorang duduk lepas kawin nnti. Si dia mencari perabot and. Barang keperluan online, aku pulak buat kerja2 restore. Ni sebelum restoration pic.twitter.com/CQ68zMCn1J
And finally after hunting barang used and some barang2 baru. Dah siap! Fasa 1 baru ni so ni lah hasil selepas. Bangga rasa nya hahaha Kan @lynhzrhzz !
Ads
Kos Hanya Lebih kurang 2k, Tapi Hasil Nampak Mewah
Mereka memilih untuk mencari barangan rumah secara atas talian agar bersesuaian dengan kos yang diperuntukkan seperti Carousell dan Shoppee, paling penting kena dengan citarasa mereka.
Ads
‘..Our goal is a comfy home, that is waiting for us bila balik kerja’
Jangan jadikan alasan duduk rumah sewa tak boleh make-over rumah cantik-cantik tau. Paling penting, minta izin tuan rumah dahulu, barulah mula untuk menghias!
Perkongsian ini menjadi perhatian warga Twitter yang turut berkongsi pengalaman sendiri dan beri komen positif untuk pasangan yang bakal memasuki ke alam perkahwinan ini. Semoga pasangan ini dipermudahkan urusan mereka nanti. Amin..
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Salah satu perkara paling penting dan kurang difahami dalam hal fisiokologi adalah peranan kawan-kawan dalam kehidupan kita. Walaupun macam cliché je kan, tapi rakan-rakan boleh jadi lebih rapat berbanding keluarga pada satu ketika.
Lebih-lebih lagi bagi anda yang tinggal berjauhan dengan keluarga, jadi apa saja masalah atau sakit demam semuanya memerlukan pertolongan orang terdekat.
Jadi, hubungan dengan kwan-kawan kian utuh apabila semua benda dibuat bersama-sama. Bercuti, keluar makan dan sebagainya.
Malah, ikatan persahabatan seperti ini sangat penting dalam kesihatan wanita sehingga dibuktikan dalam kajian dilakukan oleh Universiti Oxford.
Kajian tersebut mendedahkan yang wanita patut keluar bersama rakan-rakan perempuan mereka dengan lebih kerap. Kajian ini menekankan yang wanita yang sering berjumpa rakan-rakan mereka dua kali seminggu merupakan kunci untuk mencapai kebahagiaan.
Robin Dunbar, pengkaji di sebalik kajian ini menekankan dalam temuramah yang kesihatan wanita secara menyeluruh dan kesejahteraan mereka meningkat baik apabila mereka bersama-sama teman rapat mereka dua kali seminggu berkumpul membuat aktiviti bersama-sama.
Aktiviti yang dilakukan seperti ‘membawang’, bergosip, bercuti dan bermacam-macam lagi. Kajian ini juga mengkaitkan masa berkualiti bersama rakan-rakan wanita yang lain dengan banyak kelebihan kesihatan utama seperti sistem imun lebih kuat, kurang tahap kegelisahan dan meningkatkan kemurahan hati.
Tapi seperti yang kita tahu, tidak semua persahabatan itu sama. Tidak semua wanita perlukan ‘pasukan’, dan ia ok je… Kajian tersebut mengesyorkan dengan mempunyai 4 orang rakan meluangkan masa bersama-sama adalah jumlah maksima untuk mencapai kelebihan kesihatan fizikal dan mental.
Kajian tersebut juga menemui yang interaksi paling terbaik adalah apabila berborak mengenai sesuatu yang membuatkan mereka ketawa. Ketawa kan ubat yang paling terbaik.
Walau bagaimanapun, apabila kumpulan ini banyak melebihi 5 orang, kesan yang lucu adalah akan menghasilkan endorfin untuk kegembiraan yang tidak lagi boleh dipercayai.
Alisa Ruby Bash, PsyD, LMFT. Studies di Stanford berkata:
“Kajian menunjukkan yang wanita, [mungkin] lebih dari lelaki, perlu mengekalkan perhubungan ini. Ia meningkatkan serotonin dan oksitoksin, iaitu hormon ikatan atau kasih sayang. Ia menjadikan kita rasa dipupuk dan disahkan untuk bersiar-siar dengan rakan-rakan jadi kita boleh jadi diri kita sendiri, tanpa tekanan luar. “
Sumber : media tular
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Tiada yang lebih membahagiakan seorang suami bila mana mendapat tahu isteri sedang hamil dan bakal menimang cahaya mata. Lebih-lebih lagi, cahaya mata itu cukup dinantikan.
Demikian juga dengan penyampai radio Issey yang berkongsi kegembiraan pertama kali berpeluang melihat bayi mereka ketika membawa isterinya membuat imbasan untuk mengetahui tahap kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan.
“Semalam masa buat review untuk satu produk ni. Aku termenung lama dekat kabinet ni. Mengenangkan kuasa Allah swt. Subhanallah. Sesungguhnya kau maha agung Ya Allah.
“Mungkin ni pengalaman pertama issey. Alhamdulillah. Semalam pergi scan. Dapat tengok sendiri baby sihat, bergerak.
“Baru aku tahu excited dia macam mana bila nak menjadi seorang ayah ni. Doakan yang terbaik untuk kami semua.
Sebelum ini, pemilik nama Fazlisham Mat Hussin itu meluahkan bahawa dia sengaja menyembunyikan perkhabaran gembira tersebut kepada umum sehingga tiba waktu yang sesuai..
“Alhamdulillah, empat bulan sudah. Cuma kami mengambil keputusan tak nak beritahu awal-awal, apabila kandungan dah betul kuat, baharu kami sedia nak umumkan.
“Apabila dapat tahu isteri mengandung, sudah pasti saya paling teruja. Walaupun ini merupakan anak keempat bagi isteri saya, dia pun turut teruja sama sebab ini merupakan anak pertama kami.
Bebanan kewangan isi rumah terus dirasai kini. Lantas pasti ada antara surirumah terlintas untuk mencari sumber pendapatan sampingan untuk membantu suami bagi memulihkan kewangan keluarga. Andai masih tercari mahu pun berfikir-fikir apa caranya, jadi apa kata kita dengar perkongsian daripada Dr. Ismail Ab.Wahab, Mantan Profesor Kewangan & Keusahawanan UiTM ini. Semoga ianya bermanfaat untuk kita semua.
Dalam usaha untuk meningkatkan taraf hidup keluarga, ramai wanita dan suri rumah bercita-cita untuk memperoleh pendapatan sampingan melalui bisnes dari rumah. Tambahan pula kos mengendalikan bisnes dari rumah adalah lebih rendah berbanding menyediakan kedai atau menyewa premis. Berikut adalah langkah-langkah yang boleh diambil bagi memulakan bisnes dari rumah:
Pilih idea bisnes yang sesuai
Idea bisnes dianggap sesuai jika masih terdapat ruang dan peluang untuk menawarkan produk atau perkhidmatan yang boleh memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan. Penjanaan idea bisnes bermula dengan mengenal pasti industri atau jenis perniagaan yang anda minati. Antara bisnes yang sesuai dijalankan di rumah termasuk dalam bidang makanan, minuman, barang keperluan harian, pakaian, produk kecantikan, khidmat asuhan kanak-kanak, penyediaan akaun syarikat, dan sebagainya. Lazimnya sesuatu idea busines boleh dianggap sesuai jika idea tersebut memiliki ciri-ciri berikut::
Kemampuan idea bisnes memenuhi keperluan dan kehendak pelanggan.
Kemampuan idea bisnes untuk menjana keuntungan kepada anda.
Kesesuaian idea bisnes dari sudut agama, moral dan perundangan.
Kesesuaian idea bisnes dengan minat serta kemampuan anda
Buat penilaian awal mengenai daya maju idea bisnes
.
Penilaian awal daya maju idea dan peluang bisnes membabitkan penilaian terhadap diri anda, masyarakat sekeliling, kewujudan sumber, suasana pasaran, dan tahap risiko. Antara penilaian yang boleh dilakukan ialah:
Sama ada anda memiliki pengalaman, kemahiran, dan pegetahuan yang berkaitan dengan idea bisnes yang ingin dijalankan.
Sama ada anda memiliki sumber modal seperti wang tunai atau aset yang boleh digunakan sebagai modal permulaan.
Sama ada idea bisnes sesuai dengan nilai dan penerimaan masyarakat setempat.
Sama ada anda memiliki kelebihan dari segi persaingan?.
Sama ada sumber-sumber bagi memulakan operasi bisnes mudah diperoleh seperti sumber modal, bahan mentah, pekerja, peralatan dan sebagainya.
Sama ada tahap risiko yang bakal dihadapi rendah atau sederhana berbanding pulangan yang bakal diperoleh.
Bincang dengan ahli keluarga dan rakan
Bincang dan tanya pendapat orang sekeliling seperti ahli keluarga, rakan, jiran atau pihak lain mengenai idea bisnes anda. Mereka mungkin dapat membantu anda memperoleh maklumat berguna bardasarkan pengalaman dan kepakaran mereka. Anda boleh melakukan kaji selidik ringkas secara “online” atau melalui media sosial. Antara perkara yang boleh ditanya termasuk:
Adakah responden berminat dan bercadang membeli produk atau menggunakan perkhidmatan yang akan anda tawarkan?
Adakah produk atau perkhidmatan anda mampu menembusi pasaran?
Apakah ciri yang perlu ada pada produk dan perkhidmatan anda berbanding produk atau perkhidmatan sedia ada di pasaran?
Apakah faktor yang menyebabkan pelanggan membeli produk atau perkhidmatan anda?
Bagaimana idea bisnes anda mampu menyelesaikan masalah orang lain?
Apakah faktor utama kejayaan idea bisnes ini di pasaran?
Bagaimana bisnes ini boleh terus bertahan dan berkembang pada masa hadapan?
Daftar bisnes
Semua jenis bisnes sama ada dijalankan dari rumah atau kedai dan sama ada secara “offline” atau “online” diwajibkan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM). Mengendalikan sebarang bentuk bisnes atau menjual sebarang produk atau perkhidmatan tanpa didaftarkan dengan SSM merupakan suatu kesalahan. Bagaimanapun, bagi bisnes yang dikendalikan dari rumah tidak perlu memohon lesen atau permit dari Pihak Berkuasa Tempatan. Bagi penjawat awam yang mengendalikan bisnes secara separuh masa (di luar waktu pejabat) perlu memohon kebenaran bertulis dari ketua jabatan.
Kenal pasti sumber-sumber yang diperlukan
.
Kenal pasti kewujudan pelbagai faktor dan sumber yang boleh membantu anda memulakan perniagaan. Antara sumber-sumber yang boleh dikenal pasti ialah:
Masa
Kemahiran & pengetahuan
Pendidikan/latihan
Peralatan
Ruang dan kemudahan asas
Bahan mentah dan sumber asli
Perhubungan dan pengangkutan
Kewujudan sasaran pasaran
Pembiayaan
Program sokongan dan sebagainya
Kenal pasti jumlah modal permulaan
Modal memulakan bisnes bergantung kepada jenis perniagaan yang ingin dijalankan. Tidak semua jenis perniagaan memerlukan jumlah modal yang sama. Anda perlu mengenal pasti dan menyediakan senarai perbelanjaan serta menganggar kos yang perlu ditanggung bagi membiayai keperluan berikut:
Kos penubuhan
Ambil kira bayaran pendaftaran perniagaan dan kos-kos lain yang terlibat dalam proses pendaftaran dan penubuhan bisnes..
Kos jualan
Ambil kira penggunaan bahan mentah, kos pengangkutan bahan, kos pembungkusan serta kos upah operasi.
Kos peralatan
Kos belian mesin atau peralatan untuk menghasilkan produk.
Kos pentadbiran
Anggarkan kos sebulan yang terlibat semasa menguruskan bisnes seperti bil elektrik, air, telefon, petrol, promosi, penyelenggaraan, upah dan sebagainya.
Kos pemasaran
Kenal pasti kos pemasaran seperti kos mencetak banner atau risalah di untuk tujuan promosi. Ambil kira juga kos seperti penyewaan tapak dan yuran untuk menyertai mana-mana pamiran atau ekspo.
Tetapkan harga dan anggarkan jumlah jualan
Penetapan harga jualan boleh mempengaruhi permintaan terhadap produk atau perkhidmatan yang anda tawarkan. Harga merupakan salah satu faktor utama kejayaan sesuatu bisnes. Sebelum menetapkan harga jualan, anda perlu mengira kos produk atau perkhidmatan terlebih dahulu. Anda boleh menetapkan harga jualan dengan mengambil kira keuntungan yang dikehendaki selepas semua kos dibiayai sepenuhnya. Seterusnya, buat pengiraan jumlah jualan bulanan untuk jangka masa enam bulan atau setahun. Ini bertujuan untuk mengetahui anggaran pendapatan bersih daripada bisnes tersebut.
Beli peralatan dan bahan
Mesin dan peralatan yang diperlukan untuk bisnes anda hendaklah diperoleh sebelum memulakan operasi. Di samping itu, bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan produk perlu di beli dari pembekal yang telah dikenal pasti.
Mulakan perniagaan
Sekarang anda telah bersedia untuk memulakan bisnes dengan merealisasikan idea melalui tindakan. Dari semasa ke semasa lakukan perkara berikut:
Buat tinjauan dan analisis terhadap prestasi perniagaan.
Dapatkan maklum balas daripada pelanggan dan masyarakat sekeliling.
Buat penambahbaikan terhadap produk atau perkhidmatan yang disediakan.
Bagi memastikan “survival” bisnes, anda perlu meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mengenai operasi dan pengurusan bisnes dengan mengikut program latihan yang banyak dikendalikan oleh agensi kerajaan dan swasta.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di