Maream ‘Gadget Free’, Cara Farah Lee Buat Wargamaya Kagum
Umum mengetahui mengenai bahaya gajet yang boleh mengakibatkan ketagihan. Rasanya semua ibu ayah bimbang mengenai hal ini. Namun untuk mendidik anak biarlah sejak kecil bak kata peribahasa, melentur buluh biarlah dari rebungnya.
Personaliti media sosial, Farah Lee mempunyai cara tersendiri mendidik anaknya sejak kecil. Caranya sering menjadi inspirasi buat wargamaya.
Terbaru, Farah berkongsi kegembiraan apabila pada usia 8 tahun anak kesayangannya Maream bebas gajet.
Dapatkan My Qalam Elite Digital Perjuzuk Set dengan diskaun RM5 apabila anda menggunakan kod KELGST5 di sini
Ads
BEBAS GAJET, SELALU BAWA BEG SANDANG ADA ALAT TULIS DAN BUKU
Menurut Farah, anak tunggalnya itu sentiada membawa beg sandang yang mengadungi alatan tulis, buku nota dan buku cerita.
Tidak menafikan kadang kala, Maream meminjam telefonnya namun bersebab. Katanya lagi masih terlalu awal untuk memberikan anaknya telefon sehingga anaknya dapat membezakan yang mana baik atau buruk.
Ads
“Maream is still gadget free so tu pasal dia sentiasa carry her bag sebab dalam tu ada notebook, reading book, stationeries etc. But she sometimes pinjam my phone and I’m okay with it sebab I know dia tak selalu dapat and tech is her zaman.”
“I just think that it’s too early to let her have one of her own until she knows whats good and whats bad (mumayyiz) and knows how to respect the boundaries within.”
“If your struggling to minimise your kids screentime, hang in there. Remember I’m a multitasking career single mom yet I managed to make it work, so I’m sure you can too.”
WARGAMAYA KAGUM KETEGASAN DIDIK ANAK
Meninjau di ruangan komen. rata-rata wargamaya yang melihat perkongsian itu menyatakan ia sebuah catatan yang inspirasi. Malah ada yang memuji cara Farah mendidik anaknya.
Homework bagi kanak-kanak tadika, relevan atau tidak? Hakikatnya kanak-kanak suka bermain dan meneroka persekitarannya. Oleh itu, pembelajaran yang melibatkan aktiviti bermain memberikan minat kepada kanak-kanak. Namun pada masa yang sama mereka perlu melengkapkan diri untuk memasuki alam persekolah secara formal dan dibiasakan dengan homework. Namun persoalannya adalah ia relevan untuk anak-anak prasekolah ini.
Menurut DrSurayah Zaidon , pensyarah Pendidikan Awal Kanak-kanak, Universiti Of Malaya Centre Of Continuing Education (UMCCED) dan juga jurulatih di Kanakkanak House, Bangi, homework merupakan satu isu yang telah lama berada di tadika tetapi kurang dibincangkan secara terbuka. Isu ini merupakan satu isu global sebenarnya. Bagi maksud perbincangan di sini, saya skopkan homework atau kerja sekolah sepertimana kefahaman umum khalayak di Malaysia iaitu sebagai tugasan yang diberikan guru untuk disiapkan di rumah.
Tugasan ini berbentuk latihan-latihan dalam lembaran kerja atau buku-buku aktiviti bertujuan mengukuhkan apa yang dipelajari di tadika. Umumnya terdapat tiga perspektif kepada isu ini iaitu relevan kepada ibu bapa, relevan kepada pihak tadika dan tidak relevan kepada kedua-dua pihak tadika dan ibu bapa.
Perspektif relevan kepada ibu bapa, merujuk kepada kumpulan ibu bapa yang amat mementingkan pencapaian akademik anak mereka. Kumpulan ini beranggapan homework akan menjadikan anak mereka ‘pandai’. Istilah pandai dihadkan kepada kebolehan 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Maka, bagi memenuhi citarasa pelanggan, pihak tadika akur dan menyediakan homework.
Berlainan pula dengan perspektif yang ditunjangi oleh pihak pengurusan tadika yang berkeyakinan homework akan meningkatkan kualiti tadika mereka. Dengan adanya homework, anak-anak didikan mereka akan menjadi lebih terpelajar. Sudah tentu ini akan membolehkan tadika mereka menjadi tadika pilihan kepada ibu bapa.
Manakala bagi perspektif ketiga pula adalah dari kumpulan ibu bapa dan tadika yang mempunyai takrifan ‘pandai’ yang berlainan. Semestinya semua ibu bapa dan guru tadika inginkan anak-anaknya ‘pandai’, tetapi ‘pandai’ yang dimaksudkan oleh kumpulan ini merujuk kepada kemampuan atau kebolehan anak mereka dalam pelbagai aspek perkembangan.
Perspektif mana yang relevan?
Pada tahap tadika, sewajarnya istilah ‘pandai’ tidak wujud. Apa yang harus diutamakan adalah ‘perkembangan kanak-kanak’. Istilah ‘pandai’ tidak wujud dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK), yang digubal berdasarkan input dari ramai cerdik pandai dan pelaksana dalam bidang awal kanak-kanak.
KSPK bermatlamat memperkembangkan potensi murid berumur empat hingga enam tahun secara menyeluruh dan bersepadu dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial melalui persekitaran pembelajaran yang selamat dan menyuburkan serta aktiviti pembelajaran yang menyeronokkan, kreatif dan bermakna. Ini adalah untuk meningkatkan kemahiran, menanam keyakinan dan membentuk konsep kendiri yang positif pada diri murid agar mereka bersedia untuk menghadapi cabaran dan mengikuti pembelajaran seterusnya. (KSPK: KPM 2016).
Matlamat tersebut yang begitu terancang dan jelas, menggariskan hala tuju tadika. Apa yang ingin dicapai adalah perkembangan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dalam pelbagai aspek. Maka dalam hal ini, perlu disoroti apakah homework yang diberi, memenuhi matlamat yang digariskan atau tidak.
Kanak-kanak di usia tadika berada di tahap pemikiran konkrit. Ini perlu diambil cakna oleh ibu bapa dan guru.
Apa yang diperlukan untuk berkembang dengan baik adalah aktiviti yang boleh di sentuh, dilihat dan dilakukan secara langsung. Homework seperti membuat latihan menulis atau matematik melibatkan pemikiran abstrak yang belum sesuai pada usia ini. Mereka kurang faham keperluan kerja-kerja tersebut kerana ianya tidak bermakna kepada mereka. Akhirnya homework dibuat dengan rasa terbeban dan stres.
Selain itu, kajian-kajian yang dirujuk juga mendapati homework di peringkat awal kanak-kanak cenderung menyebabkan keletihan fizikal dan emosi, menghadkan masa santai anak-anak juga menyebabkan gangguan tidur ke atas anak-anak. Akhirnya minat anak-anak untuk belajar berkemungkinan terjejas. Keadaan ini amat tidak membantu perkembangan kanak-kanak.
Cuba fikirkan, adakah latih tubi matematik dalam operasi menambah dan menolak dalam sehelai kertas atau latihan menulis ayat dengan betul dapat mengembangkan potensi anak dalam aspek jasmani, emosi, rohani, intelek dan sosial? Adakah anak-anak (dan ibu bapa) gembira meyiapkan homework ini?
Bandingkan dengan homework yang menggunakan pendekatan home activity berikut. Tugasannya adalah untuk membanding beza pelbagai jenis daun. Untuk melengkapkan home activity ini, semestinya bantuan ibu bapa diperlukan untuk sama-sama keluar dari rumah untuk mencari pelbagai jenis dedaun. Maka, selain aspek sosial dikembangkan dari interaksi anak-ibu bapa, hubungan ibu bapa -anak juga ditingkatkan kerana berlakunya aktiviti bersama-sama.
Ini semestinya mengembirakan anak dan ibu bapa maka berlakulah perkembangan emosi dan rohani. Dalam usaha mengumpulkan dedaun, anak-anak akan membuat perbagai perbandingan seperti bentuk, saiz dan warna, di mana secara khususnya aspek intelek anak dikembangkan. Semasa mencari daun, berlakulah gerakan-gerakan otot badan yang dapat mengembangkan aspek jasmani anak pula. Dalam kata lain, satu tugasan home activity ini berupaya mencakupi pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak.
Apa itu home activity
Lantaran itu, dicadangkan istilah homework diubah kepada home activity atau aktiviti di rumah.Aktiviti ini perlu melibatkan ibu bapa. Ibu bapa perlu sentiasa mengalas peranan sebagai guru pertama kepada anak-anak mereka.
Dengan cara ini, ibu bapa dapat memantau, mengenali dan memahami perkembangan anak mereka secara langsung. Aktiviti di rumah tidak perlu dijalankan setiap hari. Ia boleh dijalankan dalam satu tempoh yang berseuaian. Pihak tadika boleh merancang aktiviti ini agar ia dapat menyokong atau memperkayakan pembelajaran di tadika.
Contoh home activity yang boleh dijalankan:
Namun sebelum aktiviti dijalankan, pihak tadika perlu merancang dengan teliti supaya aktiviti yang dijalankan benar-benar dapat mengembangkan potensi anak-anak dalam pelbagai aspek perkembangan. Ibu bapa pula perlu sedar bagaimana aktiviti tersebut dapat mengembangkan potensi anak mereka.
Mungkin ibu bapa boleh dibekalkan dengan check list sebagai garis panduan pelaksanaan aktiviti di rumah. Dengan cara ini kualiti aktiviti yang dijalankan dapat dikawal. Dengan perancangan dan penjelasan yang sewajarnya, semestinya ibu bapa teruja untuk beraktiviti dengan anak mereka.
Dalam keterujaaan ibu bapa memastikan anak-anak mendapat segala yang terbaik, seharusnya kita sebagai ibu bapa tidak cuba mendewasakan anak-anak kita sebelum tiba waktunya. Kembangkanlah potensi mereka. Berilah peluang untuk kanak-kanak menikmati zaman kanak-kanak mereka sepertimana kita pernah lalui dahulu. Let Children Be Children.
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Alam rumahtangga menuntut suami isteri untuk memberikan komitmen yang sepenuhnya dan berkongsi hidup dengan pelbagai aspek malah dalam berumah tangga, isteri adalah orang penting bukan sahaja tulang belakang keluarga tetapi indivdu yang mengetahui semua ‘rahsia’ dalam keluarga tersebut.
Bagi mengekalkan kasih sayang dan kebahagiaan itu, suami isteri harus memainkan peranan bersama, amalan tersebut bukan sahaja dipraktikkan oleh pasangan baharu sahaj sebaliknya, turut dikekal kepada pasangan yang lama. Bagi memperbaharui cinta suami isteri, disenaraikan tujuh panduan utama
1.Puji
Setiap pasangan perlu saling memuji dan menghargai antara satu sama lain, terutamanya dalam semua aspek kehidupan
2.Peluk
Setiap pasangan suami isteri hendaklah meluahkan kecintaan melalui pelukan yang mesra antara satu sama lain kerana pelukan berkenaan kasih sayang berterusan.
3.Penghargaan
Pasangan mana yang tidak suka apabila setiap kelakuan dan perbuatan dihargai, jadi amalkan penghargaan kepada pasangan supaya pasangan tidak merasakan terpinggir, walaupun nampak ringkas tetapi sebenarnya ia membawa makna mendalam perhubungan.
4.Perhatian
Sentiasalah memberikan perhatian yang khusus terhadap pasangan agar pasangan tidak diabaikan.
5.Persefahaman
Wujudkan suasana yang ceria melalui sikap toleransi terhadap pasangan.
6.Pergaulan
Menjaga batas-batas pergaulan dengan orang lain bagi mengelakkan daripada berlakunya salah faham, menimbulkan perasan tidak selesa seterusnya boleh menimbulkan keretakan rumah tangga.
7.Permohonan
Sentiasa memohon rahmat dan keampunan daripada Allah supaya gubungan yang dibina atas dasar cinta kekal terjalin sehingga akhir nyawa.
Sumber: freemalaysiatoday.com
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Setiap pasangan suami isteri inginkan hubungan yang bahagia sehingga akhir hayat. Keindahan hidup bersama pasangan merupakan detik yang indah buat mereka.
Dalam pada itu, isteri yang ingin dirinya sentiasa disayangi suami akan melakukan perkara yang disukai oleh suaminya.
Ikuti panduan berikut.
1.Berdoa agar disayangi.
2. Tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik ke rumah.
3. Tunjukkan keprihatinan dengan bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari (jika suami dalam mood yang sesuai)
4. Berlatih mendengar dengan baik dan bertanya dengan tepat.
5. Jangan tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yang lebih penting adalah simpati.
6. Beri suami masa berkualiti sekurang-kuranya 30 minit.
7. Tanya ibu mertua, abang atau kakak ipar mengenai hadiah yang disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau semasa memujuk.
8. Masak makanan kegemaran suami.
9. Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut, wajah, pakaian dan sebagainya.
10. Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati.
11. Minta bantuan sesuai pada masa,tempat dan jenis kerjanya.
12. Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama bila bersiap.
13. Bila suami memberitahu yg dia akan pulang lewat, ucapkan terimakasih kerana memberitahu.
14. Bila suami meminta bantuan,buatlah dgn serta-merta dgn ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.
15. Ucapkan kata-kata sayang yang romantik dua kali sehari.
16. Jika marah, tunggu hingga sejuk. Bila sudah sejuk, beritahu suami apa yang menganggu fikiran secara sopan.
Sumber: bumbuncak.my
Mencari bahagia bersama KELUARGA?
Download dan baca sekarang di
Zara Qairina kembali menjadi perhatian apabila ucapan “Sanah Helwah Raa” daripada ibunya mengundang sebak ramai, menggambarkan rindu yang tidak pernah padam.