Mangsa nahas Jeju Air, “Ketika saya sedar, saya sudah diselamatkan.” Seorang daripada dua mangsa terselamat dalam nahas pesawat yang meragut 179 nyawa pada Ahad berkata, dia hanya menyedari telah diselamatkan apabila sedar selepas kejadian, lapor agensi berita Yonhap.
Mangsa Nahas Jeju Air, “Ketika Sedar, Saya Sudah Diselamatkan”
Mangsa, seorang pramugara berusia 33 tahun yang hanya dikenali sebagai Lee, merupakan kru penerbangan pesawat Jeju Air yang terbakar selepas melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan pada pagi Ahad.
Lee pada mulanya dirawat di sebuah hospital di Mokpo, 311 kilometer di selatan Seoul, sebelum dipindahkan ke Hospital Universiti Wanita Ewha di ibu negara.
“Ketika saya sedar, saya sudah diselamatkan,” katanya kepada doktor, menurut Pengarah hospital itu Ju Woong, dalam satu sidang media.
Ju tidak bertanya secara terperinci mengenai kemalangan itu kerana beranggapan ia tidak akan membantu proses pemulihan pesakit.
“Dia mampu berkomunikasi dengan baik.
“Setakat ini, tiada tanda-tanda hilang ingatan atau seumpamanya,” kata Ju.
Lee kini dirawat di unit rawatan rapi selepas disahkan mengalami patah tulang.
Ju memaklumkan mangsa diberi penjagaan rapi kerana kemungkinan komplikasi termasuk lumpuh sepenuhnya.
Sementara itu, mangsa kedua yang terselamat, seorang pramugari berusia 25 tahun yang dikenali sebagai Koo sedang dirawat di Pusat Perubatan Asan, Seoul.
Ads
Koo dilaporkan dalam keadaan stabil walaupun mengalami kecederaan di pergelangan kaki dan kepala. Bagaimanapun, kakitangan perubatan enggan mengulas lanjut mengenai keadaannya.
Insiden melibatkan pesawat B737-800 milik Jeju Air itu berlaku ketika ia cuba melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan, kira-kira 290 kilometer ke barat daya Seoul pada Ahad.
Pesawat yang disyaki mengalami kegagalan gear pendaratan itu dilaporkan mendarat tanpa roda, menyebabkan ia tergelincir daripada landasan dan melanggar dinding pagar luar landasan.
Nahas yang berlaku sekitar 9 pagi itu menjadikan insiden ini sebagai tragedi penerbangan paling dahsyat di Korea Selatan dan ketiga paling maut yang melibatkan syarikat penerbangan Korea.
Allahuakbar sungguh meruntun jiwa dua beradik lemas semasa cuma mengambil bola dalam parit.
Menurut Laporan Sinar Harian, Polis mengesahkan dua beradik meninggal dunia akibat lemas di Kampung Melaka, Bagan Tengkorak, di sini pada Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintenden Azharudin Tajuddin berkata, pihaknya menerima laporan kejadian itu pada jam 9.51 malam.
Menurut beliau, polis telah membuat siasatan awal dan dipercayai kedua-duanya sedang bermain di kawasan parit dan kemudiannya terjatuh.
“Kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tanjong Karang dan pegawai perubatan mengesahkan mereka telah meninggal dunia. Punca kematian akibat mati lemas,” katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Sumber memaklumkan, kedua-dua kanak-kanak lelaki itu berusia 7 dan 9 tahun itu dipercayai mengikut bapa mereka menghadiri gotong-royong kenduri kahwin di sebuah rumah kenalannya di kampung berkenaan.
Menurut laporan sinar, kejadian dipercayai berlaku semasa mereka bermain bola sebelum bola itu terjatuh dalam parit.
“Salah seorang daripada mereka turun ke dalam parit bagi mengambil bola yang terjatuh, namun tiba-tiba lemas.
“Seorang lagi mangsa yang terkejut dengan kejadian itu kemudiannya terjun ke dalam parit untuk menyelamatkan, namun kedua-dua mereka lemas,” kata sumber itu.
Difahamkan, dua beradik itu menetap di Kampung Tali Air 1 Sungai Burong dan mayat mangsa dibawa ke Hospital Tanjong Karang untuk dibedah siasat.
Sehubungan itu, katanya, polis meminta orang ramai yang melihat kejadian itu menyalurkan maklumat kepada Pegawai Penyiasat, Sub Inspektor Che Abdul Hamid di talian 03-32698222 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Sumber: Sinar Harian
Mencari bahagia bersama KELUARGA? Download dan baca sekarang di seeNI.
Pelakon penyondol drama ‘Curang Tanpa Niat,’ Sharifah Sakinah dianggap terlalu tua. Sharifah Sakinah bengang dengan warga maya yang mendakwa dirinya penyondol tua dalam naskhah Curang Tanpa Niat memandangkan diberi karakter berusia 40 tahun.
Pelakon Penyondol Drama ‘Curang Tanpa Niat’
Pelakon Sharifah Sakinah tampil mempertahankan dirinya selepas digelar ‘penyondol’ tua oleh penonton drama Curang Tanpa Niat. Dalam drama yang turut dibintanginya Shukri Yahaya dan Mira Filzah tersebut, Sakinah membawa watak sebagai ‘penyondol’ yang cuba menggoda teman sepejabatnya.
Namun rata-rata penonton drama tersebut kurang gemar dengan karakter Sakinah yang membawakan watak sebagai Astrid.
Sharifah Sakinah Dianggap Terlalu Tua
Rata-rata warga maya menyifatkan Sakinah kelihatan terlalu tua untuk beraksi sebagai ‘penyondol’. Mereka mahukan pelakon seperti Sophia Albarakbah yang membawakan watak antagonis itu.
“Korang, aku ni pelakon yang berkarakter. Dalam cerita ni aku ada karakter. Aku bukan penyondol biasa macam Sophia Albarakbah tu.
“DALAM CERITA INI UMUR AKU 48 TAHUN. SEBAB TU PERLU NAMPAKKAN AKU TUA. KORANG FAHAM KE TIDAK? ADUHAI, NAK KENA JELASKAN PULA,” KATANYA DALAM SEBUAH VIDEO YANG DIKONGSIKAN DALAM INSTAGRAM.
Ujar Sakinah wajahnya merupakan satu bonus dan boleh berubah-ubah mengikut karakter.
“Lepas ni kalau aku berlakon jadi umur 18 tahun, korang tengok la muka aku macam umur 18 tahun,” ujarnya.
Drama Curang Tanpa Niat sedang hangat ditayangkan di saluran Astro Ria setiap Isnin hingga Khamis pukul 10 malam menggantikan drama fenomena, Andai Tiada Dia.
Jangan ingat isteri yang tidak bekerja tidak boleh mempunyai akaun di KWSP. Bagi wanita yang bergelar suri rumah, i-Sayang adalah peluang untuk menjamin masa depan biar pun tidak bekerja.
Menurut KWSP Malaysia, i-Sayang merupakan inisiatif yang diperkenalkan oleh kerajaan bagi memberi pilihan kepada suami (pemberi) untuk memindahkan 2% caruman syer pekerja yang diterima daripada majikan ke dalam akaun KWSP isteri (penerima).
Permohonan adalah secara sukarela daripada suami dan pindahan akan dilakukan secara automatik setiap bulan apabila adanya caruman dari majikan yang dikreditkan ke dalam akaun KWSP suami.
Pindahan caruman ini tidak boleh dibatalkan kecuali berlakunya penceraian atau kematian isteri.
Menurut laporan Sinar Harian, kira-kira 86,000 golongan suami telah menyertai program i-Sayang sejak diperkenalkan oleh Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada Mac 2023.
Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying berkata, jumlah tersebut melibatkan pindahan caruman sebanyak RM22.1 juta setakat Ogos lalu.
“Program i-Sayang membolehkan suami memperuntukkan dua peratus daripada caruman KWSP bulanan (syer pekerja) secara sukarela ke akaun KWSP isteri,” katanya ketika sesi pertanyaan jawab lisan sidang Dewan Rakyat, pada Isnin.
Beliau menjawab soalan tambahan Syerleena Abdul Rashid (PH-Bukit Bendera) mengenai langkah KWSP untuk meningkatkan semula simpanan ahli yang telah membuat pengeluaran melalui Akaun Sejahtera dan Akaun Fleksibel.
Lima sekeluarga hilang, sepasang suami isteri dan tiga anak gagal dihubungi. Kegagalan seorang pesara guru bertanya khabar cucunya pada Sabtu lalu membuatkan warga emas itu berasa ada sesuatu yang tidak kena.