Bila marah anak, sebenarnya bukan selesaikan masalah. Hakikatnya, memang benar, membesarkan anak-anak cabarannya memang besar. Pelbagai karenah anak akan dilalui oleh setiap yang bergelar ibu bapa. Tidak dinafikan kadang-kala kerenah anak ini mengundang kemarahan. Jika tak cukup ilmu keibubapaan memang ada anak yang rotan.

Memang memarahi anak perlu untuk mendidik anak-anak. Namun jika memarahi anak dalam keadaan emosi yang tidak tenteram, tentu teruk anak itu dikerjakan. Oleh sebab itu, wujudnya kes dera kanak-kanak yang dilakukan oleh ibu bapa itu sendiri!

Sedihnya. Mintak dijauhkan. Bacalah perkongsian bapa Muhammad Hassan ini bagaimana beliau mengawal emosinya apabila anak-anaknya buat perangai. Moga bermanfaat!

________________________________________________________________

Marah Anak Bukan Selesaikan Masalah, Tetapi Kawal Emosi Yang Terbaik. Bapa Ini Kongsi Tip Elak Marah

Eee Geramnya.

Tiga kaedah yang benar-benar buatkan saya berjaya menangani perasaan marah. Yelah anak main HP lepas itu campak sehingga pecah screen. Siapa tidak marah kan? Tapi saya cuba yang ini:

1) Saya akan lakukan DEEP BREATHING. Tarik nafas dalam-dalam dan lepas perlahan-lahan. Lakukan beberapa kali dan saya duduk sambil BERUSAHA SENYUM ? .Ketika ini saya akan mula rasa boleh fokus apa tindakan yang baik untuk betulkan keadaan.

IKLAN

2) saya bisik dalam hati. 
Itukan anak saya yang diamanahkan oleh الله. Kenapa disebabkan HP saya nak tengking atau pukul dia sampai menangis? Ketika inilah saya perlu tunjukkan akhlak yang baik terhadap anak dalam mendidik. Saya pujuk lagi hati dengan zikir :

Inna lillahi wa inna ilayhi raji’un ? إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ‎‎) Zikir sebanyak mungkin dan Istiqfar dan baca 
‎حَسْبِيَ اللَّهُ لَا إِلَٰهَ إِلَّا هُوَ ۖ عَلَيْهِ تَوَكَّلْتُ ۖ وَهُوَ رَبُّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ
Sebanyak mungkin sehinggakan saya rasa sangat tenang dan mampu untuk peluk dan cium anak.

UCAPAN MAAF PADA ANAK 

3) Saya minta maaf kepada anak. Saya cakap muhammad Afiq abi minta maaf ya sebab bagi Muhammad main HP. Abi janji lepas ini Afiq nak main HP,abi temankan afiq. Lepas tu tiba-tiba anak peluk saya,cium tangan saya. Lagi saya terkejut dia siap cakap TERIMA KASIH abi.. ya Allah 3 tahun dah pandai cakap terima kasih.

IKLAN

Rupanya bila kita minta maaf dan senyum kepada anak,mereka akan rasa gembira dan mudah giler dengar cakap. Sampai hari ini anak saya dah tak main dah HP. Bila dia nak pegang je terus saya cakap. Muhammad anakku sayang,itu kan abi punya.. sambil saya senyum dan terus dia tak main lagi dan datang kepada saya peluk lagi.

Ya الله .. rupanya mudah sangat kan nak kawal amarah. Baru saya belajar,rupanya bila kita marah ni syaitan bersama kita datang menggoda dan cuba untuk hancurkan kita. Tapi Kan الله ada berfirman.:

وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ ۖ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

Dan jika engkau dihasut oleh sesuatu hasutan dari Syaitan, maka hendaklah engkau meminta perlindungan kepada Allah. Sesungguhnya Dia lah yang Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui.

IKLAN

• surah fussilat ayat 36.

P/S: Jika nak tambah lagi ilmu kawal emosi supaya anak-anak membesar tanpa emosi negatif boleh terus tekan link ini untuk dapatkan E-BOOK super power .

https://proparenting.onpay.my/…/mainupsell-bill…/LelakiBurQa

https://proparenting.onpay.my/…/mainupsell-bill…/LelakiBurQa

https://proparenting.onpay.my/…/mainupsell-bill…/LelakiBurQa

Moga Bermanfaat dan SEBARKAN YA 

-EncikMatt-
#LelakiBurQa

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI