Mendidik anak-anak ada caranya, tidak boleh menggunakan kekerasan. lebih-lebih lagi zaman sekarang, usah disamakan zaman kita dahulu.

Pendekatan terbaik harus di ambil supaya tidak meninggalkan kesan jangka masa panjang pada emosi anak-anak. Lebih-lebih lagi dalam perhubungan ibu bapa dan anak.

Saudara Mohd Fhais baru-baru ini berkongsi satu insiden anaknya ditampar oleh seorang budak berumur 2 tahun ketika bermain di sebuah playground. Marah Tak Buat Anak Rasa Kesal Dengan Kesilapan Yang Dilakukan, Tapi Buat Anak Semakin Degil

Apa yang ingin diceritakan olehnya adalah berkenaan tindakan si ayah budak berkenaan yang mengambil tindakan salah dalam menjatuhkan hukuman. Baca perkongsian ini. Moga bermanfaat buat ibu bapa lain!


Budak ni baru berhenti menangis lepas kena tampar.

Kesian aish rizqi baru 8 bulan dah kena tampar dengan budak 2 tahun masa main kat mcd playground semalam.

Tapi sebenarnya saya lebih kasihan kat budak yang tampar aish rizqi tu.

IKLAN

Sebab budak tu di zalimi oleh ayahnya sendiri!

Kesan tampar di pipi aish tu tak adalah teruk sangat, tak ada kesan pun tapi lebam di mental & emosi budak tersebut tersangatlah teruk.

Marah Tak Buat Anak Rasa Kesal Dengan Kesilapan Yang Dilakukan, Tapi Buat Anak Semakin Degil

Ayahnya zalim sebab tak ajar dengan betul.

IKLAN

1. Lepas dah tampar anak orang ayahnya tak ajar untuk minta maaf. Terus berlalu pergi tanpa cakap sepatah pun. Sepatutnya di ajar anak tu minta maaf, atau sekurangnya pujuk la aish rizqi yang dah menangis tanda kesal atas perbuatan dia. Satu kesilapan besar tak ajar anak jadi bertanggungjawab sejak kecil. Lebih-lebih lagi anak lelaki.. silap besar!

2. Anak dah buat salah kena marah pula dengan ayahnya. Padahal anak tu tak sengaja pun, mungkin terlalu excited bermain sampai tertampar. Baru 2 tahun kot!
Marah tak buat anak rasa kesal dengan kesilapan yang dia dah buat malah ia buat anak semakin degil dan kebarangkalian diulangi kesilapan sama sangat tinggi.

Marah Tak Buat Anak Rasa Kesal Dengan Kesilapan Yang Dilakukan, Tapi Buat Anak Semakin Degil

3. Paling teruk ialah ayahnya hukum anak dengan memukul tangan yang menampar tadi. Patutlah anak tu laju je tangan tampar aish sebab ayahnya sendiri tangan laju memukul. Anak tak akan pandai memukul kalau tak ada orang yang ajar dia memukul di rumah. Ingat tu!

IKLAN

Kesan tampar kat pipi aish rizqi tu merah sekejap je lepas tu hilang tapi kesan tamparan emosi kat budak 2 tahun tu mungkin berkekalan sampai dewasa. Kesian budak tu.

Marah Tak Buat Anak Rasa Kesal Dengan Kesilapan Yang Dilakukan, Tapi Buat Anak Semakin Degil

Memang, bila nak meminta maaf tu kadang-kadang rasa malu tapi sebenarnya perkara yang memalukan pada awalnya tu la yang akan membantu anak kita membesar jadi seorang yang bertanggungjawab dan jadi seorang pemimpin di masa akan datang.

Mohd Fhais
Ajar anak minta maaf tu lebih mulia dari ajar anak guna kekerasan untuk selesai masalah.

p/s : Tolong kongsikan pada semua ayah di luar sana perkara ni, sebab masih ramai yang tak tahu tentang besarnya kesan tak ajar anak meminta maaf sejak kecil.

p/s : Sebab itu saya selalu kongsi ilmu parenting dalam telegram supaya kita semua dapat jadi ayah yang baik untuk anak-anak.
Klik link ni untuk join telegram saya,
👉 t.me/CoretanFhais

Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di seeNI.

KLIK DI SEENI